Setiap kali bercuti dengan keluarga atau dalam kumpulan yang besar, ramai memilih untuk mencari penginapan yang selesa dan tidak terlalu mahal. Paling penting ia boleh memuatkan ramai orang dan mempunyai fasiliti yang lengkap untuk kegunaan sepanjang percutian.
Bertemakan Desert dan Candy, sebuah penginapan Di Bandar Medini Iskandar, Johor Bahru ini memang cantik dan menarik. Lokasinya juga cukup strategik berdekatan dengan taman tema terkenal Legoland.
Diberi nama Sweet Party yang terletak di D’Pristine, memang sesuai kalau nak bercuti kat sini, bukan sahaja berdekatan dengan taman tema malah dekat dengan hotel dan juga gedung membeli-belah.
Ads
Dekorasi di dalam rumah ini sangat menarik dan berwarna-warni, sesuai sangat untuk percutian keluarga atau Girls staycation. Setiap sudut memang port untuk bergambar. Kalau bawa anak-anak, bukan mereka sahaja yang teruja, mak dengan ayah pun tentu seronok dapat tinggal kat sini ketika bercuti.
Dari ruang tamu hinggalah ke ruang dapur semuanya dilengkapi dengan dekorasi yang berwarna-warni, cukup happening dan cantik. Mempunyai kemudahan asas seperti kelengkapan dapur, untuk yang nak mandi-manda, kemudahan kolam renang juga ada disediakan.
Ads
Memang berbaloi kalau ke JB dan menginap di sini, jangan lupa bergambar puas-puas tau! Kalau ada yang nak buat tempahan boleh cari di aplikasi atau laman web www.airbnb.com
Alamat:
Ads
Sweet Party @ D’ Pristine Medini By OOOU
Lebuh Medini Utara Bandar Medini Iskandar Johor Bahru, 79250, Iskandar Puteri, Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
The Stick merupakan lokasi hujung minggu yang sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan pencinta kehijauan pokok.
Tempat ini ambil masa kira-kira 1 jam 30 minit daripada Kuala Lumpur untuk sampai ke Kuala Kubu Baru.
Apabila sampai di pintu masuk, anda perlu melakukan sedikit jungle trekking kira-kira 10 minit sebelum sampai ke tempat penginapan.
Sepanjang perjalanan anda, anda akan melalui titi gantung yang merentas sungai dan jeram.
The Sticks merupakan sebuah resort mesra alam yang berasal daripada kawasan perlombongan biji timah. Kuasa elektrik dijana dengan kuasa solar dan sumber air adalah daripada sungai Meranti yang berdekatan.
Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan di sini. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk di chalet atau pondok.
Kelambu juga turut disediakan, jadi anda tidak perlu risau terkena gigitan nyamuk.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah:
– Jungle Trekking
– Paragliding
– White Water Rafting
– The Sticks Botanical Walk
– Board Games
Malah, anda akan mendapat harga pakej yang berpatutan dan diskaun bagi yang menginap di The Sticks.
Lokasi:
The Sticks
Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi mereka yang inginkan pengalaman percutian berbeza seperti beramah mesra dengan dinosaur, Jurassic Croc tarikan terbaharu di Crocodile Adventureland Langkawi ada jawapannya.
Kunjungan ke anda ke Jurassic Croc akan disambut oleh dua dinosaur iaitu Velociraptor dan Dilophosaurus serta berpeluang berswafoto dengan haiwan prasejarah itu. Bukan itu sahaja para pengunjung juga dapat menyaksikan, replika seekor buaya gergasi daripada spesies, Sarcosuchus berukuran 15.24 meter yang pernah hidup di zaman dinosaur, membuat kemunculan dari dalam sebuah gua secara tiba-tiba. Biarpun Velociraptor dan Dilophosaurus itu sekadar kostum yang dipakai oleh kakitangan Crocodile Adventureland Langkawi manakala Sarcosuchus ialah replika dinosaur yang digerakkan secara animatronik, keterujaan para pengunjung ke Jurassic Croc pasti dapat dirasai.
Jurassic Croc di Crocodile Adventureland Langkawi seakan dapat menghidupkan kembali buaya prasejarah iaitu Sarcosuchus yang pernah menguasai dunia melalui teknologi animatronik. Buaya Sarcosuchus ataupun 'Super Croc' yang berukuran 15.2 meter ini merupakan buaya animatronik yang terbesar pernah dipamerkan di dunia dan telah dibuka untuk tontonan umum mulai pertengahan Disember tahun lalu. Selain itu, terdapat juga beberapa haiwan zaman jurassic lain yang akan diperkenalkan kepada pengunjung seperti Velociraptor dan Dilophosaurus serta anak buaya, Sarcosuchus.
Tarikan lain yang ada di taman buaya ini menempatkan lebih 4,000 ekor reptilia daripada enam spesies (buaya) antaranya Tomistoma, Siamese, Guinea dan Saltwater (Buaya Tembaga). Taman buaya itu turut memiliki tarikan lain seperti ‘Bujang Basar’, buaya tembaga jantan gergasi berukuran 4.6 meter dengan berat hampir satu tan yang dinobatkan memiliki ukuran badan terpanjang dan terberat pernah ditempatkan dalam taman buaya di negara ini oleh MBOR. Aktiviti isitimewa di sini pengunjung juga berpeluang melihat kakitangan terlatih memberi makan reptilia ganas bersaiz besar yang ditempatkan di kolam khas. Selain itu jangan lupa untuk merasai pengalaman memancing' buaya serta pelbagai lagi tarikan di taman buaya terbesar di Malaysia itu.
Taiwan hanya sebuah negara pulau yang kecil, tetapi pembangunannya cukup pesat membangun, kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai kepakaran hebat dalam bidang teknologi. Daripada segi pelancongan, negara ini tidak kurang tarikannya, malah sejak kebelakangan ini kementerian pelancongan negara itu cukup agresif melakukan promosi bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong asing terutama untuk mencuba aktiviti berbasikal mengelilingi daerah seluruh Taiwan.
Jika berkesempatan berkunjung ke Taiwan, jangan lepas peluang untuk mencuba aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan dan pemandangan biasa di negara Farmosa ini iaitu aktiviti berbasikal.
Taipei contohnya adalah bandar raya teratur dari segi trafik dan mengamalkan hidup sihat. Pada awalnya timbul rasa pelik, dengan kepadatan penduduk Taiwan yang tinggi, mengapa pusat bandar ini langsung tidak nampak sibuk. Ini kerana kebanyakan penduduk menggunakan basikal sendiri atau disewa sebagai alternatif mengelakkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Kerana itu juga, deretan basikal kuning yang ditinggalkan dibeberapa tempat di tengah-tengah Taipei merupakan pemandangan biasa yang boleh dilihat. Basikal kuning tersebut merupakan basikal sewa yang boleh digunaan oleh sesiapa sahaja yang ingin berbasikal.
Aktiviti berbasikal sebenarnya sudah sebati dalam kalangan rakyat Taiwan kerana dapat menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjanjikan cabaran tersendiri baik dari segi mental mahupun fizikal. Hari ini di Taiwan, rata-rata rakyatnya terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jantina, dan latar belakang, menggunakan basikal sebagai medium pengangkutan darat ke tempat yang ingin ditujui. Malah ada yang menyifatkan berbasikal dapat melepaskan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan metropolitan Taiwan yang sesak, dapat meningkatkan kualiti udara di Taiwan selain peningkatan tahap kesedaran dalam memulihara alam sekitar.
Selain itu, minat rakyat tempatan yang semakin meningkat dengan aktiviti berbasikal menjadi pemangkin dan berkembang pesat kepada industri pengeluaran utama basikal dunia Taiwan. Contohnya jenama basikal Giant Inc yang begitu terkenal hingga di peringkat antarabangsa.
Basikal lipat juga menjadi pilihan rakyat Taiwan untuk dimiliki kerana ia adalah satu pembelian yang berbaloi. Selain bersaiz kompak, basikal lipat juga tidak memerlukan penyelenggaraan yang mahal dan kerap. Jika dibuat perbandingan dengan basikal biasa, basikal lipat lebih mudah dibawa ke mana saja kerana boleh dilipat dan disimpan di dalam beg khas. Ia juga boleh dibawa ke dalam pengangkutan awam kerana tidak memakan ruang.
Kota Paling Selamat Berbasikal
Sun Moon Lake
Luangkan masa untuk berbasikal mengelilingi sebuah kawasan tadahan indah dan tasik semula jadi terbesar di Taiwan iaitu Sun Moon Lake. Pengunjung pasti teruja berbasikal sambil menyaksikan dengan pemandangan pulau kecil, beberapa bangunan konkrit, dan bukit-bukau, hembusan angin mendamaikan pasti menenangkan fikiran sesiapa sahaja.
Jika mempunyai stamina, pengunjung boleh berbasikal di sekitar tasik sambil berhenti di beberapa destinasi untuk mendaki beberapa anak tangga bukit untuk melihat keseluruhan Sun Moon Lake sambil merakam gambar kenang-kenangan. Di sini juga terletak pusat pengeluar basikal terkenal Taiwan iaitu Giant Inc.
Kaohsiung
Menurut sumber, daerah Kaohsiung adalah kota berbasikal paling ramah di Taiwan. Oleh itu, tidak hairan, Negara ini turut termasuk di dalam kaji selidik sebagai 10 Negara yang paling selamat untuk berbasikal. Ambil peluang selama 2 hingga 3 hari untuk merasai keseronokan berbasikal di daerah yang begitu indah ini. Seperti lokasi lain di sekitar Taiwan, di sini juga cukup mudah untuk mencari kedai yang menawarkan sewaan basikal dengan harga yang berpatutan.
Dadaocheng Dock Park
Taman Dadaocheng Dock yang cukup mendamaikan menghadap ke pelabuhan merupakan pilihan rakyat Taiwan untuk bersiar-siar sambil berbasikal. Di lokasi ini, berbasikal adalah aktiviti utama dan dipantau oleh Cycling Life Style Foundation yang turut menguruskan semua perkara berkaitan aktiviti ini bermula dari sewaan, penjagaan, penyelenggaraan dan pengurusan trek.
Lebih 1000 buah basikal disediakan pada kadar sewa berpatutan mengikut tempoh masa dan masa yang ditetapkan. Laluan di sini sangat menarik termasuk merentasi beberapa kawasan pelabuhan, berbasikal menyusuri Sungai Danshui, dan melalui beberapa jambatan seperti jambatan Zhongshan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...