Ramai yang suka ke Kuala Terengganu sebab keindahan pantai dan makanan yang segar dan sedap. Pendek kata, semua tempat rasa berbaloi untuk disinggah.
Namun jika anda pertama kali nak masuk negeri ‘penyu bertelur’ ini, pasti rasa sukar nak cari tempat menarik. Jadi cuba baca pengalaman Puan Wan N Wan ini, mudah untuk bergerak bila dah tahu tempat makan dan bergambar. Nak beli ole-ole pun boleh!
Itinerary Ke Kuala Terengganu
Minggu lepas ke Kuala Terengganu. Entah kali ke berapa pun tak tahu. Tapi kali ni aku rasa agak berpuas hati dengan semua aktiviti yang aku buat dekat sana. Dari segi makan dan tempat aku explore.
16th Aug aku naik flight AA pukul 7.15am, sampai aja terus ke Warung Nasi Kerabu Pok Din untuk breakfast.
Memang puas hati dapat makan nasi kerabu yang cukup semuanya. Bezanya, kurang pedas aja sambal dia. Lain semua sedap.
Lepas makan, singgah tepi pantai dekat Miami Beach kejap.
Kemudian terus gerak ke Pulau Kekabu. Bila kau sejenis yang sukakan laut, tak kira berapa banyak tempat kau singgah pun kau tak kisah. Tenang. Mungkin sebab weekdays, jadi tak ramai orang. Cuaca pun mendung aja. Berjalan dari tempat parking sampai ke hujung tembok tu pun tak rasa penat.
Jalanlah sampai ke hujung sana.
Memandangkan esoknya nak ke Pulau Kapas, 1st night aku stay dekat Chalet Cik Su aja. Tak jauh nak ke Jeti Marang. Malamnya pergi makan dekat D’Suasane Ibai Restaurant.
Ads
Kebetulan masa sampai tu hujan renyai-renyai, jadi bolehlah pergi duduk dekat atas tu. Konon seronoklah dapat duduk atas sambil tengok orang dok kayuh swan (paddle boat), sekali kemain lebat hujan. Swan pun kena balik ke sarang semuanya. Makanan semua sedap-sedap. Kena dengan selera semuanya.
17th Aug, selesai breakfast terus ke Jeti Marang. Tujuan utama nak ke Bukit Singa & Blue Lagoon. Sampai aja dekat Bukit Singa, terus tengok track nak naik. Tapi tak usah risau lah.
Bukit Singa
Kalau aku boleh naik, kau orang mesti boleh naik juga. Kecuali kalau kau orang jenis gayat. Tak payahlah naik. Ruang dekat atas tu pun tak besar mana. Memang tak sesuai nak naik ramai-ramai.
Nak naik atas ni tak sampai 10 minit pun. Tapi tetaplah hati². Space tak besar & cerun sangat.
Boatman pun cerita dah banyak kes orang jatuh dari bukit itu dan patah kaki bila dah ramai-ramai atas tu. Jadi, hati-hati kalau nak pergi.
Boat hantar sampai sini, then kita kena jalan ke Bukit Singa.Dari atas Bukit Singa. Cerun.
Dah selesai bergambar semua, konon nak ke blue lagoon. Tapi tak ada rezeki sebab malam tu hujan kemain lebat, jadi air pun tak berapa cantik. Aku pun tak berapa berani nak turun memandangkan dari cerita boatman dekat situ ada shark & dia sendiri pernah nampak shark yang besar hampir sama besar badan dia. Moh lah kita ke Marine Park saja.
Dekat Marine Park ni, ikan memang dah tunggu kau siap-siap. Kemain banyak ikan. Coral pula pada aku boleh tahan lagi ok dari Redang & Perhentian. Mungkin sebab coral dia jauh lebih ke dalam dan kita tak dapat sentuh. Jadi, masih terjaga elok. Bezanya air tak berapa jernih sebabnya macam aku cakap tadilah. Hujan malam sebelumnya. Jadi cuaca tak berapa nak cerah sangat. Tapi still boleh nampak rumah nemo. Dory pun ada, agaknya tengah cari mana nemo pergi.
Selesai di Marine Park, lepaklah tepi pantai Pulau Kapas tu. Haa, mainlah air puas-puas. Air memang jernih. Ada lah sekor aku jumpa baby shark besar tapak tangan aku. Dalam 1.30pm gerak balik ke darat.
Ads
Terus gerak ke Grand Puteri Hotel untuk check in. Hotel ni dekat dengan semua benda. Nak makan mudah, nak pergi masjid depan tu aja. Boleh kata semua dekatlah. Petang tu rest aja dah penat kejar ikan. Malam tu makan di The Nelang Cafe. Sedap! Memang kalau datang lagi boleh repeat tempat makan ni semua.
18th Aug. Santai-santai aja. Hari Jumaat dekat Terengganu kau orang kena alert. Kedai akan tutup pukul 12.45pm sampai 2.30pm (kalau salah tolong betulkan).
Jadi, kena plan kalau nak pergi mana. Pagi tu saja ke KTCC Mall, pusing-pusing beli cookies kemudian balik ke hotel semula. Pukul 2.30pm baru keluar dan terus ke Muzium.
Sampai muzium, muzium tutup. Sudahnya ke Taman Tamadun Islam. Lepak di D Benteng,TTI. Terus makan celup tepung. Order dan diaorang akan goreng panas-panas. Sedapnya udang dan sotong goreng tepung. Udang yang besar tu pun RM10 sepinggan. Bihun goreng dia sedap.
Ads
6.00pm naik boat di Sekati Emas Boat Tour pusing Sungai Terengganu pula. Konon nak tengok sunset, awan pun mendung semendung hati aku tak dapat tengok sunset.
Oklah, dapat tengok masjid kristal & drawbridge dari sungai pula. Malam pun ada trip naik boat tu. Pilih saja nak pukul berapa.
Nasi Minyak John. Sedap!
19th Aug. Pagi tu makan nasi minyak John. Jalan kaki aja dari hotel 1 minit. Antara nasi minyak yang famous. Hari kerja, pukul 7.30am dah habis nasi minyaknya.
Selesai, terus gerak ke Pantai Angin Berbisik dekat Kampung Merchang. Dekat sini ada campsite. Kau orang boleh google Merchang Glamping Park kalau nak bermalam dalam khemah.
Hujung sana sebelah kiri tu area campsite. Boleh naik boat untuk ke campsite tu.
Aku just pergi area Pantai Angin Berbisik sambil dengar angin berbisik apa tak tahu. Macam biasa, tenang. Tak ada orang.
Malam tu makan di Salaza&Sons. Memang kali ni pergi semua tempat makan yang kena dengan selera. Kalau tak kena dengan selera, tak adalah naik berat badan sampai lebih 4kg.
Kali ke-3 pergi, baru dapat karipap ikan semua. Terus beli RM10.
20th Aug. Masa untuk baliklah. Lama-lama tempat orang, risau aku jadi belon balik. Aku naik flight Mas pukul 8.45am. Overall, kali ni agak berpuas hati ke KT.
Banyak lagi tempat dalam Malaysia ini yang cantik-cantik. Jadi, bolehlah kita plan untuk next trip.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Daerah Sabak Bernam terletak di barat laut Negeri Selangor. Terdapat 3 pekan utama iaitu Sungai Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam. Rata-rata masyarakat di Daerah ini terdiri dari kaum Melayu berketurunan Jawa, Banjar, Kampar dan Melayu Bugis.
Sabak Bernam menawarkan pemandangan sawah padi yang menghijau seluas pandangan yang menjadikannya unik dan tersendiri. Jadikan destinasi tersenarai di bawah sebagai pilihan untuk perjalanan seharian anda ke Daerah Sabak Bernam selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti – #ImagineNowExperienceSoon;
8:00 pagi – Sarapan pagi di Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar
9:00 pagi – Pelajari cara pemprosesan padi di Paddy Gallery, Sekinchan
11:00 pagi – Lawati Muzium Daerah Sabak Bernam
12:00 tengahari – Singgah ke Ah Ma House, Sekinchan
1:00 petang – Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam, Sekinchan
3:30 petang – Singgah ke Ladang Mangga, Sungai Limau
4:30 petang – Bersantai di Coconut Farms, Sekinchan
5:30 petang – Bersiar-siar di Pantai Redang, Sekinchan
7:00 malam – Makan malam di Restoran Mee Udang BNO, Sabak Bernam
Sarapan pagi di Restoran Kuala Kurau
Restoran Kuala Kurau
Tidak tahu mahu sarapan di mana? Sekiranya anda bercuti ke Daerah Sabak Bernam, nikmati pagi anda dengan bersarapan di salah sebuah lokasi yang unik dimana terdapat banyak gerai di restoran ini. Restoran Kuala Kurau terletak di Sungai Besar ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis juadah seperti Char Kuey Teow, Mee Kari, Cucur Udang dan banyak lagi! Pastikan anda mencuba Cucur Udang di sini kerana ia merupakan menu paling popular dan rasanya cukup enak!
Pelajari Cara Pemprosesan Padi di Paddy Gallery, Sekinchan
Paddy Gallery
Salah satu tarikan yang terdapat di Pekan Sekinchan ini adalah kilang memproses padi; Paddy Gallery. Ia juga merupakan satu-satunya kilang beras yang mengalu-alukan orang ramai untuk membuat lawatan ke sini. Eloklah anda singgah ke kilang ini untuk memahami dan melihat cara pemprosesan padi dengan teknik masa kini. Selain itu, jangan lupa untuk dapatkan Bertih Beras yang dimasak dan disediakan segar untuk para pelanggan. Ianya sangat enak, rangup dan sedap dimakan begitu sahaja!
Lawati Muzium Daerah Sabak Bernam
Sabak Bernam District Museum
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari sejarah warisan industri pertanian dan perikanan khususnya oleh masyarakat setempat di Daerah Sabak Bernam. Muzium Daerah Sabak Bernam mempamerkan tentang aktiviti penduduk awal di Daerah ini. Terdapat pelbagai arca, infografik, replika dan barangan tradisional yang digunakan dalam industry pertanian khususnya dalam sektor penanaman padi. Lawatan ke sini tentunya menyeronokkan, dan masuk adalah percuma!
Singgah ke Ah Ma House
Ah Ma House
Sudah selesai mempelajari sejarah pertanian dan perikanan, teruskan perjalanan anda ke Ah Ma House. Ianya adalah sebuah rumah kampung tradisional yang penuh dengan barang-barang antik seperti telefon, televisyen lama dan kerusi rotan yang membawa anda mengimbau masa lampau dan mengenang memori lalu. Selain itu, anda boleh melihat cara membuat kuih kapit secara langsung dan membelinya di sini kerana ianya sangat popular dan enak!
Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam
Restoran Lembah Bernam
Setelah penat dan seronok melihat keindahan sawah padi, pasti perut pun terasa lapar. Jadi, jangan buang masa dan singgah ke salah sebuah restoran yang sangat popular dengan keunikan menunya iaitu Restoran Lembah Bernam. Restoran ini menawarkan seleksi makanan yang berkonsepkan eksotik dan susah didapati seperti masakan berasaskan daging landak, rusa dan kijang. Masakan di sini lebih kepada masakan ala kampung atau masakan Jawa; memang sesuai untuk dijadikan destinasi persinggahan untuk makan tengahari yang lazat.
Singgah ke Ladang Mangga, Sungai Limau
Mango Orchrds, Sungai Limau
Lokasi yang seterusnya ini pula sesuai disinggahi sekiranya anda seorang peminat mangga yang tegar! Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Sungai Besar. Ladang yang diusahakan oleh penduduk tempatan ini menawarkan buah mangga pelbagai saiz yang boleh dibeli dan dipetik segar dari ladang. Pokok mempelam yang ditanam di Mango Orchards menghasilkan buah yang manis dan sangat sedap dimakan! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan rasa buah mangga di sini; pasti anda mahu membeli lebih untuk di bawa pulang!
Bersantai di Coconut Farms, Sekinchan
Sekinchan Coconut Farm
Terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Sekinchan, ianya sesuai dijadikan lokasi untuk berehat sebentar untuk menikmati keenakan air kelapa segar. Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba “Coconut Shake” dan agar-agar kelapa yang dijual di sini. Sangat sesuai anda bersantai di bawah pokok kelapa pada hari yang membahang sambal menikmati air kelapa segar yang sedap. Terdapat juga ladang kelapa yang boleh dijadikan sebagai lokasi fotografi atau “OOTD” yang menarik di sini. Selain itu, anda juga boleh membeli biskut kelapa untuk di bawa pulang.
Bersiar-siar di Pantai Redang, Sekinchan
Pantai Redang
Destinasi ini harus anda singgahi untuk menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Pantai Redang ini terletak tidak jauh dari Pekan Sekinchan. Singgah sebentar ke sini untuk melihat keindahan dan keunikan pantai ini. Anda juga akan dapat melihat pokok-pokok besar di sini yang digantung dengan riben-riben berawarna merah yang dikenali sebagai “Sekinchan Wishing Trees”. Selain itu, terdapat gerai-gerai berdekatan yang menjual minuman dan makanan ringan.
Makan malam di Restoran Mee Bandung BNO, Sabak Bernam
Restoran Mee Bandung BNO
Cara terbaik untuk tamatkan perjalanan seharian anda di Daerah Sabak Bernam adalah dengan menikmati salah satu juadah yang popular di sini iaitu Mee Bandung. Lepas penat bersiar-siar di Pantai Redang, singgah ke Restoran Mee Bandung BNO untuk rasai keenakan Mee Udang, penuh dengan rasa kemanisan udang segar yang mampu meningkatkan lagi selera anda. Harganya amat berpatutan dan anda harus mencuba menu ini sekiranya anda datang ke Pekan Sekinchan!
Semoga tempat-tempat menarik yang tertera menjadi pilihan bermanfaat buat anda untuk perjalanan seharian anda ke Daerah Sabak Bernam kelak. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri keunikan dan keindahan Daerah ini; anda pasti akan terpegun dengan pemandangannya terutama sekali lapangan sawah padi yang terbentang luas menghijau. Bawa bersama keluarga anda mahupun sahabat handai untuk merasai pengalaman ini kelak selepas tamat tempoh PKP dan mulakan perancangan anda sekarang; #ImagineNowExperienceSoon
Adalah diingatka, ialah adalah tanggungjawab kita semua untuk sentiasa berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa, menggunakan pembasmi kuman secara kerap serta mendaftar masuk ke premis-premis di Negeri Selangor dengan menggunakan aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel
Kredit: Farhana Ain Goldah & Siti Norfadila Ab Wahab dari Selangor Travel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masih ramai lagi yang tertanya-tanya apa yang perlu kita buat bila hilang pasport ketika berada di luar negara? Hilang ni boleh terjadi dengan dua sebab utama; sama ada tercicir atau hilang kena curi.
Kalau hilang tercicir, biasanya pasport sahaja yang hilang tapi kalau kena curi, akan hilang sekali dengan duit. Jaranglah pencuri nak curi pasport saja, mestilah dia nak ambil sekali dengan duit. Kan?
Jadi ini ada beberapa tip yang kita boleh apply bila nak travel ke luar negara, so tak adalah kita tak tahu nak buat apa bila somethinghappen. So langkah-langkahnya adalah:
Di Malaysia
1. Ambilgambarpasport dan simpan dalam smartphone. Simpan dalam cloudstorage untuk lebih selamat dan mudah akses di mana sahaja. Kalau tak ada cloudstorage, tricknya adalah email pada diri sendiri.
2. Photostatsehelaiduapasportasal dan simpan dalam bagasi. Incase pasport asal hilang, kita ada evidence yang membuktikan kita warganegara Malaysia selain daripada kad pengenalan.
3. Asingkansikitduitdaripadatravelbudget untuk emergency. Lipat dan selit di mana yang kita rasa selamat. Sekarang ada jual tali pinggang travel yang boleh selit duit dalam tu, cuba dapatkan satu. Sangat membantu.
4. ResearchlokasikedutaanataukonsulatMalaysia di negara destinasi percutian. Jotdown di mana alamatnya dan landmark berhampiran. Incase apa-apa terjadi, kita dah tahu ke mana nak dituju.
Tip pilihan. Nak buat boleh, tak buat pun tak apa. Email Wisma Putra dan maklumkan keberadaan kita di negara yang dituju. Lampirkan maklumat seperti berapa ramai ahli rombongan, nombor contact waris, nombor kad pengenalan, nombor pasport, itinerary, dan aktiviti di sana. sekiranya terjadi sesuatu, Wisma Putra boleh trace warganegara malaysia yang terkandas mereka boleh hulurkan bantuan.
Di Luar Negara
1. Bila hilang pasport di luar negara, JANGANPANIK. Bertenang.
2. Buatlaporanpolis di balai polis berhampiran. Beritahu bila dan di mana kita sedar kehilangan pasport. Beritahu juga dari mana dan ke mana perjalanan kita hari itu.
3. PergikekedutaanataukonsulatMalaysia yang berhampiran. Waktu ini persediaan awal kita research lokasi kedutaan atau konsulat memainkan peranan.
4. Mohonsijilpasportsementara daripada kedutaan atau konsulat Malaysia. Bawa bersama salinan laporan polis. Bawa juga dokumen yang membuktikan kita adalah warganegara Malaysia yang sah.
5. Sijil pasport sementara ini hanya untuk perjalanansehalabalikkeMalaysiasahaja. Jangan kita nak pergi melencong ke negara lain pula. Tak lepas.
6. Janganhilangkansijilpasportsementara ini. Sebab nanti kena bawa semula ke pejabat imigresen di Malaysia.
Tiba Di Malaysia
1. Teruskebalaipolisberhampiran. Kalau turun di KLIA, balai polis KLIA depan itu sahaja. So pergi buat repot di situ.
2. Thenpergikepejabatimigresen. Bawa semua salinan repot dan sijil pasport sementara ke pejabat imigresen dan buat pasport baru.
So ini tip untuk mereka yang hilang pasport ketika bercuti ke luar negara. Berhati-hatilah ketika bercuti dan ‘sediakan payung sebelum hujan’.
Semoga tip ini bermanfaat dan selamat bercuti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bali atau turut dikenali sebagai pulau Dewata memang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Kaya dengan tarikan alam semulajadi disamping adat dan budaya masyarakat penduduk di sana yang unik, kunjungan Mohd Hafiz dan rakannya ke sana juga memperlihatkan beberapa aktiviti yang seronok untuk dilakukan di pulau tersebut.
Lengkap berkongsi bajet dan juga maklumat lain buat yang ingin bercuti sepertinya, Mohd Hafiz sempat bermain ATV ride, tour ke Nusa Penida dan juga menaiki jeep ke kaki gunung Batur untuk melihat sendiri matahari terbit di Bali.
Menurut Mohd Hafiz, bajet yang diperlukan juga tidak terlalu besar dan jika tidak termasuk ke beach club dalam RM2 ribu sudah memadai. Bagi yang ingin merasai sendiri percutian seperti Mohd Hafiz dan rakannnya, ikuti perkongsian ini!
Bali – Nusa Penida Trip March 2023
Alhamdulilah selamat kembali ke tanah air selepas seminggu disana. (Culture,Adventure,Leisure)
Flight Airasia Return RM689
Hotel RM518pp
Supir Pak Yanto RM173pp 6 Hari (Harga dikira sebiji kenderaan)
ATV Ride + Nusa Penida Day Tour + Jeep Sunrise Trip = RM548
Jika tanpa Beach club bajet dalam RM2k all in
Recommend
Pak Yanto +62 817556488
Abang Rahull +62 87862981777
Hari pertama
Dari Larkin Johor naik night bus YOYO ke Klia2, sampai pada jam 4.30 pagi. Berlepas ke dari klia2 pada jam 10.00am dan tiba di Denpansar Aiport pada jam 1.00pm. Pihak Airasia cuma check Vaccination cert sahaja, bole tunjuk dari MySejahtera. Sampai Airport Denpansar tiada check dari pihak sana.
Supir Abang Rahull sudah tunggu di luar airport dgn pelekat nama remark YTO Bali Tour. Kami dibawa makan tengahari di Ayam Tulang Lunak. Kami pula ke Uluwatu Temple di Uluwatu bagi mengejar sunrise, bagi yang muka melayu tu boleh Abang Rahull cuba try dapatkan harga local Rp30k entrance fee serta kalau nak watch Kecak Dance tambahan Rp150k. Kecak Dance ada dua waktu 6-7pm dan 7-8pm. Sila berhati2 kerana banyak monyet liar.
Setelah itu,kami baru check in hotel di Seminyak, perjalanan hampir 2 jam dari Uluwatu ke Seminyak.
Hari kedua
Kami bangun jam 2am bagi trip menaiki Jeep Sunrise di Gunung Kitamani. Abang Rahull ambil dan perjalanan hampir 2jam ke gunung. Disarankan pakai pakaian tebal dan panjang kerana angin pagi yang sangat sejuk. Kami sampai dipuncak gunung pada jam 5.30am. View sepanjang perjalanan sangat menakjubkan dan priceless. Lalu ditepian kebun dan sawah padi. Yang paling best, trip dengan Abg Rahull parking Jeep di paling atas gunung dari company lain.
Kami disediakan breakfast ala kampung (Pisang/roti/telur rebus/Oreo cookies serta air kopi/teh) sambil menikmati keindahan alam.
Setelah selesai jam 8am, kami dibawa ke tapak Lava Volcano Gunung Berapi Batur. Gunung berapi yang masih aktif dan lava yang telah menjadi batu hitam. Sebolehnya pakai kasut sbb batu yg tajam. Selesai bergambar, kami pulang ke tapak parking kereta supir dan meneruskan perjalanan untuk makan tengahari. Selepas itu kami memilih untuk free and easy di area ubud traditional market dan pulang ke hotel di Seminyak.
Hari ketiga
Kami mulakan lewat bermain ATV di Ubud, peserta diberi penerangan untuk mengendali dan trial berjalan di sekitar sawah padi. Selepas itu, kita akan mula memasuki gua yg gelap dan berair, turun naik bukit serta meredahi air terjun. Setelah 2jam kami pulang ke base ATV untuk mandi dan diberikan makanan tengahari secara percuma. Sila bawa baju untuk tukar dan kamera adalah tanggungjWab anda sendiri. Kalau ingin mereka ambilkan ada tambahan bayaran oleh pihak ATV.
Hari keempat
Bukan Bali kalau tidak ke Beach Club yang mewah di sana, hari ini hanya untuk berehat dan santai kami mulakan ke Finns Beach Club Bali. Makan, relax, bergambar dan mandi sehingga petang dan kami meneruskan ke beach club di W Hotel Seminyak Bali bagi santai melihat sunset sehingga malam.
Hari kelima
Kami plan ke Nusa Penida day trip, Supir Abang Rahull pick-up jam 7.30am di Hotel Seminyak dan ke pelabuhan Serangan menaiki speed boat ke Nusa Penida. Ada dua pilihan, sama ada menaiki di Pelabuhan Sanur atau Pelabuhan Serangan. Kalau ingin menggunakan Pelabuhan Sanur harga sedikit murah tapi anda mungkin akan basah seperti saya pernah alami sebelum ini, jadi kami memilih untuk tidak mengharungi air sebelum menaiki boat.
Perjalanan ke Nusa Penida selama 1jam dan kami disambut oleh Supir Abang Kadek di sana. Kami meneruskan ke Broken Beach dan Angel Billabong bergambar. Setelah itu, kami dibawa bagi makan tengahari (free) dan meneruskan perjalanan ke Kelingking Beach.
Alhamdulilah, cuaca yg cerah. Kebanyak orang kita hanya bergambar di atas sahaja. Jadi Supir Abang Kadek beri tahu kita ada masa sampai sebelum 4.30pm sebelum berlepas semula ke Pulau Bali. Kami ambil peluang untuk merasai kecuraman dan adventure turun ke lantai Kelingking Beach, anda diminta berhati2 kerana batu yang tajam. Setelah 40min sehala ke bawah kami rehat dan bergambar.
Anda dinasihatkan memakai kasut serta membawa air mineral. Seletah pulang dari Nusa Penida, kami disambut semula oleh Supir Abang Rahull dan dibawa makan malam di Jimbaran Beach. Ada lebih 60 buah restoran makan seafood yang sedap.
Esoknya. kami pulang ke tanah air Malaysia Ku. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan tiada kelukaan dialami. Supir yang bagus buat nk datang lagi. Korang boleh contact supir ini atau Pak Yanto sendiri, sbb Abang Rahull ni sepupu Pak Yanto dan semestinya Muslim. Paling murah compare dari company lain.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...