Namun siapa sangka, tahun 2020 tahun yang ditunggu-tunggu dengan pelbagai impian akan terlaksana seperti kewujudan ‘kereta terbang’, merupakan tahun ‘malang’ bagi seisi alam.
Ketika ini, boleh dikatakan semua penduduk bumi ‘diperintah’ untuk berkurung di dalam rumah dek ancaman wabak COVID-19 yang menakluk dunia. Seluruh bandar lumpuh dan sunyi sepi dek si COVID-19.
1. Bandar Manila yang menjadi kediaman buat 2 juta penduduk (tidak termasuk populasi keseluruhan Metro Manila) lengang selepas orang ramai diminta terus berada di dalam rumah demi mencegah jangkitan wabak COVID-19. Reuters
2. Seorang lelaki melintas jalan yang sepi di Kathmandu, Nepal setelah kerajaan menguatkuasakan penutupan sementara bandar itu bagi mencegah jangkitan koronavirus COVID-19. – Reuters
3.Suasana New York Times Square yang hiruk-pikuk menjadi janggal dan kini bertukar sunyi sepi sejak semakin ramai warganya sedar bahawa ancaman COVID-19 suatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Reuters
4. Bayangkan saja jalanan di Jakarta, yang mempunyai populasi padat iaitu sekitar 28 juta orang, tidak lagi semacet biasa apabila pemerintah Indonesia menguatkuasakan darurat kecemasan untuk membendung wabak COVID-19. Reuters
5. Seorang penguat kuasa yang lengkap berpakaian pelindung berehat seketika di kawasan tumpuan ramai di Dresden, yang kini sepi. Belgium sudah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan selama lapan minggu. Reuters
Ads
6.Dua orang pegawai penguat kuasa di Kolkata, India ini menggunakan alat pembesar suara untuk mendesak orang awam agar segera kembali ke rumah masing-masing. Reuters
7. Sekitar Trafalgar Square di London ditutup kepada pengunjung dan pelancong sejak kebimbangan mengenai penularan wabak koronavirus menghantui warganya, dan kini seluruh United Kingdom menjalani tempoh penutupan sementara. Reuters
8. Paris yang terkenal dengan jolokan Kota Romantis kini bertukar sepi. Tarikan ikonik Menara Eiffel tidak lagi dapat dikunjungi pelancong sejak Perancis bertindak mengedhadkan pergerakan orang ramai. Reuters
9. Pasar Chatuchak yang menjadi tumpuan hujung minggu di Bangkok, Thailand tidak pernah sesepi ini sejak kewujudannya. Negara Gajah Putih itu menunjukkan trend jangkitan wabak yang membimbangkan. Reuters
Ads
10. Kota Venice, Itali yang terkenal dengan tarikan pelancongan dan terusan air yang sering dilalui pelancong yang menaiki gondola, kini sunyi sejak negara itu mula mencatatkan angka jangkitan dan kematian antara tertinggi di dunia. Reuters
foto: The Times
11. Seorang wanita di Seoul, Korea Selatan masih berdisiplin menunggu lampu isyarat melintas jalan bertukar hijau meskipun jalanan di tengah bandar raya itu sudah tidak dilalui kenderaan. Reuters
12. Suasana sepi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jadi ketara selepas Perintah Kawalan Pergerakan yang menyekat peberbangan keluar dan masuk ke negara ini dikuatkuasakan. Reuters
13. Tempat duduk yang kosong tanpa penumpang dalam penerbangan pesawat dari Singapura ke Bangkok ini adalah kesan kerisauan tentang risiko mengembara pada waktu ini, selain sekatan perjalanan yang dikenakan di banyak negara. Reuters
Ads
14. Seorang wanita mengayuh basikal meliontasi petugas kesihatan yang lengkap berpakaian pelindung di sebatang jalan di Wuhan, China… tempat segalanya bermula. Reuters
15. Seorang lelaki bergegas di sebuah stesen kereta api yang sepi di Liege, Belgium, setelah negara itu melaksanakan undang-undang sekatan pergerakan bagi mengekakng penularan wabak COVID-19. Reuters
16. Lelaki yang bertuah dapat menunaikan solat dihadapan Kaabah di Mekah ketika di tutup akibat penularan COVID-19 bukan dari kalangan orang ternama atau VVIP, dia hanya seorang tukang cuci di sini. Bertuahnya badan!
foto: mrt.com
17. Lengang dan sunyi bandar Alor Setar, Kedah Foto: Mahdzir Hasan Det
18. Shanghai Disney Resort & Hong Kong Disneyland masih ditutup kepada umum. Reuters
19. Seorang lelaki berjalan di Akihabara, Tokyo yang sunyi. Sebelum ini kawasan tersebut turut menjadi tumpuan ramai. PHILIP FONG/AFP/Getty Images
Dah makin ramai yang explore Dabong, Kelantan dengan menaiki train untuk sampai ke sana. Pendek kata setiap pengembara wajib cuba trip ini untuk rasai dan lihat sendiri pengalaman menerokai destinasi tersebut.
Berkesempatan ke Dabong menaiki keretapi yang dikenali sebagai Jungle Train dari Gemas meninggalkan kenangan manis buat Felicia Ramzi sekeluarga. Meskipun membawa anak yang masih lagi kecil, anak-anak Felicia juga nampaknya enjoy dan seronok dengan pengembaraan mereka kali ini.
Siap dengan tip dan trick untuk dapatkan tiket dan tempat duduk yang strategik dalam keretapi, ikuti perkongsian wanita ini disamping gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang percutian mereka.
Katil bawah, tingkap lebih luas. ada lampu dim light kalau tak suka gelap (tapi tak gelap mana pun) Elakkan beli katil bernombor 2&4, 14&16, 26&28 sebab ada penghadang ditengah-tengah tingkap.
DARI KAJANG KE DABONG
Hai warga BBM. Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong.
Tips and tricks beli tiket:
Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.
Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.
Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.
Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.
Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.
Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.
Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.
Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.
Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
Toilet ngeri. Buang siap-siap di stesen.
Tips membeli nombor katil yang menghadap bukit di Gua Musang. Lukis senang paham ye dak.
Tempat makan best di Dabong. WAJIB cuba.
Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap namatey.
Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jarey.
Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menanges.
Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang.
Dodol lemak – sebagai souvenir
Tempat penginapan:
1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.
2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport. Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.
Antara makanan yang sedap ada kat Dabong
Tak menyesal trip kali ni. Pergilah warga BBM walaupun sekali, kena cuba. Sungguhpun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia. Priceless!
Nak travel kena ada luggage tahan lasak baru senang hati nak bercuti!
Terletak di selatan semenanjung negara, Johor turut menjadi tumpuan pelancong kerana kaya dengan destinasi pelancongan semula jadi. Setiap daerahnya mempunyai bentuk muka bumi dan tempat yang menarik untuk dilawati.
Di Johor terdapat 25 gunung yang boleh menjadi lokasi pilihan pendaki atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki. Daripada itu, ini tujuh lokasi pendakian gunung yang menarik untuk diteroka. Paling menarik ketika di puncak gunung ini, anda berpeluang melihat panorama matahari terbit dan tenggelam yang indah.
Gunung Ledang
Gunung Ledang berketinggian 1,279 meter (m) adalah gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tangkak. Ia antara gunung ke-10 paling sukar didaki di negara ini tetapi sering menjadi pilihan kaki gunung menerokainya. Gunung ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari cabaran mental dan fizikal.
Gunung Tiong
Gunung ketiga tertinggi di Johor ini mempunyai ketinggian 1,014 meter yang terletak berhampiran Taman Negara Endau-Rompin Selai (TNER Selai). Laluan pendakian adalah terus dari TNER Selai ke puncak gunung yang boleh dilakukan dalam masa dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak bermula dari tapak perkhemahan Lubuk Merekek selain pendaki perlu menyeberangi Sungai Selai iaitu sungai utama di kawasan berkenaan.
Gunung Belumut
Gunung berketinggian 1,010 meter ini terletak di daerah Kluang, Johor adalah gunung keempat tertinggi di daerah berkenaan. Gunung ini lebih tinggi dan curam sekiranya dibandingkan dengan Gunung Lambak dan Gunung Panti. Salah satu tarikan gunung berkenaan ialah Batu Mahkota iaitu sebuah batu yang kelihatan seolah-olah satu mahkota raksasa dan dapat dilihat selepas pengembaraan berjalan kaki selama dua jam.
Gunung Pulai
Gunung Pulai adalah gunung yang terletak di daerah Kulai dengan ketinggian 654 meter. Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu.
Gunung Panti
Nama gunung ini amat jarang didengari dan kurang popular berbanding gunung lain. Ia mempunyai ketinggian 531 meter dan terletak berhampiran Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor. Lazimnya pendaki mengambil masa 4 jam 30 minit untuk mendaki dan turun dari gunung terbabit. Trek gunung ini lebih santai dan sesuai kepada pendaki amatur yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian.
Gunung Lambak
Terletak di daerah Kluang, gunung setinggi 510 meter ini salah satu lokasi pendakian digemari warga Johor kerana memiliki sebuah hutan rekreasi yang menarik. Ini membolehkan pengunjung berenang di kolam dan mendaki gunung. Gunung ini adalah identiti daerah berkenaan kerana menjadi latar belakang bandar Kluang.
Gunung Arong
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.
Foto: Google Image | Sumber: Tourism Johor | hmonline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sejak 17 tahun lalu, sebuah restoran di Kota Makassar, Indonesia hanya memutarkan lagu penyanyi terkenal Nike Ardilla yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1995.
Restoran yang turut diberi nama Rumah Makan Nike Ardilla itu dibuka pada 2002 dan pemiliknya memasang lagu penyanyi popular Indonesia berkenaan setiap hari.
Malah, makanan serta minuman turut bersertakan judul lagu-lagu nyanyian Nike yang juga pelakon dan model dari Bandung. Antara masakan kegemaran pelanggan adalah sate ayam Seberkas Sinar, ayam goreng Sandiwara Cinta, ayam bakar Nike Ardilla dan nasi goreng Bintang Kehidupan.
Nike yang popular menerusi lagu Bintang Kehidupan meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas kereta dipandunya merempuh konkrit jalan di Bandung, kira-kira jam 3 pagi.
Alamat: Rumah Makan Nike Ardilla | Jl. Tamalanrea Raya No.44, Tamalanrea, Kota Makassar, Sulawesi Selatan 90245, Indonesia
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...