Seorang anggota tentera Thailand, Jakraphanth Thomma yang mengamuk dan membunuh sekurang-kurangnya 26 mangsa ditembak mati pasukan keselamatan di pusat beli-belah Terminal 21.
Polis telah membunuh pelaku dan menyelamatkan lapan tebusan. Ada yang tercedera.Sebelum itu, pelbagai usaha dilakukan pihak polis bersenjata bagi memaksa Thomma untuk keluar. Dia yang menembak orang awam secara rawak berkhidmat di Pusat Perintah Tentera Darat Wilayah Kedua. Seramai 26 orang maut terkena tembakan dan 57 lagi cedera.
Ads
Jakraphanth Thomma dikatakan melepaskan tembakan di beberapa lokasi termasuk sebuah kuil Buddha di Nakhon Ratchasima (Korat), yang terletak kira-kira 250 kilometer dari Bangkok.
Sebelum itu, dia juga dikatakan menyerang dan membunuh pegawai pemerintahnya serta dua yang lain di Kem Tentera Surathampithak sebelum bertindak melarikan senjata dan peluru daripada kem tersebut.
Jakraphanth Thomma telah melepaskan berdas-das tembakan rambang ke arah orang awam semasa memandu kenderaan dari kem tentera itu ke pusat membeli-belah Terminal 21.
Lebih jelik, dia juga melakukan penstriman secara langsung berkaitan serangan itu di Facebook dan memuat naik swafotonya yang sedang memegang selaras raifal.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat di seluruh Perlis hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.
Keputusan itu dibuat bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail susulan penularan kes COVID-19 di negara ini.
“Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar, termasuklah aktiviti agama, hendaklah dielakkan. Oleh yang demikian, pengurusan masjid-masjid di seluruh negeri Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini,” tambahnya,” menurut MAIPs dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menyebut, individu Muslim dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan. Arahan solat Jumaat itu akan dinilai dari minggu ke minggu.
Lepas ni akan ramailah pemandu pelancong atau tourist guide di negeri Perak Darul Ridzuan kerana kerajaan negeri kini bersedia untuk melatih pemandu pelancong bagi memartabatkan lagi pelancongan eko di negeri ini.
Khidmat pemandu pelancong sangat diperlukan di negeri Perak bagi memastikan setiap pelancong yang datang ke negeri itu memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai tempat yang dilawati mereka, ujar Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Tambah beliau, pelancongan eko berbeza dengan pelancongan bandar dan disebabkan itu, negeri Perak memerlukan pemandu pelancong yang terlatih bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam kepada pelancong.
Kerajaan negeri Perak akan membantu memberikan khidmat team building dan memfokuskan untuk melatih anak-anak muda di negeri Perak. Kerajaan negeri Perak akan berusaha untuk melahirkan pemandu pelancong yang berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan.
Penduduk di Perak pada awal minggu ini gempar seketika dan berang apabila seorang wanita yang menjalani ujian saringan Covid-19 melarikan diri ketika di Hospital Parit Buntar.
Perbuatannya dianggap ‘pentingkan diri sendiri’. Dia bertindak melarikan diri dari Hospital Parit Buntar dan bersembunyi di sebuah rumah di Taman Panchor Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Dia dilaporkan sebelum ini merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura namun sebenarnya wanita itu hanya pernah mengikuti kursus pramugari selama sebulan di Sungai Besi pada November 2019. Dia belum ditauliahkan sebagai pramugari sebenar sebaliknya tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, sewaktu siasatan dijalankan pihak polis.
Pada 24 Mac, wanita tersebut bersama rakan lelakinya menyerah diri di perkarangan Hospital Parit Buntar sebelum diserahkan kepada Hospital Taiping untuk tindakan lanjut. Lelaki tersebut turut diminta untuk membuat pemeriksaan ujian saringan kesihatan dan hasil pemeriksaan di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang, mendapati lelaki itu negatif Covid-19.
Wanita tersebut kini dirawat di Hospital Taiping berikutan mengalami simptom Covid-19 turut disahkan mengalami simptom kurang waras dan perkara itu disahkan sendiri oleh doktor psikiatri yang merawatnya. Kes wanita terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – Sumber: HMetro Online
Menerusi portal mStar, susulan tular kes pramugari yang mempunyai simptom Covid-19 melarikan diri, wanita tersebut memberi penjelasan berhubung perkara itu. Mitchell Adriyana Abdul Malik menjelaskan kes tersebut sebenarnya sudah selesai. Dia mengakui melarikan diri dengan bantuan abang angkatnya kerana mendakwa tidak diberi makanan dan minuman sepanjang berada di bilik isolasi untuk saringan. Malah dia turut menafikan laporan tular yang menyatakan dirinya seorang pramugari, sebaliknya sedang menjalani latihan kru kabin.
“Bagi saya kes dah selesai. Tapi saya terkilan kenapa nak viralkan saya sedangkan saya dah call pihak hospital maklumkan nak datang hari ini (Selasa). Sekarang saya dah kat hospital dan sedang dirawat. Memang saya mengaku saya lari. Saya dah tak tahan duduk situ, tanpa makan dan minum. Saya pun menangis dekat abang angkat saya cakap nak makan apa semua. Tak apalah abang angkat saya pun bawa saya pergi makan. Lepas tu saya tak larat balik hospital, jadi saya baliklah rumah family abang angkat saya. Sebenarnya ada timbul salah faham. Saya dah call pihak polis dan pihak hospital semalam, beritahu saya akan datang hari ini (Selasa). Kalau nak saya datang semalam memang saya tak larat,”.
Menerusi posting di media sosialnya, dia memohon maaf atas tindakannya.
“Hari Ahad saya datang nak check demam sebab saya dah demam banyak hari. Tunggu dari pukul 8 malam sampai 1 pagi tapi tak ada result apa-apa. Mereka hantar surat kat saya cakap nak transfer ke Hospital Taiping. Lepas tu mereka cakap saya boleh balik rumah kuarantin. Esok (Isnin) pagi mereka cakap Hospital Taiping dah full… lepas tu tolak pergi Hospital Ipoh. Jururawat suruh saya tunggu lagi dari pukul 3 petang tanpa makan minum. Saya mestilah lapar… dahaga lagi. Nak pergi toilet pun tak bagi. Saya belum disahkan positif. Pihak hospital tak cakap result saya, darah saya pun mereka tak ambil. Saya tak pergi mana-mana pun. Kawan-kawan saya pun tak ada yang demam.”
“Yana minta maaf menyusahkan orang ramai. Terima kasih yang doakan Yana. Doakan Yana cepat sembuh.”
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...