Masalah jet lag sering dialami oleh sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang ingin dituju.
Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.
Tubuh terasa lemah, kepala terasa berat dan pening, hilang nafsu makan, mengantuk di siang hari dan berjaga di waktu malam
Gejala inilah yang disebut jet lag dan jika dibiarkan boleh berlarutan hingga beberapa hari. Biasanya, perbezaan zon waktu yang panjang seperti 11 jam dari waktu asal lebih berisiko untuk terkena jet lag.
Untuk mencegah atau sekurang-kurangnya meminimakan risiko terkena jet lag, kami ada beberapa tip yang boleh anda cuba:
Atur Jam Mengikut Destinasi
Apabila anda menaiki pesawat, atur jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan dengan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, apabila jam anda menunjukkan waktu tidur, cuba untuk tidur walaupun anda belum mengantuk.
IKLAN
Jika anda tidak mengubah jam anda mengikut zon waktu destinasi yang dituju, aktiviti anda akan terganggu. Waktu siang yang sepatutnya anda keluar berjalan tetapi anda tidur pula. Apabila anda terjaga pada waktu malam dan ingin keluar berjalan, kebanyakan bangunan sudah banyak tutup.
Perbanyakkan Cairan Dalam Tubuh
IKLAN
Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya dua liter setiap jam walaupun anda tidak merasa haus. Kelembapan udara yang rendah di dalam pesawat akan membuat tubuh kekurangan cecair.
Adalah penting untuk menggantikan cairan dalam tubuh yang semakin berkurangan. Jangan lupa bawa botol kosong untuk diisi semula dari dispenser yang ada disediakan di dalam pesawat.
IKLAN
Jauhi Kafein Dan Makanan Berlebihan
Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau beralkohol sebelum penerbangan. Jika anda beranggapan kafein dapat membuatkan anda terjaga lebih lama, hakikatnya ia akan membuatkan anda sering bangun ketika mahu tidur.
Jika anda dihidang makanan, pilih menu tinggi protin kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.
Ambil Udara Dan Bersiar-siar
Setelah sampai ke destinasi, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.
Ramai juga yang beranggapan untuk memilih tiket penerbangan pada waktu malam supaya anda boleh tidur saja di dalam penerbangan berbanding penerbangan waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda. Yang pasti, anda tidak sepatutnya terlepas momen-momen indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugari boleh atasi jet lag, anda juga boleh.
Apabila melancong di negara luar, ada masanya sukar untuk mencari makanan yang halal. Apatah lagi jika bercuti di negara yang majoriti masyarakatnya tidak beragama Islam. Sesetengah premis makanan tersalah anggap akan konsep hidangan halal.
Bagi mereka, ‘As long as no pork’, makanan tersebut sudah halal dan boleh dihidangkan kepada pelancong Muslim. Mereka juga beranggapan hidangan vegetarian sudah bebas unsur tidak halal.
Pastinya terdapat sedikit perbezaan di situ. Bagi mereka, konsep Vegetarian membolehkan penggunaan bahan-bahan tidak halal dalam memasak. Contohnya penggunaan alkohol dalam kuah, sos dan perisa vanila. Sesetengah resepi vegetarian juga menggunakan wain sebagai ramuan. Walaupun kuantiti yang digunakan adalah sedikit, tetapi ia tetap dilarang.
Coklat dan manisan yang terdapat di pasaran luar juga kadangkala mengandungi alkohol. Selain alkohol, penggunaan gelatin yang berasaskan sumber haiwan yang diragui juga mudah dijumpai dalam kandungan pemakanan yang ditulis di luar pek. Pendek kata, sebahagian besar produk coklat yang dijual di luar negara mengandungi gelatin babi dan tidak sesuai untuk digunakan oleh pengguna Islam.
Entri kali ini memberi tip bagaimana mahu makan halal sepanjang pengembaraan anda.
Logo Halal
Cari restoran yang mempamerkan logo pensijilan Halal di premis mereka. Anda boleh mendapatkan info mudah mengenai restoran halal di internet. Pilihan kedua andai tiada restoran halal ialah mencari restoran yang menyediakan makanan berunsurkan seafood dan makanan vegetarian. Pun begitu, berhati-hati agar tiada penggunaan alkohol, wain dan minyak haiwan yang digunakan.
Bawa Makanan
Bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel. Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan untuk produk semula jadi (buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu dan lain-lain).
Makanan Ringan
Pek makanan ringan yang halal dan sihat seperti oat untuk mengelakkan anda dari kelaparan. Kekacang, buah-buahan kering dan sesetengah makanan ringan mampu membantu anda untuk kekal kenyang sepanjang malam. Jika tidak, mi segera adalah pilihan yang mudah dan mengenyangkan.
Kenali Istilah Pengunaan Nama-Nama Untuk Makanan
Pelajari dan kenali istilah dan nama-nama lain bagi babi yang digunakan dalam menu makanan Italy, Mexico, French dan sesetengah restoran barat bagi membantu anda membuat pemilihan makanan dengan mudah.
Terpaksa Mencari Makan
Jika terpaksa makan di luar, pilih makanan vegetarian atau seafood yang dirasakan tidak mengandungi kandungan babi atau alkohol, seperti kedai Pakistan atau yang sama waktu dengannya. Anda boleh bertanya kepada pelayan dengan lebih lanjut mengenai penyediaan makanan setelah mengimbas menu dan memberi sedikit ‘guide’ kepada pelayan mengenai diet halal restoran tersebut.
Kalau dah rezeki pasti tak kemana, siapa sangka dalam saja-saja usha tiket untuk ke Paris, akhirnya impian untuk sampai ke sana menjadi kenyataan. Paling best tiket penerbangan murah sangat, hanya berharga RM4.93.
‘Amal Solehah berkongsi pengalaman bagaimana dirinya berjaya mendapat tiket murah untuk ke Kota Cinta, Paris. Niat awal hanya untuk menggunakan credit account yang diberikan oleh AirAsia disebabkan pembatalan penerbangan ketika pandemik rupanya ada hikmah tersembunyi.
Setelah mendapat pengesahan penerbangan wanita ini terus membuat tempahan untuk penginapan dan juga perkara asas yang lain untuk seorang traveler termasuklah mendapatkan insurans.
Menghabiskan masa selama 3 malam di Paris dan 2 malam di kota London, ‘Amal Solehah turut berkongsi itinerary sepanjang percutiannya itu. Memang best dan satu pengalaman yang pastinya tak dapat dilupakan buat wanita ini.
Kul-Riyadh-Paris-Jeddah-Kul RM4.93!!
Jun 2022
Saja-saja cek harga tiket ke Paris, melalui airasia apps. Dengan harapan dapat guna credit account (flight cancel PKP haritu)
Search (tarikh random je bulan 10 tapi pilih flight pergi dan balik on weekdays sebab selalunya murah kan) jumpa flight Saudi harga RM19xx. So kita pun klik la, rupanya dia tulis credit acc untuk airasia flight sahaja.
Kita pun scroll la page tu sampai ke bawah, tiba-tiba tengok amount to be paid, RM4.93?!
Dalam blur kita proceed saja la macam curious kan kenapa RM4.93, dengan fikiran takpelah kalau burn RM5 je pun haha. Proceed lah bayar guna Cimbclicks.
Tiber, dapat email flight waiting for confirmation sebaik sahaja bayaran dibuat.
Selang 10 minit, dapat pulak email flight confirm. Apa lagi, masa tu riuh la sekampung, call mak kakak bagitau suami semua.
Tapi masa tu tak berharap sangat, mana tau dalam masa 3 hari ke sebulan ke ada email cancellation kan. Tapi takda! Haha
Lepas sebulan baru kita berani buat first step. Before booking rumah etc, kita beli insurans dulu! In case kann flight cancel, ade la jugak pampasan.
Then kita proceed la airbnb, hostels and tiket bas from Paris-London-Paris
(Semua hasil ulangkaji dalam group Backpacker Buddies Malaysia (BBM) tq semua)
Then ada chat juga dengan AirAsia and Saudia, dua dua mcm proceed je dengaen itinerary takde masalah.
Then tibalah harinya on 4th oct kita ke CDG.
Solo tau, sebab suami kita tak cukup cuti and kita memang nak sangat sampai sana! Hehe
So ni simple itinerary kita 2 malam di London dan 3 malam di Paris;
5/10/22
Touch down Paris 7am
La Valle outlet-butik2 di rue de honor-butik Polene-Bercy Bus Station (bus overnight ke London)
Tips and tricks bus ke London
Stesyen bus tu would be very tricky tau nak cari, from amilion metro station. Dia kena cross taman di atas stesyen tu, keluar ke jalan raya, melintas dan masuk ikut laluan bas. Tapi if kita pilih untuk turun di station bercy bourgogne, better sikit, terus je cross taman n trus masuk ke stesyen bas. Stesyen ni juga ada escalator if bawa bag besar and berat.
Stesen bus ni juga, better kita datang before hari gelap, u know Paris vibe kan, sentiasa rasa diperhatikan. So kalau tunggu lama utk bas pkul 11 malam pun takpe janji selamat huhu (especially utk female solo traveller cm saya)
6/10/2022
Sampai ke victoria coach station di London
Terus ke hostel di goodge street (YHA London) untuk simpan luggage luggage sekalian dan zass terus ke Primark oxford street. Jalan kaki dalam 15 min. Ada metro juga if nak senang.
Dalam pkul 2 petang balik hostel, check in, tido sampai esok
7/10/2022
Bicester Village
Rasanya ramai yang beli tiket from Marylebone direct ke Bicester, tapi cheaper option beli tix online di great western railway website, from london Paddington to oxford. Then beli chilltern express ( mesin ) oxford-bicester-oxford
Total cost paddington-oxford-bicester-oxford paddington adalah 13.5 pound pergi balik.
P/s. Tips nak shopping di bicester village dapat additional 20% off, just jumpa any concierge staff dia (mereka berada di mana mana di dalam bicester tu sambil pegang ipad).
Just daftar as member and zass dapat qr code for 20% off.(this one during private sale)
If during hari biasa, boleh daftar vip pass (kena tunjuk credit card visa) then dapat qr vip pass (10%) lumayan jugak tu weh
Dekat Bicester ade la jumpa a few group malaysians, terubat rasa homesick sekejap
Then balik ke Hostel train pkul 6 pm, then makan maggie, tidooo (kita solo female so mmg takde l activity malam) sopan sopan gitu sebelum senja dah balik haha
8/10/2022
Ready nak checkout, bag tinggal di hostel
Camden town-cari george (baju tidur budak) di asda lavender-westfield cuci cuci mata (shopping mall besar di London)- big bens-trafalgar square-harrods-back to hostel untuk ambil bag-victoria coach station
10.30pm bas ke Paris (bercy seine)
9/10/2022
8 am sampai di bercy station bus, then trus tarik luggage2 ke storage bag di Gare Du Nord.
9euro utk one whole day okay laa. Dia sekali masuk xleh keluar dah, kalau keluarkan, kira kena bayar utk round baru.
So lepas simpan beg,
Polene-then back to gare du nord utk tunggu waktu check in 5 pm.
Tips n tricks stesen2 besar paris ni, buat je muka garang mcm nak makan orang. And mmg akan ada je org yg nak tegur ke tanya ke sori la I akan terus cakap ‘non’ mmg diorang akan pergi lps tu.
Jangan buat eye contact. Dah banyak kali dah terkena, ada je eye contact, mesti org akan cuba tegur.
Kita ni fikir nak selamat balik Malaysia je lagi 4 hari. Duk peluk pouch kat depan yg ada phone n passport. Nyawa tuh! Haha
Then 5pm kita trus naik rer D (train) ke St. Denis.(airbnb)
Hm nak cakap cmne eh, bagi kita kawasan tu agak black laa, bila keluar je st. tu, penuh dgn black people tgh lepak, jual rokok, memerhati org huhu seram!
Tapi owner airbnb kita kata, kita kena tunjuk kita mcm tak takut takut, kalau tak diorang lagi tak suka. And owner tu sendiri kata pandangan orang sini dekat dia lain, sbb dia adalah white-tall-guy. So mcm diorang immigrant ni hormat la pada penduduk asal gitu.
Tapi still kalau female solo traveller, elak lah ye pilih airbnb area sini. Kita pilih 1 sebab murah n dekat ngn airport 15 min je)
So kita stay la dlm bilik tu sehingga esoknya.
naik bas ke London
10/10/2022
Kita cuba contact akak yang famous di IG (founder tmpl backpackers) cuba nasib mana la tau dapat jalan sama2, alhamdulillah dia ada di Paris at that time and dia open up and percaya untuk jalan dengan kita terubat lagi homesick kita huhu
Tempat harini kami lebih kan shopping haha
Veja-Polene-hard rock-starbucks-galleries lafayyete-balik hotel masing2
11/10/2022
Sambung jalan di galleries lafayyete-la valle outlet (tricks nak dapat diskaun sama je tau mcm kat Bicester village)
Btw dkt val d europe (shopping mall before sampai ke la valle outlet) ada primarks tau!
Shopping primarks sini dapat vat refund 12%
12/10/2022
Flight balik jam 4.45 pm tapi pkul 9 dah gerak ke airport (tazzabarrrr)
Alhamdulillah 13/10/2022 touchdown klia jam 4pm
Transportation
Paris-navigo 1 week 8euro(gambar) + 27 euro (kad+pass fee)
Btw pass dia ni valid sehingga ahad tau. Any day yg korang beli, ahad je dia dah last day (tu makna one week deme)
London-oyster card
Sama je mcm main topup2, takde package rasanya masa pilih dkt machine tu.
Lagi satu siapa ada jawapan, hari sabtu 8/10 tu, saya pergi merata2 oyster card saya semua charged 0pound dekat laluan keluar underground. Saaampai la ke victoria coach station malam tu.
Costa Coffee di London
Kenapa eh? Sabtu mmg free eh underground deme?
So itu sajalah karangan saya yang tak seberapa ni.
Tengoklah gambar2 yang saya snap pun tak seberapa, emosi tak stabil (overthinking ttg safety and rindu family huhu)
Oh by the way credit acc kita still ada jumlahnya tak lari pun huhu
Penginapan ketika melancong samada di hotel, resort, homestay atau hostel sekali pun adalah perkara paling penting untuk difikirkan sebelum membuat keputusan untuk ke sesuatu lokasi.
Khusus di lokasi tumpuan pelancong, banyak lokasi penginapan yang tumbuh bak cendawan. Pelbagai cara promosi dilakukan oleh premis penginapan agar pelancong memilih hotel, resort atau homestay mereka sebagai pilihan percutian. Antaranya dengan penyediaan dekorasi kreatif menarik di dalam setiap bilik menggunakan tuala mandi atau tuala muka.
Bayangkan, tengah penat dan letih akibat perjalanan jarak jauh, masuk sahaja bilik hotel, tuala-tuala dengan dekorasi unik menyambut anda. Pasti anda akan tersenyum jika dapat melihat tuala-tuala comel ini bukan?
Menarik kan? Jika anda berminat, setelah tempahan penginapan di buat cuba hubungi tempat penginapan anda samada boleh hasilkan dekorasi sebegini atau tidak. Jika bernasib baik, hotel tersebut pasti tunaikan permintaan anda.