Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi. Banyak lokasi indah dan menarik ada di seluruh negara. Malah kita juga mempunyai bekalan air mentah dari sungai-sungai yang belum tercemar. Bagi tahun 2021, sekali lagi Sungai Tapah dipilih sebagai sungai paling bersih di negara ini dari 10 buah sungai yang disenaraikan.
Dipetik dari Tourism Perak, empat dari sungai paling bersih terletak di negeri Perak.
Mereka yang ingin berhijrah mungkin boleh mempertimbangkan untuk memilih negeri Perak kerana memiliki sumber bekalan yang banyak dan terbaik kerana empat daripada 10 batang sungai paling bersih di Malaysia adalah terletak di negeri ini.
Paling terbersih ialah Sungai Tapah yang mengalir ke lembangan Sungai Perak diikuti Sungai Licin di Beruas, Sungai Manong (Kuala Kangsar) serta Sungai Nyior (Larut Matang). Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, sehubungan itu rakyat negeri ini perlu sama-sama bertanggungjawab menjaga sumber air demi kepentingan kira-kira 2.7 juta penduduk.
Ads
Menurut beliau, pencapaian ini turut disumbangan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.
“Bagi tahun 2021, kerajaan negeri berharap agar Sungai Kinta di sini turut tersenarai walau pun perlu menempuh beberapa cabaran kerana kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Ipoh.
Ads
“Kita juga telah memperuntukkan RM1 juta bagi usaha pemuliharaan Sungai Kinta yang turut melibatkan usaha pihak-pihak seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), JPS, JAS dan pejabat daerah merankumi elemen pendidikan, penglibatan rakyat dan kualiti air,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad pada program Gotong-royong Denai Sungai Kebangsaan sempena Hari Air Sedunia 2021 di Dataran Sungai Kinta di sini.
Ads
Program yang dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin ini turut berjalan serentak di 12 buah daerah melibatkan sungai masing-masing.
Tambah Mohd. Zolkafly lagi, semua agensi berkepentingan, pihak korporat khususnya industri yang terletak di sepanjang Sungai Kinta akan dilibatkan dalam usaha tersebut agar Sungai Kinta bersih dan dapat dijadikan contoh.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga komited untuk mewujudkan denai sungai sepanjang 1,000 kilometer di seluruh Perak menjelang tahun 2023 sebagai tempat riadah dan rekreasi yang dekat pada hati masyarakat. Sumber : Peraktastic Exploration & Discovery
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Satu khabar yang baik kepada semua penggiat rekreasi apabila trek laluan di Gunung Rinjani dah dibuka semula selepas ditutup susulan beberapa masalah membabitkan faktor keselamatan di sana.
Tetapi, pendaki yang berhasrat untuk mendaki Gunung Rinjani itu tidak dibenarkan untuk ke puncak atau ke Danau Segara Anak seperti sebelumnya, hanya dibenarkan sampai ke Pelawangan sahaja.
Keputusan tersebut dibuat oleh Balai Taman Nasional Gunung Rinjani selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia sejak 14 Jun baru-baru ini.
Keputusan tidak membenarkan pendaki untuk naik sampai ke puncak Gunung Rinjani dan Danau Segara Anak sememangnya mematikan mood pendaki untuk datang mendaki di sana namun, keputusan seumpana itu terpaksa dilakukan mungkin atas beberapa faktor keselamatan dan kesihatan.
Ini berikutan, status gunung tersebut masih lagi dikategorikan sebagai gunung berapi yang aktif. Jadi, tak dipertikaikan mengapa keputusan untuk tidak membenarkan pendaki naik ke puncak dan ke Danau Segara Anak dibuat. Yela, seandainya ada apa-apa terjadi nanti, kan ke menyusahkan diri sendiri dan rakan-rakan pendaki yang lain.
Sebelum ini, Gunung Rinjani pernah ditutup sekitar September 2016 susulan letusan gunung berapi di Barujari dan sekali lagi sekitar Januari hingga Mac 2017 disebabkan cuaca buruk yang berlaku di Pulau Lombok ketika itu.
Walau bagaimanapun, keputusan untuk membuka semula laluan trek Gunung Rinjani – sekalipun tidak membenarkan pendaki naik sampai ke puncak adalah disebabkan suasana ekonomi masyarakat tempatan yang bergantung kepada aktiviti pendakian gunung tersebut.
Masyarakat tempatan yang tinggal di situ mengharapkan pendapatan hasil daripada menjual bahan bekalan kepada pendaki, selain daripada menjadi porter dan penunjuk arah.
Malah, kuota pendaki juga dikuatkuasakan yang hanya membenarkan 150 pendaki untuk sehari bagi trek pendakian Aik Berik, Lombok Tengah manakala 100 orang sehari untuk trek Timbanuh di Lombok Timur. Jangan lupa, kuota pendaki itu termasuk juga dengan dikira sekali penunjuk arah dan porter.
Segala urusan untuk pendakian sama ada permit, tiket, pertanyaan dan sebagainya kini menggunakan sistem dalam talian. Jadi kalau anda ingin ke sana kelak, boleh layari www.erinjani.id ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Malaysia memiliki pakej lengkap untuk memikat pelancong ke negara ini dan memberi pengalaman indah baik dari segi industri pelancongan kesihatan, lokasi membeli belah mahupun kebudayaannya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata Malaysia adalah destinasi pelancongan kesihatan yang terkenal, menawarkan kemudahan bertaraf dunia dengan kepakaran dan nilai yang berbaloi untuk wang, manakala berbelanja di Malaysia merupakan satu pengalaman menakjubkan. "Kawasan di Bukit Bintang, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Bangsar adalah lokasi membeli-belah yang terkenal, yang menawarkan segala-galanya daripada jenama pereka terkenal sehinggalah kepada cenderamata tempatan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persidangan dan Pameran Kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA ATCM) 2020.
Selain itu Malaysia adalah syurga untuk pemain golf, kerana terdapat lebih daripada 200 padang golf di Malaysia.
Untuk aktiviti bersama keluarga, pelancong boleh ke Legoland (Johor), Sunway Lagoon (Selangor), Genting Highland (Pahang), Escape Penang (Pulau Pinang) atau Taman Tema Air Desaru (Johor) untuk merakam percutian yang tidak dapat dilupakan.
Sabah pula katanya adalah sebuah syurga ekopelancongan yang kaya dengan kepelbagaian kebudayaan yang ditampilkan menerusi lebih daripada 42 kumpulan etnik.
Berita baik buat mereka yang suka travel menggunakan perkhidmatan keretapi.
Sempena pembukaan rasmi tren diesel multiple unit (DMU) yang bernilai RM380 juta dan lebih baik dari tren konvensional dari segi segi keselesaan untuk menampung keperluan dan permintaan penumpang, pihak KTM Berhad menawarkan peluang travel secara percuma bermula pada 21-23 Februari ini bagi untuk orang ramai menikmatinya.
Lebih selesa dengan perkhidmatan setara negara maju membuktikan tren DMU bagi kegunaan penduduk di Pantai Timur ini sekaligus mampu merancakkan lagi sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di negeri terlibat.
Dalam satu perkongsian di fb rasmi mereka, KTM Berhad, memaklumkan tiket sehala atau ulang alik yang diberi percuma ini adalah untuk perjalanan Gemas ke Kuala Lipis.
Bagi yang ingin mencubanya, boleh terus ke kaunter tiket dan hanya perlu menggunakan kad promo 𝗝𝗢𝗬𝗥𝗜𝗗𝗘𝗗𝗠𝗨.
Tapi kalau korang takut terlepas peluang nie kerana ramai yang serbu pada hari perjalanan percuma tu dan masih ingin mencuba tren DMU laluan Gemas -Kuala Lipis ini untuk balik kampung atau aktiviti travel boleh mula beli tiket bermula semalam (15 Februari 2022).
Jadual perjalanan bermula pada 24 Februari ini. Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile atau di semua medium pembelian tiket KTMB.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...