Minggu ni, keluar berita pasal seorang wanita diusung keluar oleh 16 anggota bomba selepas beliau menghadapi masalah kesihatan ketika menjalankan aktiviti mendaki di Hutan Simpan Kota Damansara, Petaling Jaya.
Punca utama yang menyebabkan beliau menghadapi masalah kesihatan itu adalah disebabkan oleh kekejangan otot di kedua belah kaki dan memaksa beliau mendapatkan pertolongan. Tapi, dek sebabkan beliau berbadan besar, maka ramai wargamaya berbondong-bondong memenuhi ruang komen memberikan semangat untuk beliau mengamalkan gaya hidup sihat, tak kurang juga yang memberikan kritikan dan sindiran kepada beliau.
Hasil kritikan dan sindiran wargamaya – yang ada diantaranya bersifat keterlaluan itu membuatkan satu kumpulan rekreasi memberikan respon mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menghina dan menyindar wanita berkenaan.
Akak ni bukan biasa-biasa tau kalau nak dibandingkan dengan usia beliau.
Saya mewakili barisan admin H.A.R.A.M mengutuk sekeras-kerasnya spesis penghina fizikal orang ini. Untuk pengetahuan semua, meh saya bagi point.
1) semasa kejadian tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh penyakit asma. Boleh rujuk gambar di bawah, beliau DAH SAMPAI pun puncak denai 3 puteri tu. So maknanya beliau ada tenaga utk berjalan. Beliau kekejangan kedua belah kaki dan mmg tak mampu nak bangun ketika nak turun.
2) Untuk pengetahuan semua, denai tiga puteri adalah antara bukit paling landai untuk didaki di kawasan selangor/KL. Bukan jenis naik mencanak terus.
Ads
3) Anggota bomba mmg kerja diorang menyelamat sebab tu nama diorang JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Tapi anggota bomba ni terlatih kot. Diorang bukan takde basic bab medic ni. Anggota bomba akan check dulu mangsa sebelum buat apa2 tindakan. So kalau rasa akak tu menipu, takde maknanya anggota bomba nak angkat. Korang fikir anggota bomba ni bodoh ke apa? Anggota bomba pun tak bising dan mengeluh kena angkat atau selamatkan nyawa orang, korang pula nk bising.. Apahal?
4) pernah dengar ayat
“Allah takkan membebani (uji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala KEBAJIKAN yang diusahakannya DAN ia juga menanggung DOSA kejahatan yang dilakukannya”
Al-Baqarah ayat : 286
So nampak tak related ayat tu dgn Bomba, mangsa dan kaki hina fizikal orang ni? Ke pura-pura tak nampak?
5) Bab kecemasan ni tak kiralah anda gemok, kurus, tinggi, pendek, melintang patah membujur lalu sekali pun, kalau benda tu nak jadi tetap jadi. Kun Fa Ya Kun.. Lagipun korang rasa akak tu tau teknik nak KREM kan kaki sendiri semata-mata nak suruh bomba angkat? Pehh..
Ads
6) Komen “Dah tau badan camtu kenapa hiking”? Kamon bro. Tak pakai akal ke waktu menaip tu. Tak selidik dulu ke. Akak tu bukan first time hiking. Dan bukit tu antara terlandai. Lagipun hiking ni antara best therapy kot. Hirup udara segar dalam hutan. Korang tanya laa mana-mana pendaki, jarang sangat la diorang try hiking satu bukit terus stop. Kebanyakkan akan ckp “Rindu bau hutan” walaupun dia pernah ckp “ni last gunung aku naik”.
7) Komen “Menyusahkan orang”.. Jgn main2 dgn komen mcmni. Sometimes orang yang korang kutuk, maki atau hina ni la satu hari nanti Allah nak tunjuk, diorang tolong kau balik tanpa sengaja.
8.) kenapa saya agak emosi dalam hal ini? Satu sebab akak ni pendaki dan cuba tenung wajah akak yang berumur hampir separuh abad ni. Atleast kalau taknak hormat, ada la sikit rasa simpati abang dan akak oi. Kalau sesama manusia pun tak boleh hormat, elok kaki kecam + hina fizikal orang ni beli satu kotak besar pastu masuk ramai2 dan hanyutkan diri kat laut. Kalau boleh jauh-jauh sikit. ??
9) Saya takkan tutup nama-nama kaki komen ni. Saya tau akak tu mesti akan down kalau baca. But kami admin H.A.R.A.M terpanggil utk berdiri di depan akak ni untuk isu ini. Kami tak la besar dan kuat mana. Tapi jangan main-main kalau turn kami pulak start kecam orang. Normally kaki kecam ni hati tisu, kalau terkena kat diri sendiri mau meroyan setiap hari.
10) Kalau ada nama kawan-kawan anda kat screenshot komen tu, jemputlah mereka bertandang kt sini. Kami mengalu-alukan komen mereka. Mungkin akak tu tak melawan sebab malu dan mungkin dia tgh tak sihat tapi kami sedia melayan anda dgn baik DAN baik-baik.. ?
Ads
11) Saya doakan kaki kecam + Hina fizikal orang ni, Allah beri hidayah pada mereka untuk berubah. Insyaallah. Kita jgn tiru perangai diorang ni dok hina orang.. Komen baik2 je okay geng. Tunjukkan kita berbeza dari diorang.
12) Respect each other! Simple.
*Sila baca komen penghina tu satu persatu dan anda akan tau kenapa saya emosi bab ni. Tq
“Dari pendaki kepada kaki hina pendaki”
Antara komen wargamaya yang dikatakan menghina:
Ya, betul apa yang sampaikan oleh HARAM ini. Siapa kita nak mengutuk dan mengeji kejadian orang lain? Adakah kita cukup sifat? Cukup Sempurna? Tidakkan? Salah ke kalau wanita berbadan besar tu cuba untuk menjalani kehidupan yang sifat dan menikmati alam ciptaan Tuhan ini? Siapa kita?
Kepada akak yang cedera di Hutan Simpan Kota Damansara tu, jangan risau kak, Libur sentiasa sokong apa jua aktiviti yang hendak akak lakukan. Kekal sihat dan Libur doakan akak dapat apa yang akak inginkan – kehidupan yang sihat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Akibat dikatakan berpakaian terlalu seksi, seorang wanita dihalau oleh kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana melanggar etika berpakaian. Akibat kejadian itu, penerbangan tertangguh hampir 20 minit. Thomas Cook sememangnya menerapkan peraturan penumpang perlu berpakaian sopan.
Emily O’Connor berusia 21 tahun menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi. Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.
Melalui Twitter, wanita itu berkata: “Mereka menyatakan akan mengeluarkan saya dari penerbangan jika tidak menutup bahagian tubuh yang terdedah kerana tidak sopan.”
Menurutnya, dia malu ketika kejadian itu kerana menjadi perhatian penumpang lain. Namun, Emily sempat bertanya kepada penumpang sama ada pakaiannya itu menyinggung sesiapa namun tiada yang menjawab.
Kru kabin berkeras meminta Emily turun, malah mereka mengambil bagasinya. Ketika itu barulah sepupunya datang dan memberi jaket kepadanya dan menurut Emily, kru kabin tidak berganjak sehinggalah dia memakai jaket berkenaan.
Jurucakap Thomas Cook yang dihubungi memohon maaf dan mengakui kes itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik. Walau bagaimanapun secara umum, kru kabin Thomas Cook perlu memastikan semua penumpang berpakaian sesuai dan sopan tanpa mengira jantina dan umur.
Berita mengenai etika berpakaian ini menjadi tular, rata-rata netizen mempunyai pendapat masing-masing. Ada yang bersimpati dengan peristiwa buruk yang berlaku kepada wanita tersebut tidak kurang juga yang menyelarnya.
Beberapa program televisyen juga berdebat mengenai isu tersebut, Emily turut dijemput menjadi tetamu rancangan dan dia hadir dengan pakaian yang sama. Ada panel yang memberi pendapat bahawa pakaian yang dipakai Emily sememangnya menjolok mata. “Ini bukannya top, ini sememangya bra (pakaian dalam).”
Ingin merasai percutian camping yang jauh jauh dari kesibukan kota dengan keluarga tersayang.
Rasailah suasana tenang dan mendamaikan yang tidak pernah anda kecapi sebelum ini. Hanya lebih kurang 3 jam perjalanan dari ibu kota, pastinya Kela Adventure Camp Raub Pahang menjanjikan keseronokan tanpa batasan.
Menurutnya tempat ini baru dibuka tetapi mempunyai fasiti lengkap. Malah pemilik campsite juga sangat peramah, pemurah dan sentiasa ada bila diperlukann.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Kela Adventure Camp Raub Pahang, Tenang & Damai
Brothers Camper
Bagi yang tercari cari Campsite yang tenang, damai dengan fasiliti yang lengkap…ini lah tempatnya…
Kela Adventure Camp Raub Pahang
Banjaran Titiwangsa yg kelihatan cukup mengasyikkanTenang & mendamaikanBersama En Alif anak En Azmi yg soft spoken…cikgu sekolah kot…lupa nk tanya…depan entry ke Campsite
Lari sebentar dari hutan batu ke alam semulajadi yang sebenarnya. Perjalanan yang mengasyikkan membelah banjaran Titiwangsa.
Siap pakej dengan owner yang cukup peramah, pemurah hati & sentiasa ada bila-bila masa diperlukan
Azmi bekas pesara tentera & anaknya En Alif serta cucunya Umar yg sentiasa menceriakan suasana…
Katanya semua nama familynya satu perkataan sahaja…Owner sendiri akan azan di waktu subuh di surau yang cukup selesa & luas.
Masih baru dibuka untuk aktiviti camping, yang selama ini hanya dibuka untuk aktiviti Team building sahaja
Baru sampai dah tak sabar nak terjun budak paling baik ni…
Harga tapak sangat murah & berpatutan…jika ingin melakukan aktiviti Team building sememangnya fasiliti tersedia lengkap untuk digunakan
Bagi yang memilih untuk tidak berkhemah, chalet juga tersedia dengan senibina pondok & rumah kampung…Kawasan lapang yang bersih & luas sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti…
Sungainya juga sesuai untuk semua lapisan umur…aktiviti menyusuri sungai dengan pelampung sangat mengasyikkan…pelampung ada disediakan untuk disewa…rakit buluh pun ada..
Lebih untung jika berkunjung di musim durian yang sememangnya Raub dikenali sebagai Bandar Musang King…tapi waktu ni bukan musimnya tapi masih juga ada jualan durian ditepi-tepi jalan
Lokasinya juga sama jalan dengan hutan eko rimba Lata Lembik yang lebih dikenali para campers. Tapi bagi yang inginkan lebih privasi, inilah pilihan terbaik…
Lapang & luas
Suhu campsite ini cukup kondusif & sejuk diwaktu malam & pagi di mana lokasinya berada di lembah yang kiri & kanannya adalah kawasan berbukit…hanya suara unggas rimba & deruan air yang kedengaran terutamanya di waktu malam…
Senarai hajat bagi yang berhajat…
Kata penduduk tempatan, ada laluan bagi kenderaan 4×4 yang terus ke Daerah Mualim Perak dari sini…geng2 Powil…apa lagi…inilah permulaan bagi pengembaraan yang penuh liku & mencabar untuk diterokai…Navara kan dah keluar…apa lagi…
Aktiviti wajib BBQ…Owner datang melawat & menunjukkan skill hidupkan apiDikelilingi dengan pohon-pohon durian…kalau musim ni…raya lar…
Tujuh lagi haiwan di Bronx Zoo, New York dilaporkan positif COVID-19 selepas tular seekor Harimau Malaya bernama Nadia dijangkiti wabak tersebut bulan lalu.
Nadia yang dikesan mengalami simptom batuk dan kurang selera makan dipercayai kes haiwan pertama yang jatuh sakit akibat dijangkiti COVID-19 daripada manusia.
Empat harimau dan tiga singa Afrika di zoo tersebut mula menunjukkan simptom jangkitan sejak awal April. Ujian ke atas kesemua haiwan berkenaan mengesahkan ia memang dijangkiti virus tersebut.
https://www.flickr.com/photos/jag9889/8102737836
Menurut Wildlife Conservation Society yang menguruskan zoo tersebut, ini menjadikan jumlah haiwan daripada keluarga kucing disitu yang dijangkiti kepada lapan ekor. Kelapan-lapan haiwan itu berada dalam keadaan normal dan tidak menghadapi masalah makan.
Haiwan-haiwan itu dipercayai dijangkiti pekerja zoo, namun tidak diketahui bagaimana jangkitan itu berlaku. Selain Bronx Zoo, langkah pencegahan sedang dijalankan ke atas semua zoo di bawah kendalian Wildlife Conservation Society di New York termasuk Central Park Zoo di Manhattan, Prospect Park Zoo di Brooklyn dan Queens Zoo.
The Wildlife Conservation Society is temporarily closing the Bronx Zoo, Central Park Zoo, Prospect Park Zoo, Queens Zoo, and New York Aquarium effective March 16, 2020. Please visit our website for details. https://t.co/gaMwdNMnmvpic.twitter.com/CV2LbOQNsO
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...