Pantai Kuala Selangor terkenal dengan jolokkan nama Mirror of the Sky kerana ketika air cetek, pantai ini akan mencerminkan keindahan langit di atas biasan pantai.

Dengan itu, pantai ini mewujudkan banyak peluang fotografi yang unik kepada pelancong. Destinasi ini merupakan destinasi pelancongan yang sempurna untuk anda kerana ia juga menjadi habitat kepada aktiviti marine agrikultur.

Ini merupakan tip percutiaan menarik daripada sumber Port Cuti Bajet untuk anda yang teringin ke Pantai Sky Mirror.

Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor

PERCUTIAN BERBALOI KE PANTAI PERSIS CERMIN

Sebelum ni, bila time cuti sekolah je aku bawa anak2 bercuti dekat hotel apartment dekat tengah2 KL. Seronok bukan main lah budak-budak tu. Tapi cuti sekolah kali ni, teringin nak cuba yang lain dari yang lain. Yang unik sikit lah kata orang. So, terus aku search online.

IKLAN

‍‍‍‍‍‍Ramai juga yang suggest sky mirror kalau nak bercuti yang unik dan menarik. Bila aku tengok google dan facebook, serius! Jatuh cinta tengok gambar2 dia. Cantik macam dekat luar negara. Kaki bergambar comfirm suka sebab boleh jimat banyak!

Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor

‍‍‍‍‍‍Aku stay kat sana 2 hari 1 malam. Disebabkan bot aku tu gerak Jam 1.15 petang, so jam 10 pagi aku dah drive gerak dari bangi. Perjalanan dari jeti ke tempat bergambar tu pulak dalam 30-40 minit je dengan menaiki bot.

‍‍‍‍‍‍Serius memang cantik kawasannya. Dengan langit dan air laut yang biru, tenang je rasa. Gambar yang kita snap pun jadi cantik giler2! Serius puas hati!

IKLAN

Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor

‍‍‍‍‍‍Aku stay dekat hotel Malawati. Percaya tak, untuk 5 orang dengan 2 katil queen dan 1 katil single aku hanya bayar RM48 sahaja! Stay weekend pula tu. Memang murah dan jimat sangat-sangat.

Bagi yang blur-blur tak tahu sky mirror tu apa, korang boleh try google. Tempat dia cantik untuk bergambar dan dengar-dengar ada 3 tempat je yang macam ni. Serius lah! Salah satunya dekat Kuala Selangor, Malaysia kot. Bangga jap.

IKLAN
  1. ‍‍‍‍‍‍Rate ke sky mirror RM80 untuk dewasa, RM60 untuk kanak-kanak, dan ada additional 20% discount untuk OKU child. Pakej termasuk semua perjalanan pergi balik naik bot, dan semua pic-pic cantik yang ada kat sana, team Sky Mirror yang snap. Gigih tau dorang terbaring untuk hasil kan effect mirror yang cun.
  2. ‍‍‍‍‍‍Orang kata, alang-alang bercuti tu biar betul-betul bercuti kan? Dalam masa sehari tu memang aku habiskan masa dekat sky mirror, bagi monkey makan dekat bukit Malawati, dan Eagle Feeding.
  3. Sebenarnya, kalau korang stay 2 malam pun boleh buat macam-macam aktiviti lagi. Meh aku list kan untuk korang refer:
  • ‍Sky mirror – pantai persis cermin
  • Firefly – saksikan ribuan kelip-kelip terangi malam
  • Eagle feeding – helang beterbangan tunjukkan aksi di tengah laut.
  • Blue tears – fenomena air laut biru yang unik
  • Taman melawati – ratusan monyet yang jinak
  • Ikan air tawar

Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor Trip 2H1M Bawa Keluarga Jejak Pantai Sky Mirror Di Kuala Selangor

‍‍‍‍‍‍4. Kalau pergi semua aktiviti ni pun..boleh dapat rate RM140-RM150 je bergantung dengan korang punya nego.

5. ‍‍‍‍Dengan 2 hari korang stay, semua aktiviti ni korang boleh buat bersama keluarga or kawan-kawan. Serius memang cantik kalau dapat tengok sendiri kelip-kelip dan blue tears tu!

6. ‍‍‍‍‍‍Kalau bab makan pulak, ade beberapa tempat yang sangat recommended. Antaranya aroma ikan bakar. Setengah jam dari jeti. Tapi disebabkan aku pergi sabtu dan cuti sekolah. Comfirmlah dah penuh. Oleh itu aku suggest korang yang nak ke Sky Mirror dan nak makan Aroma Ikan Bakar ni book dulu untuk reserve tempat duduk. So senang lah nanti.

7. ‍‍‍‍‍‍Dekat sky mirror ni ade banyak ejen yang bersedia membantu kita dari naik bot ke sky mirror, eagle feeding, firefly dan sesi fotografi pun sama. Macam aku, lepas search di facebook aku jumpa company Fun Life. Diorang memang best!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI