Memilih tempat percutian menarik adalah penting bagi memastikan trip tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan mahu pun kaum keluarga.
Dabong Kelantan mungkin bukanlah satu tempat percutian popular kerana ramai yang masih tidak tahu terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik boleh dilakukan disana.
Namun, satu perkongsian telah dibuat oleh Busa Syafiqqah Shawal telah menarik perhatian kami untuk berkongsikan trip percutian mereka menaiki keretapi ke Dabong.
Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Ke Dabong, Kos Hanya RM298 Saja
Trip 3 hari 2 malam itu hanya memakan belanja sebanyak RM289 seorang tetapi tidak termasuk kos makan. Jom kita lihat antara itinerary yang telah dikongsi oleh Busa ini.
Pengangkutan
Guide (untuk dua hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 40 per pax
Kereta Api Gemas-Dabong-Gemas (RM 32 lower berth + RM 27 upper berth sebab ada promo dari KTMB. So rajin rajinkan diri check FB mereka sebab KTMB akan update any promotion dekat platform Facebook mereka jugak): RM 59
Ads
Total: RM 99 per pax
Penginapan
Jelawang Pipe Resort: RM 30 per pax (Satu bilik RM 60 and boleh share dua orang)
An Nur Guesthouse (Dia macam homestay and dia kira harga ikut bilik. Satu bilik RM 50 and boleh muat 2-3 orang): RM 25 per pax
Ads
Total: RM 55 per pax
Aktiviti
Flying Fox: RM 15 per pax
Caving: RM 30 per pax
Water Tubing: RM 60 per pax
ATV ride (RM 60 satu jam untuk satu ATV dan boleh naik dua orang): RM 30 per pax
Ini agak subjektif, bergantung pada bajet korang jadi Busa tak masukkan dalam kiraan bajet. Tapi makanan kat Dabong tak mahal pun so untuk dua hari tu RM 50 pun cukup sebenarnya untuk bajet makan. Below RM 10 pun boleh dapat untuk complete meals sekali dengan air. Kalau mi udang harga RM 15 semangkuk tapi puas hati tau siap free teh o ais lagi.
Kalau nak makan set ikan siakap boleh pergi dekat Adam Café. Serious berbaloi sebab set 6 orang makan termasuk air cuma RM 65 je. Memang puas hati lagi lagi kalau korang travel dalam group besar. Untuk yang menginap dekat Jelawang Pipe Resort, sarapan disediakan sekali.
TOTAL TRIP EXPENSES: RM 289 per pax
Wah, rupanya banyak juga aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Dabong bersama rakan-rakan. Kalau nak cuba tempat baru, kami sarankan untuk korang bercuti di Dabong, Kelantan. Bolehlah mula merancang dari sekarang, lepas raya terus serbu. Hiks!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebaik menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia, suasana percutian mula terasa. Dibantu pemandu pelancong atau supir Rahmat Sugiarto dari Instagram @maostraveltours_bandung, penulis dan pasangan terus menghala ke utara Bandung untuk melihat keindahan Tangkuban Perahu yang penuh dengan cerita legendanya.
Sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 20 kilometer, kami diingatkan Rahmat mengenai ‘serbuan peminat’ yang akan mengikuti ke mana saja pelawat di situ, menjual barangan mereka sambil memberi penerangan mengenai Tangkuban Perahu.
Tidak kurang juga ada menawarkan khidmat menjadi jurugambar. Ya, ia memang berlaku dan sangat tidak selesa. Namun, memikirkan cara mereka mencari rezeki, bak kata Rahmat, “Pedulikan aja mereka”.
Selepas puas bergambar dan melihat sendiri kawah Tangkuban Perahu sambil menghidu bau sulfur, kami ke satu lagi tempat menarik dan indah di Bandung iaitu The Lodge Maribaya.
Menurut Rahmat, lokasi menarik ini baru sahaja beroperasi kira-kira 2 tahun. The Lodge Maribaya terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang sejuk serta eksotik dan ternyata ia menjadi tumpuan ramai sehinggakan kami perlu beratur satu jam untuk menaiki pelantar Sky Tree yang menjadi rebutan pengunjung untuk bergambar.
Selain pelantar itu, terdapat juga Mountain Swing serta Zip Bike, basikal yang disokong dengan tali keselamatan yang melalui titi kabel dan ia memberikan pengalaman berbasikal di udara. The Lodge Maribaya wajib menjadi salah satu tempat yang perlu dikunjungi jika anda melawat Bandung.
Kami juga sempat singgah ke Farm House bergambar di Rumah Hobbit yang ternyata begitu unik dengan seni bina ala Eropah di situ, selain merasai kesegaran susu coklat yang sangat sedap.
Syurga beli-belah, makanan
Hari berikutnya bermula dengan jadual membeli-belah. Seawal jam sembilan pagi, kami siap menuju ke Pasar Baru, ‘syurga’ beli-belah terkenal di Bandung. Pelbagai barangan boleh didapati di sini seperti kain ela, telekung, baju, kasut, pakaian kanak-kanak, kain batik Indonesia, macam-macam lagi. Setiap tingkat atau disebut lantai dalam bahasa tempatan, tersedia banyak pilihan yang pastinya menepati kehendak pengunjung dengan tawaran harga menarik dan boleh tawar-menawar.
Selepas Pasar Baru, kami singgah ke kedai Indo Snack beli kudapan Bandung untuk dibawa pulang ke Malaysia seperti pisang salai dan keropok belut.
Seterusnya, kami ke Kompleks Grutty, Cibaduyut. Di sini ‘syurga’ untuk beli-belah barangan kulit seperti kasut, sandal, jaket, beg, tali pinggang dan pelbagai lagi. Perjalanan ke sini kira-kira satu jam dari kota Bandung dan menjadi destinasi wajib singgah. Di luar Kompleks Grutty, terdapat kedai-kedai di sepanjang Jalan Cibaduyut ini. Anda akan rambang mata dengan begitu banyak pilihan pada harga yang belum tentu boleh didapati di tempat lain.
Usai di Jalan Cibaduyut, kami meneruskan perjalanan ke Skywalk Cihampelas, lokasi persinggahan pengunjung di tengah-tengah kota Bandung yang mirip Pasar Seni di Kuala Lumpur, tetapi mempunyai siar kaki di tingkat atas.
Di sini, kami mencari coklat atau lebih dikenali sebagai chocodot bagi masyarakat di sini. Coklat ini tengah popular untuk dijadikan buah tangan, di mana pembalut coklat ini mempunyai kata-kata indah, semangat dan positif. Tidak lupa, buah tangan brownies kukus yang sememangnya terkenal di Bandung. Benar kata orang, kalau makan angin, tidak terasa cepatnya masa berlalu. Bandung bukan sahaja syurga beli-belah, bahkan syurga makanan.
Lawatan singkat ini ternyata menerbitkan rasa cinta untuk kembali lagi ke sana, mengulangi episod perjalanan penuh kenangan kerana, biarpun ia bukanlah lokasi percutian romantik seperti di Cappadocia, Turki, atau pun Agra di India, namun beberapa lokasi di Bandung mampu mengembalikan getaran cinta bagi pasangan yang ingin merasai kemanisan berbulan madu ala nusantara, dan menghabiskan masa berkualiti kerana Bandung mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Perkongsian pengalaman oleh MJ.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sri Lanka mungkin bukan destinasi percutian yang menjadi idaman setiap orang, namun hakikatnya tempat-tempat di sana memang cukup cantik dan menarik untuk diterokai.
Sebuah negara kecil yang terletak di Selatan Asia, mempunyai begitu banyak tempat bersejarah, alam semulajadi yang masih cantik, pantai dan hutan antara daya tarikan luar biasa yang ada di Sri Lanka.
Khairul NK dan juga pasangannya Karen Lempicka yang berkesempatan bercuti dan meneroka kecantikan di Sri Lanka selama tujuh hari berkongsi itinerari dan juga maklumat yang menarik buat anda yang ingin melawat negara ini.
Pesan pasangan ini, berkelanalah ke Sri Lanka dan nikmati keindahan alam semulajadi yang ada di sini selain menikmati makanan mereka yang enak.
Nak tahu apa yang menarik di sana, ikuti perkongsian ini!
Thank you Premil Shasendra for the hospitality throughout the journey.
Sharing Info and Itinerary for Sri Lanka Trip (1 Feb – 7 Feb 2023). Please scroll gambar, ada caption di setiap gambar.
Harap maklum, trip ni bukan trip budget sbb saya tak banyak cuti and mmg kena book driver/guide. Hotel pula kami pilih ikut budget kami. Tak mahal sangat tp selesa ikut kemampuan.
Route: Bandaranaike International Airport – Sigiriya – Kandy – Nuwara Eliya – Ella – Mirissa – Galle – Colombo
Guide/Driver : Premil Shasendra Real Lanka Holidays (+94 77 710 8200) Recommended. Sangat peramah, hormat orang keliling, tolong semua orang dan tak berkira. Saya PM dia bila ahli BBM sis Yunny yg recommend haritu. TQ sis
Flight: Sri Lankan Airlines RM1,250 return for 1 person – with 40 kg baggage allowance, meal and in flight entertainment (beli bulan Sept 2022 lepas baca review di sini ramai suka ke Sri Lanka)
Visa : USD50 per pax. Terlambat beli tiba2 diaorg dah naik kan harga visa.
Hotel: Semua Hotel kami book dari Booking.com. Saya recommend you all daftar Shopback dan book hotels through Shopback, at least u dpt balik duit untuk setiap booking hotel. I dah withdraw almost RM1,800 from my Shopback dari shopping and travel. Guna my ref ID ya nnt dpt additional money dalam account: NzoCik
Day 1 : Flight 2 am Malaysian time, Touch down at 3.30 am Sri Lankan time, amik luggage, tukar USD ke LKR di Airport. Premil dah tunggu di Airport terus ke Sigiriya (Lion’s Rock). Kami tak panjat naik Sigiriya, just ke museum sahaja (USD5/pax). Kalau nak panjat kena bayar USD25/pax. Reason tak panjat sebab kami tak fit and its our first day, nnt dah naik-turun, kaki menggigil sakit tak leh jalan whole trip. Lagipun dpt la jimat duit USD25 per pax. Lepas check-in kami join Village Tour (USD15/pax). Menarik aktiviti ni naik kereta lembu, (part naik bull cart tu kesian ;embu tapi mmg jauh masuk ke dalam, plus hujan jalan licin – i bagi tips banyak kat pakcik tu utk kasik lembu dia makan banyak2), dpt naik boat with background Sigiriya and dpt belajar buat coconut sambhol (my fav dish sepanjang di sana). Beli simkad murah, 6GB data dlm RM8 lebih.
Hotel : EKHO Sigiriya 4/5 (recommended sangat sbb selesa dan dari hotel nampak Sigiriya). USD54 (incld. Tax) with breakfast for 2.
Day 2 : Bertolak ke Kandy. On the way singgah Spice Garden belajar tentang pokok2 belakang laman mak – serai, kunyit etc. ada juga pokok yg saya tak tau mcmana hasil nya herba tu. syok sangat tgk Ayurveda pnya range, and dpt massage shoulder free. Singgah Noritake factory outlet, berpinar mata tengok pinggan cantik2 dan murah. Beli juga skit. Mmg berbaloi sbb ada bnyk items yg utk local produce mmg sgt murah (set of 26 hanya RM300 je). Lunch di Milano food bakery halal. Sampai Town terus Premil bawa tengok Kandyan traditional dance show and jalan2 tepi Kandy Lake. Dia bawa ke Kandy City Centre (shopping mall), saya kemaruk beli Spa Ceylon.
Hotel : Kandy City Hotel 2/5
Bilik tak serupa gambar. Tandas kecil. View pun tak cantik. Kalau tahu, baik book Queens Hotel, harga sama je. USD40 with breakfast for 2.
Day 3 : Singgah Kandy View Point, tak singgah Botanical Garden sbb penat. Gerak ke Nuwara Eliya, otw pemandangan cantik ladang teh. Ada view point tengok 2 waterfall. Singgah di Damro Tea Factory. Lalu Ramboda Tunnel (tunnel terpanjang di Sri Lanka) ada kat note duit LKR 1000. Sampai Nuwara Eliya, kami visit town and Post Office – pos kan poskad ke Malaysia.
Hotel: The Ramp, Nuwara Eliya 4/5
Cantik hotel ni, unique design dia, kami dpt bilik paling atas. Suhu ptg/malam 16 degree celcius. Dalam bilik ada heater dan water heater dlm bilik air. USD39 with breakfast for 2.
Day 4 : Nuwara Eliya kami pusing Gregory Lake naik boat, sambil feeling2. Best sangat view nya. Premil bawa ladang teh Pedro utk ambil gambar and then kami ke train station Nanu Oya untuk naik train ke Ella. Perjalanan naik train memang menakjubkan pemandangan cantik. Tarikh 4hb Feb ialah Hari Kemerdekaan Sri Lanka (Independence Day) penuh orang local di dalam train, area tasik dan kawasan tourist sbb cuti Public Holiday. Managed to borak2 dgn local dalam train, Nisha dan mak nya Siti. Sampai Ella, Premil ambil kami di train station, bawa makan dan check in hotel.
Hotel : New Cabin Ella 3/5
Paling mahal kami bayar sepanjang trip ni sebab location cabin ni berhadapan 9 arches bridge. Dpt tengok train malam, dan awal pagi train lalu Bridge. We pay for the view sahaja, sebab amenities and keadaan bilik biasa je mcm pondok. USD77 with breakfast for 2. Van tak leh hantar sampai depan cabin, so kami dijemput tuk tuk dari cabin. perjalanan nak ke cabin mmg lereng2 curam jalan kecik. Nasib malam so tak nampak sangat jalan.. kuss semangat percaya je la kat budak bawak tuk tuk tu..
Day 5 : Awal pagi enjoy tengok train dari cabin, OOTD puas2 and breakfast then turun ke bawah untuk train 9.20 am and 10.15 am. Gerak ke Udawalawe National Park, sempat singgah Ravana Waterfall tepi jalan je amik gambar. Lunch di area National Park then sewa jeep (USD30) untuk pusing2 Safari. Gajah banyak, siap lalu tepi jeep je. Safari entrance fee RM300(approx) for 2 pax. We then rush to Mirissa after Safari. Premil drops us and continue with another guest. We all mmg book Premil sampai Mirissa je, sebab this area dah banyak alternative transportation. Starting next day kami jalan2 naik Pick Me (mcm Grab app) aja.
Hotel : Lemazone Inn 3/5
Hotel biasa je tapi dekat pantai, sebelah hotel ada tempat chill menghadap laut, nama Salt tp malam jadi pub/bar. Bilik luas and aircond, ada water heater. Penat sangat sampai hotel, mandi terus tidur. Tak pusing Mirissa. USD27 with breakfast for 2.
Day 6 : Bangun awal pagi nak ke Coconut Tree Hill. Amik pick me ke location (RM3) then balik jalan kaki through beach side. Breakfast and check out, pick me to Galle Fort (RM30 approx). Bergambar di sekitar Fort dan Light house. Beli train ticket dari Galle ke Colombo Fort (LKR500 per pax) tapi train takde seat, berdiri la selama 3 jam. Sampai hentian pertama – Hikaduwa kami turun sbb kaki dah sakit berdiri lama sesak2. So kami order Pick Me ke Colombo LKR12,000 (approx RM145) terus ke hotel. Check in, jalan2 malam tu ada perarakan tarian show di sepanjang jalan, sempena kuil dia pnya persembahan i guess. Premil dah takde so takde sapa bagi explanation.. org hotel explain pun mcm tak convincing aja.
Hotel: Zest Metropole 5/5
Paling cantik, selesa dan location perfect dekat dengan tempat makan, massage, Ministry of Crab, Spa Ceylon, Burger King, KFC. Rooftop dapat tengok Colombo City and Lotus Tower. Kalau I datang Colombo lagi, I will stay here again definitely. USD50 per night without breakfast, sbb kami nak makan breakfast local food di bandar.
Day 7 : Ambil pick me ke Masjid Jami’ Ul Alfar (Red Mosque) dan jalan2 cari local breakfast dan jalan2 Pettah Market. Kami ke Keells (mcm grocery supermarket) untuk beli teh as souvenir. Jalan2 di Fort Colombo and Port City. Lunch di Isso Prawn Crazy, Makan seafood. Check out and head to Airport.
Hopefully this itinerary gives some idea to all of you yang nak ke Sri Lanka. Tak sangka cantik tempatnya, and tak pernah sekali pun terserempak dengan orang Malaysia. Jom la kita beramai2 explore this country. My husband was mistaken as Japanese /Korean so many times. Diaorg pelik tengok muka bukan Mat Salleh kat tempat diaorg. Even Mat/Minah Salleh pun pandang2 pelik pada kami bila kami berdua je Asian dalam restaurant sebelum Safari trip. So, mari lah kita beramai2 visit Sri Lanka, enjoy their good food, and beautiful sceneries.
Nak tengok video tentang pengembaraan mereka di Sri Lanka, korang boleh check it out juga youtube channel pasangan ini di Nik & Karen
Sesekali nak lari dari kesibukan kota dan nak dekati alam semulajadi, Rumah Kebun yang terletak di Hulu Langat, Selangor adalah tempat yang tepat.
Mempunyai kawasan yang luas dengan fasiliti lengkap tempat ini sesuai untuk berehat dan juga membuat Family gathering.
Dekorasi yang cukup cantik dengan hiasan yang berasaskan kayu, kawasan Rumah Kebun ni merupakan kawasan private di mana orang awam tidak dibenarkan akses sekiranya tidak menginap di sini.
Rumah Kebun ini menyediakan 4 bilik dan 4 bilik air untuk kita beristirehat .. Ada 11 katil dan boleh memuatkan lebih kurang 16 – 20 orang.
Bagi yang nak rasakan kelainan dengan berkhemah, kat sini juga turut disediakan campsite untuk camper.
Antara facilities yang ada di sini adalah :
Kolam depan bilik
Tempat BBQ
Ruang santai
Ruang memasak
Lokasi : Rumah Kebun
Alamat : Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...