Bila hujung tahun memang ramai yang ambil peluang bercuti untuk habiskan cuti tahunan yang ada. Perancangan last minit Fazlilah Abdul Rahman dan 2 orang teman ke Phuket menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Phuket selama lima hari.
Meskipun perjalanan agak panjang, tapi bajet yang dikeluarkan tidaklah semahal menaiki pesawat. Pergi pun secara backpackers untuk santai-santai di hujung tahun sambil berehat sebelum memulakan tahun baru 2023.
Menyewa motorsikal untuk ke tempat-tempat menarik yang ada di Phuket sambil menikmati pemandangan indah. Selain lepak di pantai sepanjang hari antara agenda percutian 3 rakan ini.
Memang best tambah pula tak perlukan kos yang tinggi. Sempat juga mereka ambil peluang jalan-jalan di Hatyai sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia. Ikuti perkongsian lelaki ini:
Trip Santai Naik Bas ke Phuket
Plan nie last minit juga, sebab nak habiskan cuti tahunan. 21-27/12/2022
Perjalanan kami bermula jam 10 malam dari TBS ke Hatyai, RM81 sehala menaiki bas Alisan Golden Coach, perjalana mengambil masa 8 jam nie sebab jem teruk. Tiba di CTC Changlun untuk sarapan dan isi form putih. Terus ke border untuk cop keluar masuk dekat IMY dan ITH, beli siap2 sim DTAC kat sini, 150 bhat. Terus perjalanan ke Hatyai, bas nie tak berhenti kat main station bas, dia berhenti kt kedai dorg sendiri di Hatyai City.
So kami naik tuktuk ke staion bus 300bhat sehala. Sampai station bas terus beli tiket ke Phuket, 386b. Sementara tunggu bas jam 11 pagi kami singgah isi perut dulu, sebab perjalan lepas nie mengambil masa dekat 12 jam. Sepanjang perjalanan dari Hatyai ke Phuket memang banyak tidur je, tak penat tapi bosan. Sampai Phuket pun dah jam 9 malam.
Ads
Masa nie memang lapar teruk, kami perlukan nasi. Kami sapa la sorg awek thai nie, dia la yang tunjuk kat mana ada kedai makan, nasib tahu cakap melayu. Selasai makan terus nak ke hotel, dari kedai kami makan nak ke hotel ambil masa sejam, book grab 500b, sampai je destinasi hotel tak wujud. Hotel nie kami book awal dah 2 bulan via agoda, dekat 4 jam juga kami tunggu agoda replace hotel baru, kalau nak book baru memang mahal la.
Sementara tunggu tu kami ronda2 bangla road dengan beg yang beratnya 60-70 kilo . Finally kami dapat replacement hotel dekat Boomerang Inn., seriously hotel nie nice, high recommend. Terima kasih juga agoda sebab replace better hotel. Dapat bilik memang tak fikir dah nak keluar lagi malam tu. Memang penat terus tidur.
Hari ke 2
Kami sewa motor 250b/day. Kami pusing2 bahagian selatan Phuket: Mom Tri’s Kitchen, Karon View Point, Windmill Viewpoint, Cape Phrom Thep, The Big Buddha. Kebanyakkan tempat yang kami pergi nie lebih kepada pemandagan, Mom Tri’s Kitchen nie view dia cantik, masuk percuma, cuma nak makan minum tu kena bayar la ye.
Ads
Tempat2 lain banyak pada view saja, tapi nice, tenang. Dari pagi sampai la ke petang ktorg pusing2. Malam pula ke bangla road cuci mata sambil makan malam.
Hari ke 3
Kami duduk pantai dari pagi sampai ke petang. Nie la sebab utama sebenarnya datang Phuket, nak mandi pantai sambil melihat permandangan indah. Santai2 gituew.
Hari ke 4,
Plan asal nak mandi waterpark tapi masing2 tak larat nak bangun . Tengah hari baru mula gerak, tu pun pergi massage, makan tengah hari, sebab tak tahu dah nak buat apa. Malam pula jalan2 bangla road lagi, Christmas kan jadi meriah sikit malam tu. Balik makan malam, tidur.
Ads
Hari ke 5
jam 6 kami siap2 dah terus ke station bus, ambil grab 500b. Sampai station bas terus beli tiket ke Hatya jam 8 pagi, 385b. Kami sampai di Hatyai jam 5 petang, decide nak jalan kaki ke hotel. Kasi stay dekat Friendlytel Hotel, 1700b. Malam tu pusing2 Hatyai cari makanan n shopping je.
Hari ke 6
bas gerak jam 11 pagi dari Hatyai ke TBS. Sampai je border cop semua dokumen keluar masuk. Sangkakan 5 jam sampai KL, sekali 12 jam baru sampai. sampai kL TBS dah 12 malam, balik ambil kereta terus balik rumah masing2.
Nak merasai suasana kedamaian hijau sawah yang terbentang luas dan sangat cantik untuk dijadikan background gambar kenangan anda? Percutiaan ke negeri Kedah dan Perlis merupakan pilihan ideal buat kalian.
Perkongsian trip secara backpack mendaki dua lokasi berbeza di Kedah dan Perlis oleh saudara Mohd Helmi nyata memberi kelainan untuk percutian anda yang suka akan alam semulajadi. Paling menarik, bercuti ketika ini, sangat menjimatkan.
Jom baca!
ITINERARI 3 HARI 2 MALAM
COSTING:
ALL IN COST= RM163.40
Hari 1
Hari 2
Hari 3
Credited with TQ kpd kawan-kawan yang dah menjayakan trip ni walaupun ada yang hanya jumpa di en-route, belanja-belanja makan dan free ride. Kepada yang tak sempat jumpa kita ketemu di lain masa ok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sempena musim cuti sekolah ini, menarik juga jika anda membawa seisi keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
Namun, sebelum berkunjung ke Pulau Pangkor, elok ketahui tip untuk bercuti di sana seperti yang dikongsikan oleh Sis Hawa ini.
Menurutnya ada 5 tips untuk bercuti di Pulau Pangkor, mungkin sangat berguna untuk anda yang pertama kali sampai ke sini.
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang.
Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor.
Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut.
Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Kota Belanda
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.
BAGI penggemar durian, pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati Raja Buah ini.
Dijangkakan, musim durian akan melanda Malaysia lebih awal berbanding penjadualannya yang sebenar, iaitu sekitar Jun-Julai. Di beberapa tempat di Malaysia, musim durian sudah pun bermula dan lambakan durian mula dijual di beberapa buah tempat sekitar Lembah Klang.
Namun, para penggemar durian pastinya teringin untuk menikmati sendiri rasa asli Raja Buah ini langsung terus dari pokoknya, terus dari dusunnya sendiri? jika jawapan anda Ya, di sini lima lima lokasi dusun durian yang menyediakan buffet durian dengan harga yang mampu milik dan paling penting, langsung terus dari pokoknya.
Di sini, disertakan lima lokasi (tidak mengikut turutan kegemaran) buffet durian yang boleh kunjungi sekitar Malaysia.
Suasana di Jimmy Durian Orchard.
Terletak di Bukit Bentong, Jimmy’s Durian Orchard terkenal dengan keunikan rasa buah durian, dan paling penting adalah semua tanaman ini bebas daripada racun dan semburan bahan kimia. Kalian boleh mendapatkan beberapa jenis durian terbaik di dusun ini, antaranya durian Tekka, D101, dan D24. Pasangan Jimmy dan Tasy ini juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang durian organik mereka kepada semua pengunjung yang ringan mulut unutk bertanya. Kalian pasti akan berasa puas hati dengan layanan yang diberikan, dan paling penting akan pulang dengan perut yang gembira, kerana semua durian organic di sini dijual dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.
Alamat : 75.1km Karak Highway, Bentong, Karak, Bentong 28600, Malaysia.
Nombor telefon : +60 16-203 1922 (Jimmy)
Raja dan permaisuri buah-buahan yang ada di Raub Durian Orchard.
Raub Durian Orchard mengangkat namanya sendiri sebagai caterer durian yang terbaik di Pahang. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan review dan pandnagan beserta komen pengunjung yang pernah hadir ke dusun ini, dan menikmati keenakan raja buah itu sendiri. menariknya, di dusun ini juga dilengkapi dengna kemudahan kolam pancing, ladang ternakan lebah, dan juga turut memiliki ladang ternakan sarang burung mereka sendiri. dusun ini pastinya akan menjadi pilihan utama warga kota terutama yang sudah berkeluarga untuk datang dan berehat sambil menikmati kesedapan durian Raub ini.
Alamat : Raub, Pahang, Malaysia (GPS coordinates: N03°51.691’ E101°54.329’)
Nombor telefon : +60 19-965 9612 (Eddie)
Kisah ladang ini bermula setahun yang lalu, bilamana pemilik ladang, Dato Michael Ng memutuskan untuk membeli kawasan ini untuk dihadiahkan buat isteri yang tersayang, yang juga merupakan peminat fanatik durian. Bersama, mereka berdua mengusahakan ladang ini. Selain Musang King, di sini juga ada variasi durian yang lain, seperti D2, D24 D78, D88, dan juga durian kampung.
Buffet durian bermula dari harga RM80 untuk hari biasa, dan hanya RM120 untuk hujung minggu dan cuti umum. Pakej ini juga disertakan sekali dengan servis khidmat jelajah dusun secara percuma.
Alamat : Kg. Cinta Manis, Karak, Bentong 41200, Malaysia.
Nombor telefon : +6 019-277 7255 (Datuk Michael Ng)
Raja buah yang segar dari ladang boleh dinikmati di Sim Kao Yen.
Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa dusun ini merupakan dusun yang paling banyak menyediakan variasi pilihan durian, iaitu sebanyak 30 jenis rasa dan genetik untuk kalian pilih. Terletak di Machap Melaka, dusun yang sudah berusia 25 tahun, dan pernah beberapa kali memenagi anugerah durian terbaik. Selain daripada durian, dusun ini juga terkenal dengan keenakan buah cempedak mereka.
Bagi warga kota yang ingin melepaskan lelah penat kerja seharian, di sini juga disediakan penginapan di dalam kawasan dusun itu sendiri.
Alamat : (Office) MC-2-34 & MC-2-35, Jalan SB Utama, Taman Seri Bayan, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia
Nombor telefon : +60 12-681 6895 (Mr Yap)
Durian Udang Merah yang boleh dinikmati di Freedom Eco Park.
Dusun ini ternyata bukanlah menjadi sebutan ramai dan bukannya dusun yang biasa-biasa, kerana ia sebenarnya terletak jauh di dalam ketebalan Hutan Simpan Pulau Pinang, dan ianya menawarkan puluhan jenis durian untuk dinikmati. Selain daripada menawarkan durian yang mesra alam dan total organic, pemiliknya’ Joseph dan Beatrice juga menawarkan khidmat ekopelancongan kepada mana-mana pihak yang ingin meneroka masuk lebih dalam ke hutan simpan ini.
Dan yang paling penting, dusun durian ini hanya dibuka kepada pengunjung yang telah membuat temu janji sahaja. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan pulang dengan tangan kosong, tambahan lagi di musim cuti perayaan dan cuti sekolah.
Alamat : Telok Bahang, Penang.
Nombor telefon : +60 19-447 7806 (Beatrice)
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...