Kalau anda jenis pelancong yang suka jelajah destinasi yang pelik-pelik dan unik, San Juan Chamula lokasi yang boleh anda lawati. San Juan Chamula adalah sebuah bandar terpencil di kawasan tanah tinggi di negeri Chiapas, Mexico.
Sebelum datang ke lokasi ini, pengujung perlu mengetahui beberapa pantang larang yang terdapat di sini. Kata orang, masuk kandang kambing kena lah mengembek kan? Apa jua pantang larang atau adat resam yang mereka pegang perlu dihormati.
Antara pantang larang yang anda mesti tahu, penduduk di San Juan Chamula tidak suka gambar mereka dirakamkan. Ini kerana mereka percaya sebahagian jiwa mereka diambil bersama imej berkenaan jika dirakam.
Ads
Selain itu suasana di bandar ini sedikit menyeramkan dan pengunjung boleh melawat sebuah gereja di sini yang terkenal dengan amalan ilmu hitam.
Ads
Satu lagi amalan aneh penduduk di San Juan Chsmul, bayi atau si kecil kerap diberi minum air Coca Cola atau bergas supaya mereka sendawa kononnya membuang roh jahat daripada badan mereka.
Ads
Baca pun dah macam mencabar tempat ni kan? Kalau rasa teruja nak jejak, boleh la ke San Juan Chamula, Mexico.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jaipur bandar yang sangat unik dan indah untuk dikunjungi para pelancong asing. Jaipur juga dikenali sebagai Kota Merah Jambu India yang tersimpan 1001 kisah. Jaipur mempunyai keunikan sejarah yang sungguh menarik, ditambah dengan unsur-unsur agama Islam dan Hindu pada seni bina serta budayanya.
Jaipur merupakan ibu negeri Rajasthan, utara India dan terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas antara New Delhi serta Agra. Ia adalah bandar terancang pertama di India. Bandar tersebut terletak kira-kira 250 kilometer dari New Delhi dan menjadi pintu masuk kepada destinasi pelancongan lain di Rajasthan seperti Jodhpur dan Jaisalmer.
Jaipur sebelum ini pernah diasaskan Maharaja Jai Singh II, pemerintah Kerajaan Amer pada 18 November 1727. Seluruh bangunan Jaipur diwarnakan dengan warna merah jambu oleh Maharaja Man Singh II apabila Putera Wales, Edward VII melawat bandar tersebut pada 1876. Sehingga kini, satu undang-undang dikuatkuasakan supaya warna bangunan-bangunan ini dikekalkan, sesuai dengan jolokannya.
Ini antara destinasi tarikan menarik di Jaipur
Bangunan Hawa Mahal yang dilengkapi dengan 953 tingkap kecil merupakan monumen ikonik di Jaipur dan menjadi pilihan para pelancong untuk merakamkan kenangan di situ.
Salah satu tempat membeli-belah paling popular di Jaipur iaitu Sireh Deori Bazaar. Antara barangan yang menjadi pilihan para pelancong di sini ialah kain saree, pashmina dan kasut kulit.Jangan segan silu untuk tawar-menawar barang-barang yang dijual peniaga di sini.
Destinasi ini merupakan restoran bertemakan suasana perkampungan di Rajasthan. Choki Dhani merupakan destinasi tepat jika ingin merasai dan melihat sendiri keunikan penduduk Rajasthan. Selain menyediakan sajian tempatan, pelbagai tarikan lain ada di sini seperti kedai kraftangan, persembahan tradisi, permainan dan banyak lagi aktiviti menarik.
Jantar Mantar dan Amer Fort merupakan Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Di Amer Fort, pengunjung berpeluang menonton persembahan sejarah Rajasthan yang menampilkan pelbagai cahaya dan bunyi di sekitar kubu yang terdapat di situ bermula jam 6.30 petang.
Jangan lepaskan peluang menaiki belon udara panas di perkampungan Samode. Aktiviti ini beroperasi setiap hari seawal jam 6 pagi. Dari ketinggian atas belon udara panas, pengunjung berpeluang melihat Amer Fort dan matahari terbit pada ketinggian 3,000 kaki di udara selama satu jam.
Menariknya di Nahargarh Fort terdapat Muzium Patung Lilin dan Taman Ukiran. Di Muzium Patung Lilin, pelbagai replika patung tokoh-tokoh terkemuka dunia ditempatkan, antaranya ialah Albert Einstein; pemain kriket India, Sachin Tendulkar, Jackie Chan dan Lionel Messi.
Sheesh Mahal merupakan istana cermin pertama di dunia. Ruangan dalaman Sheesh Mahal dilengkapi dengan pelbagai jenis cermin berkualiti tinggi yang memperlihatkan kemewahan istana ketika di zaman Dinasti Rajputana.
Chand Baori merupakan lokasi terletaknya telaga purba berusia 1,200 tahun. Chand Baori terletak bertentangan dengan Kuil Harshat Mata di Kampung Abhaneri. Dianggap sebagai salah satu telaga paling dalam di India dengan kedalaman mencecah 30 meter, Chand Baori berperanan membekalkan air kepada penduduk kampung ketika musim kemarau pada 1,200 tahun dahulu. Uniknya mengenai Chand Baori ialah ia mempunyai 3,500 anak tangga di setiap sisinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memilih tempat percutian menarik adalah penting bagi memastikan trip tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan mahu pun kaum keluarga.
Dabong Kelantan mungkin bukanlah satu tempat percutian popular kerana ramai yang masih tidak tahu terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik boleh dilakukan disana.
Namun, satu perkongsian telah dibuat oleh Busa Syafiqqah Shawal telah menarik perhatian kami untuk berkongsikan trip percutian mereka menaiki keretapi ke Dabong.
Trip 3 hari 2 malam itu hanya memakan belanja sebanyak RM289 seorang tetapi tidak termasuk kos makan. Jom kita lihat antara itinerary yang telah dikongsi oleh Busa ini.
Guide (untuk dua hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 40 per pax
Kereta Api Gemas-Dabong-Gemas (RM 32 lower berth + RM 27 upper berth sebab ada promo dari KTMB. So rajin rajinkan diri check FB mereka sebab KTMB akan update any promotion dekat platform Facebook mereka jugak): RM 59
Total: RM 99 per pax
Jelawang Pipe Resort: RM 30 per pax (Satu bilik RM 60 and boleh share dua orang)
An Nur Guesthouse (Dia macam homestay and dia kira harga ikut bilik. Satu bilik RM 50 and boleh muat 2-3 orang): RM 25 per pax
Total: RM 55 per pax
Total: RM 135 per pax
Ini agak subjektif, bergantung pada bajet korang jadi Busa tak masukkan dalam kiraan bajet. Tapi makanan kat Dabong tak mahal pun so untuk dua hari tu RM 50 pun cukup sebenarnya untuk bajet makan. Below RM 10 pun boleh dapat untuk complete meals sekali dengan air. Kalau mi udang harga RM 15 semangkuk tapi puas hati tau siap free teh o ais lagi.
Kalau nak makan set ikan siakap boleh pergi dekat Adam Café. Serious berbaloi sebab set 6 orang makan termasuk air cuma RM 65 je. Memang puas hati lagi lagi kalau korang travel dalam group besar. Untuk yang menginap dekat Jelawang Pipe Resort, sarapan disediakan sekali.
TOTAL TRIP EXPENSES: RM 289 per pax
Wah, rupanya banyak juga aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Dabong bersama rakan-rakan. Kalau nak cuba tempat baru, kami sarankan untuk korang bercuti di Dabong, Kelantan. Bolehlah mula merancang dari sekarang, lepas raya terus serbu. Hiks!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau...