Bila ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Haji atau Umrah perkara yang biasa berlaku adalah pertambahan bagasi yang di bawa balik. Bukan sahaja memperbanyakkan ibadat sepanjang berada di tanah haram, nampaknya aktiviti membeli-belah juga banyak berlaku di sana.
Mungkin sahaja barangan yang dibeli tiada di negara kita atau harga berbeza dengan yang ada di Malaysia. Nak elak terlalu banyak berbelanja dan pertambahan bagasi atau beg bila balik, wanita ini berkongsi tip yang mungkin berguna untuk semua. Semoga bermanfaat dan lebih memperbanyakkan ibadat untuk akhirat sepanjang mengerjakan umrah atau haji.
Ikuti perkongsiannya:
Ads
Tips untuk ke Umrah atau Haji, supaya balik nanti beg tak beranak, bagi Muslimah. Brutal version :
Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja, selain nya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli… eh.. ni cantik nyeeer.. terbeli…
Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut .. konon nak mendaki laaa… apa laa.. bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble, nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap2 sandal tercampak…
Bawa satu set telekung saja, tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan kasi mini telekung, nanti itu-itu jugak yang ko pakai
Bawa disposable panties… dah pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde… susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi dorang tak faham.
Bawa panty liners, sebab kat sana mahal.
Bawa sock yang mudah wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai… kaki basah2
Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang, senang sarong… untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab
Kalau sakit, pergi doctor yang travel agent dah bayar insurance.. free. Jangan beli obat kat pharmacy… mahal… harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma… dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah. Yang lain2 boleh cari di Bin Dawood.
Kredit gambar: Canva.com
Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag.
Ads
Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg.
Ads
Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Kredit Gambar: Canva.com
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.
Minggu ini ada beberapa siri gempa bumi yang dilaporkan berlaku di dunia. Kejadian berlaku hanya selang beberapa hari antara lokasi-lokasi yang dilaporkan.
Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan gegaran gempa bumi pada kejadian Isnin tengah malam.
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Marudu, Sabah tengah malam 9 Mac 2020. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada pukul 12.48 malam, pada kedalaman 10km, kira-kira 22km Timur Laut, Kota Marudu. Gegaran mungkin dirasai di persekitaran kawasan gempa itu.
Pada 10 Mac 2020, gempa bumi sederhana kuat bermagnitud 5.0 pada skala Richter mengegarkan kawasan Bogor, Jawa Barat, yang terletak kira-kira 83 kilometer dari Kota Jakarta. Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa itu berlaku pada 5.18 petang waktu Indonesia barat, berpusat di 38km barat daya kota Bogor-Jabar, di kedalaman 10km.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan BMKG. Berdasarkan komen-komen netizen di laman Twitter BMKG, gegaran gempa itu turut dirasakan di kawasan Bogor, Depok (kota berhampiran Jakarta), kawasan kota Sukabumi di Jawa Barat serta beberapa kawasan di Jakarta Pusat. Setakat ini belum terdapat laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.
Wilayah Autonomi Tibet, China pada Selasa dilanda tiga kali gempa bumi, satu daripadanya berkekuatan 5.0 pada skala Richter, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Gempa bermagnitud 5.0 itu dengan pusat gempa bumi pada 32.84 darjah utara dan 85.52 darjah timur, menggegar daerah Gerze di wilayah Ali pada pukul 2:12 pagi Selasa, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China. Dua lagi gegaran berkekuatan 3.7 dan 3.4 pada skala Richter.
Siasatan awal mendapati tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan setakat 10 pagi 10 Mac 2020. Pusat gempa itu terletak di sekitar kampung di Gerze. Kebanyakan penduduk sedang tidur ketika kejadian. Gerze adalah daerah terbesar di wilayah Ali, dikenali sebagai pusat industri peternakan.
Gempa bumi dengan kekuatan 5.47 pada skala Richter menggegarkan kawasan yang terletak empat kilometer berhampiran bandar Alberto Oviedo Mota, Mexico kira-kira jam 3.52 pagi 7 Mac 2020, lapor agensi berita Xinhua. Memetik Pusat Geologi Amerika Syarikat, pusat gempa adalah pada kedalaman 32.29 kilometer. Gempa 5.47 pada skala Richter gegar bandar Alberto Oviedo Mota, Mexico
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negara terapung pertama dunia yang bakal dibangunkan di Lautan Pasifik menjelang 2022 sudah mula menawarkan mata wang kripto yang akan digunakan untuk membeli hartanah di kawasan unik itu.
Rancangan yang diilhamkan oleh pengasas Paypal, Peter Thiel akan menyaksikan pembinaan bandar dengan 300 buah rumah, hotel, restoran dan pejabat di atas kawasan perairan Lautan Pasifik berhampiran Pulau Tahiti.
Pelabur kini boleh mengambil bahagian dalam pembelian mata wang kripto Vayron yang akan dikeluarkan oleh Seasteading Institute untuk mendapatkan hartanah di kawasan itu. Mata wang kripto diperlukan untuk proses pembelian dan pemilikan hartanah, rumah dan beberapa lagi aset di kawasan itu daripada syarikat Blue Frontiers.
Dana yang diperoleh daripada pelabur akan dibahagikan kepada beberapa aktiviti pembangunan melibatkan reka bentuk kejuruteraan zon laut dan pentadbiran awam. Kerja-kerja pembinaan bandar utopia itu akan bermula sebaik sahaja majlis tandatangan perjanjian dengan kerajaan Polinesia Perancis diadakan.
Presiden Seasteading Institute, Joe Quirk memberitahu portal Business Insider, selain misi utama untuk membebaskan manusia daripada ahli politik, pasukannya turut memberikan tumpuan kepada fenomena perubahan iklim dalam merealisasikan rancangan pembinaan bandar tersebut. Kumpulan itu kini melihat pembinaan bandar berkenaan sebagai cara hidup baharu ekoran fenomena peningkatan paras laut yang dijangka melebihi 1.83 meter menjelang akhir abad ini.
Anda pernah bayangkan untuk cipta satu sejarah percutian paling ekstrem sekali seumur hidup? Kalau pernah, jom cuba beberapa tempat yang disenaraikan ini.
Lokasi-lokasi percutian paling ekstrem ini terletak di seluruh dunia dan setiap daripadanya pernah berlaku insiden dan meragut nyawa manusia. Walau demikian, lokasi ini masih manjadi tempat persinggahan para pelancong yang ingin mencipta kenangan mereka di sana.
Jadi untuk anda yang memang gilakan cabaran, jom ambil tahu apakah lokasi yang dicadangkan ini.
Tidak ramai yang mengenali lokasi ini dengan nama asalnya Mosi-oa-Tunya yang membawa maksud ‘Asap Yang Berbunyi Seperti Guruh’ tetapi jika disebutkan air terjun Victoria, pasti ramai yang mengenalinya. Tarikan utama yang ada di sini adalah kolam yang betul-betul terletak sebelum air terjun yang dinamakan ‘Armchair’ atau nama popularnya, Devil’s Pool.
Pada ketika musim panas di air terjun Victoria, air di sungai tersebut akan surut ke satu tahap di mana individu boleh berehat di dalam kolam yang ada, dihadang oleh batu-batu yang menjadi dinding sebelum air menjunam jatuh setinggi 108 meter.
Kolam itu hanya dibuka pada waktu musim panas, ketika aliran air lebih rendah, kerana pada waktu lain, andainya seseorang masuk ke dalam sungai itu, mereka akan terus dibawa arus deras yang akan membuatkan mereka terjunam ke air terjun Victoria.
Gunung Mayon di daerah Bicol, Filipina merupakan sebuah gunung berapi aktif dan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal Filipina. Mempunyai ketinggian 2463 meter, Gunung Mayon terletak lebih 300 kilometer dari ibu negara Filipina, Manila.
Menjadi lokasi pelancongan yang aktif walaupun sangat berisiko tinggi, Gunung Mayon menjadi pilihan pendaki gunung yang sanggup mempertaruhkan nyawa. Runtuhan tanah dan batu kerap berlaku di sekitar kawasan gunung ini, selain dari letupan-letupan yang terjadi tanpa boleh diramal.
Pada tahun 2013, Gunung Mayon mengalami letupan kecil yang membunuh 5 orang pendaki, 7 orang cedera parah dan selebihnya mengalami kecederaan. Bagi mereka yang berjaya sampai ke puncak gunung ini, bersedialah untuk memakai topeng gas kerana gas yang dikeluarkan oleh Gunung Mayon beracun dan mampu membunuh.
Lubang seluas 4 meter yang menjadi pintu masuk kepada kawasan gua dalam air yang tidak pernah berjaya diterokai habis, menjadi salah satu lokasi paling mencabar bagi mereka yang gemarkan cabaran. Terletak di sebuah daerah bernama Hays County, Jacob’s Well adalah sebuah lubang sedalam 100 kaki yang menjadi pintu masuk kepada jaringan gua bawah air yang sempit.
Bagi mereka yang pernah terjun ke dalamnya dan meneroka sendiri, ramai mengakui ruangan dinding gua yang terlalu sempit dan memerlukan seseorang menanggalkan tong oksigen untuk melaluinya, membuatkan Jacob’s Well masih lagi belum dapat diterokai oleh manusia sendiri.
Mereka yang terperangkap kebanyakannya meninggal dunia dengan mayat mereka terperangkap dalam air. Bagi beberapa orang yang ‘bernasib baik’, badan mereka akan dibawa arus kembali melalui lubang masuk sebelum terapung. Itupun selepas bertahun lamanya hilang tanpa dikesan.
Dengan bayaran RM10500 untuk pakej seminggu, mereka yang sanggup berdepan bencana alam boleh mengikuti ‘pakej pelancongan’ paling unik – cuba berada dalam kedudukan paling hampir dengan puting beliung yang melanda pada bulan April hingga Julai, di sekitar Amerika Syarikat.
Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kawasan yang digelarkan ‘tornado alley’ di Amerika Syarikat, merupakan laluan puting beliung paling kerap melanda. Pakej pelancongan unik ini lebih mudah diwujudkan di Amerika Syarikat berikutan negara tersebut merupakan negara paling banyak berlakunya puting beliung. Bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman itu sendiri, risiko yang mereka lalui cukup tinggi.
Ketika puting beliung berlaku, ada kemungkinan ratusan bebola ais yang mampu menyamai saizsebiji bola tenis terbentuk. Bayangkan bola-bola keras itu berpusing pantas dan mengenai manusia atau harta benda. Mungkin atas sebab itulah, pakej ini memerlukan bayaran yang agak tinggi bagi menampung risiko kerugian yang agak besar.
Trolltunga yang membawa masuk ‘lidah Troll’ dalam bahasa Norway, terletak di kawasan Hordaland, Norway. Trolltunga adalah formasi batuan yang terbentuk 10 ribu tahun dahulu semasa zaman ais. Menjadi salah satu lokasi pelancongan paling popular di Norway, seramai 80 ribu pengunjung datang ke sini setiap tahun.
Tarikan utamanya adalah peluang untuk berdiri di atas sebuah batu berupa seperti lidah, berada pada paras ketinggian 700 meter dari aras laut. Mereka yang memberanikan diri berdiri di situ akan menikmati pemandangan yang indah Tasik Ringeldalsvatnet. Bagaimanapun, tidak ada sebarang penghadang keselamatan di situ.
Untuk sampai ke situ pula, individu perlu mempunyai kemahiran dan ketahanan mendaki gunung dalam perjalanan 13.5 kilometer, selama 10 jam yang membawa pelawat pada ketinggian 900 meter dari aras laut untuk mendapatkan peluang bergambar di salah satu lokasi paling bahaya di dunia.
Dalam salah satu insiden kematian yang terjadi di situ, mangsa yang jatuh tidak dapat dicari berikutan tiada hubungan telekomunikasi di kawasan tersebut. Hanya selepas pengunjung turun dan melaporkan kejadian, keesokannya barulah pasukan penyelamat dapat melakukan ekspedisi mencari badan mangsa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...