
Sambutan Hari Kebangsaan bukan hanya tentang perarakan, bunga api atau mengibarkan Jalur Gemilang. Bagi yang sukakan aktiviti sihat, bulan kemerdekaan juga boleh diraikan dengan cara lebih aktif menerusi pelbagai acara larian dan cabaran kecergasan yang berlangsung sepanjang Ogos hingga September 2026.
Daripada virtual run yang boleh dibuat di mana-mana, night run, brisk walk hinggalah cabaran langkah, semuanya menawarkan pengalaman berbeza tetapi tetap membawa semangat patriotik.
Kalau anda kaki lari, kaki jalan atau sekadar mahu buat aktiviti sihat bersama keluarga dan rakan-rakan, ini antara acara yang boleh dimasukkan dalam senarai.
1. Larian Kemerdekaan Ke-69 Virtual Run 2026
Kalau jadual padat tetapi masih mahu sertai aktiviti sempena Merdeka, larian virtual ini antara pilihan paling mudah.
Peserta boleh melengkapkan jarak larian mengikut masa dan lokasi sendiri tanpa perlu hadir ke satu venue tertentu.
- Tarikh: 1–31 Ogos 2026
- Jarak: 8.31KM
- Lokasi: Di mana-mana sahaja
- Konsep: Virtual run
Boleh berlari di taman rekreasi, trek kejiranan atau kawasan kegemaran anda. Fleksibel dan sesuai untuk mereka yang mahu cabar diri sendiri sepanjang bulan kemerdekaan.
2. Malaysia Negaraku Run – Sabah
Untuk yang berada di Sabah, Malaysia Negaraku Run membawa suasana patriotik terus ke Kota Kinabalu.
Acara seperti ini bukan sekadar tentang mencatat masa terpantas, tetapi peluang untuk berkumpul bersama komuniti sambil meraikan semangat kebangsaan dalam suasana lebih santai dan aktif.
- Tarikh: 16 Ogos 2026
- Lokasi: Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
- Konsep: Larian fizikal
- Suasana: Patriotik dan komuniti
Latar bandar Kota Kinabalu juga menjadikan pengalaman berlari lebih menarik, terutama jika anda mahu gabungkan aktiviti larian dengan short getaway hujung minggu.
3. STAKAN National Day Night Run
Kalau larian pagi bukan kegemaran anda, boleh cuba pengalaman berlari pada waktu malam menerusi STAKAN National Day Night Run.
Suasana malam memberi feel yang berbeza, terutama apabila peserta berkumpul menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
- Tarikh: 30 Ogos 2026
- Masa: 7.00 malam
- Lokasi: UniCentral Commercial Park, Kota Samarahan, Sarawak
- Konsep: Night run
Sesuai untuk mereka yang mahu aktiviti hujung minggu lebih santai selepas matahari terbenam.
4. Merdeka Run 2026 – Seri Manjung
Semangat kemerdekaan diteruskan sehingga awal September menerusi Merdeka Run 2026 di Seri Manjung.
Larian 5KM ini sesuai untuk peserta yang mahukan jarak sederhana dan tidak terlalu mencabar.
- Tarikh: 6 September 2026
- Masa: 7.00 pagi
- Lokasi: Lotus’s Seri Manjung, Perak
- Jarak: 5KM
Boleh datang bersama rakan-rakan atau ahli keluarga dan jadikan ia aktiviti pagi sebelum meneruskan perjalanan meneroka sekitar Manjung dan Lumut.
5. Merdeka 69 Briskwalk – Kepala Batas
Tak semua orang mahu berlari, dan itu bukan masalah.
Merdeka 69 Briskwalk menawarkan konsep yang lebih santai serta sesuai untuk mereka yang mahu bergerak aktif tanpa perlu mengejar masa.
- Tarikh: 22 Ogos 2026
- Masa: 8.00 pagi
- Lokasi: Dewan Millennium, Kepala Batas, Pulau Pinang
- Aktiviti: Brisk walk
Aktiviti seperti ini lebih mesra keluarga dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
6. Virtual FINRUN Merdeka 46KM 2026
Kalau suka cabaran jangka panjang, Virtual FINRUN Merdeka 46KM mungkin lebih sesuai.
Peserta perlu mengumpul jarak keseluruhan sepanjang tempoh program dan tidak semestinya perlu menyelesaikannya dalam satu sesi.
- Tarikh: 16 Ogos–18 September 2026
- Jarak: 46KM terkumpul
- Lokasi: Virtual
- Konsep: Cabaran jarak terkumpul
Anda boleh bahagi jarak mengikut kemampuan, sama ada 3KM, 5KM atau lebih pada setiap sesi. Cabaran ini lebih fokus kepada jumlah langkah harian dan sesuai untuk mereka yang baru mahu membina rutin hidup lebih sihat.
Setiap langkah dikira, jadi anda boleh capai sasaran sambil berjalan ke pejabat, bersiar-siar di taman atau melakukan aktiviti harian.
Raikan Merdeka Dengan Cara Lebih Aktif
Setiap orang ada cara sendiri untuk meraikan Hari Kebangsaan.
Ada yang suka menyaksikan perarakan, ada yang memilih road trip, dan ada juga yang mahu menyambutnya dengan berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Apa pun pilihan anda, acara larian dan cabaran kecergasan seperti ini memberi peluang untuk meraikan bulan kebangsaan sambil menjaga kesihatan.
Kalau mahu menyertai mana-mana acara, semak dahulu maklumat pendaftaran, lokasi, kategori dan sebarang perubahan jadual daripada penganjur sebelum bertolak.
Jom raikan Merdeka dengan langkah yang lebih aktif!

sekarang!






