Selain alam semula jadi, Sarawak juga gah di mata dunia kerana dibina dan dibangunkan dengan penuh harmoni oleh masyarakat pribuminya.
Biarpun terdapat 30 etnik berlainan termasuklah suku kaum Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan Penan mereka hidup dalam kelompok yang aman dan damai.
Ads
Semua kumpulan etnik ini memiliki bahasa, kebudayaan serta corak hidup tersendiri sejak zaman lampau, era pemerintahan James Brooke hingga merdeka. Antara keistimewaan dapat dilihat seperti pakaian, kraf tangan, makanan, gaya hidup, tarian dan kediaman tradisi pelbagai etnik berbeza.
Hendak merantau satu negeri Sarawak melihat setiap suku kaum mungkin mengambil sedikit masa. Untuk memudahkan anda mengetahui lebih lagi mengenai suku kaum ini, anda boleh berkunjung ke Sarawak Cultural Village.
Ads
Di sini menempatkan replika pelbagai rumah kaum etnik Sarawak bersaiz sebenar. Selain melawat rumah-rumah tradisi ini, anda boleh merasai sendiri kepelbagaian budaya Sarawak seperti pemakaian kostum, juadah tradisi, mencuba alat sumpit, atau menari bersama kumpulan kebudayaan yang membuat persembahan setiap hari.
Kalau anda cari hotel mesra kanak-kanak yang harganya murah tetapi selesa di Kuala Lumpur, inilah tempatnya.
Jangan risau, Hotel Olympic Malaysia ada junior family suite. Bilik itu siap ada rumah pondok, memang seronoklah anak-anak kecil yang tengah sedap membesar.
Menurut pengalaman Ainie Sheema, masa check in dia try order kat Cafe, sumpah sedap dan berbaloi-baloi. Harga pun murah!
Surrounding area memang tak ada apa, no convinience store mahu pun restoran. Dead area kat sini. Online food platform boleh je order dari FP, GF atau SF. Sempat lah jalan-jalan cuci mata area Bukit Bintang.
Nak pusing satu kawasan segi tiga emas tu memang tak boleh lah dengan anak-anak kecil. Jadi bila dah ke Bukit Bintang tu, cari la kedai serbaneka dan beli ‘cikedis’ bawa balik hotel.
Pusing-pusing Bukit Bintang 2 jam, lepas itu balik. Rugi lah bayar hotel tapi tak duduk lama-lama.
Breakfast, decent menu. Tak banyak pilihan mana sangat pun. Okaylah untuk makan pagi. Overall puas hati lah.
Yang cantik ini adalah laluan parking di situ. Kreatif, bukan?
Overall, puas hati untuk short staycation. Kalau yang dah biasa duduk hotel mahal, jangan expect experience akan sama OK. Ini hotel 3 bintang ya. Mana-mana ada kekurangan, anda tutup sebelah mata saja lah. Apa yang penting bilik selesa dan anak-anak gembira.
Tetapi untuk breakfast kena pergi awal. Kami turun pukul 10am. Sudah banyak makanan habis, selepas itu tak ada refill. Breakfast biasa je, tak banyak variety. Tapi makanannya sedap.
Untuk orang luar dari Kuala Lumpur, berbaloi stay di sini. Dekat nak jalan-jalan guna public transport.
Dalam hotel ini, view dia sangat cantik. Banyak tempat kalau nak ambik gambar kalau anda jenis uka ootd. Makanannya sedap dan murah.
Cafe pun, cantik sangat. Tapi anak-anak gembira sebab dapat katil yang ala rumah comel. Toilet bersih, jangan risau.
Haa… jadi bagi anda yang plan nak bawa anak-anak bercuti sekitar Kuala Lumpur, boleh lah booking Hotel Olympic ini. Memang mesra kanak-kanak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taiping yang juga dikenali sebagai bandar warisan dan bersejarah, pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum bandar raya Ipoh. Taiping bermaksud ‘aman’ dalam bahasa Hakka dan dulunya dikenali sebagai Klian Pauh.
Disebabkan kebanyakan sejarah bermula di sini, Taiping menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri untuk mengunjunginya. Taiping yang juga terkenal sebagai kawasan paling lembap berikutan menerima hujan hampir setiap hari berbanding kawasan-kawasan lain, terus mengekalkan kedudukannya sebagai bandar warisan di Perak.
Terbaru, Taiping dipilih menjadi bandar pertama di negara ini untuk pelaksanaan fasa pertama projek rintis ‘Age-Friendly City @Taiping’ atau Taiping Bandar Mesra Usia. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata projek rintis itu melibatkan proses perancangan pembangunan yang dijangka mengambil masa selama dua tahun.
Apa Yang Best Di Taiping?
Landasan kereta api antara Taiping dan Pelabuhan Kuala Sepetang yang dibina pada tahun 1885 adalah yang pertama di negara ini. Ketika itu, tujuan British membina landasan tersebut adalah untuk memudahkan mereka mengangkut bijih timah ke Pulau Pinang.
Taman Tasik Taiping yang merupakan bekas lombong pula dicatatkan sebagai taman riadah dan rekreasi pertama dibuka. Berada di taman ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang cantik, dihiasi pokok-pokok berusia ratusan tahun selain terdapat 10 kolam besar lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat.
Bukit Peranginan Maxwel atau Bukit Larut merupakan destinasi menarik di Taiping yang menyamankan. Untuk sampai ke puncak yang ketinggiannya 1,250 meter dari paras laut, pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan atau mendaki menggunakan pemandu arah yang bertauliah. Bukit Larut diterokai pembantu Residen British di Perak iaitu William George Maxwell untuk dijadikan lokasi percutian para pembesar Inggeris. Sesuai dengan status sebagai destinasi percutian tanah tinggi tertua, kawasan bukit tersebut menjadi tumpuan kerana iklimnya yang nyaman dan sejuk kerana menerima taburan hujan tertinggi sepanjang tahun di Malaysia. Setelah diterokai oleh George Maxwell lebih seratus tahun yang lalu Bukit Larut terus menjadi tumpuan pelancong yang gemarkan suasana damai dikelilingi kehijauan alam semula jadi.
Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Matang telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Beliau adalah anak kepada Long Jaafar yang merupakan orang Melayu pertama membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840. Selain itu, terdapat New Club (1880), Lapangan Terbang Tekah (1870) dan Rumah Residen Inggeris (1870), yang semuanya tercatat sebagai yang paling awal dibuka.
Bagi yang meminati sejarah, Muzium Perak merupakan muzium tertua negara yang masih boleh dikunjungi. Diasaskan oleh Residen British Perak, Sir Hugh Low, di sini tersimpan lebih 10,000 bahan pameran pelbagai spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu selain lebih 5,000 bahan rujukan sejarah.
Selain itu, balai bomba pertama yang dibuka pada tahun 1886 dan kini sudah tidak beroperasi, masih boleh ditatap oleh generasi hari ini apabila bangunannya diubah menjadi menara jam besar dan pusat menjual cenderamata.
Pengunjung juga berpeluang melawat Zoo Taiping dan Night Safari yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah. Zoo Taiping satu-satunya zoo di utara Semenanjung yang cukup terkenal dengan program Night Safari Taiping. Dengan keindahan persekitaran alam semulajadinya yang dilengkapi aliran anak sungai, tasik serta kehijauan flora, tidak hairanlah zoo itu cukup popular kepada pengunjung Zoo ini menempatkan 1,300 ekor haiwan daripada lebih 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semulajadi. Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu khas seperti cahaya bulan. Aksi-aksi haiwan seperti kongkang, chimpanzi, lemur perang, lemur ekor gelang, siamang dan ungka tangan putih sudah pasti mencuit hati setiap pengunjung dengan aksi nakal mereka memanjat pokok dan pagar di dalam sangkar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Melihat keindahan alam semula jadi yang menakjubkan memberikan seribu ketenangan buat sesiapa jua. Berikut ini disenaraikan keajaiban sembilan air terjun paling unik dan mengujakan di dunia.
Air Terjun Victoria
Air Terjun Victoria terletak di Zambia dan Zimbabwe, Afrika. Keindahan dan keunikannya, air terjun Victoria menyebabkan ia tersenarai oleh UNESCO sebagai lokasi Warisan Dunia. Air Terjun Victoria memiliki ketinggian 100 meter dan kelebaran yang luar biasa. Air terjun menakjubkan ini mampu menumpahkan 540.000.000 air dalam masa satu minit. Jika ke sini, jangan ketinggalan melihat fenomena pelangi.
Air Terjun Plitvice
Awalnya, tempat ini adalah sebuah danau dan taman nasional. Plitvice adalah taman nasional tertua di Eropah Tenggara dan taman nasional terbesar di Kroasia. Plitvice terkenal dengan pemandangan danau jernih dan menawan serta dialiri serangkaian air terjun kecil. Plitvice tersenarai dalam catatan UNESCO dan menetapkannya sebagai lokasi Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1979
Air Terjun Niagara
Air terjun Niagara dikenali sebagai air terjun paling kuat dan paling terkenal di Amerika Utara. Berlokasi di Ontario dan New York, air terjun Niagara menumpahkan lebih dari 6 juta kaki air di atas garis puncaknya setiap minit selama arus tinggi. Konon, air terjun ini memiliki laju aliran air tertinggi dibanding air terjun mana pun di seluruh dunia.
Air Terjun Kaieteur
Air terjun Kaieteur berada di pesisir utara Amerika Selatan, di pedalaman Hutan Amazon, wilayah Guyana. Konon, air terjun ini memiliki ketinggian mencapai 226 meter sehingga disebut sebagai air terjun tertinggi di dunia. Air terjun ini berada di daerah yang sangat terpencil dan dialiri oleh air dari Sungai Potaru yang mengalir di atasnya. Sering disebut sebagai syurga buat pelancong, air terjun ini merupakan perpaduan antara ketinggian, volume air yang jatuh, serta dikelilingi tebing dan hutan hujan yang lebat.
Air Terjun Iguazu
Air terjun ini berada di antara Argentina dan Brazil juga merupakan pembatas serta pemisah antara negara Argentina dan Brazil. Berlokasi di Wilayah Misiones, Argentina dan negara bahagian Parana di Brazil. Air yang mengalir di air terjun ini mencapai 300 meter per detiknya. Luas permukaan air terjun Iguazu mencapai 40 hektar. Wow!
Air Terjun Havasu
Air terjun Havasu berlokasi di tengah kawasan tebing-tebing tandus di Grand Canyon dan berada di kawasan Havasupai Indian Reservation. Air Terjun Havasu memiliki ketinggian sekitar 100 meter. Pengunjung boleh berenang, menikmati makanan dan minuman yang dijual sekitar Havasu.
Air Terjun Gocta Cataracts
Air Terjun Gocta Cataracts bertempat di wilayah Chachapoyas Amazona Peru. Ketinggian air terjun ini mencapai 771 meter. Istimewanya, air yang berasal dari gocta cataracts ini menjadi sumber utama sungai yang terkenal di Peru, iaitu sungai Cocahuayco. Istimewanya, di sekitar air terjun ini juga terdapat bangunan peninggalan peradaban tua Amerika.
Air Terjun Dettifoss
Air terjun Dettifoss terletak di Taman Nasional Vatnajokull di timur laut Islandia. Air terjun Dettifoss dikenal dengan kecepatan aliran air mencapai 200 hingga 500 meter per detik . Air terjun ini memiliki lebar sekitar 100 meter dengan ketinggian 44 meter. Air terjun Dettifoss dikenal sebagai air terjun paling kuat di Eropah.
Air Terjun Ban Gioc–Detian
Air Terjun Ban Gioc–Detian berada antara Tiongkok dan Vietnam. Air terjun ini memiliki ketinggian mencapai 30 meter. Air terjun Ban Gioc Detian termasuk dalam air terjun paling besar di Asia dengan lebar sekitar 200 meter dan mempunyai tiga tangga aliran air terjun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...