Kira-kira empat bulan lagi kita akan menginjak ke tahun 2022. Walaupun tahun ini cukup penuh dengan cabaran dan dugaan akibat pandemik namun kita harus bersyukur kerana masih lagi berjaya mengharunginya dengan baik.
Malah kita juga bakal memasuki era baharu pandemik ini di mana ia akan diangaak sebagai endemik. Dengan kadar vaksinasi yang semakin baik, kita berada di landasan yang tepat untuk kembali kepada kehidupan yang lebih baik.
Kali ini LIBUR ingin kognsikan sebanyak 7 lokasi di sekitar Selangor dari sumber Selagor.Travel yang kaya dengan budaya, kreativiti dan keseniaan.
1) Sewing World Gallery, Subang Jaya
Terletak di One City, Subang Jaya, Sewing World Gallery telah mula ditubuhkan sejak tahun 1989. Organisasi ini telah mengendalikan banyak bengkel menjahit sejak mula beroperasi untuk memastikan tradisi dan seni menjahit ini diturunkan ke generasi baharu.
Ia juga menyediakan landasan untuk artis yang mempunyai kemahiran untuk menjual hasil seni mereka di sini. “Tunku Azizah Handmade Market” yang dimulakan pada tahun 2010 adalah salah satu saluran untuk pelajar organisasi ini menjual hasil seni jahitan mereka ke pelbagai tempat dari pasar malam ke bazar dan juga Pusat Beli-belah.
Organisasi yang telah memperoleh pelbagai anugerah dari tahun 2009 ini juga menawarkan bengkel kraftangan dan pembelian produk buatan tangan secara atas talian melalui laman sesawang rasmi mereka.
The Artsy and Craftsy adalah sebuah organisasi seni yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Mula beroperasi pada tahun 2008, organisasi ini membantu anda untuk menerokai bakat seni yang terpendam dalam diri anda dan membantu anda menjadi kreatif melalui pembuatan seni dan kraf.
Organisasi ini juga menyediakan bengkel seni dan kraf seperti mengecat kanvas dan tote-bag, binaan tanah liat kering, seni lukisan coretan (doodle) dan banyak lagi. Organisasi ini mengendalikan bengkel mereka di studio yang dihias dengan suasana tenang dan selesa bagi mengekalkan inspirasi buat pengkarya.
Seperti namanya, Clay Expression adalah sebuah organisasi yang menawarkan bengkel seni tanah liat. Organisasi ini mengendalikan bengkel-bengkel untuk seni tanah liat yang kemudian dibentukkan menjadi tembikar atau pottery yang cantik mengikut kreativiti anda.
Selain daripada mengendalikan bengkel, organisasi ini juga menawarkan kelas-kelas untuk seni tanah liat. Kelas-kelas terdiri daripada kelas untuk pelajar baharu (beginner), sedia-ada (intermediate) dan mahir (advanced).
Clay Expression terletak di Subang Jaya ini juga ada menawarkan bengkel secara peribadi berkumpulan dengan minimum 6 peserta dalam sesi 1 jam, jika anda mahukan sesi pembelajaran yang lebih bertumpu.
Pemilik Sew Fabby yang dikenali sebagai Puan Azzah, mula menjahit dari usia kecil hasil didikan dari ibunya. Kemudian, beliau menyambung hobi ini pada tahun 2008 dengan mula menjahit beg tote (tote-bag) untuk kenalan dan rakan-rakan rapat.
Ads
Mendapat sambutan hangat, Puan Azzah mula mengambil pesanan jahitan di laman Facebook. Sew Fabby telah berjaya menganjurkan bengkel pertama pada tahun 2012 bertempat di Art 2 Publika. Kini, organisasi ini aktif menjual hasil-hasil jahitan termasuk patung plushie, tuala bersulam, bekas pensil bersulam, key chain yang dihasilkan dengan idea sendiri, dan macam-macam lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-395 9386
5) Fabu Cafe, Subang
Fabu Cafe yang terletak di Bandar Sunway adalah terdiri daripada komuniti sekumpulan peminat teknologi dan peminat kraf yang bersemangat dalam berkarya. Fabu Cafe juga menyediakan ruang komuniti dan pelbagai alat fabrikasi digital seperti laser, pencetak 3-dimensi dan mesin sulaman digital untuk pengguna dan pengkarya mendapatkan pengalaman karya seni yang terbaik.
Selaras dengan namanya, Fabu Cafe juga menarik perhatian pelanggan dengan menawarkan menu lempeng bercetak di mana lempeng dihasilkan mengikut bentuk dan hasil seni pelanggan. Fabu Cafe juga menawarkan khidmat bengkel untuk memupuk semangat senibina dan kesenian dalam kalangan pelajar.
Puan Esiah dari Laman Kraftani, Kuala Langat telah menghasilkan seni bunga tekap sejak tahun 1999 lagi, yang telah berjaya menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Penggunaan bunga dalam hasil seni Puan Esiah semuanya ditanam di rumah kampungnya yang penuh dengan bunga hijau yang subur dan pokok buah-buahan.
Puan Esiah juga telah banyak sertai pameran seni dibawah tajaan Agensi Persekutuan. Para pengunjung boleh singgah ke Laman Kraf Tani ini yang terletak di Kampung Sungai Lang Tengah, Kuala Langat dan belajar beberapa teknik untuk menghasilkan seni bunga tekap yang menarik.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3181 7052
7) Ramadas Pottery, Kuala Selangor
Ramadas Pottery di Kuala Selangor ada salah satu lokasi unik yang tersembunyi di Kuala Selangor. Ramadas Pottery yang dimilliki oleh keluarga Ramadas mula aktif dalam industri ini pada tahun 1976.
Tuan Ramadas yang lahir pada tahun 1951 telah berjaya memperoleh anugerah Adiguru Kraf Tembikar pada tahun 2012 kerana kemahiran dan pencapaian beliau dalam seni kraf tembikar. Produk-produk tembikar dari Tuan Ramadas Pottery termasuk periuk, pembakar kemenyan, periuk tanah liat, hiasan untuk rumah dan macam-macam lagi.
Anda boleh lawati Ramadas Pottery untuk belajar cara membentuk tembikar menggunakan tanah liat asli menggunakan tangan dan mesin khusus untuk pembentukan tembikar.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0126671373
Melalui karya seni, anda tentunya boleh ekspresikan diri anda. Kelas atau bengkel dengan suasana yang tenang dan santai juga mampu memberikan fokus bagi anda menghasilkan karya seni yang bermutu tinggi. Justeru, serlahkan kreativiti dan bakat terpendam dalam diri anda di 7 lokasi di Negeri Selangor yang tersenarai di atas!
Untuk terus membendung penularan wabak Covid-19, anda sentiasa diingatkan untuk terus ikuti SOP yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana sahaja anda pergi. Pastikan anda mengikuti peraturan termasuklah seperti memakai topeng muka setiap masa, memastikan penjarakan sosial dan menggunakan cecair pembersih tangan.
Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk terus mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada masa hadapan, atau anda juga boleh mengikuti hantaran atau posting pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube untuk kekal berinspirasi! #ImagineNowExperienceSoon.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setelah hampir tiga bulan terpaksa ditutup bagi mengekang penularan COVID-19, taman tema Disneyland Shanghai kini dibuka semula bermula 11 Mei 2020.
Pembukaan kembali taman tema ini mendapat sambutan apabila jualan tiket dilancarkan untuk tiket kemasukan buat hari-hari pertama pembukaan Disneyland Shanghai berjaya habis dijual dalam tempoh yang singkat.
straitstimes.comstraitstimes.com
Walau bagaimanapun, setiap pengujung yang datang berhibur perlu mengamalkan perintah penjarakan sosial serta mengenakan penutup hidung dan mulut. Kerja-kerja pembersihan akan senitasa dilaksanakan di taman tema ini supaya dapat mengelak jangkitan wabak COVID-19.
Jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki Disneyland turut telah dihadkan pada kadar 30 peratus daripada kapasiti pengunjung yang biasa diterima, iaitu selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ini menjadi langkah signifikan buat syarikat Walt Disney Co yang terkesan apabila terpaksa menutup semua taman tema di Asia, Amerika Syarikat dan Perancis. Minggu lepas, eksekutif-eksekutif Disney menganggarkan kerugian sebanyak AS$1.4 bilion (kira-kira RM6.1 bilion) yang terpaksa ditanggung akibat penutupan premis di serata dunia.
Dah bosan dengan aktiviti yang biasa-biasa? Suka outdoor? Hati Kering? Adrenalin tinggi? Cuba tengok dalam list ni kot boleh cuba bila-bila nanti…
Base Jumping
Kalau tak takut dengan ketinggian, boleh lompat dari puncak bukit setinggi 96 meter di Gua Damai Extreme Park. Lompat kemudian buka parachute cepat sebelum landing di padang. Korang cubalah, saya gayat.
Bagi yang gemar water rafting boleh cuba ni. Laluan sepanjang 7km dan miliki curam gred 1 hingga gred 5. Dalam air bergantung pada cuaca dan lepasan air empangan. Saya pernah main ni di Kampar, memang best. Kawan main di Sarawak, lagi best sampai tercampak Go Pro hilang dalam sungai.
Layan go kart macam korang drive F1 kat Sepang. Rasa macam Lewis Hamilton.Mampu main tak la mahal sangat. Ada pilihan pakej. Nak laju amik 2 stroke. Berdesup poienya.
Guide duduk dibelakang, dan anda duduk di depan sambil layan pemandangan indah tinggi dari atas. Ada dua lokasi di Selangor; Bukit Jugra atau Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu. Macam best. Ni nak try nanti.
Lokasi: Bukit Jugra / Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu
Web: Paraglide
Flyboard
Hanya di Putrajaya. Dikuasa oleh jet ski. Satu corong fleksibel menyasarkan pancutan air berkelajuan tinggi sekaligus menolak anda ke atas, depan, belakang atau mana saja. Anda kawal ikut kreativiti anda. Boleh buat macam ikan lumba-lumba berenang. Kalau pandai la….
Suka lompat-lompat dan lawan graviti? Tempat ni, baik bawa anak-anak konfirm diorang tak nak balik. Ada 3 lokasi ; Amped Trampoline Park Malaysia, PJ, Jumpstreet Asia (Kuala Lumpur) dan Flip Out Trampoline Arena Malaysia PJ
Nak teroka gua tapi tak mau pergi jauh-jauh? Kat Selangor ada. Kat Batu Caves je. Haritu saya lepas pergi…memang best. Tak susah, sesuai beginner macam saya. Bawa anak-anak pun sesuai. Last sekali turun dari pintu gua setinggi 35 meter dengan abseiling. Bawa budak-budak best. Ajar diorang sukakan alam semulajadi.
Gua Damai terdiri daripada Gua Anjing, Gua Ichibawa, Gua Cili Padi, Gua Kristal & Gua Fig Tree. Gua ni dalam satu bukit yang sama dengan Batu Caves, cuma kurang diketahui umum…Sesuai bagi newbies macam saya…awak dah power lainlah..Baca lagi http://stg.libur.com.my/guadamai/#discoverselangor #guadamaiexploration #guadamaixpark #tombiruo
Posted by Majalah Libur on Wednesday, 11 October 2017
Rope Swing
Ni macam bungee jumping tapi bukan dia. Ni korang berayun dari tinggi jalan terus ke bawah. Bawah ada sungai. Ni kat Kuala Kubu Bharu. Bagi korang yang memang gila adrenalin tempat tinggi, pergilah…Saya tak berani. Malu kat pempuan tu….
Nak race macam Rossi atau Marquez atau Lorenzo? Takde superbike tapi still nak layan. Boleh ke ELITE Speedway Circuit. Situ ada Mini GP Bike. Boleh sewa sekali suit and helmet, main lah puas-puas. Bawa anak yang suka adrenalin laju ni. Ni faveret saya. Mai nak race?
TEKS : HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN FOTO : TAIPEI CITY INFORMATION AND TOURISM DEPARTMENT
You Bike merupakan perkhidmatan basikal awam yang telah dilancarkan oleh kerajaan Taipei sekitar dua tahun yang lalu. Ia merupakan alternatif pada pengangkutan awam lain yang terdapat di ibu negara Taiwan selepas bas teksi dan metro (MRT).
Dianggarkan, lebih daripada 5,416 buah basikal telah tersedia untuk disewakan kepada orang ramai. Basikal-basikal tersebut diletakkan di 165 buah stesen yang berbeza-beza. Jumlahnya dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa ekoran daripada permintaan yang menggalakkan.
Ketua Bahagian Pembangunan Pelancongan Taipei, Dayton Wang berkata, kemudahan YouBike semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai khususnya penduduk di Taipei. Kini, pihaknya berusaha memperkenalkan dan mempromosikan pula penggunaan basikal tersebut kepada pelancong.
Sifatnya yang fleksibel juga memudahkan orang ramai untuk mengakses lorong-lorong kecil yang banyak terdapat di Taipei. Di samping itu, kebergantungan orang ramai terhadap pengangkutan awam berenjin juga dapat dikurangkan, sekali gus menggalakkan kehidupan yang lebih sihat dengan berbasikal.
“Objektif utama YouBike adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan pencemaran udara yang berlaku di Taipei kerana penggunaan motosikal di sini amat tinggi,” tambahnya lagi.
YouBike yang merangkumi keseluruhan Taipei mempunyai laluan sendiri. Ia menghubungkan beberapa destinasi percutian menarik seperti Taipei 101, Nanyang Park, Taipei Fine Arts Museum, Beitou Hot Spring, Eslite Bookstore, National Taiwan Normal University dan beberapa buah taman awam yang menyenangkan seperti Beitou Park, Sun Yat Sen Memorial Hall Park, Daan Park, Xinsheng Park dan Dahu Park.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...