Sesekali travel dari KL ke KB naik sleeper train pun, macam best! Ini lah yang anda patut tahu, dari macam mana nak beli tiket sampai lah tiba di destinasi.
Jika sebelum ini sudah terbiasa menaiki kereta, bas dan juga kapal terbang, apa kata pengembaraan akan datang, anda cuba mencari kelainan dengan menaiki kereta api pula.
Mungkin timbul perasaan takut lebih-lebih lagi kalau ini adalah pengalaman pertama.
Tip Travel KL Ke KB Naik ‘Sleeper Train’, Enjoy View Sepanjang Perjalanan!
Namun usah khuatir, bagi yang teringin untuk mencuba pengalaman baharu ini, apa kata anda rujuk coretan wanita bernama Diyana Mukhayadi untuk dijadikan sebagai panduan.
Orang ramai disarankan memilih katil bawah kerana ruang tingkap lebih luas untuk menikmati pemandangan.
Menerusi laman Twitter, Diyana berkongsi ‘tip dan tricks’ ketika pengembaraannya menaiki Kereta Api Ekspres Rakyat Timuran atau lebih popular dengan nama ‘jungle train’ dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan yang mengambil masa sekitar 13 jam, baru-baru ini.
“Tujuan utama trip ni memang hanya untuk merasa pengalaman naik ‘sleeper train’ selama 13 jam sambil jalan-jalan cari makan (JJCM) dekat Kota Bharu. Very short trip with very different experience,” tulisnya.
Berikut adalah rumusan daripada perkongsian pengalaman Diyana sewaktu bercuti bersama tiga orang rakannya.
Ads
1) Memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL.
2) Mula-mula kena beli tiket sleeper train dahulu melalui apps KTMB untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam kereta api.
3) Pilih koc berkatil iaitu Koc T6-T8. Sementara itu, koc untuk seat duduk adalah Koc T1-T3. Mereka pilih koc 8, koc paling hujung. Kenapa lebih baik pilih koc 8, penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke cafe di koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi.
Penumpang boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5.
Ads
4) Mahu bergambar di Stesen Gua Musang, koc 8 adalah koc paling depan, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
5) Elakkan memilih katil paling depan kerana agak bising disebabkan bunyi besi menghubungkan setiap koc.
6) Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah manakala nombor ganjil adalah katil atas. No katil mereka T26, T28, T30, T32. Harga katil/berth atas adalah RM40, katil/berth bawah RM46.
7) Disarankan memilih katil bawah kerana mempunyai ruang tingkap yang lebih luas dan panjang untuk menikmati pemandangan. Ambil perhatian, tiada plug point disediakan, oleh itu dinasihatkan untuk standby power bank.
8) Selesai beli tiket sleeper train, baru beli tiket menuju ke Gemas dari KL Sentral dengan menaiki ETS. Tiket dibeli melalui apps KTMB dengan harga RM30. Perjalanan dari KL Sentral pada pukul 9.40 malam dan tiba di Gemas 12.10 pagi.
9) Sleeper train akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Sementara menunggu kereta api, boleh naik ke ruang menunggu di tingkat atas Stesen Keretapi Gemas yang dilengkapi tandas dan surau.
Ads
Kereta api akan melalui kawasan hutan yang pastinya menjanjikan pemandangan yang indah.
10) Selepas menaiki kereta api dan meletakkan barang di katil, boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5. Pelbagai menu disajikan antaranya hidangan mi segera, nasi, mihun dan masakan panas yang lain dengan harga berpatutan.
11) Kereta api ini akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik sekitar awal pagi. Jadi, jangan tidur selepas Subuh kerana inilah masa yang sesuai untuk menikmati pemandangan.
12) Penumpang ‘dihidangkan’ dengan pemandangan Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Sepanjang perjalanan juga disajikan pemandangan bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia iaitu Jambatan Guilemard.
13) Wajib turun seketika di Stesen Gua Musang untuk mengambil gambar dengan kepala keretapi, dan boleh turun membeli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
14) Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ini pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tahu bila. Jadi jika anda nak rasa this ‘once in lifetime experience’, kena cepat-cepat.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ini antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong,” tulisnya mengakhiri perkongsian.
Jadi, jika anda ingin menikmati view dengan tenang tanpa penat, boleh lah cuba naik sleeper train pula ya. Sambil itu boleh layan pemandangan alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kebiasaannya, jika pergi melawat Terengganu destinasi sering jadi pilihan adalah ibu negerinya iaitu Kuala Terengganu.
Selain memiliki beberapa lokasi menarik, pelbagai masakan tradisional dijual di sini juga jadi tarikan pengunjung.
Namun sebenarnya jika anda mahukan destinasi lain di Terengganu, boleh cuba jelajah pesisir pantai selatan Terengganu. Ia melewati Daerah Dungun, Daerah Kemaman dan juga Daerah Marang.
Banyak lokasi indah dan menarik sepanjang menyelusuri laluan persisir pantai yang sangat mempesonakan,
Perkongsian Helmi Baharum ini boleh dijadikan panduan bagi yang mahu pergi ke sini. Bajet tidak sampai pastinya anda aka berpuas hati dengan percutian penuh ohsem.
Menelusuri Keindahan Pesisir Pantai Selatan Terengganu (Kuala Terengganu-Daerah Dungun-Daerah Kemaman-Daerah Marang-Kuala Terengganu) 11-12 Disember
Dungun
1. Muzium Bukit Besi – Muzium baru dirasmikan (Oktober 2021), bayaran masuknya percuma. Kalau nak tour by bus dalam kompleks muzium hanya byr dengan jumlah yang minima. 2. Taman Rekreasi Tasik Putri – Kawasan rekreasi ini cukup ramai dengan kehadiran pengunjung, merupakan sebuah tasik buatan dan tinggalan aktiviti perlombongan besi. 3. Masjid Bandar Almuktafi Billah Shah 4. Terowong Bukit Tebuk – Sebuah terowang keretapi dengan sejarah perlombongan Besi. 5. Pantai 1- Pantai Batu Pelanduk -Terdapat struktur batu menarik seperti haiwan (pelanduk lah kot) dan batuan berlapis-lapis. 6.Pantai 2- Pantai Teluk Lipat, Bandar Dungun 7. Pantai 2- Benteng Kuala Dungun, Bandar Dungun 8. Pantai 2- Pantau Surra Bandar Dungun 9. Kedai Makan – Kopi Tebing, Paka: Kopi dia yg padu tu baru RM2.50 mcm tak percaya murah dah lah sedap, Mi Wantan RM6, Pavlova RM7, semua ni best seller. – Mak Wan Mee Sup Melayu Champa, Dungun RM10. Memang sedap banyak lah hirisan daging tak larat nak habiskan. – Nasi Goreng Sotong Emas, Dungun RM8, Weh mana nak dapat harga ni sutun dia saja dah besar bapak, nasi goreng dia pulak cair di mulut, haha best sangat kalau dekat kan best boleh makan selalu. 10.NDE Hotel- Saya memilih stay di hotel sini kerana harganya paling berpatutan RM55 sekali breakfast dan lokasi serta biliknya yang selesa.
Air Terjun Taman Rekreasi Tasik PuteriPantau Surra Bandar DungunSunset Paka, DungunBandar DungunPantai Batu PelandukPantai Teluk LIpat, Bandar Dungun
Kemaman
1. Kemaman Blue Lake: Tujuan utama untuk trip ini, hanya memerlukan pendakian tebing 1 minit dari parking. 2. Kemaman Zoo and Recreation Park: RM5 (Harga PKP) boleh tahan besar juga zoo ni penat juga lah nak habiskan tour dalam ni. 3.Pantai 3: Kemasik Beach: Sepanjang pemerhatian saya ini merupakan ombak paling kuat dan antara pantai tercantik. 4.Yak Yah Firefly Sanctuary: Hanya melihat sungai, mungkin kena booking awal untuk join tour. 5.Loji Penapisan Petroleum Petronas : Takjub jap tengok api banyak-banyak menjulang tinggi, kalau malam pasti lebih meriah.
Terowong Bukit TebukKampung Jambu BongkokBenteng Kuala Dungun, Bandar DungunBenteng Kuala Dungun, Bandar DungunKemasek BeachMuzium Bukit BesiMuzium Bukit Besi
Marang
1. Pantai 4: Kampung Jambu Bangkok – Antara hidden gems di Terengganu dan antara kampung tercantik pernah dikunjungi. 2.Pantai 5: Pantai Merchang Angin Berbisik – Sebuah pantai lama yang dibuka semula, jujurnya saya dapat merasakan ada angin berbisik di sini semasa hendak pulang, mungkinkah ini adalah salah satu puteri Ulek Mayang yang berbisik, jangan biar diri anda diselubungi misteri… 3.Pantai 6: Pantai Kelulut – Pantai yang agak panjang dengan pemandangan Pulau Kapas dari kejauhan. 4.Paantai 7:Pantai Pulau Kekabu – Sebelum pulang semula ke airport Terengganu sempat sy singgah sebentar di sini menyaksikan blok-blok batu yang digunakan bagi menepis ombak yang kuat.
Taman Rekreasi & Zoo KemamanKemaman Blue LakeLoji Penapisan Petroleum PetronasPantai Merchang, Angin BerbisikPantai Pulau KekabuMak Wan Mee Sup Melayu ChampKopi Tebing, PakaNasi Goreng Sotong Emas, Dungun
Ekstra Info:
– Sewa Sewa Kereta: RM130 kereta Viva di Airport selama 2 hari/ 34 jam. – Petrol: RM40 – Hotel: RM55 – Flight Airasia KL-Terengganu-KL:RM24 – Meals: RM40.50 – Tiket Zoo: RM5 Total :RM294
Kita selalu dengar, negara Arab adalah destinasi yang sentiasa bersuhu panas dan kering kontang bukan? Ini ada perkongsian menarik daripada seorang rakyat Malaysia, Puan Masnira Ramli yang kini menetap di tanah Arab tentang suhu atau cuaca di negara tersebut. Di harap dapat memberi sedikit info berguna buat semua.
Semalam dan kelmarin hujan di Makkah ini beserta angin kuat dan guruh. Itu tandanya perubahan musim telah bermula. Hari ini kita masuk ke hari pertama pada bulan Oktober.. Biasanya pada penghujung bulan October suhu akan mula menurun dan kemudian datang lah musim sejuk! Kemuncak musim sejuk di Saudi adalah pada bulan Disember dan January. Ia biasanya berlanjutan sehingga ke pertengahan bulan March. Bumi Saudi Arabia ini mempunyai geografi yang agak hebat. Jangan sangka di sini hanyalah padang pasir, kering, tandus dan panas. Bahagian selatan Saudi agak panas kerana sebahagian besar terdiri daripada gunung manakala bahagian utara agak sejuk. Oleh kerana kita sudah mahu beranjak ke musim sejuk dan seiring dengan visa pelancong yang baru dilaksanakan ini, saya nak kongsi beberapa tempat-tempat sejuk di sini! Jangan tak percaya tempat-tempat ini boleh mencecah suhu sehingga 0c atau lebih rendah lagi.
s1.
1. Turaif
Terletak di sempadan utara saudi. Turaif merupakan bandar paling sejuk kerana pernah mencecah sehingga -12c.
2. Sakaka
Di sini suhu pada musim sejuk boleh mencecah sehingga 0 darjah celcius
3. Abha
Abha berada di pertengahan gunung Sarawat. Mempunyai ketinggian 2,270m. Abha bukan lah merupakan bandar yang paling sejuk tetapi mempunyai suhu yang agak selesa sepanjang tahun.
4. Rafha
Merupakan tempat yang dekat dengan sempadan Iraq. Biasanya di sini ada salji pada musim sejuk.
5. Riyadh
Sebagaimana yang kita tahu Riyadh merupakan ibu kota negara Saudi. Kebelakangan ini, suhu di Riyadh pada musim sejuk mencecah sehingga ke 1 darjah celcius pada malam hari. Khabarnya kerana global warming.
6. Tabuk
Selalu nampak gambar salji turun pada musim sejuk di saudi kan? Kebanyakkannya adalah gambar dari Tabuk ni. Tiap-tiap tahun salji turun di sini.. Suhu boleh mencecah sehingga ke -4 c.
7. Arar
Arar pula berada di kawasan batuan kapur. Suhu sangat moderate dan tidak mencecah sehingga ke 0 c pada musim sejuk.
8. Hail
Sebuah bandar yang agak tinggi kedudukannya.. merupakan sebuah bandar pertanian. Suhu boleh menurun sehingga -10c.
Menarik kan tempat-tempat sejuk di Saudi ni. Mungkin saya juga perlu mula meneroka tempat-tempat menarik di sini. Malu nak bagitahu dah 8 tahun tahun menetap di Makkah, belum pernah pun explore tempat lain selain makkah, madinah, taif, jeddah sahaja.. kena atur startegi untuk cuti2 saudi pula lepas niii…! InshaAllah
s.
Rentetan dari status saya berkenaan musim sejuk semalam rupanya pada masa yang sama telah mencetuskan kebimbangan kepada jemaah-jemaah umrah yang bakal datang pada musim sejuk ini. Ramai yang komen & pm bertanyakan perlukah bawa winter gear bila nk datang umrah hujung tahun ni. Baca dengan teliti saya ada nyatakan bahawa tempat-tempat sejuk tersebut berada di kawasan utara Saudi Arabia. Bermakna kawasan-kawasan tersebut berada agak jaaauhhh dari Makkah, Madinah dan kawasan sekitar seperti Jeddah. Justeru, hari ini saya kongsi kan perbezaan cuaca di Makkah dan Madinah pula ya? Saya kongsi juga berkenaan Taif sebab ramai jemaah yang sudah merancang untuk ke Taif.
1. Makkah
Kalau dilihat dari sudut geografi, kota Makkah terletak di koridor antara 2 gunung. Bermakna ia terletak di kawasan lembah dimana masjidilharam merupakan tempat paling rendah. Makkah mempunyai iklim gurun panas.Oleh itu, apabila saya menyebut musim sejuk, Suhu nya tidak lah terlalu sejuk. Hanya sekitar 18-30 darjah celcius.. lebih kurang cuaca di negara kita sahaja cuma di sini kadar humidity/kelembapan sangat rendah tidak seperti negara kita yang mempunyai kadar kelembapan yang agak tinggi. Bahasa mudahnya adalah cuaca yang agak kering.
2. Madinah
Dari sudut geografi, kota Madinah terletak di dataran tinggi padang pasir yang dikelilingi oleh gunung ganang dan batuan. Berbeza dengan Makkah, suhu di Madinah lebih sejuk apabila musim sejuk dan lebih panas apabila musim panas. Pada musim sejuk suhu di Madinah sekitar 12 -25 darjah celcius. Suhu akan lebih sejuk pada tengah malam sehingga awal pagi. Namun tidak mencecah sehingga bawah 10c.
3. Taif
Taif pula merupakan kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland.. ianya terletak di lereng Gunung Sarawat yang berada di aras ketinggian 1879m. Taif juga merupakan pusat pertanian yang terkenal dengan bunga rose, buah anggur dan buah delima. Suhu di Taif agak sejuk berbanding dengan Makkah sekitar 8-23 darjah celcius pada musim sejuk dan juga menerima kadar kekerapan hujan yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, jika kalian datang pada kemuncak musim sejuk iaitu pada bulan Disember dan January boleh lah bawa pakaian lebih kerana di Madinah agak sejuk. Di Makkah biasa-biasa sahaja seperti di Malaysia. Kalau tak nak pakai baju yang tebal boleh pakai thermal wear bahagian dalam dan stokin dan cukup bagi saya. Ada pula yang minta Makkah turun salji! Kalau mengikut dari sudut geografi sangat mustahil perkara tersebut akan berlaku. Namun tiada yang mustahil dengan kekuasaanNya. Jangan lah doa macam tu.. kasihan orang lelaki yang dalam ihram nanti!
Memang syok bila tidur malam ditemani bunyi deruan air terjun. Cukup mendamaikan dan tenang. Itulah pengalaman yang biasanya camper dapat bila berkhemah di satu-satu campsite.
Yanie Haron berkongsi pengalaman camping di Takah Pengkoi campsite selama 2 hari 1 malam yang disifatkannya cukup menarik meskipun tapak campsite di sini agak terhad.
Bila dapat rehat sambil dengar deruan air cukup mendamaikan tambah pula lokasi yang berdekatan dengan sungai, anak-anak pun seronok dan mandi-manda.
Jom ikuti perkongsiannya:
Takah Pengkoi, Bekok, Segamat, Johor | 2-3 Julai 2022 | 2h 1m
Kawasan yang dijaga oleh orang asli dan dimajukan menjadi tempat rekreasi yang dapat dikunjungi oleh orang ramai. Tempat cantik, kawasan bersih, air bersih dan jernih.
Lama dah duk tengok tempat ni dari awal-awal camping dulu. Akhir nya sampai jugak kami ke sini. Dalam 2 jam je dari Melaka. Seawal jam 5 am dah gerak. Solat subuh di Tangkak. Teruskan perjalanan, dalam 7 am ++ dah sampai ke sini.
Masa sampai tu, campers yang masuk semalam dah ada la. Tapi orang awam yang picnic belum sampai lagi. So dapatlah kami pilih tapak bawah yang agak ok dan tenang jugak la sebab paling hujung kan. Jadi bukan laluan orang. Tapi perlu seberang sungai.
Tapak kat sini agak limit dan tak besar mana setiap satu tu. Khemah jenis dome memang sangat sesuai. Tapak ada sampai level 4 tapi jenuhla nak berangkut kalau camping kat atas-atas tu. Yang camping bawah pun jenuh dah. Biasa la air terjun kan, memang kene turun naik tangga.
Detail campsite;
Fee Camping rm40 (adult), Picnic rm15 (adult)
Toilet (cangkung) & bilik mandi
Surau
Sinki (mungkin di sesetengah kawasan. Yg pasti kat tpt kami level bawah, ada)
Parking (kawasan parking)
Stream (air terjun & sungai)
Laluan masuk boleh access semua kenderaan, bersimen lebih kurang 3km (rujuk video)
Coverage telco; kebanyakannya (Tapi maxis, hp sis yang Reno 2 tak ada line, yang Reno 6 ada jugak. Lepas la untuk wasap & calll . Tapi on off)
Overall Takah Pengkoi ni buat kami rasa nak repeat walaupun tapak agak limit, ramai orang picnic dan jenuh nak ngangkut sebab kene naik turun naik tangga. Tapi malam tido dengar deruan air, tempat redup dan tenang, air terjun best rasa nak berendam je, sejuk dan segar.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...