Bagi kebanyakan rakyat yang bukan beragama Islam, pemahaman mereka tentang makanan ‘halal’ mungkin tak sama dengan kita.
Banyak terjadi di mana mereka faham ‘as long as no pork’, makanan tersebut sudah halal dan boleh dihidangkan kepada pelancong Muslim. Mereka juga beranggapan hidangan vegetarian sudah bebas unsur tidak halal.
Justeru itu, pastinya terdapat sedikit perbezaan di situ. Vegetarian membolehkan penggunaan bahan-bahan yang memisahkan mereka untuk menjadi halal. Contohnya penggunaan alkohol dalam kuah, sos dan perisa vanila.
Foto: Muslim Korea Travel Tips
Sesetengah resepi vegetarian juga menggunakan wain sebagai ramuan. Walaupun kuantiti yang digunakan adalah sedikit, tetapi ia tetap dilarang.
Ads
Coklat dan manisan yang terdapat di pasaran luar juga kadangkala mengandungi alkohol. Selain alkohol, penggunaan gelatin yang berasaskan sumber haiwan yang diragui juga mudah dijumpai dalam kandungan pemakanan yang ditulis di luar pek.
Pendek kata, sebahagian besar produk coklat yang dijual di luar negara mengandungi gelatin babi dan tidak sesuai untuk digunakan oleh pengguna Islam.
Ads
Entri kali ini memberi tip bagaimana mahu makan halal sepanjang pengembaraan anda.
1
Cari restoran yang mempamerkan logo pensijilan Halal di premis mereka. Anda boleh mendapatkan info mudah mengenai restoran halal di internet. Pilihan kedua andai tiada restoran halal ialah mencari restoran yang menyediakan makanan berunsurkan seafood dan makanan vegetarian. Pun begitu, berhati-hati agar tiada penggunaan alkohol, wain dan minyak haiwan yang digunakan.
Ads
2
Bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel. Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan untuk produk semula jadi (buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu dan lain-lain).
3
Pek makanan ringan yang halal dan sihat seperti oat untuk mengelakkan anda dari kelaparan. Kekacang, buah-buahan kering dan sesetengah makanan ringan mampu membantu anda untuk kekal kenyang sepanjang malam. Jika tidak, mi segera adalah pilihan yang mudah dan mengenyangkan.
4
Pelajari dan kenali istilah dan nama-nama lain bagi khinzir yang digunakan dalam menu makanan Italy, Mexico, French dan sesetengah restoran barat bagi membantu anda membuat pemilihan makanan dengan mudah.
5
Jika terpaksa makan di luar, pilih makanan vegetarian atau seafood yang dirasakan tidak mengandungi kandungan babi atau alkohol. Anda boleh bertanya kepada pelayan dengan lebih lanjut mengenai penyediaan makanan setelah mengimbas menu dan memberi sedikit ‘guide’ kepada pelayan mengenai diet halal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda gemar bercuti di kawasan tanah tinggi di Malaysia, anda pasti sudah biasa melihat kelibat bunga Siti Zubaidah atau nama sainstifiknya Hydrangea tumbuh mekar dipelbagai sudut.
Foto: DalatTour
Dek kerana rupanya yang cantik, bunga Siti Zubaidah ini kini turut dijadikan sebagai bunga hiasan meja makan, gubahan hantaran dan tidak kurang juga sebagai cenderahati dalam bentuk jambangan bunga. Namun awas ya, rupa yang cantik tidak semestinya selamat.
Menurut perkongsian daripada Pusat Racun Negara, bunga ini merupakan ‘flora’ dalam keluarga yang beracun. Jadi awas, selepas ini mungkin anda boleh lebih berhati-hati untuk mengendalikannya atau elakkan daripada menyentuhnya.
Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.
Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.
Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi. Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.
Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling…
Ada ibu bapa yang mengeluh kerana anak-anak sudah lama berkurung dirumah kerana tidak dibenarkan keluar rumah disebabkan wabak pandemik COVID-19. Tidak perlu risau, jika kawasan yang tidak dikenakan sebarang sekatan, tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk kawasan reakreasi, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan pandemik COVID-19.
Anda boleh memilih untuk membawa anak-anak keluar daripada rumah dengan melakukan aktiviti perkhemahan di kawasan yang tidak 'sesak'. Jika anak anda masih kecil, ini ada panduan dan perkongsian daripada seorang ibu beranak enam yang gemar membawa anak-anaknya melakukan aktiviti perkhemahan.
Ini kisah kami. Kisah keluarga kecil yang baru memulakan aktiviti ber'camping'.Sebuah keluarga bersama anak-anak kecil.
Minggu ni kali kelima ber'camping' di tempat yang sama. Disebabkan anak-anak kami masih kecil dan kami pula baru memulakan aktiviti 'family camping' ni, jadi adalah lebih baik memilih untuk kekal di lokasi yang sama buat masa ni.
Mula-mula 'camping', banyak sungguh gambar yang ditangkap. Excited la katakan. Mai dah masuk kali kelima ni, handphone dah letak tepi. Seronok melayan kegembiraan anak-anak. Sampaikan nak join contest terpaksa ambik gambaq 2nd trip.
Dari trip ke trip, alhamdulillah kami dah mula meminimumkan barangan keperluan yang dibawa. Start pun dengan minimum sebenarnya. Tapi bawak barang apa tak tau la penuh van macam usung satu rumah.
Dari 5 kotak container tinggal 3 ja untuk minggu ni. Tapi dah bertambah 1 khemah lagi untuk anak sulung kami. Sebelum ni guna 2 khemah ja. Bagi selesa sikit berbanding sebelum ni si abang berkongsi khemah dengan 2 orang lagi anak lelaki kami berusia 11 tahun dan 9 tahun. Tidoq macamana entah sampai terkoyak khemah.
Alhamdulillah. Banyak lah benefit dari aktiviti berkhemah ni. Earthing jangan kata lah kan. Sampai berasap kepala mandi ayaq sungai pagi-pagi woooooo. Ingatkan anak-anak kenakan Mama depa, tapi bila suami pun mengiakan, kita percaya lah.
Mendekatkan diri dengan alam ni rasa menenangkan sangat. Banyak perkara yang tak diduga dapat belajar.
Anak kelima kami pun dah mula berani dengan air sungai. Sebenarnya dia takut air yang bergerak. Sebelum PKP, kami ada bawak anak-anak ke Hutan Lipur Ulu Paip untuk aktiviti mandi-mandi ja tapi sempat 3 kali dah PKP pulak. Asbab PKP pulak, anak ke 5 ni jadi tv addicted. Tapi alhamdulillah la. Lega sangat. Banyak perubahan yang positif diperhatikan sejak mula aktiviti family camping ni.
Anak sulung dengan khemah barunya. Happy kemain dia dapat privacy walaupun tak la privacy sangat sebenarnya sebab dia kena tidur dengan adik ke 5. Adik ni merapkan abang sulung sedia.
Anak dara kami. Yang berdiri ni no.5, 3 tahun. Yang duduk no.4, 5 tahun.
Anak bongsu kami yang ke 6. Kali ni advance sikit, letak dalam pelampung then Daddy bawak ke tengah bagi rasa arus.
Alhamdulillah yang no. 5 tu dah berani masuk dalam sungai walaupun main di gigi sungai ja. Jadi lah kan…
Anak-anak teruna kami.14 tahun, 11 tahun, 9 tahun, 10 bulan.
Harapnya kami sekeluarga boleh istiqamah dengan aktiviti ber'camping' ni sampai ke tua. Rugi pulak rasa lambat mula. Tapi ok lah kan. Orang kampung kita kata, BETTER LATE THAN NEVER. Kaaaaannnn?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melancong dan mengembara sememangnya impian buat semua orang terutamanya golongan lelaki. Apatah lagi ia boleh memberikan satu dimensi pengalaman unik tersendiri.
Malah ramai lelaki memilih untuk mengembara seorang diri sepuas yang mungkin sebelum mereka settle down dan berkahwin.
Namun pernahkah anda terfikir sekiranya terpaksa berdepan dengan situasi sukar seperti kehilangan bagasi ataupun mengalami apa-apa jenis kemalangan yang melibatkan keselamatan diri ketika berada di luar negara?
Menurut laporan terdapat masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ambil kisah atau tidak tahu langsung tentang kepentingan travel insurance atau insurans perjalanan.
Masih ramai anggap bahawa insurans perjalanan hanyalah perkara remeh dan tak perlu dirisaukan.
Sebenarnya ia sangat penting kerana bertindak sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara tak diingini. Selain mampu membantu daripada segi kewangan ia juga melancarkan program serta perjalanan.
BERIKUT MERUPAKAN 5 FAKTA TENTANG INSURANS PERJALANAN YANG PERLU ANDA TAHU:
POLISI BERMULA
Perlindungan polisi bermula pada hari kamu membelinya. Pembatalan perjalanan juga dilindungi oleh insurans. Contohnya kamu ada hal kecemasan dan terpaksa batalkan perjalanan pada hari sepatutnya mula pergi bercuti. Kamu sebenarnya layak membuat tuntutan.
TERLEPAS PENERBANGAN
Ini merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja yang ingin pergi bercuti. Jika terjadi kerana kesilapan sendiri jangan bermimpi nak buat tuntutan. Akan tetapi jika berlaku disebabkan isu mekanikal, lebihan tempahan atau penyelenggaraan pesawat, kamu boleh membuat tuntutan.
BAGASI HILANG
Andai sekiranya berdepan dengan kehilangan bagasi atau dicuri, ketahuilah bahawa ia dilindungi oleh insurans perjalanan. Namun jika hilang disebabkan sikap cuai sendiri tuntutan itu akan ditolak.
BENCANA ALAM
Ingat, sebaik sahaja membeli tiket penerbangan maka terus sahaja membeli insurans perjalanan. Ini kerana jika berlaku pembatalan penerbangan disebabkan bencanan alam anda boleh buat tuntutan. Jika berita bencana itu sudah tersebar meluas menerusi media lalu baru kamu tergadah nak beli insurans, maka ia tiada gunanya kerana sebarang tuntutan selepas itu akan ditolak.
AKTIVITI LASAK
Ada juga sesetengah kamu yang merupakan adrenaliejunkie suka melakukan aktiviti lasak ketika melancong ke luar negara. Sebelum beli insurans perjalanan sebaiknya periksalah dahulu polisi yang ditawarkan sama ada ia beri perlindungan untuk aktiviti ekstrem atau tidak. Ini kerana tidak semua polisi insurans memberi perlindungan sebegini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...