AirAisa kini melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.
Selain itu, penumpang juga diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.
AirAsia berkata, penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh membuat beberapa pilihan.
Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun.
Ads
April lalu, menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak COVID-19. Sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif. Walaupun pihaknya amat mengharapkan pelanggan menerima tawaran kredit, AirAsia masih menerima permohonan untuk pembayaran balik mengikut kes.
Ads
“Saya tahu ramai di antara anda telah menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif terbaik. Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit kami dan kami benar-benar menghargai ini,” katanya dalam satu kenyataan bulan April di Facebook rasmi AirAsia.
Kebiasannya jika mahu ke negeri pantai Timur seperti Kelantan, jika tidak mahu memandu berjam-jam, kita akan memilih menaiki kapal terbang atas bas.
Tetapi tidak pernah terfikir pula untuk menaiki pengangkutan awam lain seperti keretapi. Mungkin sebab tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan tiket perjalanan jika menggunakan keretapi.
Jadi bagi mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman menaiki kenderaan panjang ini boleh baca perkonsian wanita ini, Fatinnnur Zahrina yang melakukan trip solo untuk perjalanan dari utara ke Pantai Timur dengan memilih menaiki keretapi.
Dia memberitahu cara bagaimana untuk membeli tiket dan beberapa tip sepanjang semalaman menaiki keretapi berkenaan.
Bagi mereka yang berminat untuk memulakan perjalanan ke Pantai Timur atau utara selama 12 jam boleh ikut panduan dan tip diberikan.
Pesannya juga jangan tidur selepas Subuh jika tidak mahu terlepas menikmati pemandangan indah di beberapa lokasi.
Date: 14/12/21-15/12/21 Total hours of journey: 19h51m
Route: Anak Bukit – Butterworth – KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu
Disclaimer: – Ini bukanlah trip jelajah tourist attractions. Sekadar perjalanan menaiki kereta api untuk ke pantai timur; bermula dari Kedah dan berakhir di Kelantan. – Boleh saja ambil ETS dari Anak Bukit terus ke Gemas, lebih jimat masa dan wang tapi ada cara susah buat apa nak ikut cara senang kan? Haha. Yang kenal daku, tahulah. – Sebenarnya nak merasa naik different types of train. Kalau nak buat trip singgah-menyinggah dan berhenti rehat terpulanglah. You decide your own itinerary.
Jenis Tren & Harga Tiket: – Anak Bukit – Butterworth: Komuter (RM7.60) – Butterworth – KL Sentral: ETS Platinum Business Class (RM154) – KL Sentral – Gemas: ETS Gold (RM33) – Gemas – Wakaf Bharu: Ekspres Rakyat Timuran ERT (RM46)
Cara beli tiket ERT: – Download KTMB mobile apps (KITS) – Pilih destinasi (boleh rujuk route ERT pada gambar) – Coach T1-T5: tempat duduk kerusi – Business: RM88 – Standard: RM34
Coach T6-T8: katil – Upper berth: RM40 (Gemas – Wakaf Bharu) – Lower berth: RM46 (Gemas – Wakaf Bharu) *kanak-kanak lain harga *sleeper coach ni macam pisang goreng panas especially lower berth(tingkap lebih luas)
Tips: – Elakkan beli katil no 2&4, 14&16, 26&28 dan 38&40 sebab tingkap berlapis nanti ganggu pemandangan (tips ni dapat daripada otai trainpacking juga) – Cafe sebelah coach T6. Harga makanan standard atas kereta api ya. – Tandas nak kata tiptop tu taklah, tapi bolehlah untuk buang air. – Tiada ruang solat, jadi kena solat atas katil. – Jangan lupa bawa powerbank kerana tiada power socket mahupun charging port di tempat tidur. – Kereta api akan berhenti lama sikit di Stesen Gua Musang. Boleh la turun beli makanan dan bergambar di depan kepala kereta api berlatar belakangkan bukit batu kapur. – Jangan tidur selepas Subuh, nikmatilah kehijauan alam sepanjang perjalanan. Kalau tertidur jangan risau staf berjalan dari gerabak ke gerabak untuk beritahu jika dah nak sampai stesen.
Iconic view sepanjang perjalanan: – Stesen Gua Musang – Jambatan Guillemard, Tanah Merah
– Dengan pengalaman naik second class sleeper train di India sebelum ini, jadi keselesaan bukanlah concern utama daku. You get what you pay la. Jadi okay pada daku belum tentu okay pada orang lain. Tapi jumpa ramai juga parents bawa anak-anak merasa pengalaman naik kereta api. Once in a lifetime. Why not kan? – Rasanya ramai dah share pasal trip ni. Just sharing my personal experience. Semuanya hasil bacaan tips dan pengalaman orang lain juga. Semoga bermanfaat.
Dalam era globalisasi di mana segala perkara kini hanya boleh diakses dengan mudah melalui hujung jari, secara atas talian (online) sahaja. Pelbagai kandungan terutama hiburan boleh diperoleh malah ada yang sanggup melakukannya secara haram kerana mahu menjimatkan kos.
Antaranya dengan melakukan penstriman secara haram dengan penggunaan ‘TV Box’ yang boleh didapati dengan harga yang amat murah. Meskipun tidak perlu membayar harga langganan tapi tahukah anda akan risiko yang menanti.
Tindakan ini bukan saja salah di sisi undang-udang tapi juga paling bahaya mereka yang melakukan penstriman haram ini seperti membenarkan penjenayah siber masuk selangkah ke dalam kediaman dan memberikan ‘kunci’ kepada mereka untuk mengakses segala data peribadi milik keluarga anda.
Kotak TV atau (TV Box) haram mempunyai potensi tinggi sebagai jalan utama penjenayah siber, kerana mereka tidak melakukan proses pelesenan melalui saluran yang betul.
Lebih parah lagi apabila peranti-peranti ini disediakan tanpa mengikut standard keselamatan yang ketat, yang bertindak melindungi para pengguna di platform yang sah.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan ISD dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Ini bermakna, setiap kali anda mengakses kandungan secara haram, anda bukan sahaja terlibat dalam perbuatan yang salah, tetapi juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang.
Terdahulu, Astro salah satu penyedia TV berbayar terkemuka di Malaysia, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran, hotel, dan beberapa individu yang didapati menggunakan kotak TV ini untuk menstrim kandungan mereka.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, memandang serius bahawa cetak rompak memberi implikasi yang amat buruk terhadap industri kandungan.
Ini sekaligus memberi impak yang cukup dahsyat kepada pelaburan dalam program berkualiti, dalam masa sama meletakkan keselamatan para pengguna dalam risiko. “Jika anda ditangkap menggunakan kotak TV haram, denda yang dikenakan boleh sangat tinggi.
“Walaupun kotak TV haram kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan kandungan, namun kesan yang berpotensi – daripada serangan siber hingga masalah undang-undang – menjadikannya terlalu berisiko dan tidak berbaloi,” tegasnya.
Jadi tepuk dada tanyalah selera, berbolaikah anda melakukan penstriman secara haram ini yang akhirnya akan membawa anda ke muka pengadilan hingga terpaksa berdepan tindakan undang-undang?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tengah cari tempat nak main air dengan family dan anak-anak ke tu? Jom ke Marina Island Water Festival Round 3 (MIWFR3) pada 27 April 2019 ni di Lumut, Perak!
MIWFR3 kali ni amat berbeza dengan pusingan-pusingan sebelumnya pada 2015 dan 2017 sebab tahun ni, dijangka 5000 peserta dijangka akan menyertai MIWFR3 dan pelbagai aktiviti air yang akan disajikan kepada semua pengunjung yang datang seperti Dunk Tank, Gladiator dan Mud Pool Challange.
Tajuk dekat atas tu Libur kata budak-budak masuk free kan? Ya! Memang budak-budak bawah umur 12 tahun masuk FREE! Jadi apa tunggu lagi? Set tarikh siap-siap, jom kita serbu Marina Island di Lumut bulan April nanti!
Oh ya. Pemenang setiap kategori permainan akan dihadiahkan dengan water balloons dan setiap penyertaan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Daftar segera nama anda dan keluarga di marinaisland.com.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Huacachina di Peru memang antara destinasi yang nampak seperti ilusi di tengah gurun. Bayangkan sebuah lagun kecil dikelilingi pokok palma, bangunan-bangunan comel dan bukit...