Ketika ini adalah waktu terbaik untuk anda bercuti bersama keluarga, lebih-lebih lagi jika sudah berbulan lamanya tidak bertemu.

Jika tiada idea mahu ke mana lokasi ‘pejumpaan keluarga’ dan trip percutian akan dilakukan, kami cadangkan untuk ke Pulau Perhentian, Terengganu seperti yang dkongsikan Ummi Nadeem

Berikut adalah itinerari perjalanan saya serta budget selama 4 hari 3 malam ( 16 Dewasa, 4 kanak-kanak & 3 bayi). Jumlah keseluruhan 23 orang. Percutiaan berlangsung selama 4 hari 3 malam (8 Julai 2020 hingga 11 Julai 2020)

Itinerari Trip 4H3M Ke Perhentian Untuk Yang Bercadang Bawa Keluarga Besar Lebih 20 Orang. Terbaik Sis! Itinerari Trip 4H3M Ke Perhentian Untuk Yang Bercadang Bawa Keluarga Besar Lebih 20 Orang. Terbaik Sis!

  • Pakej (Fullboard) – RM590/ per person
  • Penginapan 4 Hari 3 Malam ( Bilik Aircond & Seaview)
  • Meal ( 3 Breakfast, 3 Lunch, 2 Dinner & 1 BBQ)
  • Feri 2 way
  • 2 x snorkeling with equipment
  • Check point Snorkeling 1st day
  • Blue Lagoon
  • Fish Point
  • Shark Point
  • Turtle point
  • Turtle beach
  • Air Lata Berani (Bonus)
  • Check point Snorkleing 2nd day
  • Rawa Island
  • Tuku Burung
  • Light house

Bilik kami ambil ikut family so total bilik yang saya ambil untuk family & family in-law 7 bilik.

Ads

Itinerari Trip 4H3M Ke Perhentian Untuk Yang Bercadang Bawa Keluarga Besar Lebih 20 Orang. Terbaik Sis! Itinerari Trip 4H3M Ke Perhentian Untuk Yang Bercadang Bawa Keluarga Besar Lebih 20 Orang. Terbaik Sis!

  • Pakej pulau (fullboard) saya booking direct owner Samudra Beach Chalet. Saya dapat nombor owner pun sebab 5 tahun lepas pernah honeymoon di Samudra terus minta nombor owner. Saya booking chalet ini bulan Feb 2020 sebelum covid-19… bayaran booking 30% dari pakej. Mula-mula risau gak sbb Covid-19 takut tak boleh rentas negeri tapi dah confirm dgn owner boleh tunda jika tak boleh rentas negeri. Untuk pakej ini saya dh compare dgn beberapa pakej yg lain dan saya rasa dkt #SamudraBeachChalet lah pakej yg paling berbaloi memandangkan kami ramai dan nak menginap di Perhentian Besar yg penginapan berhadapan pantai.
  • Harga fullboard pakej untuk 4 hari 3 malam RM590/ pax ( Bilik Aircond & Seaview). Untuk kanak-kanak atas 5 tahun hingga 12 tahun separuh harga dan kanak- kanak bawah 5 tahun (yg ni ikut bulan lahir bukan ikut tahun) adalah FREE.
  • Untuk pakej ini kami ambil private untuk family kami sahaja. Memandangkan covid-19 dan kami pergi dengan kuantiti yg ramai. So kami request untuk speedboat transfer dan aktiviti snorkeling semua guna private boat. Perjalanan dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa dalam 45minit ke 1jam. Untuk trip kali ini ada ibu hamil (16 weeks & 21 week) dan setelah perbincangan antara pihak Samudra mereka sedia menyediakan boat besar untuk kami.
  • Pesanan untuk ibu hamil kalau naik speedboat atau apa2 boat better duduk dibahagian belakang bagi kurangkan hentakkan (p/s apa2 pun dptkan nasihat dari Doktor anda)
  • Utk aktiviti snorkeling kanak2 yg FREE kena add on life jacket RM5/pax setiap kali p snorkeling
  • Tiket Penerbangan: Untuk pergi Pulau Perhentian kalau naik flight better turun Kota Bharu (KBR). Flight tiket sy beli masa Airasia buat BigMember June 2019. Kami pergi total 23 org, so tak boleh nak booking sekali untuk 23 org. sekali booking just boleh masuk 9 orang sahaja. Untuk 1st booking flight 9 org dapat RM24 (2way), 2nd booking RM61 dan 3rd booking RM97. Untuk bayi kami ada last minute add on just dlm RM106 untuk 2way. Igt tak dapat bawa family sbb covid, sekali kerajaan umum boleh rentas negeri. alhamdulillah trip kami dipermudahka

***Issue luggage dkt AIRASIA dh xperlu dirisaukan sbb AIRASIA dah praktik semula term & conditions yg lama***
Untuk seat 2 ways kami add on last minute so kena dalam RM25 untuk 2 way and luggage pun kami add on 5jam sebelum penerbangan 55kg dalam RM178 untuk checkin kopok leko je.
*** Untuk ibu hamil bawah 27 minggu anda perlu mengisi borang Release and Indemnity (Expectant Mother) form di customer service AIRASIA manakala untuk ibu bawah 34 minggu perlu dapatkan surat kebenaran Doktor samada dari Klinik KK atau swasta***

Ads
  • Kami drive kereta sendiri untuk ke KLIA2 dan telah decide parking kereta di rumah Puan Nisa memandangkan parking di KLIA2 mahal dan makan ratusan ringgit atau ribuan ringgit untuk 4 hari 3 malam untuk 5 buah kereta. Untuk parking sy terus buat booking dgn Puan Nisa selepas PM umum boleh rentas negeri sbb risau parking penuh. Kami nak habaq parking kt sini mmg murah sgt dari KLIA2. Kalau KLIA seingat saya 1 day/ RM40-50 tp kat Puan Nisa 1day/ rm15 include transfer airport. Untuk security parking jgn risau, kereta anda akan di parking dalam Kawasan berpagar dan dikawal CCTV 24 hour.
  • Sampai di Kota Bharu, kami di pick up van shuttle untuk ke Kuala Besut. Perjalanan ke Kuala Besut dari airport KBR ambil masa dalam 45 min ke 1 jam. Untuk Van shuttle sy booking awal pada bulan Feb 2020 beserta bayaran booking. Disebabkan kami ramai dan ada bawa warga emas, ibu mengandung dan anak-anak kecil so kami decide minta bawa beg roda bagi mudahkan mereka dari membawa backpacker, so kami request 1 van untuk 9 seat dan 1 van 12 seat untuk letak beg roda kami. Untuk Van kami dapat harga dalam RM300 untuk sebuah van.

Itinerari Trip 4H3M Ke Perhentian Untuk Yang Bercadang Bawa Keluarga Besar Lebih 20 Orang. Terbaik Sis! Itinerari Trip 4H3M Ke Perhentian Untuk Yang Bercadang Bawa Keluarga Besar Lebih 20 Orang. Terbaik Sis!

Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :
1. Tiket Flight (23 pax + include seat return & luggage 55KG) : RM2,379
2. Pakej & Penginapan (Fullboard 4hari 3malam) : RM10,325 (16 dewasa/ 3 kanak-kanak & 3 kanak-kanak bawah 5 tahun) – not include marine fee RM5/ pax
3. 2 Van shuttle (van 9 seater & 12 seater) : RM600
4. Parking KLIA : RM300 (5 buah kereta)
Total bayaran untuk16 dewasa/ 3 kanak-kanak & 3 kanak-kanak bawah 5 tahun adalah RM13,604.00

Ads

Dibawah adalah itinerari perjalanan dari KLIA2
Day 1️ (Kuala Lumpur – Kota Bharu)
– 3.00am – berkumpul di KLIA2
– 4.30am – On boarding
– 7.15am – Flight AIRASIA berlepas
– 8.30am – Tiba di KBR
– Van pickup untuk ke Kuala Besut
– 10am – Sarapan di Kuala Besut
– Beli toys anak-anak, beli roti & air mineral (di igtkan di Pulau harga air mineral 3x atau 4x ganda dari darat)
– 11am – Tour guide Samudra bawa ke jeti untuk naik boat (masa ni kne bayar RM5/pax untuk marine fee)
– 12.30pm – sampai di Samudra Beach Chalet check-in
– 1.00pm – Lunch
– 2.00pm – aktiviti bebas
– 8pm – makan malam

Day 2️ – Pulau Perhentian
– 8.00am – Sarapan
– 10.30am – aktiviti snorkeling
– 1.30pm – makan tengahari
– 2.00pm – aktiviti bebas (berkayak – RM15/ 1hour)
– 8pm – makan malam

Day 3️ – Pulau Perhentian
– 8.00am – Sarapan
– 11.00am – aktiviti snorkeling
– 2.00pm – makan tengahari
– 3.30pm – aktiviti bebas (island hopping – RM40/pax)
– 8pm – makan malam
.
Day 4️ – Pulau Perhentian
– 8.00am – Sarapan
– 8.30am – aktiviti bebas
– 11.00am – check out
– 12.00pm – naik boat ke Kuala Besut
– 1.00pm – makan tengahari & aktiviti bebas & shopping
– 2.30pm – Kopok lekor Z (Makan & shopping)
– 4.30pm – bergerak ke Airport KBR
– 5.30pm – tiba di Airport KBR
– 6.30pm – Check in beg
– 7.30pm – On boarding
– 8.30pm – berlepas ke KLIA2

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI