Memang tidak dinafikan, berada di tanah suci pun, scammer atau kumpulan penipu ini tetap ada. Paling membimbangkan jemaah Malaysia selalu menjadi sasaran mereka.
Supaya tidak menjadi mangsa, perkongsian daripada Puan Masnira Ramli, warga Malaysia yang menetap di Arab Saudi ini boleh dijadikan panduan.
Scammer Di Tanah Suci, Wanita Ini Kongsi 6 Jenis Penipuan Jemaah Patut Waspada!
Beliau berkongsi tentang ciri-ciri scammer yang selalu mendekati jemaah di Makkah supaya kita lebih berhati-hati agar tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan.
Scammer alert di Makkah
Mutakhir ini jemaah umrah kembali memenuhi Makkah dan Madinah, maka muncullah kembali kumpulan penipu ataupun dipanggil scammer menggangu jemaah umrah terutama jemaah kita.
Kenapa mangsa ramai kalangan jemaah kita? Kerana orang kita biasanya sentiasa bersangka baik di dalam tanah haram, sentiasa menjaga akhlak dan juga sebolehnya tidak mahu sebarang perkara tidak baik berlaku. Itu lah beberapa sebab mengapa scammer sangat ‘gemar’dengan orang kita. Jadi hati-hatilah ya semua jemaah.
Ads
Ada yang berkata, “saya takut nak bersangka buruk. Risau malaikat yang sebenarnya menyamar dan mahu menguji kita di Makkah.” Di sini, saya cirikan beberapa jenis scammer yang muncul kebelakangan ini. Semoga dapat membantu semua supaya lebih berhati-hati.
1) Scammer Hajarul Aswad
Dulu hilang sekejap, kini dan keluar semula. baru-baru ini beberapa orang terkena! Modus operandi mereka, akan offer bantuan untuk bawa jemaah cium Hajarul Aswad. Ya, memang akan dapat dengan cara menolak orang lain dan bertempur. Selepas itu, mereka akan mengenakan bayaran yang tak masuk akal. Beribu riyal pun ada.
2) Scammer “can u speak english?”
Ini jenis akal panjang boleh buat batu cincin. Buat cerita sedih. Ada yang siap bawa isteri dan anak dalam stroller. Jalan cerita lebih kurang sama bertahun-tahun, tak ada duit nak beli tiket balik. Duit semua habis kena curi. Nak makan pun tak ada duit dan minta kita dermakan. Bagi sikit dia akan minta lebih.
Ads
3) Scammer “saya ambilkan gambar, anda bayar!”
Scammer ini akan offer jemaah service ambil gambar guna camera polaroid mereka. Siap costume serban diletakkan secara tiba-tiba atas kepala kita. Lepas tu ambil gambar kita dalam keadaan paksa rela! Minta kita bayar. Bukan sikit ya tapi ratus-ratus. Entah muka kita jadi macam mana diambil. Ya lah, paksa rela kan. Entah-entah bibir muncung sedepa. Lagi nak suruh bayar! Kita selfie sendiri lagi cantik.
4) Scammer teksi
Tak semua tapi ramai saja yang kena. Pastikan jumlah berapa yang dipersetujui sebelum anda menaiki teksi. Kalau driver minta lebih, tegaskan jumlah yang dipersetujui sahaja.
5) Scammer pelajar Makkah dan minta duit
Ini yang terbaru saya baru dengar dari beberapa orang jemaah. Ada 2,3 orang approach dengan cerita yang sama. Katanya mereka adalah pelajar di Makkah, tunjuk wallet kosong dan minta kita berikan duit. Macam biasa, tidak mahu jumlah yang sedikit. Ada yang memaksa sehingga mengikut pergi ke ATM.
Ads
6) Scammer pengusaha Pusat Tahfiz di Makkah
Minta jemaah berhati-hati juga dengan scammer yang datang tegur di dalam masjid, memberitahu bahawa dia adalah seorang pengusaha sekolah tahfiz dan minta sedekah dengan kadar yang banyak! Khabarnya mereka sangat agresif sehingga memaksa ke ATM dan keluarkan duit. Saya rasa scammer pelajar dan pengusaha tahfiz ni mungkin dari kelompok yang sama.
Apakah yang perlu anda lakukan jika perkara ini terjadi?
Tegas dan elak. Jangan takut dan memberikan ruang untuk mereka mengambil kesempatan. Kalau mereka ikut, segera pergi ke polis atau guard yang terdekat. Mesti mereka akan lari dan tidak berani meneruskan penipuan. Sentiasalah berhati-hati ya!
Jadi jika anda berniat mahu ke Tanah Suci, berhati-hati dan jadikan perkongsian ini sebagai langkah untuk berjaga-jaga bila ada di sana nanti. Semoga bermanfaat.
Hari ini, boleh dikatakan semua orang menggunakan aplikasi sosial media tertentu untuk terus berhubung dengan rakan atau keluarga yang jauh juga yang dekat. Ramai yang berkongsi foto kenang-kenangan di sosial media samada ketika bercuti bersama, majlis makan malam atau hari graduasi.
Namun biasalah adat berkawan atau terikat dengan hubungan sesama manusia, ada pasang surutnya. Sekejap baik, sekajap menyampah dan kemudian bermusuh. Pada ketika itu jika ada ‘orang tertentu’ yang anda tidak gemari, anda boleh terus unfriend mereka dari sosial media dan padamkan kesemua foto bersama. Semudah abc bukan? Ataupun jika anda betul-betul menyukai foto tersebut tetapi bukan orang yang berada di sebelah anda, gunakkan sahaja aplikasi untuk mengedit. Edit dan remove entiti yang tidak diperlukan dan semuanya selesai.
Tapi pernah atau tidak anda terfikir bagaimana cara orang zaman dahulu yang bukan dalam era digital untuk ‘lenyapkan’ rakan yang tidak disukai mereka? Jika anda sempat lahir pada tahun yang memerlukan proses gambar dicuci daripada filem atau bilik gelap, pasti anda pernah lakukan ini!
Cuba buka album lama keluarga anda. Jika nampak gambar berlubang sebegini cuba tanya perkara sebenar yang berlaku. Adakah kerana individu tersebut dibenci atau foto tersebut tidak digemari oleh pemiliknya.
Umum mengetahui Australia merupakan negara yang mempunyai undang-undang imegresen dan kastam yang sangat ketat untuk dilalui jika ingin masuk ke negara mereka. Lebih-lebih lagi jika anda adalah warganegara Malaysia.
Tidak perlu lagi diceritakan mengapa dan kenapa rakyat Malaysia seringkali dipantau ketat untuk masuk ke Australia. Ia terjadi akibat daripada sikap penting diri rakyat kita sendiri yang suka masuk ke negara kanggaru itu untuk tinggal lebih masa dan salah guna visa pelancongan atau lawatan yang diberikan semata-mata untuk berkerja secara haram di sana.
Terbaru, seorang wanita yang dikenali dengan nama Reen di laman twitter, ada kongsikan ‘thread’ dihalau dari masuk ke Australia walaupun mempunyai visa masuk yang sah. Ini gara-gara dia hanya membawa wang sejumlah AUD350 sahaja untuk percutian 5 hari di sana bersama rakan-rakannya.
Baca perkongsiannya.
Today rs mcm nk share experience kiteorang ber-6 kena denied boarding ke Perth, Aussie. Denied bkn sbb visa x approve, denied sbb fully based on silly assumption. So, those nk pergi, boleh ambil iktibar & prepare.
Ramai yang meninggalkan komen dan ada juga memberikan info yang sepatutnya atas kes yang berlaku. Diharap lepas ini jika ada yang bercadang bercuti ke mana sahaja destinasi, membuat sedikit rujukan terlebih dahulu mengenai undang-undang di setiap negara yang ditujui.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi anda ang mahu melihat sekitar Putrajaya dengan lebih menyeluruh, belayar dengan Cruise Tasik Putrajaya adalah pilihan yang tepat.
Menerusi tasik yang berliku itu, anda boleh mengambil pelayaran persiaran untuk melihat keajaiban mercu tanda bandar dan pemandangannya. Untuk berlayar sambil menikmati pemandangan Putrajaya, pengunjung mempunyai dua pilihan kaedah pengangkutan apabila mengambil pelayaran Cruise Tasik Putrajaya iaitu dengan bot persiaran penumpang atau perahu berupa gondola yang dibentuk seperti perahu tradisi Melayu.
Antara mercu tanda yang dapat disaksikan ketika belayar termasuk Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi, Monumen Alaf Baru Kebangsaan, Masjid Putrajaya, dan Istana Hinggap Sultan Selangor. Selain bangunan, pengunjung berpeluang melihat keunikan sembilan jambatan yang cukup popular buat sesiapa yang berkunjung ke Putrajaya antaranya jambatan Seri Saujana, Seri Wawasan, Seri Gemilang dan Seri Perdana.
Nak tahu pakej dan harga yang disediakan di sini? Ini info best daripada sumber Facebook saudara Hang Dhamin
Terdapat 3 Aktiviti berbeza kalau korang datang ke Cruise Tasik Putrajaya.
PERAHU DONDANG SAYANG
Mesti korang rindu kat nak naik Shikara Ride dekat Kashmir kan tak pun naik Gondola dekat venice hahahah. Aku pun. Tapi kalau korang nak feeling2 yang seakan sama korang mencuba dan rasai sendiri pengalaman menaiki Perahu dondang Sayang di Putrajaya.
.
Diorang siap boleh setup lagi kalau korang nak beromantik2 dinner atas dondang sayangtu kalau korang nak sambut Anniversary ke, nak melamar ke wow nice teruk haha tapi harga kene deal dengan diorang la. Aku tau yang basic je haha
.
.
SIGHSEEING CRUISE
.
Harga : RM 30 dewasa / RM 20 Kanak – kanak
Operation hour : Rujuk Gambar
Tiket : walkin
.
LEPAQ@CRUISE
Selain Perahu Dondang Sayang, kalau korang nak feeling lebih sikit Cruise Tasik Putrajaya telah melancarkan pakej yang menarik kalau korang ingin melihat kecantikan malam Putrajaya dengan menaiki Cruise iaitu Lepaq@Cruise. Lepaq@Cruise hanya dibuat sebulan sekali sahaja iaitu pada Sabtu Minggu keempat setiap Bulan. Bermula pada jam 9.00 malam dan akan berakhir pada jam 10.30 malam (1 jam 30 minit)
.
.
Harga : RM250 For 2 Dewasa / RM 75 for Kanak – kanak
Pakej termasuk :
Makan malam
Nyanyian Buskers (Live)
Sesi Karaoke
Mini games
Aku dah try memang nice gila. Cruise ni ada close area dan open area.dua-dua boleh try nanti. Romantic abis, korang bawak la yang tersayang. Lain feeling dia. Kalau korang nak mencuba menaiki cruise pada hari–hari biasa korang boleh mencuba dengan harga seperti diatas. Cumanya naik cruise jela takda la happening dan makan-makan macam kitorang kat atas tu hehe.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...