Mengembara atau menjelajah sambil melancong dengan memandu kereta merupakan satu pengalaman unik dan berbeza. Apatah lagi jika pengembaraan anda itu melibatkan penjelajahan beberapa buah negeri.
Mungkin selepas tamat PKP nanti, anda yang berkira-kira untuk mengembara dengan kereta bolehlah mula merancang dari sekarang. Sebagai contoh perjalanan bermula dari Kuala Lumpur turun ke Selatan. Kemudian naik semula ke negeri-negeri Pantai Timur.
Sehubungan itu amat penting bagi pemandu untuk berehat jika berjalan jauh. Paling kurang pun, tidurlah selama 20 minit tanpa sebarang gangguan.
Ads
Jika penumpang lain sudah nampak pemandu mulai menggosok-gosok mata dan menguap lebih 10 kali dalam masa 5 minit, anda harus cepat-cepat :
1. Minta tukar tempat duduk dengan pemandu
Bagi pemandu rehat dan anda gantikan untuk setengah perjalanan. Bergilir-gilir adalah bagus kerana fokus ketika memandu memang sangat memenatkan.
Ads
2. Minum kopi
Pemandu yang mengantuk boleh minum kopi untuk segarkan biji mata. Jangan paksa mata untuk terbuka kerana ia amat berbahaya.
Ads
3. Cuci muka
Minta pemandu berhenti di R&R dan cuci muka. Ini kerana dengan cuci muka boleh membuatkan pemandu terasa sejuk dan kembali fokus memandu.
Jangan biarkan pemandu tersengguk-sengguk dan menguap beberapa kali. Ini kerana itu adalah petanda yang sering disedari penumpang lain tetapi semuanya diam sahaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Tioman terletak lebih kurang 32 kilometer dari pantai barat negeri Pahang dan berkeluasan lebih kurang 20 kilometer panjang dan 12 kilometer lebar. Sebahagian besar pulau ini diliputi hutan dan kaya dengan khazanah flora dan fauna yang menjadikan Pulau Tioman popular di kalangan pasangan yang ingin berbulan madu. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Mersing dan jeti Tanjung Gemuk dengan menaiki feri atau bot.
Air lautnya yang jernih cukup indah. Pasir pantai yang halus pula memukau setiap pengunjung yang bertandang. Itulah keindahan Pulau Tioman. Mendengar namanya sahaja sudah tidak asing bagi kebanyakan kita, kerana pulau ini adalah pilihan pengunjung yang ingin bercuti di Pahang. Menariknya di sini, air lautnya cukup jernih sehingga anda mampu melihat ke dasar lautan, ikan pelbagai jenis yang bebas berenang dan terumbu karang yang berwarna-warni. Lokasi ini juga cukup popular untuk aktiviti snorkeling dan selam skuba. Aktiviti menarik di sana:
Bercadang ke Tioman untuk trip 3 hari 2 malam? Nah, ini perkongsian bajet ke sana untuk 5 orang oleh Hamimah Miema
Setiap negara ada undang-undang yang perlu kita patuhi untuk menjaga ketenteraman awam dan menggunakan lesen sebagai seorang pelancong tidak membuatkan kita kebal daripada sebarang tindakan undang-undang sekiranya kita melakukan kesalahan.
Jadi entri ini Libur kongsikan kepada pembaca apa perkara yang perlu anda elakkan daripada disaman oleh pihak berkuasa Thailand saat melancong di negara gajah putih ini.
Sama seperti Malaysia kerana Thailand juga memperuntukkan hukuman mati kepada mana-mana pesalah yang didapati menyeludup dadah. Anda boleh dapatkan rujukan anda di laman sesawang ini.
Hukuman mati tau. Jadi jangan jadi bodoh nak bawa dadah masuk ke Thailand ya. Jangan beli, guna atau bawa apa sahaja jenis dadah merbahaya sepanjang masa anda berada di sana.
Ada satu undang-undang yang digunakan di Thailand sejak 1908 iaitu LeseMajeste dan undang-undang ini sangat tegas mengenai sebarang perbuatan yang mencemar nama baik kerabat diraja Thailand seperti memijak wang kertas Baht sebab ada muka raja mereka di atas kertas tersebut.
Dasyat kan? Kalau anda didapati melakukan perbuatan tersebut, percutian anda mungkin berakhir di dalam tirai besi secara percuma. Percakapan yang menghina kerabat diraja mereka juga boleh menyebabkan anda dipenjarakan.
Anda bebas untuk mengambil gambar di mana-mana sahaja tetapi ada beberapa tempat yang dilarang daripada berbuat demikian. Ada sesetengah kuil buddha yang langsung tidak membenarkan anda mengambil gambar. Ada sesetengah yang lain memberikan kelonggaran asalkan tidak mengambil gambar patung-patung buddha mereka.
Jadi perhatikan, dan pastikan terlebih dahulu adakah sesuatu kawasan yang anda lawati itu membenarkan anda mengambil gambar atau tidak, dan sebaiknya, anda tidak mengambil gambar orang yang sedang bersembahyang atau berdoa di kawasan kuil.
Tips: Jika anda ingin mengambil gambar bersama sami buddha di sana, sebaiknya minta izin dahulu. Jangan lupa untuk senyum dan berikan wai (tundukkan hormat) selepas itu sekiranya mereka lebih tua daripada anda.
Selain kuil, ada kawasan bar dan kelab malam yang tidak membenarkan anda mengambil gambar seperti red light district seperti Patpong dan Cowboy.
Elakkan daripada memberikan duit kepada kanak-kanak sekiranya anda ingin mengambil gambar bersama mereka. Ini bertujuan untuk menghindari budaya meminta-minta dalam masyarakat Thai. Selain itu, mengambil gambar kerabat diraja Thailand, gambar angkatan tentera dan gambar di perbatasan juga adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Memang menjadi trend sekarang untuk ambil gambar arielview sebab cantikkan? Tapi di Thailand, tidak semudah itu untuk anda menerbangkan dron kerana dron mempunyai kamera.
Tidak kira sama ada digunakan untuk tujuan rekreasi atau komersial, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di sana. Anda perlu memohon permit dan insurans daripada Civil Aviation Authority of Thailand (CAAT) sebelum tarikh pelancongan anda ke Thailand.
Sejak Februari 2018, pihak berkuasa Thailand telak menguatkuasakan larangan membuang sampah merata-rata kepada individu berusia 24 tahun ke atas terutama di kawasan-kawasan pantai pelancongan akibat kadar pencemaran yang meningkat saban tahun.
Jika didapati bersalah kerana melakukan kesalahan ini, anda boleh dihukum dengan denda maksimum sebanyak 100,000 Baht atau dipenjara selama setahun. Anda boleh didenda 2,000 Baht jika membuang sampah di kawasan kaki lima.
Merokok sekarang dilarang di 24 pantai yang popular seperti Phuket, Pattaya, Koh Samui, Prapchuap Khiri Khan, Chon Buri dan Songkhla. Larangan ini dikuatkuasakan kerajaan Thailand bagi mengurangkan impak alam sekitar terhadap hidupan laut dan kerosakan kepada sistem peparitan mereka yang dipenuhi puntung rokok. Larangan ini juga diperluaskan kepada bot yang membawa warga tempatan atau pelancong.
Dekat Malaysia pun ada larangan yang sama dan siapa yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000. Sama juga seperti di Thailand apabila anda akan dikenakan denda sebanyak 100,000 Baht, satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Merokok juga tidak dibenarkan di kawasan-kawasan rekreasi, kompleks sukan dan taman permainan, zoo dan kawasan pasar. Pelancong yang melancong secara berkumpulan diharap dapat mengikut peraturan ini.
Ada yang bertanya, vape macam mana? Rokok eletronik pun tak dibenarkan juga ke? Jawapannya, ya. Rokok eletronik dah diharamkan di Thailand sejak 2014 dan ramai pelancong yang datang ke Thailand telah ditangkap kerana mengabaikan larangan dan didenda atau dipenjara.
Sewaktu Libur buat research berkenaan perkara-perkara yang dilarang di Thailand ni, Libur ada terjumpa satu benda yang menarik dengan kes warganegara Malaysia yang ditahan di Thailand baru-baru ini kerana memiliki walkie-talkie.
Walkie-talkie sememangnya tersenarai dalam larangan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Thailand dan di sini Libur sertakan sekali senarai-senarai untuk barangan yang lain.
Jadi ini antara tips yang dapat Libur kongsikan kepada para pembaca. Kalau ada apa-apa yang ingin dikongsikan, feel free to message Libur dan Libur nasihatkan kalau melancong di negara orang, ikutlah peraturan di sana. Kita jauh dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang boleh datang tolong. So be safe and have fun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalunya kalau kita berpeluang travel atau singgah di mana-mana tempat yang menarik, pasti kita ingin merakam gambar kenangan secantik dan sebaik mungkin. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita, gambar mesti nampak kurus, tirus, ramping dan macam-macam gaya yang boleh nampak ‘elok’ di mata umum.
Namun tidak buat wanita bernama Stephanie Leigh Rose ini. Dia ingin membuat kelainan dalam setiap foto yang dibidik dengan gaya sedang ‘mati’ di setiap lokasi menarik yang dijejak.
Menarik dan kreatif juga gaya dan aksi si Stephanie ini hasilkan. Mana tahu lepas ini, gaya sebegini menjadi ikutan dan tular buat orang ramai yang inginkan kelainan.
Dia juga sempat merakam kenangan di hadapan bangunan ikonik yang musnah terbakar baru-baru ini. Jom lihat gambar-gambar yang dikongsinya dalam media sosial miliknya yang kini memiliki hampir 54.6k pengikut tersendiri.
Macam mana, menarik tak? Libur rasa ada yang tiru aksi-aksi ini nanti. Silap-silap jadi ‘trend’ akan datang. Yang rasa nak terkenal cepat boleh la ambik idea kreatif macam ini untuk tontonan ramai 🙂
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...