IMG_20191108_090737_2-01

Perlis Indera Kayangan bukanlah suatu lokasi asing dalam kalendar pelancongan Malaysia. Meskipun negeri ini kecil dan terletak nun di utara Malaysia, Perlis telah mencatatkan kehadiran lima juta pengunjung ke negeri itu saban tahun. Rata-rata pengunjung yang hadir ke Perlis adalah sebagai pengunjung transit sebelum mereka menyambung percutian ke Pulau Legenda Langkawi ataupun ke mana-mana lokasi di negara jiran terdekat, Thailand.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis; YB Puan Asmaiza ahmad, untuk tahun 2020 akan datang, Perlis berbesar hati menjemput semua pengunjung tidak kira sama ada dari dalam dan luar negara untuk sama-sama bermalam di Perlis sekurang-kurangnya semalaman bagi mendekati dan menikmati khazanah menarik disini.

Sehubungan itu, pihaknya menjangkakan sejuta pelancong akan bermalam di negeri itu untuk tahun 2020. Berita baik itu ternyata akan memberikan satu anjakan besar dalam industri Pelancongan Negeri Indera Kayangan yang akan meningkatkan sekurang-kurangnya 20 peratus pendapatan negeri itu.

Sasaran bukan sebarang sasaran, pihak Kerajaan Negeri serta dengan sokongan padu pihak pelancongan Negeri Perlis sedang giat menambahbaik kemudahan tempat-tempat pelancongan serta menjalankan promosi secara menyeluruh. Ia sebagai langkah agar pelancong yang berkunjung ke Perlis sentiasa gembira dan berpuas hati berkunjung ke negeri itu.

Visit Malaysia 2020: Mai Bermalam Di Perlis

Visit Malaysia 2020: Mai Bermalam Di Perlis

IKLAN

Visit Malaysia 2020: Mai Bermalam Di Perlis

Pelbagai produk-produk pelancongan baru dan lama akan ditambahbaik agar setiap pengujung yang datang akan kembali lagi ke Negeri Perlis. Salah satu produk pelancongan terkenal adalah Inap Desa atau homestay. Program Inap Desa menyediakan pelbagai program menarik dan kemudahan tempat tinggal untuk orang luar merasai sendiri pengalaman gaya hidup masyarakat setempat.

Selain itu Asmaiza Ahmad juga menggesa agar lebih ramai pengusaha inap desa di Negeri Perlis berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) kerana ianya penting untuk merekodkan jumlah sebenar kehadiran pengunjung ke Negeri Perlis. Asmaiza ditemui ketika menghadiri Majlis Penutup Lawatan Suai Kenal Perlis Pra Visit Malaysia 2020 di Hotel Brasmana, Kuala Perlis minggu lalu.

IKLAN

Program Lawatan Suai Kenal Perlis Pra Visit Malaysia 2020 bersama media dan agen-agen pelancongan dianjurkan oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara dan Tourism Malaysia Perlis. Ia bagi membolehkan pengamal media serta agen pelancongan menikmati dan mendekati lebih banyak produk pelancongan dengan lebih berinformasi.

Visit Malaysia 2020: Mai Bermalam Di Perlis

Visit Malaysia 2020: Mai Bermalam Di Perlis

IKLAN

Visit Malaysia 2020: Mai Bermalam Di Perlis

Visit Malaysia 2020: Mai Bermalam Di Perlis

Bukan itu sahaja lawatan kali ini amat bermakna dengan kesudian Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, En Husni Ahmad Basri menyertai lawatan serta bersama-sama peserta program menjalankan aktiviti dari hari pertama sehingga hari terakhir. Menurut Husni selain mempromosi Perlis untuk Visit Malaysia 2020, pihaknya sedang giat mempromosi Perlis sebagai lokasi pelancongan wajib dikunjungi bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2021.

Bersiar-siar ke kota Kayang,
Harap bertemu Puteri Jelita,
Hebat Perlis toksah dok bayang,
Pakat mai sekampung baru caraaa.

Oleh: Norsila Mustapa Kamal

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI