Baru-baru ini ada perkhabaran berita sedih tentang penemuan sebuah MPV di sebuah sungai di Pahang. Pemandunya yang dilaporkan telah hilang 10 bulan yang lalu meninggal dunia di dalam kenderaan yang dinaiki.
Perkara sebegini berlaku mungkin disebabkan tiada saksi yang melihat atau melibatkan kawasan yang agak terpencil dan terlindung. Memandu pada waktu malam dan dalam jangka masa yang panjang juga boleh menjadi faktor kepada perkara sebegini berlaku.
Jika ada yang ingin memandu sendiri pada waktu malam atau perlu ke tempat yang agak terpencil, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menyarankan untuk menggunakan aplikasi WhatsApp untuk mengemaskini keberadaan diri.
Ikuti perkongsian doktor ini dan cara-cara untuk berkongsi live location menerusi WhatsApp.
Share Live Location Update Keberadaan Diri
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.
Ads
Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
Ads
Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3.
Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.
Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.
Ads
Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.
Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Bila tiba Ramadan memang meriah dengan buffet Ramadan yang menawarkan pelbagai hidangan enak untuk dinikmati. Sesekali nak merasa berbuka di luar dan menikmati pelbagai hidangan enak bersama yang tersayang apa salahnya kan.
Bagi yang tercari-cari kat mana nak berbuka, Libur berikan pilihan hotel di Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan buffet Ramadan. harga berpatutan, makanan pun sedap-sedap!
Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam
Berkonsepkan Nostalgia Ramadan Bersama Mardhiyah Hotel & Suites (MHS), pengunjung dapat mengembalikan memori saat berbuka puasa bersama yang tersayang dengan lebih daripada 100 hidangan di bufet Ramadan di sini.
Pilih sahaja aneka makanan dari Makanan Melayu seperti GUlai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nanas, Rendang Kambing dan banyak lagi. Selain itu jangan lupa singgah di stesen makanan lain seperti Salad & Kerabu Warisan yang menyajikan aneka jenis kerabu, Salai & Panggang, Satay Station, Kawah-kawah dan pelbagai lagi.
Terdapat 3 F&B yang ada di MHS yang anda boleh pilih untuk berbuka nanti. Harga dan masa seperti berikut:
Pengunjung akan disajikan dengan lebih daripada 150 hidangan untuk berbuka puasa. Berkonsepkan Khazanah Sajian Desa yang dibawakan khas oleh Chef Borhan. Antara menu yang perlu anda cuba tentunya sajian istimewa daripada Chef Borhan iaitu Gulai Kawah Istimewa yang menggunakan 13 rempah yang berlainan.
Tak lupa juga kambing panggang kini kembali atas permintaan ramai. Jangan lupa juga minum teh tarik yang dibuat segar atas permintaan pengunjung disamping hidangan lain yang pelbagai.
Khazanah Sajian Desa 2023 @Pullman Kuala Lumpur Bangsar
27 Mac – 21 April 2023
RM188 Net – Dewasa
RM98 Net – Warga Emas (60 tahun ke atas) & Kanak-kanak (6-12 tahun)
Hidangan bufet eksklusif di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA di Restoran Temasya bermula dari 25 Mac hingga 20 April 2023, Menawarkan lebih daripada 120 menu untuk dipilih. Bertemakan “Bazaar Ramadan Nostalgia Selera Orang Kita” anda bakal disajikan dengan hidangan tradisional dan antarabangsa yang akan mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak anda
Pasukan dapur mereka di bawah bimbingan Chef Al Fitri mempersembahkan 17 gerai istimewa dengan sentuhan “Kampung” Pelbagai hidangan lazat boleh anda dapatkan di seluruh Temasya dan Anjung Tinjau yang menampilkan Temasya gulai kawah signature, nasi lemak kukus tong kayu, sate, sup pilihan, kambing panggang dan banyak lagi.
Bazar Ramadan Nostalgia Orang Kita @ Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
Terletak di Bandar Utama, hidangan istimewa di Chek’s Coffee House, AVANTÉ Hotel musim ini disajikan oleh Chef Arih bin Ahmad, mengimbau kenangan indah masakan ibunya — Daging bakar masak lemak, klasik Negeri Sembilan. Menggunakan serai, cili padi dan kunyit, daging salai (‘daging salai’) kemudiannya digandingkan dengan santan berkrim dan belimbing besi, gabungan yang menggabungkan rasa pedas, kaya dan berasap, hidangan tradisional yang membangkitkan selera.
Satu lagi hidangan utama ialah Kambing Golek yang lembut, berair, dipanggang dan dihidangkan secara langsung di bufet. Hidangan klasik yang sering menjadi pilihan termasuklah Rendang Ayam, Ketupat Palas, Sate, Sup Gear Box, Ikan Bakar, Shawarma, Sotong Belado, Nasi Tomato, Sup Kambing & perut and dan banyak lagi!
Pilihan hidangan antarabangsa yang menarik juga turut dihidangkan: ketam goreng lada hitam, sushi & sashimi, sotong masam manis, BBQ stik, chicken chop dan daging lembu goreng Mongolia.
Buffet Warisan Rasa Ke-25 di Verandah Restaurant yang bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023 akan menyajikan hidangan tempatan dan fusion lazat untuk para pengunjung. Lebih daripada 250 hidangan berbuka puasa untuk anda nikmati di sini, memang berbaloi untuk datang.
Concorde Hotel Kuala Lumpur menyajikan hidangan bufet berkhasiat pada Ramadan ini di Melting Pot Cafe. Hidangan bufet Buka Puasa menampilkan pelbagai hidangan menarik: hidangan klasik kampung tradisional dan hidangan istimewa Thai.
Bufet yang bermula 23 Mac sehingga 21 April ini menyajikan hidangan Klasik kampung seperti Sup Gear Box, Sup Ekor, Laksa Johor dan banyak lagi. Anda juga boleh cuba hidangan istimewa Thai antaranya Kway Teow Nam (Thai Noodle Soup), Gaeng Massaman Neua (Massaman Beef with Potatoes), Pla Muek Tod Kra Tiam (Deep-fried Squid with Garlic and Pepper), Pad Krapow Kung (Sauteed Shrimp with Basil) dan banyak lagi.
Gabungan Duo Rasa Ala Kampung & Thai @ Hotel Concorde, Kuala Lumpur
TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur membawa anda suasana kemeriahan sambutan Ramadan Masjidil Haram, Mekah di Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur Kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan tiada tolok bandingnya.
Setelah menikmati juadah iftar di Suasana@27, dengan jarak hanya beberapa langkah, para tetamu dan pengunjung, dapat mengimarahkan Ramadan dengan menunaikan ibadah Solat Tarawih dan Qiamulail di masjid yang bersejarah ini.
Sepanjang bulan Ramadan yang mulia, manjakan diri anda dengan bufet “Ramadan dari Dapur Binjai” di Perdana Kuala Lumpur City Centre dengan lebih 150 juadah tradisional yang disediakan oleh cef pakar di 10Binjai.
Daripada pilihan pembuka selera yang meriah kepada hidangan utama yang membangkitkan selera dan pencuci mulut yang lazat, nikmatinya bersama keluarga dan rakan anda.
Bertemakan Citarasa Nusantara, nikmati aneka juadah istimewa pada bulan Ramadan ini di Royale Chulan Kuala Lumpur. Selepas menikmati makanan berbuka, tempat solat terawih turut disediakan. Yang nak bayar zakat, kaunter zakat juga ada disediakan di sini.
Kembalikan kenangan Makan Malam Bufet Nostalgia Selera Kampung di Hotel Mercure Kuala Lumpur Glenmarie! Manjakan diri dengan aneka juadah tradisional dan temui semula citarasa kampung halaman kita. Daripada rendang yang lazat hingga kambing yang dibakar dengan cantik, bufet Ramadan di sini mempunyai sesuatu untuk semua orang. Bawa rakan dan keluarga anda, dan mari kita bersama-sama kembalikan nostalgia!
Banjir dan air deras sedang berlaku di daerah Desa Manau Sembilan II, Bengkulu, Indonesia pada minggu lalu. Ramai penduduk kampung keluar untuk menyaksikan bencana alam tersebut.
Sebuah jambatan gantung yang digunakan oleh penduduk kampung untuk ke seberang menjadi ‘port’ sekitar hampir 30 orang remaja merakam gambar dan ada ada yang sedang berselfie dengan air banjir dibelakang.
Tindakan sekumpulan remaja mengambil gambar swafoto di sebuah jambatan gantung mengundang padah apabila jambatan itu putus dipercayai akibat tidak dapat menampung berat berlebihan dalam kejadian di kepulauan Sumatera.
Kejadian tragis itu mengakibatkan 10 orang mati lemas kebanyakkannya pelajar selepas terjatuh ke dalam sungai. Kesemua mangsa dihanyutkan arus deras akibat banjir. Jambatan yang baru dibina itu mungkin tidak dapat menampung berat berlebihan menyebabkan ia terputus.
Seramai 17 mangsa yang cedera dalam insiden itu telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Trend menonton wayang dan filem kegemaran dari dalam kereta sudah lama dipraktikkan di luar negara.
Di Korea Selatan, sistem menonton wayang sebegini sudah lama di guna pakai. Malah di kota Paris juga banyak syarikat menjalankan perniagaan tersebut sehingga mereka menemui cara baru ketika musim COVID-19 ini iaitu memperkenalkan wayang atas air, dimana penonton boleh menonton filem kegemaran dari atas bot masing-masing.
Foto: Google Image
Malaysia juga tidak terkecuali dan bakal mewujudkan ‘drive in cinema’. Pandemik COVID-19 menyaksikan banyak norma-norma baharu dalam kehidupan diamalkan termasuklah daripada aspek aktiviti sosial. Disebababkan itu, menonton wayang dari dalam kereta telah dicadangkan dek kerana adanya penjarakan sosial antara penonton.
Hasrat rakyat negara ini untuk menonton filem di dalam kenderaan hampir menjadi realiti apabila kerajaan telah membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk (drive-in cinema).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing. Selain itu, SOP yang perlu dipatuhi adalah penjualan makanan dibuat dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu (drive-thru). Petugas Rela juga mungkin perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti tersebut bagi rujukan semua operator yang terlibat.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...