Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia.
Bukit Bendera terletak di seberang pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera. Dari puncak Bukit Bendera, anda akan dapat melihat seluruh negeri ini serta bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar. Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.
Selami keajaiban alam semulajadi di Bukit Bendera dengan bangunan-bangunan bergaya arkitektur kolonial lama. Setiap pengunjung dapat merasai aktiviti dan pengalaman menarik dengan daya tarikan unik di Bukit Bendera.
Ads
Antara lokasi menarik untuk dikunjungi di Bukit Bendera adalah The Habitat iaitu merupakan sebahagian daripada Hutan Simpanan Kekal Bukit Bendera di Pulau Pinang. The Habitat yang terletak di puncak Bukit Bendera berada dalam Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan di mana pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi secara dekat. Ia turut menempatkan beberapa bangunan bersejarah seperti Bel Retiro, Convalescent dan Fern Hill.
Laluan hutan yang merentasi The Habitat diberi nama Denai Alam Semula Jadi. Denai sepanjang 1.6 kilometer itu ibarat sempadan kepada Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan itu. Hutan simpanan kekal yang berusia 130 juta tahun itu telah diwartakan pada tahun 1911 dan antara hutan simpanan yang tertua di negara ini. Jika mahukan pemandangan lebih menarik, pengunjung disarankan datang ketika matahari terbenam dan sesuai untuk pasangan yang inginkan suasana romantis.
Tempat ini membolehkan anda berada lebih dekat dengan flora dan fauna serta tawarkan view Bukit Bendera daripada sudut berbeza. Ia mempunyai canopy walk untuk anda berjalan di hutan hujan tertua di Penang – dikatakan berusia 130 juta tahun. Korang juga dapat melayan sunset cantik di sini
Bayaran:
Self Guided Walk (Dewasa RM65 seorang & kanak-kanak/ warga emas / pelajar RM45 seorang)
Guided Walk (Dewasa RM95 seorang & kanak-kanak/ warga emas / pelajar RM65 seorang)
Waktu operasi: 9 pagi hingga -7 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Untung singgah di House of Museum, anda akan dapat tengok banyak barangan antik yang digunakan zaman atok nenek kita sebelum ini.
Muzium kecil yang hanya memiliki dua tingkat itu memperlihatkan barangan dari zaman 1950-an sehingga 1970-an.
Ada pelbagai barang lama seperti telefon, radio dan rokok yang sedikit sebanyak dapat gambaran keadaan atuk nenek kita dahulu.
Zaman dulu, rokok bukan dalam kotak macam sekarang, tetapi dalam tin.
Untuk ruang tamu pula, pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri perabot rotan, jam dan meja yang digunakan pada zaman dahulu.
Owh ya, banyak buku-buku lama yang anda boleh tengok. Masuk ke sini, auto akan rasa kembali zaman dulu-dulu. Malah teruja dapat tengok sendiri apa yang digunakan orang dulu-dulu.
Bahagian dapur juga menunjukkan ruang masak yang sangat berbeza berbanding zaman sekarang dengan tin-tin lama, cawan, pinggan, mangkuk, periuk dan cerek yang digunakan suatu masa dahulu.
Selain itu, pengunjung juga dapat melihat kedai gunting rambut, pawagam, mesin jahit, seterika lama, pakaian dan lain-lain di muzium tersebut.
Hah, apa lagi, jom lah cuba pengalaman baru untuk ‘hidup zaman dulu’ dengan melawat House of Musem.
Lokasi:
82 Lorong Hang Jebat, 75200, Melaka
Tiket :
Dewasa – RM 12, Kanak-kanak – RM 8
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada tak anak-anak anda yang suka dan excited dengan haiwan maritim seperti ikan, penyu, belangkas dan kuda laut? Kalau ada, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson (PIHPD) adalah lokasi terbaik untuk anda bawa mereka mendekati pelbagai spesis hidupan marin yang terdapat di sana.
Terletak hanya di Telok Kemang dan tidak jauh dari pusat bandar, PIHPD adalah lokasi terbaik untuk anda bercuti di waktu hujung minggu bersama keluarga terutamanya ketika bulan Ramadan ni sebab lokasinya yang dekat dan persekitaran bersih serta sejuk di ruang pameran memberikan keselesaan kepada anda dan keluarga.
Untuk pengetahuan anda, PIHPD ini berfungsi sebagai penggalak kepada pembangunan industri marin terutamanya ikan hiasan marin, kuda laut dan batu karang. 80 peratus daripada hidupan marin yang diternak dan dibiakkan di PIHPD ini diambil dari perairan Tanjung Tuan, yang diwartakan sebagai kawasan larangan perikanan di bawah Akta Perikanan 1985.
Pusat tersebut berjaya membiakkan lebih 40 jenis ikan hiasan termasuk 20 jenis batu karang menggunakan kaedah teknologi baharu.Jadi kepada anda atau ada anak-anak yang meminati ikan hiasan marin, PIHPD ini pasti membuatkan mereka teruja untuk cuci mata melihat kepelbagaian koleksi ikan hiasan yang dipamerkan di sana.
PIHPD ini dibina di atas tanah seluas 0.85 hektar dan selain menjadi pusat pembiakan kepada pelbagai spesies ikan hiasan, tarikan lain yang disediakan di pusat berkenaan adalah konservasi penyu karah dan agar di mana petugas PIHPD menyediakan kawasan pembiakan penyu agar dan karah yang diletakkan di luar bangunan dan pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri cara membiakkan dua spesies berkenaan.
Kepada anda yang ingin membawa keluarga bercuti ke sini, PIHPD dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Ahad) dan masuk adalah percuma.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ini antara underrated city yang boleh dilawati bila anda mahu ke luar negara melihat dunia.
Mungkin tak pernah tahu tetapi inilah lokasi menarik yang dikongsikan oleh saudara Nazri K Hamid sewaktu bercuti sebelum ini.
Bandar-bandar ini tidak selalu manjadi sebutan terutama kita di Malaysia. Masih banyak bandar-bandar yang tidak tersenarai dalam lokasi pelancongan atau menjadi favorite untuk kita lawati. Mungkin sebab lokasi atau demand yang kurang.
Kali ini saya decide untuk explore beberapa bandar yang jarang-jarang disebut. Atau lokasinya yang memerlukan beberapa flight untuk sampai. Tidak hairanlah kenapa orang malaysia lebih gemar ke bandar-bandar yang ada penerbangan terus dari Malaysia.
Porto
Lisbon
Edinburgh
Glasgow
Newcastle
Manchester
Warsaw
Krakow
Istanbul
5 negara, 9 bandar inilah desitinasi yang saya jelajahi dalam 13 hari.
Bulan May antara bulan yang sempurna bagi saya sebab kawasan ini mahu bertukar ke musim panas tetapi masih ada sejuk dan average cuaca min 9 darjah celcius ke max 25 darjah celcius. Cukup sekadar bawa jacket biasa dan jimat luggage dari bawa banyak baju.
Paling best time ini adalah waktu siang yang panjang dalam 16 jam buatkan kita banyak masa untuk explore tempat dan santai-santai.
Tapi eksplorasi saya dalam jam 5 petang mesti akan balik hotel. Rasa macam rugi sebab masih terang dan waktu magrib pula jam 8.30 pm dan ada tempat jam 9.00 pm. Tapi badan memang penat tak boleh bawa bincang dan lebih baik balik untuk rehat daripada jalan dengan kepenatan yang boleh rosakkan mood holiday.
Sepanjang perjalanan 5 negara ini saya lansung tidak tukar cash. 100% guna card credit dan semua negara ini memang sudah jauh advance penggunaan cashless. Beli ticket bus, bayar parking, dan apa-apa transaksi semua guna card. Jadi tak perlu risau mahu tukar £ atau €.
Antara bandar yang mempunyai senibina yang cantik. Untuk bandar ini sehari cukup untuk cover bandar itu sahaja. Beli day pass transport € 6.8 kita boleh explore city dengan tram, bus dan metro unlimited zone 1.
Tapi kalau old town itu jalan kaki saja untuk explore. Sampai tak sedar jauh perjalanan. Tapi kalau sudah penat naik sahaja tram turun hujung ke hujung untuk tengok tempat.
Ibu kota portugal dan memang penuh dengan pelancong. Day pass transport € 6.4 tapi kena tambah 50sen untuk card. Tempat yang boleh lawat:
– tram 28
– Jeronimos monastery
– Bellem tower
– pillar 7 bridges
– Time out market
– Santa luzia viewpoint
– Elevento de santa
Portugal banyak tempat cantik terutama daerah-daerah kecil dan kawasan persisir pantai. Perlu sewa kereta untuk pergi ke tempat-tempat bagi saya sangat cantik. Mungkin next time jika ada rezeki sampai lah ke sana.
Dari lisbon saya ambil flight ke Manchester untuk perjalanan ke Edinburgh. Jadinkereta sewa boleh book siap-siap ambil di Manchester Airport.
Diaorang sediakan perkhidmatan ke car village dari airport secara percuma.
Untuk ke Edinburgh saya memang sarankan road trip sebab pemanduan di UK memang cantik. Dan bila sampai di Edinburgh saya tak tahan kawasan ini memang mahal.
Jadi hanya duduk semalam sahaja dan boleh explore sehari. Explore by foot itu lah yang saya buat. Sebab tak berbaloi untuk explore naik kereta.
Lagipun bandar ini public parking pun boleh tahan. Senibina bangunan memang sangat menakjubkan. Banyak tempat boleh gambar. Antara highlight yang boleh pergi:
– Dean village
– Scott monument
– National monument
– Edinburgh castle
– Palace of holyhouse
– Princess street
– Royal bottanic garden
Kalau Edinburgh senibina klasik, di Glaslow ada sedikit modern dan klasik masih ada. Jadi tak perlu lama-lama di sini. Sehari pun cukup. Tapi rate lebih baik dari edinburgh dari segi hotel rate dan pilihan.
– Kelvingrove park
– Buchanan street
Perjalanan balik ke manchester saya singgah di Newcastle. Sampai sini sebenarnya hanya mahu pit stop hard rock sebab saya collecter tegar hard rock. Tapi bandar ini tak ada apa sangat sebab sampai pun sebelah petang. Masa banyak habis di persingahan dari Glaslow.
Siapa tidak kenal manchester. Sbb ramai yg sampai sini sbb peminat MU. Mahu juga tengok old trafford secara dekat dan kebetulan hari yang saya sampai ada game MU vs Arsenal. Dapat lah vibes game epl time tu. Tahu-tahu esoknya kes MU kalah dan atap bocor.
Negara poland yang sangat unik. Tempat cantik dan currency dia polish zloty tidak jauh beza dengan Malaysia. RM 10 : PLN 8.5.
Tempat yang tak crowded dengan pelancong. Rasa tempat ini aman kita sebagai pelancong kalau jalan-jalan. Old town must visit. Beli transport day pass hanya RM 20 seorang untuk 24 jam jadi naik lah tram, bus dan metro untuk ke mana sahaja.
Warsaw ini ibu negara Poland. Ada juga bangunan cantik tapi bangunan lama masih ada juga. Ada peluang boleh naik palace of culture science dengan harga RM30 seorang. Tower yang boleh tengok 360 bandar Warsaw.
Bandar sejarah yang penuh misteri. Saya sampai banyak Merchendise berkenaan naga. Jadi tak tahu apa disebalik cerita naga dengan bandar ini. Tapi mesti ada cerita kalau tak kenapa ada naga di merata tempat kedai Merchendise. Lepak old town pun cukup best bagi saya. Boleh shopping di Sukiennce area main hall.
Disebabkan flight balik dari Istanbul airport. Dan Transit pun sampai 16 jam, jadi sempat lah tidur semalam dan bolehlah shopping last minit di grand bazaar.
Bab makan tak perlu risau. Semua negara ada makanan kebab yang diusahakan oleh orang India, Turkey, Iran. Tanda halal memang ada dan ada yang tunjuk sijil lagi.
Simcard beli di airport dan pilih vodafone 25gb hanya RM125 memang cukup untuk 2 minggu. Boleh guna di semua negara EU. Tapi bila di hotel atau mana-mana bangunan terus tukar pakai free wifi. Kena jimat data takut habis awal sebab kebanyakan kita akan guna google untuk explore tempat, maps, check real time tram dan bus. Kalau di poland most of public area ada free wifi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selangor bukan sekadar terkenal dengan kafe hipster, pusat beli-belah dan lokasi percutian hujung minggu. Negeri ini juga ada banyak port makan kampung yang cukup...