Bila bercuti atau pemakaian seharian, pemilihan kasut yang selesa mengambil peranan utama supaya kaki tidak sakit dan dalam masa yang sama tetap bergaya cantik dan menarik dengan setiap langkah yang diatur.
Biasanya kalau nak bercuti antara kelengkapan yang dicari adalah kasut, begitu juga bila tibanya sambutan hari istimewa seperti hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut oleh Umat Islam di seluruh dunia pada April nanti.
Untuk lebih jimat dan mudah, pemilihan kasut yang boleh dipakai untuk semua jenis aktiviti termasuklah untuk dipakai pada musim perayaan adalah yang terbaik untuk dibeli. Justeru itu selain mendapatkan kasut untuk bercuti, Koleksi Milano Flair daripada LARRIE sempena Aidilfitri 2023 pastinya untuk anda semua.
Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen. Koleksi baharu yang menarik ini menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti lemonade pink, romantic white, lucite green, royal blue, toasted almond, and glacier grey.
Kesemua tema ini didorong oleh unsur-unsur yang biasa dilihat pada musim bunga dan musim panas di Milan. LARRIE menjangkakan koleksi ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi yang terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh mereka.
Ads
LARRIE Untuk Si Jejaka
Signifikan sebagai LARRIE For Him, LARRIE menampilkan gaya yang bergaya, selesa serta sempurna untuk ziarah-menziarahi pada Aidilfitri kelak. Musim ini, LARRIE membawakan anda koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.
Sorotan koleksi lelaki musim ini termasuk kasut kulit, loafers dan slip-on dalam kombinasi dua tona warna berbeza warna musim panas, seperti kelabu glasier,jingga tangerine badam panggang dan kelabu gelap.
Bagi peminat kasut loafers kulit, koleksi untuk hari lebaran boleh didapati dalam warna semula jadi seperti coklat dan kelabu, menjadikannya sesuai untuk lelaki yang ingin kelihatan bergaya dan santai. Menariknya, beberapa gaya loafer dan slip-on didatangkan dengan kusyen tumit terbina di dalam untuk serapan hentakan yang lebih baik selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki. Selesa dan praktikal, kasut ini sesuai dipadankan dengan sempurna bersama Baju Melayu atau dipadankan dengan seluar jeans untuk kunjung-mengunjung, raya bukankah disambut sebulan?
Ads
LARRIE Untuk Si Anggun
Untuk koleksi wanita, LARRIE memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuaipakai pada Aidilfitri. Juga diinspirasikan gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu limau, biru diraja, dan putih romantis. Untuk mencipta rupa yang bergaya dan menawan, mereka yang anggun boleh menggunakan kasut sneakers jenis wedge
dengan tapak kasut yang tebal dan selesa, sesuai dipadankan dengan Baju Kurung atau Baju Kebaya.
Ads
Untuk yang memilih gaya kasual pada Aidilfitri, Larrie menyediakan pilihan kasual untuk para wanita . Didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut ,kelebihan ini membantu menyokong dan memberikan keselesaan kaki sepanjang hari kepada si pemakai. Gaya ini sesuai untuk dipakai pada musim
Aidilfitri yang sememangnya akan sentiasa berjalan memenuhi jemputan kenalan dan yang tersayang.
Koleksi Aidilfitri Larrie in boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com serta di Shopee, Lazada dan Zalora. Harga produk bermula dari RM 99.00 hingga RM 399.00. Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com. Gunakan #Celarriebrationraya2023 untuk lihat dan berkongsi koleksi LARRIE Aidilfitri terkini di media sosial.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semalam Tourism Selangor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PKNS Real Estate (PREC) dalam usahasama membina dan membangunkan projek “SACC Walk Retail Container”.
Menerusi memorandum tersebut, ia merupakan langkah strategik dalam mengukuhkan lagi sinergi dan kerjasama dinamik untuk merancakkan kembali bidang peruncitan dan pelancongan negara.
Majlis pemeteraian yang berlangsung di Black Box@SACC Mall yang turut disiarkan secara atas talian telah disempunakan oleh Tuan Encik Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif,Tourism Selangor dan Tuan Sr. Fakru Radzi bin Ab Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif PREC.
Selain penyediaan tapak untuk kontena runcit, pelan perlaksanaan turut menyokong kerja pemasangan penuh kontena, keperluan teknikal, perlesenan dan perkara berbangkit.
Sokongan kewangan turut disediakan kepada bakal penyewa dan atau mana-mana syarikat yang berminat untuk membeli kontena atau menjadi sebahagian daripada kandungan Kontena Runcit SACC Walk. Pemasangan sebanyak 10 kontena runcit ini dijangka siap menjelang bulan Ramadan 2022.
Bagi menyokong usaha tersebut, pihak Tourism Selangor akan bertanggungjawab menyalurkan maklumat atau hebahan kepada pihak berminat untuk tujuan pembelian atau penyewaan, selain mengadakan acara atau aktiviti mempromosikan SACC Walk kepada orang ramai dalam mewujudkan kesedaran tentang daya tarikan di kawasan ini.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata, “Memorandum Persefaham atau MoU yang dimeterai pada hari ini menandakan sebuah lagi pencapaian pihak Tourism Selangor, terutamanya dalam pemerkasaan sektor peruncitan yang merupakan antara elemen terpenting dalam sektor pelancongan Negeri. Pihak Tourism Selangor sedia maklum tentang potensi besar sektor ini, serta mengalu-alukan idea-idea baharu serta di luar kotak, yang disambut-baik oleh orang awam”.
“Inisiatif ini juga adalah bertepatan dengan visi Kempen “Pusing Selangor Dulu” yang mengajak orang ramai ke tempat-tempat tumpuan seperti ke SACC Walk bagi merasa sendiri inovasi kepada pengalaman runcit dan beli-belah di sini”, tambah Tuan Azrul Shah.
En. Sr. Hj. Fakru Radzi Ab Ghani, dalam ucapannya berkata “Majlis ini menjadi saksi kepada kesepakatan kami untuk membangunkan “SACC Walk Retail Container” bertempat di SACC Walk, Shah Alam. Fenomena kontena terpakai yang dikomersialkan untuk tujuan “homestay”, ruang pejabat, kedai makan, dan peruncitan bukanlah sesuatu yang baharu.
“Justeru, kami percaya bahawa kolaborasi bersama Tourism Selangor dalam mengadakan kontena terpakai ini di tapak yang strategik seperti SACC Walk mampu menjadi daya tarikan tambahan kepada para pengunjung. Apatahlagi dengan kepelbagaian dan kelainan produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan, kami percaya ia mempunyai kelebihan daya saing yang mampu memenangi hati orang ramai.”
Sebagai salah sebuah usaha proaktif dalam menetapkan semula atau “reset” industri pelancongan domestik Negara khususnya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor telah melancarkan Kempen Pusing Selangor Dulu”” pada Disember tahun lalu. Seorang selebriti tempatan; Che Puan Juliana Evans telah dilantik sebagai Duta Kempen ini yang digerakkan menerusi landasan digital, terutamanya laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.
Apa yang membanggakan, sejak dilancarkan, tandapagar #PusingSelangorDulu telah menerima sebanyak 22 juta reach di laman media sosial. Dalam masa yang sama, sasaran Kempen “Pusing Selangor Dulu” bakal diperluas dalam mencapai objektif menjadikan SACC Walk sebagai kawasan nukleus pelancongan baharu bagi Negeri Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap kali kita tengok kapal terbang awam yang mempunyai kipas besar di luar atau turboprop, mesti kita akan panggil Fokker. Perasan tak? Padahal sebenarnya bukan Fokker sahaja yang mempunyai pesawat kipas besar atau proppeller di luar, jenama pesawat lain pun mempunyai jenis pesawat yang sama dan beroperasi di negara kita.
Mungkin pesawat Fokker itu banyak digunakan di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak, jadi menjadi ikutan masyarakat untuk memanggil semua jenis pesawat sedemikian dengan satu panggilan yang sama iaitu Fokker.
Antara pesawat penumpang yang sering dipanggil sebagai Fokker walhal ianya bukan adalah pesawat ATR milik Firefly. Dek kerana ia juga datang dari pesawat jenis turboprop sama seperti Fokker, maka ramai orang yang memanggil pesawat ATR ini sebagai Fokker.
Untuk pengetahuan anda semua, pesawat turboprop Firefly ini adalah model ATR buatan Perancis-Italy yang beroperasi di Blagnac, Perancis. Model pesawat adalah ATR72-500 dan mula beroperasi bersama Firefly sejak tahun 2007 sehingga sekarang.
Sekalipun saiznya lebih kecil daripada pesawat lain, pesawat ATR72-500 ini cukup popular untuk penerbangan jarak dekat di seluruh dunia.
Jadi apa kelebihan yang ada pada pesawat ATR72-500 ini? Mari, di sini saya senaraikan kepada anda apakah kelebihan yang ada pada pesawat ini.
Pesawat ATR72-500 ini mempunyai enjin turboprop berkembar yang mana ianya dikuasakan oleh enjin yang lebih senyap dan propeller yang lebih efisyen berbanding pesawat turbojet – menjadikan pesawat ATR72-500 ini sangat sesuai untuk penerbangan jarak dekat dengan anggaran kelajuan sekitar 725 km/h.
Oleh kerana kadar kelajuan yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat ini tidak terlalu tinggi, maka pesawat ATR72-500 ini boleh berlepas dan mendarat di atas landasan yang pendek – menjadikan pesawat ini serba boleh dan mampu mendarat di lebih banyak lapangan terbang berbanding pesawat yang dikuasakan dengan jet.
Pesawat ATR72-500 ini mempunyai keluasan kabin dengan panjang 17.95 meter, lebar 2.57 meter dan tinggi 1.91 meter dan boleh terbang sehingga altitud 7,620 meter
Model ATR72-500 ini mempunyai kapasiti penumpang seramai 70 orang dan krew pesawat seramai dua ke empat orang bergantung kepada keadaan – sesuai untuk penerbangan jarak dekat.
Model ATR72-500 ini juga merupakan model pesawat yang terkenal di kalangan syarikat penerbangan di serata dunia daripada Malaysia sehinggalah ke Brazil. Sebanyak 960 buah pesawat model ini telah dibina pada tahun 2017.
Jadi itu adalah serba sedikit mengenai pesawat ATR72-500 yang biasa kita lihat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan dioperasikan oleh Firefly. Jadi jangan tersalah lagi untuk membezakan antara pesawat Fokker dan ATR ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Katak antara makanan kesukaan ular. Namun kadang-kadang pemangsa jadi mangsa. Katak bukan sekadar makan lalat atau nyamuk, katak pokok contohnya juga makan binatang lain seperti tikus kecil atau apa sahaja yang boleh masuk melalui mulutnya. Reputasi katak yang nampak lembik, sebenarnya lebih kanibal dari apa yang kita sangka.
Anak ular bukanlah menu yang pelik bagi saiz katak lebih besar. Contoh katak terbesar dunia ialah Bullfrog. Ada African Bullfrog, America Bullfrog, Asian Bullfrog, dan Australia Bullfrog. Bullfrog boleh membesar hingga 25cm panjang dan makan apa sahaja yang lebih kecil atau sama saiz badannya. Ular, katak, tikus, burung, lipan, ulat gonggok, ikan, apa sahaja yang melintas.
Gambar menunjukkan detik akhir anak ular perang Australia (brownsnake) sebelum ditelan hidup-hidup oleh katak pokok Australia.
Kebiasaannya mangsa yang ditelan akan mati lemas dalam saluran pencernaan sekitar satu ke dua minit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!