Libur terjumpa perkataan ‘Tahun Baru Imlek’ dalam kalendar cuti Indonesia. Kami ni dah la mudah terkejut, lalu curious, apa kebenda imlek ni? Paham pun tidak.
Ada pesta makan-makan ke? Berbekalkan kebijaksanaan yang ada, kami pun menggooglelah sebab nak tahu apa ke benda imlek tu..
Dah hasilnya…. Tahun baru imlek ni sebenarnya tahun baru Cina!! Imlek ni digunakan dalam masyarakat Indonesia untuk merujuk kepada perayaan tahun baru yang disambut oleh masyarakat tionghua di sana.
Hek elehh.. Itu rupanya.. So salah seorang daripada kami pun bertanya la dengan kawan dia yang fasih berbahasa Cina untuk mendapatkan kepastian sebab perkataan tu tak pernah dengar di Malaysia.
Ads
Menurut kawan kepada kawan kami ni, perkataan tu biasa dituturkan oleh orang-orang lama. Selama dia bercakap bahasa mandarin ni, jarang sangat dia dengar Cina Malaysia menggunakan perkataan imlek kalau merujuk kepada sambutan tahun baru. Sebab tu kita jarang dengar.
Kami pun apa lagi? Ohhh sahajalah beramai-ramai.. Macam budak-budak baru tahu satu benda baru, macam tu la keadaan kami.
Ads
Jadi, kalau nama pun tak sama dengan tahun baru cina di Malaysia, ada apa-apa lagi tak yang berlainan?
Ads
Sebenarnya tak ada apa yang berbeza dengan sambutan tahun baru Cina di Malaysia. Semuanya sama sahaja daripada segi berkumpul ahli keluarga pada malam makan besarnya, angpaunya, tarian singanya, buah mandarinnya dan perhiasan bertemakan warna merah, semuanya sama sahaja.
Yang berbeza hanya nama panggilan sahaja. Di Malaysia dipanggil Tahun Baru Cina manakala di Indonesia dipanggil Tahun Baru Imlek.
So sekarang kami dah faham, tak ada bila ke sana nanti terkebil-kebil bila orang tanya tak “tak sambut tahun baru imlek mas?”, hahaha.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semalam tular di media sosial gambar beserta visual peragaan separuh bogel dalam salah satu acara yang dianjurkan pada Tatto Malaysia Expo 2019.
Lebih menghairankan warganet, bagaimana logo Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya ada terpampang di poster ekspo tersebut sebagai kementerian yang menyokong acara tersebut berlangsung. Ramai yang berpendapat, acara tersebut tidak patut diadakan secara terbuka untuk tontonan awam dan sangat memalukan Malaysia sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.
Dalam siaran media yang diterima, Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya berkata akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut. Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tesebut. Sebarang kelulusan untuk peragaan separuh bogel tidak pernah dikeluarkan pihaknya.
"Expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan semenjak ia mula diadakan pada 2015 seperti di Kota Kinabalu, Sabah, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamer ke khalayak ramai. Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia telah melanggar ketatasusilaan. Saya telah mengarahkan agensi MOTAC, MyCeB untuk menyiasat perkara ini.
Tambah beliau lagi penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini. Ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan.
"Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Kita akan menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan." katanya.
Tatto Malaysia Expo 2019 berlangsung pada 29 November sehingga 1 Disember 2019. Penganjuran tersebut telah berjaya menghimpunkan peserta dari 35 buah negara berbanding penganjuran pada tahun 2015, 2016 dan 2017 yang diadakan di Sabah sebelum ini. MyCeB dalam kenyataan awal menyebut sebarang kelulusan untuk acara diadakan di mana-mana negeri perlu mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Juara Piala Malaysia 2017 dan juara empat kali berturut-turut liga Malaysia Super League, Johor Darul Ta’zim, akan menyumbangkan duit kemenangan Piala Malaysia baru-baru ini kepada mangsa banjir Pulau Pinang.
“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.”
“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.”
Demikian petikan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau tengok rancangan televisyen luar negara, macam seronok tengok aksi ‘mat salleh’ terbang di udara di kawasan yang indah. Kan seronok kalau Malaysia pun ada. Ehem..negara kita pun ada ya aktiviti sebegitu!
Ada yang nak cuba menyertai aktiviti lasak sukan luncur udara atau ‘paragliding? Antara lokasi tumpuan peminat sukan paragliding di Semenanjung Malaysia ialah yang paling popular di Pulau Indah, Jugra dan Banting di Selangor.
Lokasi lain seperti di Gunung Ledang di Johor, Bukit Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Chendering dan Kota Putra Paragliding Park Bukit Bubus, berhampiran Bukit Keluang, Besut di Terengganu. Tidak ketinggalan juga di Bukit Maras, Kuala Terengganu dan Gunung Jerai, Kedah.
Bukit Jugra, Banting
Bagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.
Bukit Maras, Kuala Terengganu
Antara lokasi menarik untuk aktiviti ini juga adalah di Bukit Maras, Kuala Terengganu yang menjanjikan pengalaman menakjubkan pada ketinggian 329 meter dari paras laut itu. Lantas ia menjadi tarikan baharu pelancong yang bercuti di negeri pantai timur.
Peluncur udara dan pengunjung Bukit Maras berpeluang menyaksikan pemandangan sawah padi dan jajaran pantai sekitar Batu Rakit membabitkan dua daerah di Kuala Terengganu ke Kuala Nerus.
Sekiranya cuaca baik, pemandangan dari bukit itu lebih menarik kerana berpeluang melihat keunikan bentuk beberapa pulau popular iaitu Pulau Kapas, Pulau Bidung dan Pulau Redang di depan mata. Keunikan dan keindahan dilihat dari puncak memang sesuai dijadikan kawasan riadah dan ekstrim meluncur sekali gus ia dijadikan lokasi paragliding dan salah satu produk pelancongan negeri.
Sebelum menuju ke puncak bukit untuk melakukan aktiviti ekstrim ini , terlebih dulu, pengunjung perlu meredah laluan tanah merah yang berlubang-lubang dan berliku sejauh sejauh 2.3 kilometer (km).
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...