Negeri Sabah banyak pulau-pulau yang tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri. Meleleh air liur kalau dapat jejak kaki di pulau Sabah terutama di daerah Semporna. Cuba pusing semua pulau dekat sini, kemudian buat perbandingan sendiri.
Tercari-cari pakej trip keluarga ke Semporna, Sabah. Baca perkongsian lengkap daripada saudara Nazrul Akram
Semporna adalah salah satu destinasi pantai tercantik didunia dan mendapat nama didalam Travel Insider. Jika nak berbandingkan dnegan Maldives, pulau-pulau di sekitar Semporna ini sama taraf malah ianya adalah lebih murah diantara negara-negara yang lain jika nak dikunjungi. Terdapat 8 buah pulau utama yang pelancong boleh kunjungi iaitu
1. Pulau Mabul (Perkampungan Air)
2. Bohey Dulang (Hiking)
3. Matabuan
4. Timba Timba
5. Pom Pom
6. Mataking
7. Sibuan
8. Matabuan
Pulau-pulau ini digabungkan pada pakej yang tertentu dan tak boleh dihabiskan dlaam masa satu hari. Jika anda nak pergi semuanya anda memerlukan masa 3 hari untuk 8 buah pulau ini. Berikut adalah contoh itinerary perjalanan saya serta budget selama 3 hari 2 malam dibawah RM1,000.00 untuk seorang. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu.
Tiket Penerbangan : RM1450.00 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Agak mahal kerana ianya jatuh pada permulaan cuti sekolah. Kalau korang pergi hari Jumaat atau Khamis mungkin lebih murah. Average harga KL Tawau KL menaiki airasia sekitar RM300-RM400, kalau promo mungkin lebih murah.
Harga ini termasuk tiket penerbangan Malaysia Airline, standard seat return, 1x makan return, dan luggage 20kg return. Untuk pengetahuan anda, flight domestik MAS kena bayar yer skang, macam Airasia. Tiket ini saya beli 1bulan sebelum tarkh penerbangan, korang mungkin akan mendapat lebih murah jika membeli dengan lebih awal.
Seminggu sebelum trip ke Tawau, saya membuat penempahan untuk pakej ke pulau Mataking dan Timba-Timba. Harga untuk pakej ini adalah RM89.00 untuk dewasa dan RM47.00 untuk kanak-kanak. Harga pakej tidak berbeza banyak dengan syarikat lain. Dinasihatkan, korang kena booking sehari awal untuk ke pulau Semporna kerana ianya mempunyai proses pendaftaran bagi keselamatan pelancong. Jadi jumlah 2dewasa dan 1kanak kanak adalah RM225.00.
Tiba di airport kami sewa kereta Axia untuk memudahkan pergerakkan dari Tawau ke Semporna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna sekitar 1jam 30minit. Harga kereta adalah RM90.00 untuk sehari. 3 hari makan jadilah RM180.00.
Saya mengisi minyak full tank RM45.00 dan top-up lagi RM20.00 sepanjang perjalanan 3hari ni. Kereta Axia minyak jimat itu pun ada lebihan lagi masa return kereta. Jadi total isi minyak adalah RM65.00.
Korang boleh memilih untuk menginap di bandar Tawau ataupun bandar Semporna. Kami stay di homestay atau harga hotel di bandar Tawau sekitar RM150.00 manakala di Semporna RM100.00. Penginapan 3hari 2malam adalah berharga RM300.00.
Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :
1. Tiket Flight : RM1450.00
2. Hotel : RM300.00
3. Kereta Sewa : RM180.00
4. Pakej Pulau : RM225.00 Total bayaran adalah RM2,155.00
Ads
Dibawah adalah itinerari perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket.
Ads
Day 1 : Kuala Lumpur – Tawau
– Flight MAS MH2660 berlepas jam 0740pagi dari KLIA.
– Tiba di Tawau Airport pada jam 1030pagi.
– Mengambil kereta sewa di airport.
– Isi minyak full tank. (RM45.00)
– Makan tengah hari dibandar Tawau. (RM30.00)
– Shopping barangan kering di pasar UTC Tawau. (RM150.00)
– Makan Malam di Bandar Sri Indah. (RM25.00)
Total of Day 1 : RM250.00
Ads
Day 2 : Tawau – Semporna
– Menuju ke bandar Semporna seawal pagi.
– Tiba di Jeti Perlancongan Kg. Bangau Bangau. Parking percuma.
– Membeli snack dan air tambahan. (RM15.00)
– Pakej pulau bermula di Timba-Timba Island
– Snorkeling di Mataking
– Snorkeling di Pompom Island.
– Tiba di Jeti Perlancongan dan minum petang. (RM10.00)
– Isi minyak balik ke bandar Tawau. (RM20.00)
– Makan malam seafood (RM80.00)
Total of Day 2 : RM125.00
Day 3 : Tawau – Kuala Lumpur
– Menuju ke pasar basah di bandar Tawau
– Sarapan pagi sekitar bandar Tawau. (RM9.00)
– Beli barangan basah, udang, sotong dan lobster. (RM150.00)
– Menuju balik ke airport.
– Flight balik MH2661 pada jam 1125pagi.
Total of Day 3 : RM159.00
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perasan tak, bila ada isu mengenai kematian di luar negara dan pihak keluarga ingin memohon jenazah/mayat untuk dibawa pulang, pasti mengalami masalah.
Antara masalah yang sering berlaku ketika memohon jenazah/mayat untuk dibawa pulang ialah kos penghantaran yang tinggi dan sebagainya.
Ramai ibu bapa tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan jika terdapat kenalan atau saudara mara yang meninggal di luar negara sama ada ketika bekerja atau semasa bercuti. Mazlan Zonan atau lebih mesra dipanggil Buyong di kalangan kawan-kawan, merupakan seorang ‘backpackers’ tegar apabila beliau minat terhadap perkara baru dan suka bergaul dengan orang baru terutama di luar negara.
Beliau menjelaskan bahawa jika terdapat kenalan atau sahabat yang meninggal dunia di luar negara, disarankan agar tidak membawa balik sebaliknya di tanam di sana bagi memudahkan perjalanan si mati.
Mazlan yang merupakan seorang backpackers tegar sejak Disember 2013 apabila nekad berhenti kerja dan menjual semua harta kepada adik-beradik dan rakan-rakan bagi mengelakkan komitmen.
Beliau menjelaskan bahawa setiap orang yang ingin ke luar negara harus tahu apa yang perlu mereka lakukan jika terdapat kematian dan insurans yang perlu mereka ambil.
Mazlan turut menjelaskan bahawa sebelum ini beliau hampir kehilangan nyawanya sendiri apabila jatuh dari tingkat 1 di sebuah rumah banglo, dan pada ketika itu beliau sedang bekerja sebagai kontraktor di London.
Akibat kecedaran pingga yang di alami pada ketika itu, beliau terpaksa membatalkan seluruh perancangan untuk jelajah bumi eropah.
Jom kita baca sikit penjelasan dari beliau apa yang perlu korang buat jika terdapat kematian di luar negara dan apakah insuran yang perlu korang tahu.
Bercuti ke negara-negara Eropah semestinya menjadi wishlist setiap pengembara. Kos untuk menjelajah ke negara-negara ini tentunya agak tinggi kerana nilai mata wang yang berbeza dengan negara kita.
Namun kalau bijak merancang itu semua tidak menjadi halangan. Winter trip selama 12 hari menjejaki enam negara Eropah tentunya satu kenangan manis buat Amri Baik dan isteri serta dua lagi teman.
Walaupun hanya touch & go di beberapa negara kerana kekangan cuti, itu sahaja sudah memadai. Berkongsi itinerari dan juga kos sepanjang percutian mereka, ternyata tak sampai RM9 ribu mereka dapat merealisasikan pengembaraan ke bumi Eropah.
Yang penting dapat melawat ke tempat-tempat cantik di negara Eropah dan juga sempat shopping barangan berjenama yang harganya agak murah berbanding di Malaysia. Nak tahu apa lagi yang menarik sepanjang percutian mereka, Ikuti perkongsiannya:
Winter Trip Ke Enam Negara Eropah
Alhamdulillah..selesai sudah trip winter di negara Eropah selama 12hari.
France – Switzerland – Italy – Germany – Austria – Slovakia
Trip kali ni pergi berempat.Harga dh siap2 dibahagiakan kepada 4orang.
Touch N Go di sebab susah dpt cuti, so jejakkan kaki kejap pun dh bersyukur
Thanks to otai2 yg byk ajar & bg tips utk trip kali ni expecially abg DK & WA
KL-Paris – Hotel (check in) – Eiffel tower – hotel
Day 2
Hotel (check out) – Airport – Zurich Hbf –
Bern (jalan2 sekitar, tangkap gambar, makan) – Interlakern west – hotel ( check in) – jalan2 sekitar (cuaca x ok. snow lebat)
Day 3
Naik bas & train ke – Grindelwald – Hotel – Iseltwald – hotel
Day 4
Hotel (check out) – naik train ke Domodossola (Saje nk merasa jejak kaki kat Italy , tangkap2 gambar kat luar station)- naik balik train pergi ke Tasch- hotel (check in)- keluar balik naik train pergi ke
Zermatt (Matterhorn)
Day 5
Hotel (check out) – naik train ke Zurich Hbf – naik bus no 43 ke hotel (berhenti kat wikpengenplatz st) utk pergi ke hotel
Keluar balik, naik train ke Old town Zurich (berhenti kat Burkliplatz st.)-shopping souvenir, minum kopi & makan kedai Thailand
Balik naik tram dr Rathaus st. ke hotel. Turun di Wikpengenplatz st.
Keluar balik dr Wikpengenplatz st pergi ke Starbucks Zurich mengopi balik semula ke hotel
Day 6
Check out hotel
Naik train dr Zurich Hbf ke Innsbrucks.
Check in hotel dan keluar ke Old town Innsbrucks (masa sampai hari ahad. Semua tutup kecuali Restaurant/cafe)
Lepak2 makan, cari FM pastu balik tido.
Day 7
Keluar jalan kaki pergi Primark Innsbrucks (dlm Sillpark)
Check out hotel & naik bas ke Munich central bus.
jalan kaki ke hotel 600meter & check in.
Keluar semula pergi ke Allianz Arena, Munich naik teksi. Skali stadium tutup
Day 8
Jalan kaki ke Old town Munich, bergambar sikit pastu check out hotel gerak ke Salzburg naik flixbus.
Sepatutnya sampai awal tp bas ada masalah sikit kena tahan dgn polis german.
Smapai Salzburg, check in hotel dan keluar cari makanan dan jalan kaki ke Old town Salzburg.
Day 9
Check out hotel dan jalan kaki ke Salzburg hbf. Naik train ke Hallstatt. Turun di Obertraun sbb dekat dgn hotel. Jalan kaki dan check in.
Keluar balik naik bas ke Hallstat Lahn.
Habiskan masa sampai petang kat Hallstat.
Day 10
Check out hotel, dan naik train ke Vienna. Jalan kaki ke hotel dan check in. Keluar balik, naik train pergi hard rock cafe, old town. Santai2 kat area situ.
Day 11
Jalan kaki ke Vienna hbf dan naik train ke Bratislava.
Dari Bratislava hl. St, naik bus no 93 utk ke Old town Bratislava. Turun di Zhokova.
Jalan2 amek gambar, breakfast then gerak balik ke Bratislava HL.st naik tram no 1. (Tggu depan mcD) dan balik ke Vienna.
Rehat kejap then keluar balik repeat pergi ke Old Town Vienna, butik YSL & LV, Leopoldau dan gerak balik hotel.
Day 12
Repeat pergi butik LV & Ysl dan terus ke Vienna Airport – Jeddah – KL
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Flores mungkin nama tempat yang masih lagi asing dalam kalangan pengembara di Malaysia. Tetapi ia sebenarnya nama yang cukup terkenal bagi traveller yang kebanyakannya datang dari Eropah. Ini kerana kebanyakan kapal-kapal persiaran besar dan mewah dari seluruh dunia yang berlabuh di Pelabuhan Labuan Bajo datangnya dari benua Eropah dan Australia akan menuju ke Flores.
Gili Lawa….Ni baru satu gambar cantik. Skrol sampai bawah tengok gambar lain. Cantik gile!
Ada apa dengan Flores? Nama Flores, diambil dari bahasa Portugis yang bererti “bunga”. Flores terkenal dengan gugusan pulau-pulau yang indah dan salah satu keistimewaannya adalah terdapat Pulau Komodo! Kepulauan Flores ini berada di dalam daerah Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Aku bersama empat orang rakan memulakan pengembaraan kami untuk ke Flores dari Kuala Lumpur menuju ke Lombok dengan menaiki pesawat Air Asia. Dari Lombok, kami menaiki Feri dari Pelabuhan Lembar menuju ke Pelabuhan Padang Bai, Bali dengan tiket yang berharga RP40,000.
Perjalanan menaiki Feri mengambil masa selama 5 jam. Kemudian, kami menaiki pesawat Nam Air dari Ngurah Rai International airport, Bali menuju ke Komodo Airport, di Labuan Bajo.
Labuan Bajo adalah sebuah kampung nelayan yang digelar sebagai Permata di Kepulauan Sunda Kecil. Di sini adalah pintu masuk untuk ke Flores, Pulau Komodo, Pulau Padar, Rinca dan pulau-pulau lain di sekitarnya. Para penjelajah dari Portugis jatuh cinta pada Labuan Bajo yang mereka sebut sebagai Tanjung Bunga sejak lebih dari tiga abad lalu.
Dari Pelabuhan Labuan Bajo ni, kami akan memulakan pengembaraan menjelajah ke kepulauan yang terdapat di Flores dengan menaiki bot. Kami telah mengambil pakej belayar selama 3 hari 2 malam dengan harga RP1,650,000.00 seorang. Boleh ke Instagram ‘Padar Trip’ untuk melihat pakej sailing yang ditawarkan. Pakej kami adalah termasuk kos transfer dari Komodo airport ke hotel di Labuan Bajo, sewa peralatan snorkeling, tiket masuk ke Taman Nasional, air mineral, makan 3 kali sehari, homestay di Pulau Komodo dan juga guide tempatan yang sporting lagi peramah yang bernama Mas Bidong!
Jika ikutkan pakej sailing yang asalnya kami akan tidur di dalam bot. Tapi disebabkan masa kami pergi haritu, musim ombak agak kuat, jadi kami bermalam di Pulau Komodo selama 2 malam. Sebenarnya tidur di homestay lebih selesa kerana dapat tidur di atas tilam yang empuk dan dapat mandi air bersih berbanding tidur dalam bot yang bergoyang-goyang bila dihempas ombak dan perlu mandi air laut! Tapi jika dapat tidur dan bermalam di dalam bot juga merupakan satu pengalaman yang menarik! Cuma jangan lupa untuk sediakan ubat tahan muntah bagi mereka yang mabuk laut!
Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur menyimpan sejuta pesona yang menarik untuk dijelajahi. Di gugusan Kepulauan Komodo sendiri terdapat puluhan pulau-pulau kecil dengan keindahan alam yang luar biasa! Salah satunya adalah Pulau Kanawa.
Untuk ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Kenawa, ia mengambil masa sejam perjalanan dari Labuan Bajo. Pulau ni sangat indah, dengan pasir putih, lautan yang biru, tanpa pencemaran serta terumbu karang yang sangat cantik.
Adoi cantiknye air laut Pulau Kenawa. Rasa nak terjun je ni dari ofisView puncakl Pulau Kenawa. Belum tengok lagi dari tempat lain. Baca lagi!Posing jap di pantai Kenawa
Beberapa aktiviti juga boleh dilakukan di pulau ni seperti snorkeling, diving dan trekking bukit. Trekking bukit mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Puncak bukit ni memang spot terbaik untuk melihat sekeliling pulau kanawa dengan lautnya yang biru.
Kemudian, kami ke Manta point iaitu lautan dengan kedalaman sekitar 10 meter dengan arus yang sangat tenang. Di sini terdapat ikan pari yang sangat besar yang dikenali sebagai Manta. Kami berasa sangat teruja apabila Manta berenang di sekitar bot kami dan kami semua terjun ke dalam laut untuk melihat Manta dengan lebih dekat! Tetapi akhirnya kami tewas dengan aksi kejar mengejar bersama Manta! Manta berenang dengan sangat laju sampai kami tak terkejar dah!
Manta Point. Air jernih
Pelayaran bot kemudian diteruskan membelah lautan ke sebuah pulau kecil yang bernama Taka Makassar. Airnya sangat jernih, cetek dan tenang! Rasa seperti berenang di dalam swimming pool tetapi disajikan dengan pemandangan indah bukit bukau di pulau-pulau disekitarnya! Memang best!
Jernih betul air Taka Makassar
Aktiviti seterusnya, kami akan trekking ke Gili Laba. Gili Lawa Darat ataupun dipanggil Gili Laba adalah hotspot ‘must hike’ dengan pemandangan yang sangat indah dari puncak pulau ini!
Permulaan naik ke puncak Gili Lawa
Kami perlu mendaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Trek dia curam, berbatu, mencanak dan boleh tahan penat! Aku banyak kali juga berhenti sambil tangkap gambar! Semua sisi Gili Lawa bagaikan studio foto dengan background yang sempurna! Jangan lupa untuk bawa air mineral dan juga headlamp. Kami nak tengok sunset dekat atas puncak ni!Trekking Gili Lawa…gile lawa!
Sunset di Gili Lawa
Kalau anda datang sekitar bulan Ogos dan September, masa tu rumput tengah mengering dan berwarna coklat kekuningan. Masa aku datang ni pada bulan Mei, memang rumput tengah segar kehijauan! Rasa macam nak berguling-guling atas rumput hijau yang macam carpet! Hahaha
Gili Lawa. Rumput bukit belakang tu macam rumput padang golf
Tempat terbaik untuk layan view cantik adalah di puncak pertama. Pemandangan pantai dengan jalur trekking Gili Laba dimana anda dapat melihat kapal-kapal berlabuh di persisiran pantai dengan pasir putih dan coral yang terlihat jelas dari ketinggian, stunning!Wajib selfie di Gili Lawa…dua warna saje, hijau & biru…ohsem lah aih
Speechless bila dapat view macamni di puncak Gili Lawa. Cantik tenang je.
Hari kedua pelayaran, kami ke Pulau Padar. Kami bergerak dari Kampung Komodo seawal jam 6 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam sambil menikmati pemandangan indah matahari terbit dari atas bot dan menghirup secangkir kopi Flores! Keren banget seh!
Sunrise dari atas bot
Pulau Padar adalah pulau ketiga terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, setelah Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Pulau Padar juga diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pulau padar hanya di ditumbuhi rumput tanpa adanya pepohonan yang besar. Jadi untuk ke pulau Padar sebaiknya pada awal pagi atau lewat petang agar terik matahari tidak terasa membakar kulit.
Tengok air hijau dan bukit cantik. Pulau Padar ni macam era Jurassic je
Ada yang menyebut pemadangan dari atas Pulau Padar mirip seperti Danau Kelimutu dengan danau tiga warnanya. Tetapi Pulau Padar mempunyai pemandangan dengan 3 pantai yang berbeza. Yang pertama iaitu pantai yang menjadi lokasi bersandar kapal-kapal dan tempat memulakan pendakian, kedua pantai berwarna hitam di sebelah barat dan terakhir berwarna sedikit kemerahan iaitu Pantai Pink.
Siapapun yang berkunjung ke Pulau Padar, hatinya pasti bergetar ketika melihat keindahan alam di Nusa Tenggara Timur ini! Sungguh asyik!
Perjalanan kami diteruskan pula ke Pantai Pink Pulau Padar. Di Labuan Bajo terdapat beberapa buah pantai pink, mungkin kerana banyak coral berwarna merah yang tersebar di kepulauan komodo. Air lautnya sangat jernih dengan 3 lapis warna biru! Memang sangat cantik!
Pantai Pink memang ada 3 lapis biru, dari pantai jernih, tengah turqoise, selepas itu biru gelap.
Ni tabik ke tahan panas di Pantai Pink? Macamni punye cantik pantai, panas pun tak kisah!
Lawa nye air Pantai Pink
Kemudian, kami ke Pulau Kalong iaitu sebuah pulau yang didalamnya terdapat populasi kelawar dalam jumlah yang besar. Waktu terbaik mengunjungi pulau ni adalah saat matahari mulai terbenam. Pada waktu ini, Kelawar akan keluar dari sarangnya untuk mencari makan dan bertebaran di langit.
Foto: indoamaterasu
Selepas makan malam di homestay, kami berjalan-jalan di sekitar kampung Komodo. Singgah di rumah dan melawat keluarga kecil Mas Bidong. Jika datang ke Indonesia, bila sebut sahaja kami dari Malaysia, mereka mesti akan teringat pada Upin Ipin! Memang famous betul kartun Upin Ipin disini! Masa di rumah mas Bidong pun, anak-anak dia tengah tengok kartun ni. Masih menggunakan bahasa Malaysia Kartun ni, cuma dengan subtitle Indonesia. Rasa bangga pula karya anak Malaysia begitu terkenal di negara luar! Salute!
Betul betul betul!
Hari terakhir di Flores, kami akan ke Loh Liang iaitu ia merupakan pintu masuk dan daerah wisata utama di Pulau Komodo ni. Pulau Komodo atau Loh Liang adalah pulau terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Ada beberapa perkara yang harus dipatuhi sepanjang trekking di Pulau Komodo ni, iaitu perlu berada dekat dengan group, dilarang memberi makan kepada komodo dan dilarang bersuara dengan keras apabila tidak perlu. Renjer juga memberitahu yang dia tidak menjamin kami akan bertemu dengan komodo. Mereka hidup bebas di Pulau ini, dan jika dapat jumpa Komodo tu kira beruntung la.
Biawak komodo. Berani betul diorang ni. Ni kira beruntung jumpa komodoMacam real je petting Komodo tu hehe
“Komodo Dragon” adalah haiwan purba dengan nama latinnya “Varanus komodoensis”. Ia adalah sejenis biawak dan bukannya naga yang boleh terbang ataupun lidah yang boleh mengeluarkan api. Itu hanyalah lagenda semasa ia mula-mula dijumpai oleh orang Belanda pada tahun 1911 yang pertama kali sampai ke Pulau yang tidak berpenghuni ini.
Besor la hai Komodo
Ia hidup di air masin dan gigitannya yang merbahaya boleh mengundang maut dalam masa 24 jam. Biawak Komodo ni membunuh mangsa dengan menggigit dan menyebarkan racun yang ada pada air liurnya. Lalu setelah mangsanya dijangkiti kuman dan mati barulah Komodo tersebut akan makan hasil buruannya.
Boleh bergurau dia dengan Komodo…menangis jap tengokPemburu Komodo. Tanduk apa ni?
Masyarakat setempat memanggilnya dengan nama “Orah”, namun di Indonesia dan dunia seantero, haiwan purba ini lebih dikenal dengan nama “Komodo” atau “Komodo The Dragon”. Tahukah anda bahawa Komodo adalah spesies reptilia kuno yang nenek moyangnya telah ditemui sekitar 100 juta tahun yang lalu? Memang spesies Dinosour ni!
Perasaan kami semasa trekking di Pulau Komodo ni seolah-olah seperti masuk ke dalam Jurassic Park! Kadang-kadang rasa seram sejuk dan berdebar masa trekking, takut jika tiba-tiba Komodo muncul dari arah tepi atau belakang kami! Memang mencicit lari tak cukup tanah nanti! hahaa
Tetapi jangan risau, sepanjang trekking di pulau ini, renjer Taman Negara Komodo yang menemani kami membawa sebatang kayu yang bercabang di hujungnya. Menurut renjer, biawak komodo pantang dan lemah jika terkena kayu tersebut.
Perlu lebih berhati-hati dengan komodo betina kerana mereka adalah yang paling tangkas berlari. Badannya cenderung lebih kecil dibanding dengan jantan sehingga lebih ringan dan cepat untuk berlari memburu mangsa.
Memang best trekking di hutan tropika di Pulau Komodo ni! Pengalaman yang tak dapat dilupakan berjumpa dengan haiwan purba iaitu biawak Komodo di habitat asalnya dan mempunyai saiz yang lebih besar dari manusia! Di sini adalah satu-satunya tempat di dalam dunia iaitu pulau terpencil yang dihuni oleh ribuan biawak Komodo!
Destinasi terakhir kami dalam misi menjelajah Kepulauan Flores adalah di Pulau Kelor. Pelayaran mengambil masa selama tiga jam lebih. Masing-masing tidur terbongkang dalam bot macam tongkang pecah dah! hahaa.. Semua dah mabuk laut disebabkan ombak kuat menghempas bot sehingga bergoyang! Akhirnya setelah membelah badai lautan samudera, kami tiba juga di Pulau Kelor.
Buat ape tu? Pulau Kelor rasa nak terjun dari bukit.Pemandangan dari puncak Pulau Kelor. Memang era Jurassic lah bukit² sini.
Pulau Kelor di Flores ini memiliki bibir pantai yang cukup landai dengan pasir putih dan bukit menjulang di tengah pulau yang menggoda untuk didaki. Sebelum menjejakkan kaki di pulau kecil ini, anda akan terpana dengan kejernihan air lautnya hingga anda dapat menikmati pemandangan dasar laut dari atas kapal. Di Pulau Kelor ni, anda perlu trekking untuk ke puncak untuk menikmati pemandangan yang memukau!
Oh Flores yang dirindukan! Ternyata pengembaraan kami di kepulauan Flores sangat menarik dan istimewa kerana ia menawarkan lukisan alam yang sangat indah dengan pasir putih dan pink berpadu dengan air biru jernih. Bertemu dengan Komodo Dragon, dibatasi pula dengan gugusan pulau-pulau dengan puncak mendamaikan diantara deruan ombak laut, dan dilatari dengan langit biru cerah. Indahnya syurga dunia di Flores!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...