Tourism Selangor memaklumkan pejabat urusannya, program Royal Klang Heritage Walk Tour, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort dihentikan operasi untuk sementara hingga 31 Mac ini.
Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata penutupan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan pada Isnin lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Ads
Ads
Segala aktiviti promosi pelancongan untuk Negeri Selangor selama tempoh tersebut masih diteruskan melalui saluran dalam talian dan digital. Kesemua lokasi pelancongan itu termasuk pejabat urusan akan dibuka seperti biasa pada 1 April ini.
Ads
Tourism Selangor turut berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama mengekang penularan wabak berkenaan.
Rakyat Malaysia ingin bercuti ke destinasi antarabangsa, namun, faktor keadaan ekonomi pada masa ini memaksa mereka memilih tempat percutian yang lebih dekat. Menurut analisis terkini oleh HotelsCombined, sebuah platform perbandingan harga hotel yang terkemuka di dunia, carian untuk hotel antarabangsa antara 1 Januari hingga 1 Jun 2017 telah meningkat sebanyak 1% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016, manakala tempahan antarabangsa telah menurun sebanyak 3%.
Data ini juga menunjukkan bahawa dalam tempoh setengah tahun pertama 2017, tempahan domestik melebihi tempahan antarabangsa – iaitu sebanyak 61% dan 39%. Destinasi domestik yang digemari rakyat Malaysia pada tahun 2017 setakat ini adalah Kuala Lumpur, Melaka, Kota Kinabalu, George Town dan Johor Bahru, di mana secara purata mereka berbelanja sebanyak USD$58 (MYR246) bagi satu malam untuk hotel domestik, ianya kira-kira USD$47 (MYR200) lebih murah bagi satu malam berbanding harga hotel antarabangsa.
“Pada tahun 2016, disebabkan nilai Ringgit yang lemah, rakyat Malaysia lebih suka destinasi domestik berbanding dari pelancongan antarabangsa untuk mengurangkan kos. Setakat ini, bagi tahun 2017, kami menyaksikan trend yang sama di mana lebih ramai memilih untuk melancong dalam negara,” kata Jenna Lee, Pengurus Pemasaran – Malaysia & Singapura daripada HotelsCombined.
Analisis oleh HotelsCombined juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia merancang lebih awal apabila membuat tempahan hotel untuk mengurangkan kos. Pada tahun 2017, masa yang diambil untuk membuat tempahan domestik telah meningkat sehingga 17.9 hari sebelum mendaftar-masuk, berbanding dengan 16.6 hari pada tahun 2016. Masa tempahan yang diambil untuk percutian luar negara turut meningkat ke 62.4 hari pada tahun 2017 berbanding dengan 59.5 hari pada tahun 2016.
“Oleh sebab rakyat Malaysia mula merasai kesan kenaikan kos harian, mereka kini mencari pelbagai cara untuk mengurangkan perbelanjaan atas faktor Ringgit yang semakin lemah. Perancangan awal adalah satu cara untuk mengurangkan kos percutian. Dengan membuat penempahan awal, pelancong-pelancong boleh menggunakan fungsi amaran harga kami untuk memastikan mereka mendapat tawaran terbaik untuk bilik hotel pilihan mereka,” tambah Jenna.
Walaupun destinasi dalam negara merupakan pilihan popular rakyat Malaysia, rantau Asia Pasifik juga turut menjadi pilihan destinasi percutian mereka. Buat masa ini, lima negara utama bagi tahun 2017 (mengikut tempahan) yang dipilih pelancong Malaysia untuk bercuti adalah Malaysia, Thailand, Jepun, Indonesia dan Singapura.
Setelah 23 tahun wujud di Big Apple New York, akhirnya tirai pejabat Pelancongan Malaysia di New York ditutup selamanya. Ia dahulunya diwujudkan untuk mempromosi pelancongan Malaysia khususnya Pantai Barat Malaysia.
Pejabat Pelancongan Malaysia di New York akan tutup secara rasminya pada 30 Jun in dan segala data telahpun di pindahkan ke ibu pejabat Kuala Lumpur.
Sebahagian perkakas dan perabot mungkin didermakan ke badan amal atau diberi kepada institusi Malaysia di New York.
Pejabat di New York, mengambil masa yang panjang memberi notis kepada ramai pengikut dan “Friends of Malaysia” tentang penutupan ini.
Sebahagian 500 agensi dan operator pelancongan telah dimaklumkan.
Antara staf senior iaitu Mary M Scully dan Nurulhuda Abdul Rahim, eksekuif pemasaran, yang telah bekerja selama 23 tahun sejak pejabat itu dibuka, berasa sedih dengan keputusan ini.
Dalam temubual dengan Bernama, Ahmad Johanif Mohd Ali, yang akan menjadi Naib Presiden pejabat New York yang terakhir dan tempoh perkhidmatan tamat dengan penutupan pejabat berkata tindakan ini dibuat atas dasar penjimatan kos.
Meskipun begitu, promosi pelancongan di pantai timur diteruskan dibawah pejabat Pelancongan Malaysia Los Angeles yang selama ini fokus kepada pantai barat. Kini ia akan bertanggungjawab kepada seluruh Amerika dan negara lain dalam rantaunya.
Pejabat Pelancongan New York akan menggunakan Facebook untuk berkomunikasi memandangkan hubungan talian akan diputuskan pada Ahad ini.
Amerika merupakan sektor pelancongan terbesar didunia berdasarkan perbelanjaan oleh pelancong Amerika ke luar negara.
Jambatan angkat yang menjadi struktur ikon kepada Kuala Terengganu kini sudah dibuka kepada laluan kenderaan awam awal pagi tadi. Pembukaan yang bermula hari ini tepat pukul 7 pagi mengikut laporan media akan berada dalam tempoh fasa percubaan sehingga 17 Jun ini.
Pembukaan jambatan angkat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Terengganu khususnya itu disempurnakan dengan pemotongan reben oleh wakil kerajaan negeri serta disertai jabatan dan agensi berkaitan.
Jambatan sepanjang 638 meter dan setinggi 12.5 meter itu menghubungkan Seberang Takir, Kuala Nerus dengan pusat bandaraya dan pengguna jalanraya boleh menjimatkan masa perjalanan kurang 10 minit menggunakan jambatan angkat tersebut.
Buat masa ini, difahamkan bahawa hanya kendereaan beroda sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan jambatan tersebut manakala pejalan kaki dikecualikan sehingga tamat tempoh percubaan 17 Jun ini.
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...