Selayang merupakan sebuah kawasan yang cukup sinonim di negeri Selangor yang terletak hanya kira-kira 10 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya di Utara ibu kota tersebut menjadikan Selayang sebagai lokasi penginapan ramai warga kota.
Bila sebut Selayang pasti ramai yang terbayangkan Pasar Borong Selayang yang besar dan menawarkan pelbagai makanan dan barang mentah yang didatangkan dari seluruh pelosok negara dan luar negara.
Namun Selayang lebih daripada itu! LIBUR tertarik dengan perkongsian dari Tourism Selangor tentang beberapa hotspot tempat makan best di Selayang! Kalau menjelajahinya ini beberapa lokasi tempat makan anda boleh cuba dalam masa sehari.
1. Sarapan Pagi di Nasi Lemak Ujang Corner
Credit : nasilemakujangcorner
Nasi Lemak Ujang Corner ialah tempat sarapan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, menyajikan pelbagai hidangan termasuk rendang daging, kari daging, kari ayam dan ayam goreng. Menu nasi lemak yang enak di sini juga cukup digemari oleh pelanggan setempat mahupun luar.
Alamat : Jalan 2/16, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor.
2. Makan Tengah Hari di Restoran Kari Kepala Ikan SG
Ads
Credit : FoodPanda @ Food Delivery App
Jika anda sedang mencari lokasi untuk makan tengah hari di Selayang, bolehlah singgah ke Restoran Kari Kepala Ikan SG. Terdapat pelbagai jenis makanan untuk dipilih dan pilihan hidangan juga dipaparkan di kaunter untuk memudahkan pesanan anda. Tiada siapa yang dapat menahan aroma menggoda seperti kari kepala ikan, ayam pandan, kerabu mangga, serta menu pilihan lain. Selain itu, restoran ini juga menampilkan suasana yang mesra- pengunjung.
Alamat : 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
3. Minum Petang di The Rack Boutique Cafe
Credit : therackboutiquecafe @ Instagram
Jika anda mahukan hidangan yang berbaloi, The Rack Boutique Cafe adalah pilihan untuk minum petang yang anda perlu cuba. Ia bukan hanya menawarkan pelbagai hidangan, anda juga boleh memesan menu “shell out”, masakan barat dan pencuci mulut. Malah, hidangan dulang juga menjadi salah satu pilihan ramai pelanggan di sini, yang tentunya lebih berbaloi!
Ads
Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.
4. Makan Malam di Golek-Golek Suasana Kampung
Credit : Golek-Golek Suasan Kampung @ Instagram
Restoran ini menampilkan menu masakan Melayu, Cina, dan Barat. Antara yang paling popular ialah ikan bakar dengan sambal petai, udang galah gulai lemak, keli salai, dan sotong, lala, ketam, dan kerang. Ikan bakar menjadi menu pilihan pelanggan di sini, Rata-rata mereka berpuas hati dengan masakan, perkhidmatan dan keselesaan yang ditawarkan.
Alamat : Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, 68100 Selangor.
Ads
5. Makan Lewat Malam di Daily Burger
Credit : AppleFoodees
Daily Burger beroperasi sehingga pukul 3.00 pagi, jadi jika anda ingin dapatkan makanan pada lewat malam, mereka mempunyai beberapa pilihan yang menarik, seperti OG Burgers, yang disediakan mengikut cita rasa dengan tambahan bahan seperti kepingan nanas, yang menghasilkan rasa yang menarik. Selain daripada pilihan burger ayam dan lembu, terdapat beberapa pilihan patty seperti rusa, arnab, dan kambing.
Alamat : 3, Jalan SG 1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Selain dari tempat-tempat yang disenaraikan atas, Negeri Selangor mempunyai pelbagai lagi restoran dan tempat makan yang menarik yang perlu anda terokai terutamanya pada tahun 2022.
Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia, justeru, apabila bercakap mengenai seleksi makanan di Negeri Selangor, ia bukan sahaja untuk memuaskan selera anda, namun juga bagi memenuhi perjalanan “Pusing Selangor Dulu!” anda yang tentunya mengujakan; jadi apa kata mulakan di Selayang?
Namun, bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang sehingga 30 Jun tahun 2021.
Kerajaan Pulau Pinang telah melanjutkan lagi tempoh untuk mengetepikan caj hotel selama enam bulan lagi. Lanjutan itu dibuat berikutan pengumuman Fi Hotel sebelum ini yang berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Dis 2020 sahaja.
Fi Hotel (dahulunya dikenali sebagai Fi Kerajaan Tempatan) dikenakan ke atas hotel empat dan lima bintang pada kadar RM3 sebilik untuk satu malam, manakala bagi hotel tiga bintang ke bawah termasuk asrama (dormitory), hotel bajet, hostel dan rumah tumpangan pula adalah sebanyak RM2 sebilik untuk satu malam.
Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang.
Pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga tahun hadapan. Pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.
Ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk menyokong proses pemulihan industri pelancongan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.
Keputusan itu diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 11 November 2020 lepas. Semua pihak diharap dapat menyokong penggiat industri untuk menghadapi cabaran norma baharu dalam usaha mereka membangunkan semula sektor pelancongan Pulau Pinang.
image via google | Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah negara menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif.
“Saya tahu ramai di antara anda telah menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif terbaik. Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit kami dan kami benar-benar menghargai ini. Kredit ini mempunyai masa sah 365 hari dan membolehkan anda mengubah tarikh penerbangan anda untuk beberapa kali tanpa had. Namun, ia mungkin memerlukan proses yang panjang antara 12 hingga 16 minggu kerana banyak permintaan yang kami terima. Kami tidak mempunyai perolehan yang masuk, 96 peratus penerbangan terjejas dan kami masih mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti pembekal bahan api dan ejen pajakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi AirAsia.
“I know many of you have expressed frustration with not receiving a refund for your flights but I encourage you to accept a credit as a good alternative. More than 80 percent of you have accepted our credit offer and we truly appreciate this. Please know that our policy is in line with many operators in the travel industry and reflects our focus on coming out the other side of this difficult period and flying with you again as soon as possible. We have ensured that we adhere to all regulations and requirements of respective governments and consumer authorities and believe this is the best solution. You are among the over 600 million guests who have flown AirAsia and can’t wait to fly with you again once this is over. While we strongly encourage you to accept the credit which is instant and comes with a 365-day validity and allows you to change your flight date for an unlimited number of times, we do accept requests for refund on a case by case basis. However, due to the overwhelming number of requests that we have received, it may take a long process of between 12 to 16 weeks.”
Beliau menambah, walaupun pihaknya amat mengharapkan pelanggan menerima tawaran kredit, AirAsia masih menerima permohonan untuk pembayaran balik mengikut kes. Jelas beliau, apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah cabaran terbesar yang dihadapi AirAsia dalam tempoh hampir 20 tahun penubuhannya. Oleh itu, beliau mahu bersikap terbuka dan telus dalam situasi yang tidak menentu ini.
Sebelum ini AirAsia mengambil langkah mengurangkan gaji sementara bagi barisan kakitangan pengurusan kanan sebagai langkah mengurangkan kos syarikat.
Rata-rata pelanggan meninggalkan komen yang tidak bersetuju dengan kaedah tersebut.
Kalau dapat mengembara ke Nagano di Jepun, anda pasti teruja melihat keindahan panorama luar bandar di negara matahari terbit ini.
Menurut pengalaman saudara Encik Epal, dia memilih gerak secara solo ke Nagano, Jepun. Lebih mudah nak berhenti dan menikmati pemandangan sesebuah lokasi nanti.
Mengembara Ke Nagano di Jepun
Trip percutiannya ini lebih kepada pengembaraan dan aktiviti menyelam, pastinya melibatkan kos yang agak tinggi. Jadi nak tahu selebihnya, jemput baca pengalamannya sewaktu di sana.
Destinasi yang terletak di tengah-tengah pulau terbesar Honshu ini terkenal dengan kawasan pergunungan, landskap semula jadi, tanah ladang yang banyak, hidupan liar dan sudah tentu, banyak pusat peranginan ski.
Tempat ini juga juga merupakan bandar terbesar di Prefektur Nagano dan lokasi paling sesuai untuk meneroka pelbagai destinasi yang ditawarkan di Jepun Tengah.
Tugu Olimpik Nagano yang berlatar belakangkan Stadium Olimpik
Pengunjung berpeluang menyaksikan beberapa kemudahan asas Sukan Olimpik Musim Sejuk 1998 di sekitar bandar yang menjadi kebanggaan mereka sebagai tuan rumah ketika itu selain menikmati sajian unik dari masyarakat tempatan.
Perbelanjaan sepanjang tempoh satu hari adalah sekitar RM450 kerana perjalanan mengelilingi Nagano dilakukan menggunakan kereta sewa yang dipandunya sendiri.
1. Penginapan atau tempat tidur
Encik Epal memilih penginapan yang menawarkan bayaran mengikut kaedah per jam dengan kadar sewaan RM100 hingga RM140.
Paling menarik, anda boleh daftar masuk dan keluar sesuka hati.
2. Kos perjalanan dan parkir
Berdasarkan pengalaman Encik Epal, kos perjalanan selama dua hari adalah RM120 yang mana harga minyak anggaran RM5 per liter.
Sebagaimana Malaysia, sesetengah laluan mempunyai tol dan ada yang mencecah RM24 walaupun dalam jarak dekat.
Anda boleh gunakan ETC kerana sistemnya seperti smart tag yang memudahkan pengguna lebuh raya.
Bagi parkir, terdapat kawasan yang menawarkan sewaan RM30 untuk tempoh 30 minit.
Bagaimanapun anda perlu waspada kerana terdapat kawasan yang mengenakan caj sebanyak RM100, manakala percuma di lokasi luar bandar.
3. Kadar sewa kereta
Kereta mikro jenis Kei-Kar adalah pilihan yang tepat kerana berharga lebih murah.
Kebiasaannya kos sewa kereta adalah sekitar RM300 hingga RM350 tetapi kereta Kei-Kar berharga RM120 hingga RM150.
Bagaimanapun, ia bergantung pada nilai mata wang masa tersebut.
4. Bajet makan
Dianggarkan RM100 hingga RM240 sehari.
Kalau anda nak berjimat, beli nasi putih di kedai serbaneka yang berharga RM5 dan panaskan di kaunter.
Anda boleh nikmatinya dengan sambal goreng ikan bilis bersama air mineral yang berharga RM3.50 per liter.
5. Dobi pakaian
Kebanyakan pengembara tidak membawa pakaian yang banyak kerana menggunakan beg sandang.
Jadi, Lebih baik guna dobi layan diri yang ada dengan kos kira-kira RM40 hingga RM60 untuk sekali cucian dan kering.
Cukup itu sahaja tip kali ini, jadi buat anda yang mahu cuba bercuti ke negara Jepun secara solo, boleh bersedia dari awal dan guna tip ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...