Dalam artikel Libur sebelum ini, saya pernah kongsikan kepada anda 10 pilihan terbaik untuk menaiki kereta api yang terdapat di seluruh dunia. Sekiranya anda belum terbaca artikel berkenaan, boleh klik pada link di bawah.
Dalam pada itu juga, saya turut kongsikan perkongsian satu keluarga yang mengembara dari Kelantan ke Johor dengan hanya menaiki kereta api. Untuk artikel tersebut, anda juga boleh klik link yang saya sertakan di bawah ini.
Dalam kita seronok menaiki kereta api – tidak kira atas tujuan apa sekalipun, dan dalam konteks Libur, mestilah kita naik kereta api untuk percutian – tahukah anda cerita atau info yang ada di sebalik kereta api itu sendiri?
Ads
Sebagai contoh, kenapa ada banyak batu yang diletakkan sepanjang landasan kereta api yang beratus-ratus kilometer dan apakah fungsinya?
Untuk pengetahuan anda, batu-batu, atau juga dikenali sebagai ballast, yang diletakkan sepanjang landasan kereta api itu adalah berfungsi sebagai pemberat kepada trek landasan kereta api tersebut bagi mengekalkan kedudukannya supaya tidak bergerak. Batu-batu tersebut diletakkan menjadi asas kepada galang landasan yang diletakkan sepanjang laluan.
Ads
Batu-batu ni akan ada sepanjang landasan kereta api.
Batu-batu itu juga mempunyai daya tahan panas yang menyebabkan berlakunya pengembangan dan penguncupan (subjek sains darjah 6 ada belajar pasal perkara ni), pergerakan tanah atau gegaran, dan juga tahan kepada keadaan cuaca yang tak menentu.
Galang kereta api disusun selari dengan landasan, bertujuan mengekalkan jarak antara landasan sebelah kiri dan sebelah kanan. Batu-batu kecil pada landasan kereta api juga mempunyai bucu yang tajam, bertujuan bagi memastikan batu tersebut tidak begerak daripada tempatnya.
Ads
Kalau anda perhatikan dengan teliti, tidak ada satupun tumbuhan yang hidup di sepanjang landasan kereta api tersebut dan kesemua batu-batu yang diletakkan mempunyai bentuk yang bersegi dan tajam.
Menarik bukan? Jadi sambil-sambil kita naik kereta api untuk berjalan atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat, jom kita ambil tahu serba sedikit info berkenaan apa yang kita naiki sepanjang masa pengembaraan kita.
Kebanyakan dari kita sudah merancang untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan pasti ramai yang sudah pun 'melepaskan rindu' untuk pergi bercuti ketika musim pandemik ini. Namun, tidak kurangnya juga bagi mereka yang masih berasa takut dan tidak merancang sekali pun untuk keluar bercuti.
Tidak perlu ragu-ragu untuk melancong dalam negara, pastikan perkara utama yang anda buat sebelum memilih lokasi percutian dengan penilaian lokasi penginapan dan seterusnya menjaga semua SOP yang telah ditetapkan.
Kalau sebelum ini, pengunjung pastinya mengharapkan bilik hotel atau rumah sewa yang bersih ketika mereka sampai di tempat penginapan mereka dan kemungkinan akan mengeluh jika tidak menepati ‘standard’ mereka. Kini, anda perlu meletakkan harapan atau ‘standard’ lebih tinggi dari sebelumnya. Ketika musim pandemik, semua orang seharusnya lebih obses dengan aspek kebersihan dan keselamatan diri. Pastikan, premis hotel selepas ini anda menginap dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman di setiap check-point seperti di ruang lif, kawasan lobi dan setiap tingkat bangunan hotel.
Di Johor, Sijil Piawaian Keselamatan Pelancongan Johor telah diperkenalkan baru-baru ini adalah antara usaha kerajaan Johor memberi keyakinan kepada pelancong mengenai tahap keselamatan dipraktikkan semua hotel di negeri Johor. Dengan akreditasi berkenaan kebimbangan mengenai tahap keselamatan akan berkurangan kerana pensijilan berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Usaha berkenaan mendapat kerjasama kerajaan negeri yang komited membantu meningkatkan semula ekonomi pelancongan negeri berikutan banyak hotel memaklumkan mengenai tahap keselamatan mereka masih diragui pelancong. Sehingga kini, lebih 70 buah hotel di seluruh Johor telah berdaftar untuk memperoleh pensijilan berkenaan yang dijangka memulakan pengauditan pada akhir September 2020 ini.
image via google | Sumber: Tourism Malaysia Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Piramid Senusret II yang dibina pada era pemerintahan Firaun Dinasti ke-12 buat pertama kali dibuka kepada pelawat. Majlis pembukaannya dirasmikan oleh Menteri Antikuiti Mesir Khaled Al-Anany pada minggu lalu
Dikenali sebagai Piramid El-Lahun, makam diraja itu wujud antara tahun 1897 sebelum masehi sehingga 1878, terletak di kawasan Faizal, 100 km dari barat daya ibu kota Kaherah.
Piramid itu dibina daripada bata tanah liat dan teras bongkah batu, panjang 106 meter dengan cerunnya kira-kira 42 darjah dan ketinggian 48.65 meter. Kaedah yang digunakan untuk membina piramid itu bertujuan bagi memastikan ia kekal kukuh.
Uniknya Piramid Senusret II, kebiasaannya pintu masuk piramid sering berada di bahagian utara berdasarkan kepercayaan kuno Mesir namun, pintu piramid ini terletak di sebelah selatan. Bagaimanapun, alasan bagaimana pintu masuk piramid Senusret II ditemui di bahagian selatan masih tidak diketahui, katanya.
Menurut setiausaha agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri, piramid ditemui pada 1889 oleh ahli arkeologi British William Petrie. Kerja membaik pulih piramid dan kawasan sekitarnya bermula Ogos 2018.
Pengguna rangkaian lebuh raya sistem tertutup kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) disaran sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go yang digunakan mencukupi untuk transaksi tol bagi mengelak gangguan terhadap kelancaran perjalanan pengguna lain di lorong tol.
Menjelang pelaksanaan transaksi tol menggunakan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) di semua lebuh rayanya tidak lama lagi, tiada lagi kakitangan PLUS akan ditempatkan di pondok tol untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go buat semua pengguna.
Langkah untuk tidak lagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go bertujuan membiasakan pengguna dengan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) serta RFID dan selaras hasrat kerajaan untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan tahap keselesaan di plaza tol.
RFID yang sepatutnya dilancarkan pada 1 April lalu di semua plaza tol lebuh raya sistem tertutup PLUS dijangka dapat mengatasi masalah pengguna kekurangan baki untuk melengkapkan transaksi tol. Namun begitu, susulan PKP, pelaksanaan RFID terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang lain pada tahun ini.
Oleh itu PLUS berharap semua pengguna sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan peralihan teknologi transaksi pembayaran tol menggunakan RFID yang bertujuan memastikan kelancaran trafik di pintu masuk serta pintu keluar (plaza tol).
Ketika ini di sesetengah plaza tol, masih terdapat kakitangan yang ditempatkan di dalam pondok tol. Tetapi, mereka sebenarnya bukanlah ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol tetapi untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah teknikal lain. Perkara ini kadang-kala menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang mungkin berpendapat mereka boleh menggunakan lorong terbabit untuk membuat urusan tambah nilai.
Hari ini terdapat lebih 11,000 lokasi tambah nilai tersedia untuk pengguna daripada mesin tambah nilai dan stesen minyak sehinggalah kedai serbaneka dan farmasi, jadi isu kesukaran melakukan tambah nilai kad Touch ‘n Go rasanya tidak lagi timbul.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...