Umur bukan penghalang untuk Buatin Balandong menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Puncak Gunung Kinabalu. Berusia 90 tahun lelaki ini berjaya sampai ke puncak gunung tersebut pada 5 September yang lalu.
Ia bukanlah kali pertama buat Buatin, malah kejayaannya kali ini merupakan kali ke-lapan sampai ke puncak gunung yang dikenali sebagai ‘Aki Nabalu’ itu. Ia ternyata bukan sesuatu yang mudah kerana berdepan dengan pelbagai cabaran.
Pesara kerajaan itu berkata, tanpa semangat dan jiwa yang kental, beliau tidak akan mampu mengatasi cabaran hujan lebat dengan persekitaran berkabus dan cuaca yang amat sejuk pada hari pendakian.
“Kali terakhir saya mendaki Gunung Kinabalu ialah pada tahun 2015 sebelum berlaku gempa bumi,” katanya kepada pemberita pada Rabu lalu.
Ads
Terdahulu Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiahkan tanjak tradisional masyarakat Sabah atau Sigar kepada anak jati Papar itu di pejabatnya di Menara Kinabalu.
Buatin diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang merupakan cucunya dan beliau juga berkongsi pengalaman bersama Hajiji.
Hajiji berkata, beliau kagum dengan keupayaan Buatin dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya mendaki Gunung Kinabalu pada usia lanjut.
Ads
“Walaupun seorang warga emas, Buatin memang hebat. Begitu cekal, kuat, mempunyai stamina tinggi sehingga mampu mendaki Gunung Kinabalu. Ini amat luar biasa dan mengagumkan,” katanya.
Kejayaan Buatin menawan puncak Kinabalu itu tular di media sosial menerusi video yang memaparkan beliau sampai di puncak tertinggi Asia Tenggara itu dan digelar netizen sebagai ‘atok’.
Dah habis tengok video ni, LIBUR nak bagi korang feel sendiri ke Night Of Fright 8 ni! Nak menang Tiket Full Moon Package bernilai RM1300 seorang tak?
Apa ada dalam Tiket Full Moon Package:
1 night stay at Sunway lagoon explorer campsite with breakfast for 2 pax
2 adult Sunway Lagoon theme park admission ticket
2 Night of Fright 8 (nof8) admission ticket
2 express pass
2 nof8 souvenir item
1 photography digital card
2 pax rodeo bull ride( 2 rides per pax)
2 pax of photo opportunity with nof8 character
Jom join contest
Syarat mudah nak menang tiket NOF8 2022
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall FB korang (PUBLIC)
Taip “NOF8” di ruangan komen FB Libur & tag sorang kawan yang korang nak bawak ke NOF8
3 KOMEN terakhir sebelum min KOMEN STOP akan memenangi tiket NOF8 ! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Jom berContest!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ini bukan tajuk untuk filem terbaru di hollywood tau. Ramalan ini telah didedahkan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) bahawa sebuah asteroid sepanjang 40 meter dijangka menghentam bumi pada 9 September ini.
Kajian ESA memberitahu, Asteroid 2006 QV89 itu akan berada pada jarak 6.7 juta kilometer (km) dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.
Menurut saintis di ESA, kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.
Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.
“Ia tidak mustahil berlaku. Ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.
Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.
Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.
Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.
Jika Phuket sudah membuka pintu sempadannya kepada pelancong bermulai 1 Julai.
September ini pula Pulau Langkawi bakal membuka pulau peranginan ini kepada pengunjung.
Namun begitu ia hanya ditawarkan kepada pengunjung yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin mencukupi bagi memastikan 80 peratus penduduk pulau itu menerima suntikan vaksin sebelum kehadiran pelancong.
“Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada 61,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin.
“Ini bermakna, sebanyak 120,000 dos vaksin perlu dibekalkan kepada penduduk Langkawi sebelum dibuka kepada orang ramai.
“Pelancong yang hendak masuk ke Langkawi pula perlu lengkap dua dos vaksin dan mereka yang tidak disuntik atau hanya menerima satu dos suntikan, tidak dibenarkan bercuti di Langkawi,” katanya selepas melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PSTB) semalam.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya yakin pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi akan memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau itu.
“Hotel di Langkawi sangat tenat ketika ini, kita faham dan sangat bersimpati, kita nak mempercepatkan proses suntikan vaksin, sebab saya sendiri pun mahu ke Langkawi,” katanya.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata, sebanyak 80 peratus penduduk Langkawi perlu mendapat suntikan vaksin bagi membolehkan gelembung perjalanan dilaksanakan di pulau itu apabila rentas negeri dibenarkan dan sempadan negara kembali dibuka pada September ini.
Sejak sempadan negara dibuka, Singapura antara yang terawal menerima ketibaan rakyat dari Malaysia. Memang banyak tempat menarik untuk dilawati, justeru kerajaan Singapura menerusi Singapore Tourism Board (STB) menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk menerima pelancong dari Malaysia dan negara-negara lain.
Dalam satu majlis sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh STB baru-baru ini, turut melancarkan SingapoReimagine, kempen yang mensasarkan kepada pemulihan pelancongan dengan memperkenalkan pengalaman yang baru dan luar biasa, termasuklah tarikan terbaharu dan restoran yang unik, pusat kesihatan dan pengalaman lestari. Kempen ini dibangunkan dengan mengambil kira terhadap perubahan keperluan dan aspirasi pengguna secara global.
“Sejak pembukaan semula sempadan, kami mendapat maklum balas yang positif daripada para pelancong Malaysia. Malaysia merupakan pasaran yang penting untuk Singapura. Kini, aktiviti melancong juga semakin mudah tanpa kuarantin atau ujian bagi para pelancong yang telah menerima vaksin penuh, kami mengalu – alukan kepada semua untuk menikmati pengalaman dan membayangkan tawaran yang merupakan sebahagian daripada kempen SingapoReimagine”, kata Mr Lee Jian Xuan, Area Director, Malaysia dan Brunei, STB.
Kempen menarik bersama rakan kongsi untuk menarik minat pelawat ke Singapura
SingapoReimagine mempamerkan sisi yang berbeza dari apa yang ditawarkan oleh bandar ini, dari tarikan baharu dan tempat makan yang menarik, hingga pelbagai pengalaman kesihatan dan lestari. Pelancong juga boleh menantikan pengalaman baharu, tidak dijangka dan inovatif, disamping langkah-langkah kebersihan dan kesihatan yang dipertingkatkan.
Untuk mendorong inisiatif ini, STB Malaysia bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Mandai Wildlife Group dengan menawarkan diskaun ekslusif sebanyak 33% kepada pelancong Malaysia ke atas pembelian tiket untuk ketiga-tiga taman mereka – Singapore Zoo, Night Safari dan Jurong Bird Park dengan kod promosi – MY33OFF . Promosi ini sah dari 1 hingga 30 Jun 2022, ketahui lebih lanjut
Selain itu, Singapore Airlines mengadakan promosi Travel Fair, dengan diskaun tambang semua dalam penerbangan mereka dari 28 Mei hingga 6 Jun 2022 dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ke Singapura. Tambang penuh untuk kelas Ekonomi bermula dari RM450 hingga RM2,500 untuk kelas Perniagaan.
Terdapat juga rancangan bersama airasia untuk melancarkan kempen seluruh Asia Tenggara untuk menarik minat pelancong datang ke Singapura. STB juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama airasia pada Februari 2022 untuk mempromosikan lawatan ke Singapura dan menggalakkan pelancong untuk mengalami pengalaman dan tawaran di Singapura melalui airasia Super App.
STB juga telah berkolaborasi bersama syarikat e-dagang ShopBack dalam inisiatif ‘Singapore is Calling’ bermula dari 25 April sehingga 8 Mei 2022, yang melibatkan peniaga pelancongan utama Agoda dan Booking.com. Pengguna ShopBack boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 15% apabila membuat tempahan ke Singapura melalui laman sesawang tersebut.
STB akan menampilkan sisi terbaru yang berlainan Singapura untuk pelancong
Awal tahun ini, STB Malaysia melancarkan beberapa aktiviti pemasaran yang mensasarkan kepada destinasi pilihan dikalangan pelancong Malaysia. Contoh yang pertama merupakan siri kandungan “Hello from Singapore” doku-siri 10 episod yang menawarkan pandangan para penggiat industri di Singapura dalam memikirkan cara terbaharu untuk membuka peluang perniagaan pelancongan mereka. Pelbagai insan yang terkenal muncul di dalam program tersebut termasuklah Trase One,perintis adegan seni jalanan tempatan,, ; Pirakash T, Ketua APAC Muzium Ais Krim yang bertemakan alam Ajaib, Oniatta Effendi pengasas Baju by Oniatta, jenama baju yang menampilkan kembali fesyen Batik moden dan lain – lain.
Video bersiri 4 bahagian “Chic In The City” telah dilancarkan untuk memberikan pelancong maklumat terkini tentang pelbagai tawaran runcit di Singapura. Webisodes ini dibawakan oleh personaliti TV Malaysia dan influencer, Amanda Chaang menerokai perkara yang unik dan istimewa di Singapura melalui program “Made With Passion” yang menampilkan jenama utama tentang cerita Singapura bermula daripada Fesyen & Aksesori, Reka Bentuk, Rumah & Dekorasi, Kecantikan & Kesihatan dan juga Makanan & Minuman.
Sehingga kini, musim terbaharu ‘Hello from Singapore’ telah mencatatkan penonton atas talian sebanyak 1,008,158. Rancangan siri yang masih bersiaran “Chic In The City” pula mencatatkan jumlah penonton sebanyak 712,370.
Dalam beberapa bulan akan datang, STB Malaysia akan bekerjasama dengan rakan media,penglibatan daripada content creator dan influencer, untuk mengimbas kembali pengalaman melancong di Singapura dan juga memperkenalkan kepada pelancong tentang tarikan yang kurang dikenali oleh para pengguna. Dengan pengurangan sekatan dan limit kapasiti, fokus kali ini akan lebih kepada promosi percutian pelayaran yang sangat terkenal dikalangan pelawat Malaysia, begitu juga dengan penglibatan dalam acara dan perayaan di Singapura seperti perasmian 10-day Wellness Festival yang akan berlangsung pada bulan Jun 3 – 12, Singapore Food Festival pada bulan Ogos dan Singapore F1 Grand Prix padabulan Oktober.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi peminat sukan permotoran, Litar Antarabangsa Sepang bukanlah lokasi asing. Setiap kali berlangsung acara perlumbaan besar, kawasan ini dibanjiri pengunjung tempatan dan luar negara...