Bujang Senang; seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dipercayai berumur 51 tahun.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak.
Inilah tengkorak kepala Bujang Senang. Bahagian lain dibuang ke laut begitu sahaja tanpa usaha untuk mendapatkan semula.
Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Ads
Buaya menyambar ayam tergantung
Bujang Belawai
Anak buaya
Buaya dibawa ke ladang
Buaya sedia dipindahkan
Izin buru buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
Ads
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Ads
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet) HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung penemuan telaga air panas ketika kerja-kerja pengorekan dilakukan untuk membina sebuah masjid di Selangor.
Tourism Selangor mengesahkan penemuan telaga air panas artesian terbesar di Malaysia dengan suhu antara 47 hingga 49 darjah terletak di Kampung Jawa, Hulu Langat.
Telaga yang mengeluarkan air dari bawah tanah tanpa perlu dipam itu mempunyai saiz keluasan 160 kaki dalam.
Menurut petikan Selangor Kini, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor (JMGS) telah bergegas ke lokasi terbabit dan menemui telaga air panas tersebut di tapak tanah wakaf masjid Kampung Jawa.
Tourism Selangor yang mewakili Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan JMGS untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai produk pelancongan tarikan terbaru di Selangor. Antaranya menjadikan tapak berkenaan seperti lokasi tumpuan pelancong di Onsen, Jepun.
Difahamkan, JMGS juga menerima permohonan daripada pihak masjid dan penduduk untuk membantu mereka mendapatkan sumber air di kawasan terbabit. Kepakaran JMGS adalah berkaitan bidang kaji bumi seperti penyiasatan sumber asli termasuk air bawah tanah, kolam air panas dan lain-lain.
Sarawak sememangnya terkenal dengan kepelbagaian etnik. Negari ini amat kaya dengan adat dan budaya serta suku kaumnya yang banyak. Malah di Sarawak juga terkenal dengan Gunung Santubung, Taman Negara Gunung Mulu dan lain lagi.
Terkini, satu lagi eko pelancongan negeri yang mula diterokai ialah Taman Negara Gunung Lesong, Lingga di Bahagian Sri Aman.
Seorang pengguna fb Muhamad Syafiq berkongsi melakukan travel ke kawasan pelancongan baru ini yang wajar kita cuba selepas PKP berakhir.]
Setelah sejam perjalanan dari Sri Aman, kami sampai dan berkumpul di Balai Polis Pantu. Kami dikehendaki melaporkan senarai nama ahli yang menyertai aktiviti pendakian kali ini. Ianya juga sebagai langkah berjaga-jaga jika perkara yang tak diingini berlaku. Oh ya, kami seramai 14 orang semuanya.
Setelah semuanya bersedia, kami meneruskan perjalanan kami menaiki pacuan roda. Sekali sekala duduk dalam "bucket" Hilak ramai-ramai seronok jugak. Perjalanan lebih 20KM melalui jalan berbatu yang berbukit bukau mengambil masa dalam satu jam untuk sampai ke pintu masuk Taman Negara Gunung Lesong.
0920 Dari sini kami memulakan pendakian kami pada pukul 0920 pagi. Sebaik sahaja masuk kami berjalan di tepi alur sungai. Terdapat juga beberapa air terjun yang sangat jernih dapat dinikmati sepanjang perjalanan kami ini seperti air terjun Lansam dan air terjun Jampang. Perjalanan 2KM pertama agak "santai" sebenarnya.
1025 Kemudian kami singgah melapaskan lelah di Rumah Doa Gunung Lesong. Ianya dibina untuk aktiviti keagamaan penganut agama Kristian di sini. Berhampiran Rumah doa juga terdapat tempat mandi manda dan juga air terjun. Setelah selesai berehat kami meneruskan pendakian kami hingga ke puncak. Hanya dua kali sahaja trek landai sahaja selepas Rumah Doa ini..tu pun pendek dan sekejap sangat..pheww, pewai habis..
1125 Kami mula mamasuki kawasan Hutan Simpan Gunung Lesong berdasarkan papan tanda yang terdapat pada pokok² di situ. Perjalanan kami sangat perlahan kerana pendakian agak mencanak dan sangat menguji fizikal dan mental. Nak lagi mencabar, bila ditanya kepada juru pandu kami " Masih jauh ka Boss?" Dia pun tak tahu nak jawab memandangkan baru kali kedua dia mendaki di sini.
Opps, jangan risau kerana sepanjang perjalanan terdapat tanda yang diikat di pokok. Insya-Allah tak sesat la. Ada juga tempat-tempat yang mempunyai tali untuk berpaut.
Sepanjang pendakian, kami dihidangkan dengan keindahan flora di sini, banyak pokok-pokok tinggi yang besar. Paling mencuri tumpuan saya ialah pokok cendawan bewarna merah yang tak pernah saya lihat sebelum ini. Bagi menambahkan lagi rencah pendakian, banyak pacat dengan tanpa segan silu menyapa kaki-kaki kami.
1420 Kami sampai ke "puncak" Gunung Lesung yang beketinggian lebih 800 meter. Di puncak terdapat banyak pokok-pokok Pantu. Baru saya tahu yang nama kawasan Pantu itu diambil dari nama pokok. Di atas puncak ini, kami dapat menikmati panorama penciptaan alam yang sangat indah. Panorama hamparan dataran tanah rata dan muara Batang Lupar yang bertemu dengan Laut China Selatan cukup mempesonakan setiap mata yang memandang.
Di samping menikmati pemandangan keindahan ciptaan Tuhan, kami mengambil peluang untuk berehat sambil menikmati makanan yang telah dibawa. Puas rasanya bila dapat menghirup kopi panas yang disediakan oleh Ah Kang, juru pandu kami.
1540 Setelah selesai mengambil gambar, kami memulakan perjalanan pulang. Kali ini kami bergerak selaju dan secepat yang boleh. Lagipun lewat petang ni.
1800 Kami semua selamat sampai ke pintu masuk di mana kami memulakan pendakian pada awal paginya. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan selamat sahaja.
1925 Kami tiba di Balai Polis Pantu dan aktiviti kami tamat di sini.
Kawasan Taman Negara Gunung Lesong sangat jarang dikunjungi oleh orang ramai dan kawasannya masih terpelihara, jadi jagalah kebersihan jika anda ke sini. Bawalah pulang semua yang anda bawa kecuali gambar dan secebis kenangan.
Dream Forest Langkawi, tempat ini baru buka bulan Jun dan merupakan enchanted magical forest pertama di Malaysia.
Okay, vibes kat sini macam berada dalam avatar forest, cantik dan memukau.
Dream Forest Langkawi
Buka waktu malam sahaja dan laluan sepanjang 1.2km dalam rainforest dikelilingi dengan immersive technology, lighting, soundscape dan cerita hikayat lagenda Pulau Langkawi – Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa & Langkawi Giants.
Kalau nak berjalan sekitar ini, ambil masa sekitar 45 minit – 1 jam sebab anda akan leka tengok sekeliling yang dihidupkan dengan cahaya warna-warni.
Kawasannya wheelchair and stroller friendly, cuma kat bahagian exit kena angkat sikit sebab belum buat laluan turun untuk wheelchair & stroller, maybe they will improve it in the future. Ada tandas, surau dan small food & beverage stall, boleh makan marshmallow dekat unggun api.
Owh ya, tiket boleh beli direct di kaunter menerusi website dream forest pun boleh atau dekat klook dan redeem di kaunter.
Lokasi:
Dream Forest Langkawi owned by Tiara Jacquelina Ticket price : Boleh rujuk pada gambar Operating hours : 7pm-12am (daily) Closed : every Wednesday (except Public Holidays and School Holidays)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...