AirAsia membuat keputusan mengeluarkan kesemua penerbangannya daripada ejen tempahan tiket dalam talian, Traveloka.
Menurut syarikat penerbangan tambang murah itu, keputusan tersebut dibuat berpunca daripada ketiadaan penerbangan AirAsia Indonesia di laman Traveloka. Punca ketiadaan penerbangan itu juga, kata AirAsia, tidak dijelaskan oleh Traveloka buat kali kedua dalam tempoh dua minggu.
Pengarah Presiden AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan berkata, ketiadaan penerbangan dari AirAsia Indonesia itu telah menjejaskan kerjasama syarikat berkenaan dengan Traveloka.
“Pihak Traveloka tidak menjalankan kerja dengan jujur dan enggan untuk memberikan penjelasan rasmi meskipun telah berulang kali untuk memberikan penjelasan” kata Dendy menyelar tindakan ejen tempahan tiket dalam talian itu lagi.
Ads
Traveloka juga dikatakan mengamalkan sikap pilih kasih berikutan ketiadaan beberapa penerbangan AirAsia Indonesia. Bahkan, apa yang mengecewakan AirAsia ialah Traveloka turut mencadangkan pelanggan dari media sosial untuk memilih penerbangan lain.
Berikutan itu, Dendy berkata, pengurusan kumpulan AirAsia dengan serta merta menarik semua jualan tiket penerbangan mereka. Dalam masa sama, syarikat berkenaan menyarankan pelanggan-pelanggan mereka agar membuat tempahan tiket secara langsung melalui laman web rasmi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.
Ads
Traveloka dalam respon mereka berkata, ketiadaan penerbangan AirAsia di laman web disebabkan oleh sistem syarikat penerbangan tambang murah itu tergendala selama 13 jam. Kejadian berkenaan berlaku pada 14 hingga 17 Februari lalu sementara insiden kedua pula berlaku pada 2 Mac lalu tanpa sebarang penjelasan walapun sistem AirAsia sudah kembali pulih seperti sedia kala.
Baru-baru ini Tourism Selangor ada mempromosikan kempen Pusing Selangor dulu. Dalam kempen ini, mereka yang layak boleh menebus guna baucar pelancongan di talian beli belah disediakan.
Sebenarnya selain pelbagai destinasi menarik di Selangor, terdapat juga senarai restoran gerai makanan paling best patut kita cuba terutama selepas tempoh PKP nanti.
Antara kedai makan sedap ini berada dalam daerah Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala Selangor, Petaling dan juga Kuala Langat. Bukan saja sedap, tetapi harga ditawarkan juga berbaloi dengan sajian berkenaan.
Senarai Restoran/Gerai Makanan Best di Selangor!
Dekat Selangor, ada banyak tempat makan best yang boleh kita nikmati! Dari makanan tradisional, seafood, western sehingga makanan VIRAL, sebut sahaja segalanya ada di Selangor!
Tertanya-tanya tempat makan mana yang wajib anda singgah di negeri Selangor? berikut adalah senarai tempat makan yang anda boleh cuba selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
Anda tahu tempat makan yang best? Mari kongsikan di ruangan komen. Nak bercuti? Pusing Selangor Dulu!
Perkhidmatan teksi air sebagai medium pengangkutan awam baru di negeri Melaka dijangka akan mula beroperasi di Sungai Melaka selewat-lewatnya pada tahun hadapan. Fuh, dah macam kemudahan yang ada di Bangkok, Thailand je.
Sebelum ini, perkhidmatan teksi air di Melaka pernah beroperasi seketika tetapi telah ditamatkan. Bakal teksi air baru ini dikatakan mampu menampung 12 penumpang pada satu-satu masa dan beberapa stesen mengambil serta menurunkan penumpang akan diwujudkan di sepanjang laluan terlibat namun jumlahnya masih belum diputuskan. Ia bergantung pada sambutan penumpang dan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Dengan kewujudan perkhidmatan teksi air ini, beberapa produk pelancongan baru juga akan turut dibangunkan sebagai tarikan pelancong ke Melaka antaranya melawat pulau dan night cruise di kawasan pantai.
Pengoperasian perkhidmatan teksi air yang akan meliputi laluan dari Melaka Sentral hingga ke muara Sungai Melaka melibatkan jarak kira-kira 9.6 kilometer itu bagaimanapun bergantung pada status Projek Pembangunan Sungai Melaka Fasa Kedua. Antara isu berkaitan projek berkenaan dengan pelaksanaan perkhidmatan teksi air ialah infrastruktur asas membabitkan kedalaman sungai dan penambahbaikan tebing di sepanjang laluan Sungai Melaka.
Kemudahan teksi air mampu menjimatkan perjalanan dan mengelak kesesakan terutama di Bandar Hilir terutama pada waktu puncak iaitu cuti persekolahan, cuti umum dan hujung minggu. Makin meriah negeri Melaka lepas ni!
Promosi Untuk FRONTLINER!!
Ketika ini juga khas buat frontliner, ada promosi menarik buat kalian jika bercuti di Melaka.’Oktober 2020 Frontliners dan Keluarga Anda Dihargai’. Diskaun harga tiket sebanyak 50 peratus menaiki Melaka River Cruise diberikan kepada petugas barisan hadapan dan lima ahli keluarga mereka sepanjang Oktober. Promosi itu melibatkan tiket masuk bagi dewasa iaitu RM12.50 (harga asal RM25) dan kanak-kanak RM7.50 (harga asal RM15). Potongan 50 peratus juga diberikan untuk sewaan bot melibatkan 25 penumpang pada harga selepas diskaun iaitu RM500 bagi bot MRC dan Kapal Mendam Berahi (RM750) manakala bot Mawar yang mampu menampung 14 penumpang (RM600).
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Satu dunia ketika ini sudah terbiasa dengan penggunaan istilah-istilah pandemik untuk tahun 2020 ini. Perkataan-perkataan ini sudah agak sinonim dalam masyarakat dunia dan dikenali tidak seperti sebelum ini.
Lockdown pertama kali muncul tahun ini di Wuhan, China yang merupakan lokasi pertama mengenakan perintah berkurung susulan wabak COVID-19. Sejak itu, hampir semua negara mengeluarkan arahan sama, dengan sekatan sosial yang belum pernah terjadi sebelumnya, membataskan interaksi manusia dan menjadikan tahun 2020 sebagai tahun paling unik dalam sejarah moden.
Kamus bahasa Inggeris, Collins Dictionary telah memilih istilah ‘lockdown’, atau kerap diterjemah sebagai perintah berkurung, sebagai perkataan paling popular tahun ini. Ia dipilih pakar linguistik kerana maknanya mula berkembang di peringkat global susulan reaksi perkhidmatan kesihatan awam terhadap wabak COVID-19.
Ini yang tertulis pada laman web kamus ‘Collins Dictionary’:
Pakar bahasa sepakat memilih perkataan ini kerana ia merupakan pengalaman penyatuan bagi berbilion penduduk dunia, yang secara kolektif memainkan peranan mereka dalam memerangi penyebaran COVID-19.
Istilah ini dahulunya adalah kosa kata yang banyak digunakan untuk banduan di penjara.
2020 adalah tahun di mana makna perkataan itu berubah secara drastik, ia kini merupakan satu kata kerja bagi langkah penjagaan kesihatan awam.
Penggunaan istilah itu naik sehingga 250,000 juta tahun ini, meningkat dari hanya 4,000 pada tahun sebelumnya.
image via google | pixels.com | astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!