Pilihlah keperluan pakaian asas, praktikal, bergaya serta ringkas untuk dibawa dalam bagasi anda. Namun begitu, sebelum mengemas pakaian, senaraikan terlebih dahulu aktiviti yang akan dilakukan sewaktu bercuti supaya ia bersesuaian dengan tempat dan acara yang dikunjungi.
Antara aspek penting yang perlu difikirkan sebelum anda buat pemilihan pakaian:
Saiz beg atau bagasi yang sesuai dan muat untuk keperluan yang perlu dibawa (termasuk ruang untuk kelengkapan dandanan diri)
Cuaca di tempat destinasi anda
Apa perkara utama yang akan dilakukan di sana
Durasi atau tempoh percutian
Anda perlu fokus tentang jenis pakaian dan aksesori yang diperlukan serta sesuai, praktikal tetapi masih menarik dan bergaya untuk aktiviti serta acara daripada mula menjejakkan kaki di tempat percutian hingga selamat pulang ke rumah.
Ads
Ingat, percutian adalah sesuatu yang ceria. Pastikan anda bawa pakaian dalam warna kegemaran. Kadangkala kita perlu berani mencuba pakaian reka corak atau motif dan tekstur yang baru atau warna terang sebagai salah satu cara untuk menyemarakkan lagi mood percutian.
Ads
Namun begitu, bagi mereka yang tidak berani bereksperimen, anda boleh memilih rona neutral seperti hitam, putih, kelabu, biru dan hijau zaitun (olive) yang juga sangat menarik digayakan dengan warna terang dan reka corak. Warna kasut yang paling mudah untuk disuai padan pula adalah hitam, putih ataupun perang (tan).
Tetapi semuanya adalah pilihan individu. Apa yang penting anda bijak serta berani bereksperimen. Pemilihan fabrik pakaian pula adalah untuk keselesaan. Pilih pakaian dalam fabrik yang mudah dijaga (low maintenance). Contohnya fabrik kapas (cotton), linen, denim dan khaki.
Perlindungan kulit dari matahari juga jangan diabaikan. Anda disarankan membawa topi, kaca mata hitam dan paling penting krim pelindung matahari. Kita semua tahu bahawa jika kulit terlalu lama di bawah panahan matahari, proses penuaan akan lebih mudah berlaku serta kesan-kesan sampingan yang lain.
Cadangan pakaian bagi percutian yang panjang
2 helai jean – biru, kelabu, hitam atau putih
Sehelai seluar pendek
Sehelai chinos
Sehelai seluar formal (dress pants)
2 kemeja polo
2 kemeja
Sepasang but atau kasut untuk beriadah
Sepasang loafers
Sehelai blazer
Sehelai sweater
Stoking dan pakaian dalam (underwear) untuk 7 hari
Sepasang stoking sukan
Pakaian untuk ke gym
Pakaian untuk berenang
Cadangan pakaian untuk cuti hujung minggu (3 hari)
Sehelai blazer
Sehelai kemeja jalur (striped shirt)
2 helai kemeja kasual – polo atau kemeja-t
Sehelai chinos
Sehelai jeans
But atau kasut untuk beriadah
3 pasang stoking – sekurangnya sepasang stoking sukan
2 helai pakaian dalam (underwear)
Pakaian renang
1 tali pinggang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perlis menerusi Pelan Perlis Digital 2025 memperkenalkan ekopelancongan digital sebagai cara merancakkan lagi sektor pelancongan yang terkesan akibat wabak COVID-19. Lokasi pertama yang dipilih ketika ini adalah destinasi pelancongan popular Gua Kelam.
Tidak ramai mengetahui terdapat tiga lokasi Gua Kelam iaitu Gua Kelam 1, Gua Kelam 2 dan Gua Kelam 3 yang mempunyai keunikan masing-masing.
Pemilihan Gua Kelam sebagai projek perintis adalah berdasarkan daya tarikan dan popularitinya sebagai salah satu produk pelancongan di negeri itu. Muzim 3D adalah elemen digital pertama diperkenalkan di Gua Kelam 1 pada tahun lepas, dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Ia memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan keindahan dan keunikan Gua Kelam memandangkan tidak semua pengunjung mampu masuk ke dalam gua berkenaan atas faktor usia dan kesihatan. Selain itu menerusi ekopelancongan digital, terdapat pelbagai maklumat tentang Gua Kelam dalam format digital bagi membolehkan orang ramai merasai dan menikmati sendiri keunikan ketiga-tiga Gua Kelam ini tanpa perlu terokai laluan gua yang mencabar.
Dengan pelaksanaan ekopelancongan ini juga dapat memudahkan pengunjung dengan perkhidmatan bayaran secara dalam talian untuk memasuki tempat-tempat tertentu, tanpa perlu membawa wang tunai jika ingin masuk ke dalam Gua Kelam.
Jabatan Perhutanan Perlis juga bercadang untuk menggunakan teknologi realiti maya atau ‘Virtual Reality’ (VR) di galeri 3D Gua Kelam bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri keunikan yang terdapat di Gua Kelam 3 secara maya. Kaedah digital penggunaan kod ‘Quick Response’ (QR) atau respons pantas pada bahan pameran dapat memudahkan orang ramai mendapat maklumat mengenai bahan pameran, selain dapat menjimatkan ruang dan kos berbanding kaedah lama iaitu maklumat teks sebelum ini.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lexis Hibiscus, resort mewah yang terletak di Port Dickson memegang record Guinness World Record resort yang memiliki kolam renang terbanyak iaitu sebanyak 643 kolam renang dan 552 villa di atas laut.
Terdapat banyak pilihan bilik yang ditawarkan seperti Excutive Pool Villa, Premium Pool Villa, Premium Pool Villa (Sea view), Panorama Pool Villa, Panorama Pool Villa (Sea View), Sky Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite dan Presedential Suite. Bilik paling mahal di sini adalah Presedential Suite yang terletak di hujung stigma mengikut bentuk bunga raya resort ini. Ianya memiliki dua tingkat dan 4 buah bilik yang besar.
Kalau rakyat marhean mungkin berfikir banyak kali untuk menempah bilik tersebut, tetapi tidak mustahil untuk kalian juga berpeluang menginap di sini. Ini perkongsian menarik daripada puan Sabrina Tajuddin yang berpeluang menginap di bilik paling mahal tersebut, walaupun sebelum ini hanya simpan 'angan-angan' sahaja.
Mahal ke Presidential Suite semalam berharga RM7080 ini??
Semua orang mengimpikan percutian keluarga yang best best, bahkan kalau boleh hendak sediakan yang terbaik untuk yang tersayang. Segalanya bermula 3 tahun sudah, yang mana kak sab telah sendiri ALLAH izinkan dapat menyimpan wang sendiri untuk merealisasikan impian keluarga yang sebelum ini kami tidak berpeluang dan sejak sudah mengetahui strategi menyimpan ini, kami telah dapat bersama-sama menikmati percutian seperti yang diimpikan
Ditambahkan lagi Sepanjang tempoh PKP ini kaksab mengambil peluang menyimpan untuk menempah bilik yang berharga RM7080 untuk satu malam! Kata orang bilik termahal di Lexis Hibiscus, Port Dickson.
1.Presidential Suite ni ada 2bijik je, terletak di pucuk bunga raya lexis hibiscus
2.Cuba perhatikan Presential Suite situlah bilik kami, patuit RM7080 satu malam
3.Di Presidential Suite ini setiap level dalam 521 ini ada pool tau~
4.Ditingkat 2 di master bed room ada jakuzi tau uolls,
5.Layanan depa pada penghuni Presential Suite mmg VVVIP sungguh sesuai dengan harga, Alhamdulillah SubhanaAllah Allahuakhbar Allah izinkan mak abah dan adik beradik kaksab semua depa santuni dengan terbaik, happy kaksab tengok.
6. View dari tingkat 2 room 521 presidential suite
7. Ruang tamu bawah
TIPS PASTI BOLEH TUNAIKAN PERCUTIAN IMPIAN KELUARGA
1) NIAT NAK BAWA FAMILY (kongsi rezeki)
2) SET TARIKH (sasaran kena ada)
3) USAHA (kerjakuat yang boleh mendapatkan hasil)
3) DISIPLIN (simpan duit sikit2 konsisten)
4) KESUNGGUHAN (bila rasa komited, takkan terasa mahal itu)
Kesimpulannya MAHU ATAU MAHU SANGAT pasti terlaksana impian itu atas izin Allah jua
Semoga bermanfaat
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda rakyat Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun, anda boleh berubah angin bercuti sambil bekerja di New Zealand. New Zealand mempelawa golongan belia Malaysia untuk bekerja atau belajar di sana selama 6 bulan sambil bercuti.
Banyak peluang pekerjaan yang disediakan di sana, antaranya dalam sektor pertanian. Gaji yang ditawarkan di sana pastinya lebih tinggi kira-kira tiga kali ganda daripada negara kita dek matawang mereka yang besar. Sambil-sambil bercuti, anda juga dibenarkan bekerja mencari wang. Menarik kan?
Anda boleh memohon 'Working Holiday Visa pada 23 Januari 2020 nanti Dilaman sesawang rasmi Imigresen New Zealand Ingat tau, permohonan ini dibuka pada 23 Januari 2020 bermula jam 10 pagi waktu New Zealand.
Namun, mereka yang ingin memohon mestilah mempunyai wang sekitar $NZ2,250 (RM6,120) terlebih dahulu bagi menampung perbelanjaan ketika berada di negara ini.
Antara kriteria-kriteria yang anda perlu penuhi untuk layak membuat permohonan termasuklah:
Mestilah berusia di antara 18 dan 30 tahun
Tidak boleh memegang jawatan atau bekerja tetap di New Zealand
Kerja tersebut mestilah sah (tidak melanggar undang-undang)
Anda tak dibenarkan memberikan perkhidmatan seks komesial
Anda tidak boleh membawa anak-anak anda (jika ada) bersama ketika working holiday
Visa berasingan diperlukan bagi pasangan anda
Permohonan boleh dilakukan secara online dan bayaran sebanyak NZ $208 (RM586) dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit.
Tempoh 21 hari diperlukan untuk memproses permohonan dan segalanya akan dihubungi melalu e-mel.
Anda dinasihatkan supaya menyediakan dan menyiapkan segala dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan kerana anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat dokumen sebagai bukti.
Terdapat kuota bagi visa kelas ini untuk rakyat Malaysia dan setiap tahun, hanya 1,150 rakyat Malaysia yang akan terpilih dan diberikan visa working holiday.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...