Ini info dan panduan daripada saudara Ahmad Najah yang berkongsi tip dan bajet ketika melakukan Umrah dan Ziarah seorang diri.

UMRAH & ZIARAH DIY 31-12-2019 sampai 10-01-2020

Assalamualaikum, Disini saya ingin berkongsi pengalaman melakukan Umrah DIY seorang diri selama 10 hari, 5 hari di Madinah dan 5 hari di Mekah. Umrah DIY ini disarankan untuk mereka yang pernah melakukan Umrah atau Fardhu haji sebelum ini kerana memudahkan pergerakan ibadah yang perlu dilakukan semasa di tanah suci Madinah dan Mekah. Mempunyai Kesihatan Yang baik dan fizikal yang kuat amat penting dalam umrah DIY. Kalau ada sakit kronik dan usia lanjut tidak digalakan melakukan umrah DIY.
‘Sharing’ Panduan Untuk Lakukan DIY Umrah & Ziarah Seorang Diri

Alhamdullilah sekarang Malaysia telah terpilih untuk memohon Visa pelancung ke Arab Saudi dan ini lebih memudahkan untuk melakukan Ibadah Umrah dan Ziarah di Saudi Arabia. Disini saya sertakan link dalam talian untuk memohon Visa Pelancung secara online. Saya juga ingin memaklumkan Umrah DIY tidak semestinya lebih murah dari pakej Umrah yang disediakan oleh syarikat pelacungan Umrah. Bagi menjimatkan kos disarankan pergi secara berkumpulan 4 orang. Umrah DIY membolehkan kita lebih fleksibel untuk melakukan ibadah semasa di Kota Madinah dan Mekah.

VISA Pelancong

IKLAN

Diatas link untuk memohon visa pelancung dan kita dibenarkan menginap selama 90 hari setiap kali lawatan dan visa berlaku selama satu tahun dari tarikh permohonan dan kita boleh melakukan kunjungan ke Saudi Arabia beberapa kali dalam masa satu tahun(multi entry). Kos memohon sekitar 500-700 Riyal untuk setiap permohonan. Masa pilih tujuan perjalanan pilih leisure jangan umrah Permohonan yang tidak berjaya tidak akan dikembalikan pembayaran. Setelah mendapat visa pelancung bolehlah mencari tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah.
‘Sharing’ Panduan Untuk Lakukan DIY Umrah & Ziarah Seorang Diri

Tiket Penerbangan

IKLAN
  • Banyak syarikat penerbangan menawarkan tiket ke Jeddah atau Madinah. Tiket boleh dibeli di link dibawah:

https://www.traveloka.com/en-my/
https://booking.etihad.com/SSW2010/EYEY/webqtrip.html…

  • Cuba elakan membeli dari Air Asia kerana harga yang ditawarkan lebih mahal. Etihad Airways menawarkan harga yang lebih murah dalam linkungan RM 2400-2500 dengan bagasi 30kg dan termasuk makan dan minuman.
  • Kebanyakan airlines akan tiba di Jeddah pada pukul 23:40 hingga 03:00. Kalau nak beli internet data ada jual di arrival Riyal 80.00 untuk 5G data Mobily. Kalau nak beli kat Madinah atau Mekah pun ada harga lebih kurang aje.

Sekiranya anda tiba di Jeddah dan hendak ke Madinah boleh ambil teksi dari Terminal Utara atau Terminal Selatan Jeddah
Seorang Riyal 130.00 kongsi 4 orang bukan satu teksi tau. Sekiranya anda terus ke Mekah bolehlah menukar ihram didalam kapal terbang apabila hampir tiba di tempat Miqat Qarnaul Manazil. Teksi dari Jeddah ke Mekah Riyal 150 – 200.00 satu teksi MPV boleh naik 4 orang. Bag jangan bawa yang besar sangat.

IKLAN
  • Hotel bolehlah booking di booking.com (Tips bila booking buat untuk 2 dewasa) kerana bilik disana rata-rata ada 4 katil
  • Kalau book untuk 4 dewasa akan lebih mahal untuk harga bilik.
  • Madinah Arees Al Jeuar Hotel
  • Harga hotel bergantung selera masing-masing secara purata Riyal 550-650 untuk 4 malam 4 katil dan jarak sekitar 300 meter dari masjid Nabawi di Madinah. Kalau nak hotel dekat lebih mahal lagi.
  • Makan dan minum atas selera sendiri budget lebih kurang Riyal 25-35 untuk satu hari, Kalau nak budget lebih rendah pun boleh makan sehari sekali..
  • Ziarah di Madinah masjid Quba,Uhud,Qiblatan boleh beli 1 day unlimited pass RM 11.00 naik Madina Bus warna hijau.
  • Madinah halas….
  • Madinah Mekah boleh naik bus VIP Saptco dari Crowne Plaza Hotel Riyal 120.00 dan bus berlepas dari Jam 10:00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam ke Mekah. Bus akan berhenti di Bir Ali selama 20 minit boleh tukar Ihram dan solat sunat ihram serta bermiqat. Bus akan tiba di Ajyad Saptco terminal belakang hotel zam zam tower kalau tinggal di hotel berdekatan Jalan kaki aje ke hotel kalau tinggal jauh sedikit boleh ambik teksi atau uber untuk ke hotel.
  • Harga hotel bergantung selera masing-masing secara purata Riyal 500-600 untuk 4 malam 4 katil dan jarak sekitar 600-700 meter dari masjidil Haram. Nawazi Al Tawsea. Kalau Hotel dekat dengan Masjidil Haram lebih mahal ye.
  • Bolehlah lakukan ibadah umrah selamat datang dan kalau nak buat Umrah lagi boleh naik bus saptco ke tanaim Riyal 3.00 satu hala atau naik teksi Riyal 20.00 per-balik
  • Kalau nak miqat di Jaranah atau Hudaibiyah naik Uber Riyal 40-50 satu jalan.
  • Kalau nak Ziarah Taif naik uber Riyal 100 satu jalan
  • Bila nak balik jangan lupa buat tawaf Wada lepas tu ambik teksi ke Jeddah Riyal 150.00 satu teksi, pergi awal 5jam sebelum flight kerana Mekah ke Jeddah jalan agak jem malam hari Khamis malam dan jumaat malam.
  • Air Zam Zam boleh dapat percuma dari Depature Jeddah Airport sebelah kiri cuma kena bayar Riyal 7.50 untuk packaging sahaja dan satu orang boleh bawak balik 1 botol 5 liter sahaja dan tidak dikira sebagai check in luggage.
  • Kalau masuk Mekah dulu dan nak ke Madinah boleh ambil bus saptco atau kereta sapu banyak ada disekitar Mekah. Harap information dapat membantu Jemaah DIY.


‘Sharing’ Panduan Untuk Lakukan DIY Umrah & Ziarah Seorang Diri

‘Sharing’ Panduan Untuk Lakukan DIY Umrah & Ziarah Seorang Diri

Barang keperluan tak pelu banyak boleh basuh baju di dobi di mekah atau Madinah. (Ubatan yang perlu ada):

1. Ubat Selsema Clarinese
2. Ubat Cirit birit
3. Ubat cirit birit Charcoal
4. Ubat tahan sakit Arxocia (120mg)
5. Ubat Antibiotik ini kena mintak dari doctor untuk sakit tekak dan selsema
6. Losyen kalau pergi masa musim sejuk (December – March)
7. Panadol Actifast
8. Difflam warna merah untuk sakit tekak ada antibiotik

Senarai Kos untuk seorang minimum 4 pax

  • Tiket penerbangan RM 2400.00
  • Teksi Jeddah Airport ke Madinah RM 130.00
  • Hotel Madinah RM 165.00
  • Bus Madinah-Mekah RM 130.00
  • Mekah Hotel RM 140.00
  • Mekah ke Jeddah MPV Teksi RM 55.00
  • Makan minum RM 300.00
  • Visa RM 570.00

Jumlah RM 3,890.00 *Kalau bulan Ramadan maaflah tak dapat harga macam kat atas
‘Sharing’ Panduan Untuk Lakukan DIY Umrah & Ziarah Seorang Diri

Semoga Perkongsian ini bermanfaat untuk semua apa yang kurang mungkin dari kekhilafan saya.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI