Sebayu Retreat Gopeng Perak adalah satu villa yang tidak jauh dari Ipoh, hanya perlu pandu lebih kurang 40 minit sahaja.
Cukup sesuai kalau anda ada plan nak buat hari keluarga atau berkumpul dengan kawan-kawan rapat, di sini tempat yang sesuai.
Sebayu Retreat Gopeng Perak
Sambil layan anak main air tepi kolam, anda boleh layan pemandangan yang tenang sekitar villa. Kehijauan pokok-pokok dan binaan bangunan yang menggunakan konsep batu bata merah menjadikan villa ini nampak unik.
Ads
Nak mandi-manda memang ada private bathtub, macam-macam aktiviti yang anda boleh buat dekat sini seperti water rafting, waterfall abseiling, kayaking & river tubing.
Ads
Di sini ada pelbagai jenis bilik termasuk Superior King Rooms, Superior Twin Rooms, Family Rooms dengan pemandangan gunung, Standard Villas, Superior Villas, Deluxe Villas, dan Chalets.
Sebuah perkampungan terpencil di Nagoro, Pulau Shikoku Jepun kini didiami lebih beratus patung manusia.
Perkampungan itu kini lebih dikenali sebagai Nagoro Scarecrow Village. Kewujudan patung-patung tersebut adalah dianggap sebagai ‘manusia sebenar’ bagi menggantikan penduduk kampung yang sudah meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain.
Idea membuat anak patung itu timbul apabila Tskukimi Ayana, kembali semula ke kampung halamannya di perkampungan Nagoro beberapa belas tahun lalu dan mendapati kampung itu hampir kosong dan mati.
Orang muda ramai yang sudah berhijrah kerana mengejar peluang pekerjaan, manakala yang berusia ramai yang sudah meninggal dunia. Populasi penduduk yang masih ada di kampung ini dikatakan berjumlah 40 orang sahaja dan mungkin semakin berkurang.
Apabila bapa Ayana meninggal dunia, dia membuat keputusan untuk menghasilkan patung mirip mendiang bapanya. Dia mengatakan apabila menghasilkan patung-patung orang yang sudah meninggal dunia, dia akan teringat kembali saat mereka masih hidup dan sihat. Patung-patung ini umpama keluarga sendiri pada anggapan Ayana.
Patung yang diperbuat daripada barangan terbuang seperti jerami, kain dan pakaian lama diletakkan di dalam kelas-kelas sebuah sekolah yang ditinggalkan, dewan orang ramai, perhentian bas, di tepi jalanraya di sebatang sungai dan sebagainya.
Kadangkala ada satu perasaan seperti menyeramkan, bayangkan dikelilingi patung-patung bersaiz besar yang memandang tepat ke arah anda. Namun patung-patung itu juga telah menjadi tarikan pelancong di dunia yang tertarik ke perkampungan terpencil tersebut. Perkampung ini sangat kecil dan hanya memerlukan sekitar 10 minit untuk habis pusing di keseluruhan pulau dengan menaiki kenderaan.
Siapa yang pernah pergi ke Da Nang, Vietnam? Mesti ramai yang belum berkesempatan ke sana kan? Berbeza dengan tempat-tempat lain di Vietnam yang popular di kalangan pelancong Malaysia seperti Ho Chi Minh dan Hanoi, Da Nang ni baru nak menempa nama sebagai destinasi pelancongan.
Dek kerana masih lagi tak ramai pelancong Malaysia yang ke Da Nang ni, Libur ingin berkongsi beberapa tip pelancongan kepada anda daripada Norbainon Baharudin. Semoga tip ini bermanfaat dan anda mendapat sedikit gambaran mengenai tempat tersebut, langsung dapat merancang percutian anda ke sana!
1. Di sini kebanyakkan tempat menggunakan VND melainkan Lapangan Terbang Da Nang saja yang menggunakan USD. Adalah lebih baik anda tukar dahulu matawang di Malaysia. Sekiranya tidak cukup duit, anda boleh tukar di kedai emas berdekatan Han Market.
2. Kebanyakkan tandas awam tidak ada air. Anda dinasihatkan sentiasa bawa botol berisi air untuk membasuh dan mencuci. Sekiranya tiada, boleh gunakan tandas OKU atau tandas keluarga kerana selalunya tandas-tandas ini mempunyai air.
tiada masjid berikutan tiada komuniti muslim yang tinggal di sini.
3. Teksi Vinasun berwarna hijau adalah teksi yang paling dipercayai. Kadar bacaan meter eksi bermula dari 6k. teksi berwarna kuning dan hijau pula bermula dengan kadar meter 8k. Ini kadar untuk teksi Vios. Kadangkala ada teksi yang menawarkan kereta yang lebih besar walaupun anda berdua sahaja. Anda boleh tolak tawaran dengan baik dan katakan ingin menaiki teksi yang biasa sahaja. Hati-hati dengan teksi di kawasan Han Market kerana mereka tidak meletakkan harga mengikut meter kepada pelancong. Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Grab sahaja sekiranya rasa was-was dengan teksi awam yang ada di sana.
4. Perkhidmatan Grab Bike ada di sini dengan harga separuh lebih murah daripada harga teksi. Kalau anda travel berseorangan atau dalam kumpulan kecil, lebih mudah menggunakan Grab Bike untuk pusing-pusing di sekitar kawasan bandar Da Nang.
5. Makanan halal sangat terhad. Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan halal siap-siap dari Malaysia. Antara restoran halal di sana adalah Simpur Brunei, Omar Halal Indian Restaurant, Family Indian Restaurant, Nan Kebab & Mumtaz. Harga makanan halal di sini sangat mahal, jadi bersiap sedia untuk membayar harga makanan tersebut. Restoran halal yang dicadangkan kepada anda adalah Family Indian Restaurant kerana menyediakan makanan yang sedap berbanding yang lain. Sekiranya anda ingin makan makanan Vietnam yang halal, ada satu sahaja restoran iaitu Than Ly. Restoran halal di Hoi An pula adalah Zeytun dan Khazanah1992 Indian Restaurant.
6. Kalau anda nak membeli-belah barangan seperti air mineral, roti, kopi atau makanan ringan, anda boleh ke Big C Supermarket yang berdekatan dengan Parkson Da Nang. Di sana juga menjual nugget dan ayam perap halal. Barang-barang yang dijual di Bic C Supermarket lebih murah dan lebih banyak pilihan. Antara kesemua hypermarket, di Big C Supermarket menawarkan harga kopi Vietnam yang lebih murah dan banyak pilihan.
7. Pasang aplikasi Foody atau Vietnamm.com di telefon pintar anda sekiranya malas nak keluar mencari makanan pada waktu malam. Boleh bayar COD semasa penghantar makanan menghantar makanan kepada anda. Tapi, untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda memerlukan nombor telefon Vietnam untuk mereka hubungi bagi tujuan pengesahan pesanan.
8. Kebanyakkan warga di sana tidak tahu berbahasa Inggeris. Cara yang mudah untuk anda berkomunikasi adalah menggunakan google translate atau tangkap gambar dan tunjukkan kepada pemandu teksi untuk menghantar anda ke mana-mana. Wifi di sana mudah untuk diakses dan laju. Kebanyakkan hotel dan kedai-kedai makan menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma. Tapi jika anda kerap berjalan, beli kad sim yang mempunyai data internet.
9. Barangan cenderahati boleh di beli di Han Market. Beg rotan yang tular di Malaysia cukup murah di sana tapi, anda harus ingat supaya tidak membeli di dalam Han Market. Beli di kedai-kedai yang terletak di tepi-tepi Han Market kerana harga di situ lebih murah. Con Market berdekatan dengan Big C Supermarket lebih murah tetapi peniaga kurang mesra dengan pelancong. Peniaga di Han Market lebih mesra dan mereka pandai bertutur dalam bahasa Korea kerana pelancong Korea ramai berkunjung di sana.
10. Jangan lupa untuk singgah di Tourist Centre di Han Market. Boleh ambil gambar peta kawasan sekitar, buku kupon, dan buku panduan travel di Da Nang. Kesemua barangan tersebut boleh didapati secara percuma dan anda akan lebih mudah faham fan tahu tentang tempat-tempat menarik di sana. Jadi mudalah untuk anda merancang ke mana destinasi selepas itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pokok Krismas yang paling terkenal di Rio de Janeiro, Brazil dinyalakan dengan lampu berwarna-warni sempena sambutan perayaan itu sehingga 6 Januari 2020
Setiap kali perayaan Hari Natal berlangsung, ribuan orang awam berkumpul di sekitar Rodrigo de Freitas Lagoon hanya untuk menyaksikan pokok setinggi 70 meter itu dinyalakan dengan kerdipan lampu cantik yang turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api selama tujuh minit.
Pokok yang begitu terkenal dalam kalangan rakyat Brazil dan peloancong itu juga dianggap pembawa harapan kepada orang penganut agama Kristian.
Ia merupakan acara kebudayaan ketiga terbesar di Rio de Janeiro, selain sambutan ambang malam tahun baru dan acara Karnival Rio. Nyalaan pokok berkenaan menandakan permulaan perayaan Krismas di ibu kota Brazil itu.
Pokok itu diterangi oleh 900 ribu lampu LED dan ia akan dihidupkan setiap malam bulan perayaan Krismas. Setiap tahun, pokok ini mempunyai tema dan konsep nyalaan lampu yang berlainan sebagai simbolik perayaan yang sangat ditunggu-tunggu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...