Jika ada warganegara asing yang masih berharap dapat berkunjung ke negara Thailand dalam masa terdekat, lupakan hasrat tersebut.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) meneruskan larangan terhadap ketibaan penumpang penerbangan antarabangsa sehingga 30 Jun 2020, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kelak mengikut keadaan semasa pandemik di negara tersebut.
Ketua Pengarah CAAT Chula Sukmanop berkata, larangan tersebut dikecualikan kepada pesawat kerajaan atau tentera, pendaratan kecemasan, pendaratan atas sebab teknikal tanpa menurunkan penumpang, penerbangan kemanusiaan, perubatan ataupun bantuan, penerbangan penghantaran pulang dan juga pesawat kargo.
Ads
Foto: airlines.iataFoto: traveldailymedia.com
Penumpang yang tiba menggunakan penerbangan yang dikecualikan adalah tertakluk kepada langkah-langkah di bawah Undang-Undang Penyakit Berjangkit, seperti kuarantin 14 hari, dan peraturan di bawah perintah kecemasan bagi negara di bawah dekri darurat.
Ads
Sehingga kini, lima syarikat penerbangan telah memulakan semula penerbangan dalam negeri sejak 1 Mei di 17 lapangan terbang di Thailand. Dengan situasi jangkitan COVID-19 di Thailand terus bertambah baik sejak pertengahan April, Thailand meneruskan dekri darurat sehingga 30 Jun.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes akan mengundurkan diri daripada semua jawatannya kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X.
Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan bila perkara itu akan berlaku. Dalam satu ciapan semalam, beliau berkata keputusan itu diambil untuk menaikkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya, ke barisan hadapan.
As the first step of stepping back and moving the next generation of @airasia leaders into the forefront I will be stepping down of all boards except @airasia group and airasia X.
“Sebagai langkah pertama untuk berundur dan menggerakkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya ke barisan hadapan, saya akan mengundurkan diri daripada semua jawatan, kecuali AirAsia Group dan AirAsia X,” tambah Tan Sri Tony Fernandes
Bulan lepas, AirAsia mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan untuk menyokong transformasinya menjadi sebuah syarikat platform perjalanan dan kewangan, dan membina airasia.com menjadi jenama gaya hidup.
Tan Sri Tony Fernandes sebagai CEO airasia.com – platform e-dagang perjalanan dan gaya hidup AirAsia – dengan matlamat untuk melantik seorang CEO baharu yang akan melaporkan kepadanya dalam tempoh terdekat. Latihan penstrukturan semula termasuk Aireen Omar yang telah dilantik sebagai presiden AirAsia Group (redBeat Ventures) dan akan mengetuai bahagian modal teroka korporat.
Rata-rata netizen yang mengikuti akaun twitter Tan Sri Tony Fernandes menyambut baik dan menyokong tindakannya itu.
Pagi kita minum kopi Ipoh, petang kita makan mee tarik dekat Guang Zhou pula, malam kita balik semula ke Ipoh pekena nasi ganja. Fuh, kalau betul boleh macam tu, Libur nak jadi orang pertama yang pecah rekod. Terdengar hebat dan hyperbola kan?
Tapi tak mustahil sebenarnya sebab ada satu berita baik terutamanya untuk orang yang berada di negeri Perak dan sekitarnya apabila syarikat penerbangan Scanda Sky dah menandatangani perjanjian bersama Malaysia Airlines Berhad untuk mewujudkan penerbangan dari KL – Ipoh – Guang Zhou di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).
Perjanjian diantara dua syarikat itu disaksikan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan menurut laporan daripada Berita Harian, perjanjian itu kena pada masanya untuk melonjakkan lagi sektor pelancongan negeri Perak dan meningkatkan hubungan dua hala antara Perak dan Guang Zhou.
Penerbangan pertama untuk laluan Ipoh – Guang Zhou itu dijangka pada awal Oktober depan dengan jangkaan tiga penerbangan seminggu dan Ahmad Faisal berkata yang dia percaya laluan ini akan menjadi popular seperti laluan udara dari Ipoh ke Singapura.
Dalam pada itu, untuk menggalakkan lagi industri pelancongan negeri sempena pembukaan laluan udara baharu ini, kerajaan negeri Perak akan mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi pelancongan Perak dan beberapa pemain industri pelancongan seperti Movie Animation Park Studios, Loas World of Tambun, perhotelan dan sebagainya.
Usahasama antara semua agensi dan pemain industri pelancongan itu akan meningkatkan ekonomi tempatan di negeri Perak dan Ahmad Faisal juga berkata kerejaan negeri akan berusaha mendapatkan lebih banyak penerbangan terus sama ada domestik atau antarabangsa bagi merealisasikan impian menjadikan Ipoh sebagai hub pelancongan dan pintu masuk pelancong ke negara ini.
Jadi kepada anda yang berada di Ipoh, ini satu peluang yang baik untuk anda rebutkan sebab ada ramai pelancong-pelancong yang akan datang ke negeri Perak nanti. Kalau nak mula business pelancongan tu, dah boleh mulakan dari sekarang sebab Libur jangka Perak akan jadi ‘lubuk emas’ industri pelancongan tak lama lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
DIBINA TANGAN (HAND MADE) Kasut kulit dibuat guna tangan pun dah mahal, inikan motor….
Semua motor Moto GP adalah prototaip yang di tahap tertinggi (high end). Segala jenis teknologi terbaru dalam industri motor, Moto GP akan menggunakannya dahulu. Setiap enjin dibina secara individual dan enjin ini dikunci dalam semasa musim perlumbaan, maka mana-mana pasukan tak boleh buka enjin untuk ubahsuai.
Enjin baru ditala mengikut spesifikasi input diberi penunggang; contoh Rossi inginkan lebih torque di Litar Sepang, maka talaan lain dibuat dengan cepat. Jika Zarco mahu top-end power, talaan lain juga dibuat…
Enjin hanya tujuh dibina untuk setiap pasukan bagi keseluruhan musim perlumbaan.
ALAT GANTI HANYA UNTUK MOTOR MOTO GP Pengeluar hanya menghasilkan beberapa jumlah bahagian alat ganti maka kos penghasilan tinggi. Kalau motor produksi contohnya ; Yamaha hasilkan Yamaha R1 sebanyak 30,000 unit, maka kos bahagian seperti piston atau bahagian gear jadi murah.
Suspensi Ohlins contohnya; perlu ditala ikut spesifikasi penunggang. Sebagai contoh mungkin Rossi mahu lebih lembut, Marquez sedikit keras, Dovioso neutral. Kos suspensi depan Team Factory Yamaha sahaja bernilai lebih kurang RM420,000 untuk satu motor.
Bahagian enjin paling mahal; +- RM932,910.00 (hampir RM sejuta)! juga untuk sebuah enjin! Sehingga kini ada tiga jenis enjin di Moto GP; V4 Honda, KTM, Aprilia, in-line 4 Suzuki, Yamaha, dan L4 90 V Ducati
PENGGUNAAN MATERIAL YANG MAHAL Setiap motor perlu dibina ringan namun kuat; maka titanium, magnesium, karbon fiber atau karbon kevlar digunakan di enjin, casis dan fairings. Bahan ini biasanya diguna pakai tentera bagi jet pejuang atau NASA bagi projek angkasa lepas. Harga karbon fiber: 0.5kilogram= RM42 Harga besi: 0.5kg = kurang dari RM42 Plastik: 0.5kg = RM0.42 (nilai matawang semasa)
Brek: Karbon komposit Brek pad: Karbon komposit Casis: Karbon fiber Ekzos: Titanium Enjin: Titanium, magnesium, besi, Rim: Magnesium padu, walaupun rim karbon fiber lebih ringan, namun magnesium lebih diyakini pelumba
TEKNOLOGI Teknologi Moto GP seperti jet pejuang baru. Enjin moto GP menggunakan injap pneumatik berbanding injap spring untuk motor produksi. Bahagian gear pula dengan seamless transmissions membenarkan penukaran gear clutchless shifting.
Motor juga dilengkapi sehingga 40 sensor bagi mengumpul data suspensi, enjin, suhu brek, tayar, ekzos, casis dan lain-lain. Data ini pula dimuat turun dan dianalisa bagi memperbaharui kelemahan dan meningkatkan prestasi motor mengikut litar dan gaya tunggangan.
JANGKA HAYAT BARANG Setiap item motor tidak dicipta menahan kondisi melampau seperti suhu panas. Walau bahagian ini dibuat dari teknologi terbaik, ketahanan hanya dalam masa singkat kerana penggunaan di tahap ekstreme.
Tayar: Tukar setiap kali sekali praktis, catatan masa, dan perlumbaan Cakera brek: Karbon komposit hanya boleh diguna sehingga 1000km Brek pad: Karbon komposit tahan sehingga 900km Lain-lain seperti piston, blok bergantung kepada keadaan. Namun setiap kali lepas race, enjin akan dibuka, dibersihkan dan diteliti penggunaan.
Harga RM8.5juta untuk sebuah motor Moto GP tidak termasuk kos penyelidikan dan pembinaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...