Pengalaman camping di campsite yang rare bersama keluarga pastinya satu detik indah untuk dikenang.
Pelbagai aktiviti dapat kita lakukan misalnya candat sotong atau mandi di sungai berdekatan.
Pengalaman sahabat Family Camping Malaysia, Lixa Faliza Rose yang mengambil kesempatan camping di Whispered Island Hammock Camp, Marang Terengganu bersama keluarga.
Menurutnya dia sangat berpuas hati dapat camping di sini kerana tempatnya yang cantik dan orang tidak ramai seperti di tempat lain.
Tarikan Menarik Camping Di Whispered Island Marang Terengganu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera First time share sini tempat i camping dengan keluarga minggu lepas
Dia pulau kecik je dalam kg orang..kanan ada muara kiri laut So kita macam duduk tengah-tengah la
Nak pergi sini parking free tepi jeti naik bot tak sampai 5 minit pon Ada jambatan tapi tak boleh masuk kereta
Sewa campsite kira per head,khemah disediakan tapi kalau nak bawak tent sendiri pon boleh
Ada aktiviti kayak,candat sotong ( tak termasuk harga pakej )
Antara khemah yg disediakan
Ads
Kanan itu muara kiri laut
1. Name of place : Whispered Island Campsite @ pulau berbisik merchang marang terengganu 2. Cost of site : rm 25 per head kids above 4y rm15 ( inc tent,boat transfer,facilities ) 3. Tent type : Arpenaz 4.2 f&b ( i bawa tent sendiri ) 4. Campsite contact : +0136996927 5. Website / fb ig got : Whispered Island hammock camp 6. Waze : boleh contact owner untuk location
ToiletSurauDapur
Review A. Toilet – 5/5 Toilet bersih owner selalu cuci
B. Plugpoint – disediakan Eletrik ada dari 7pm – 12am sahaja
C. Kitchen and sink – disediakan Dapur gas disediakan
D. Bbq pit – disediakan Disediakan
Ads
E. Stream,pool or beach – disediakan Kanan campsite ada muara kiri laut
F. Parking distance to campsite Parking tepi jeti je terus naik bot
G. Entrance for normal car,highrise or 4×4? Semua tak boleh masuk
H. Compatible with campervan? tidak
I. Phone coverage Semua telco full bar
J. Security / safety Owner stay di campsite
Ads
Ni ada i beberapa keping gambar Sorryla tak dan nak snap gambar proper sikit maklumlah camping dengan baby mana dan je
Overall i puas hati sebab i rasa tempat ni cantik,tak crowded ( masa i stay tu i dengan family i je ada so pulau tu macam kami punya )
Nak tahu lebih lanjut sila contact no yg tertera Harap post ni membantu
Bila menyebut Krabi, ramai antara kita pernah melancong ke pantai peranginan popular di Thailand ini. Pantainya yang jernih dan pemandangan memukau membuatkan pulau pelancongan ini popular di seluruh dunia dan menjadi tumpuan luar sejak dulu lagi. Tapi tak perlu pergi jauh-jauh lagi dan semua keindahan di Krabi itu boleh dilihat di Pulau Seri Buat yang terletak di Rompin, Pahang di mana pantainya memutih, sesuai untuk aktiviti snorking selain boleh melakukan hiking.
Untuk ke sini mudah saja kerana perjalanan hanya memakan masa 45 minit saja menaiki bot dari jeti Tg Gemok. Terletak dalam daerah Rompin yang terkenal dengan Pulau Tioman, inilah hidden gem negara yang tersembunyi selain terdapat pulau-pulau lain seperti Pulau Sembilang, Pulau Raja, Pulau Tulai, Pulau Layak dan beberapa pulau kecil lagi di sekitarnya.
Ikuti perkongsian dari fb Bazaie Tuan Muda Pececeh mengenai keindahan permata tersembunyi di Rompin ini.
.
.
Apa boleh buat di sini?
Bermacam macam aktiviti boleh di buat di sini selain dari snorkling iaitu perkara wajib bila sampai sini.
Yang suka mendaki boleh panjat puncak bukit disini untuk lihat view keseluruhan sekeliling pulau termasuk Pulau Tioman dapat dilihat dari puncak di sini, tak lama dalam 15 minit je dah sampai puncak, kemudahan seperti tali baru aje dipasang bagi melancarkan pendakian yang sedikit curam.
Nak merasai suasana malam sambil melihat bintang atau bulan sambil ditemani unggas rimba, boleh berkhemah di pulau ini. Waktu kami sampai pada kali kedua ini adalah waktu bulan purnama, jadi boleh lihat bulan mengambang, kalau malas nak keluar boleh saja selak pintu khemah dan dapat melihat view malam yang menawan.
.
.
.
.
.
Yang minat memancing boleh je memancing atau mencandat sotong.
Anda dinasihatkan menjaga kebersihan pulau ini jangan buang sampah terutama plastik dan botol air mineral, diseru bawa pulang sampah jangan ditinggalkan di sini, waktu kami sampai bersepah sampah terutama di trek untuk mendaki, jenuh jugak lah nak kutip untuk dilupuskan.
Ada yang kami dengar Pulau ini di dakwa terletak dalam jajahan perairan Johor tapi yang sebenarnya pulau ni di dalam Daerah Rompin Pahang termasuk Pulau Sembilang dan Pulau Raja yang hanya bersebelahan dengan pulau ini.
.
.
.
.
.
Program kami ke sini sebenarnya adalah untuk merintis apa yang boleh dibuat di Pulau Seri Buat, termasuk mencari punca bekalan air tawar, namun ianya tidak kesampaian kerana krew kami berpeluang mencari separuh jalan saja pada sebelah petang pada hari pertama, dan pada hari kedua kami terpaksa membatalkannya kerana faktor cuaca,
Hujan lebat dan angin kencang di sebelah pagi dan keadaan laut yang bergelora, kami terpaksa pulang cepat, maklumlah musim monsun timur laut sudah menunjukkan akan kembali pada tahun ini. Namun Alhamdulillah kami berkesempatan memasang tali sepanjang 100 meter hingga ke puncak bukit di pulau ini pada hari pertama. Sumber fb : Bazaie Tuan Muda Pececeh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau diikutkan fungsi masjid sebenarnya lebih daripada ruang untuk mendirikan solat semata-mata. Namun hari ini, ada segelintir pengurusan masjid yang ‘sangat menjaga’ rumah ibadat umat Islam ini sehingga mewujudkan pelbagai undang-undang manusia yang ada kalanya tidak boleh diterima akal.
Antaranya tidak mesra kanak-kanak seperti kanak-kanak perlu bersolat diruang yang jauh dengan orang dewasa, tidak dibenarkan bermain dan banyak lagi. Peraturan tersebut menyebabkan ramai daripada para jemaah yang mempunyai anak-anak tidak dapat hadir ke masjid kerana kekangan perlu meninggalkan anak-anak sendirian di rumah.
Usah risau! Untuk ibu bapa, ini ada perkongsian masjid yang mesra kanak-kanak ada di sekitar Lembah Klang. Ia dikongsi oleh seorang jemaah yang mempunyai pengalaman mengunjungi beberapa masjid yang menyediakan ruang khusus bagi anak-anak untuk bermain dan beraktiviti.
Saya ingin kongsikan beberapa masjid yang saya pernah pergi untuk terawikh dan iktikaf (iftar dan sahur disediakan juga tau) sekeluarga bersama anak-anak. Sekitar Selangor KL je, tempat lain maaf saya tak tahu. Mesra kanak-kanak = mengalu-alukan kehadiran anak kecil dengan menyediakan sudut permainan anak-anak. Juga membenarkan ibu bapa bawa anak kecil solat bersama.Tempat solat paling afdal untuk muslimah adalah di rumah namun Islam tak menghalang untuk muslimah turut merebut ganjaran solat berjemaah di masjid. Selagi menjaga diri dengan menutup aurat sempurna, dan tidak memakai wangian & bertabaruj.
1. Masjid UIAM Gombak
Masjid yang saya jatuh cinta sejak zaman bujang kerna suasana masjid selain berimamkan imam yang punyai kualiti bacaan Al-Quran yang terbaik. Malahan dapat jumpa kepelbagaian kaum dari negara-negara Islam di seluruh dunia juga membolehkan kita mengenali pelbagai mazhab dalam beragama. Sangat mesra kanak-kanak. Memang ada ruangan solat khas untuk ibu dan anak. Ramadhan tahun ini ada ruangan permainan untuk anak2 di ruangan solat muslimah aras 2. Cuma perlu dipantau sendiri oleh ibu atau anak yang besar.
‘Kids Corner’ yang terbaik! Sebab ada ramai volunteer dari kalangan pelajar IPT yang uruskan kanak-kanak. Anak2 perlu didaftari oleh ibu bapa. Dapat kad nama untuk setiap anak, tulis nama ibu bapa. Paling bagus ada banyak bilik yang dikategorikan ikut usia anak2.
Jadi aktiviti dilakukan mengikuti usia. Ada bilik yang anak-anak solat jemaah sesama mereka. Anak2 besar masuk perpustakaan masjid. Buat kerja sekolah dalam tu pun boleh selepas mereka ikut solat ikut kemampuan mereka. Siap disediakan barang mainan untuk anak2 bermain. Bayaran atas infak ibu bapa. Untuk iktikaf wanita dibenarkan tidur diruangkan solat bertutup di bahagian bawah masjid.
Masjid yang saya sangat suka sejak 3 tahun lepas. Kerna ini masjid pertama saya tahu ada volunteer masjid daripada kalangan pelajar IPT yang bertugas setiap hari buat aktiviti ‘playgroup’ untuk anak-anak. Ada bilik ‘kids corner’ bahagian bawah masjid, ibu bapa perlu daftarkan anak2, boleh letakkan anak mulai usia 6 bulan tak silap. Di ruangan solat utama dan tingkatan atas juga ada volunteer yang akan bawa peralatan mewarna dan kertas untuk aktiviti anak2. Namun ibu bapa tetap kena pantau sendiri anak2 kecil yang belum sesuai buat aktiviti sendiri. Untuk iktikaf bahagian atas lebih selesa untuk muslimah. Ada lif.
Ada sudut taman mini permainan untuk anak2. Cuma agak jauh dari ruangan solat ibu ( harap tahun ini lebih dekat dengan ruang solat ibu). Untuk iktikaf wanita boleh tidur bahagian atas, sejuk dan selesa. Untuk lelaki kena tidur bahagian beranda masjid.
Ada ruangan permainan anak-anak. Cuma jauh dari ruang solat wanita. Tapi dalam ruang solat wanita ada ruangan untuk anak-anak duduk bermain. Mungkin sesuai untuk anak-anak dibekalkan dengan peralatan kertas dan pensel warna atau alat mainan sendiri.
Ada sudut permainan anak-anak. Cuma jauh dari ruangan solat ibu bapa. Tempat yang selesa untuk wanita beriktikaf kerna pihak masjid akan letak penghadang untuk lebih bertutup ruangan muslimah.
Ada disediakan bilik permainan anak-anak yang terletak di bangunan pentadbiran masjid. Ruang solat untuk ibu dan anak di bahagian ruang terbuka. Pasti tahun ini masjid-masjid tersebut akan lebih mesra kanak-kanak. Dan pasti sebenar banyak je masjid lain mesra kanak-kanak.
Lokasi masjid ini di Kajang, Selangor. Apa yang menarik, perkhidmatan nurseri sempena Ramadan telah disediakan di Bilik Kuliah, Masjid Bandar Seri Putra.
Ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke nurseri ini yang sesuai bagi kanak-kanak yang berusia dari umur 1 hingga 8 tahun. Perkhidmatan seperti ini sangat memudahkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya mereka dapat fokus dalam beribadah.
Masjid ini juga menjadi tumpuan warga Shah Alam kerana sangat mesra kanak-kanak dan selesa bagi jemaah yang datang berkeluarga.
Disediakan playground untuk anak-anak bermain di bahagian tepi masjid. Bagi golongan wanita yang tidak selesa bersolat di ruang solat utama, mereka masih boleh bersolat di ruang luar masjid yang berbumbung dan turut disediakan kipas bagi keselesaan jemaah.
Inisiatif Biro Wanita, Masjid Hasanah ini patut dipuji atas usaha mereka menyediakan perkhidmatan nurseri percuma di dalam masjid bagi membolehkan ibu bapa ikut berjemaah sepanjang bulan Ramadan.
Penjaga di sini masih tetap berkesempatan mengerjakan solat terawih secara bergilir-gilir. Ibu bapa dinasihatkan untuk memendekkan jumlah rakaat kepada 8 sahaja demi memberi ruang kepada penjaga untuk berterawih secara berjemaah juga.
Kebanyakkan penjaga adalah terdiri daripada kalangan surirumah tangga yang akan membantu menjaga si kecil sepanjang ibu bapa mereka menunaikan ibadah
Walaupun ada masjid yang mesra kanak-kanak, ibu bapa tetap perlu mendidik anak-anak sejak kecil adab berada dalam masjid seperti, tidak melintas di hadapan orang yang tengah bersolat, tidak menjerit dan menyanyi, dan tidak mengambil hak orang lain.
Moga anak-anak kita termasuk dalam kalangan pemuda pemudi yang cintakan masjid. Sekian moga bermanfaat. Jika ada sesiapa yang tahu masjid lain mesra kanak-kanak boleh kongsikan juga ya. Pasti ada banyak lagi masjid yang mengambil inisiatif meraikan kedatangan kanak-kanak ke masjid dengan menyediakan pelbagai kemudahan buat mereka dan membantu memudahkan urusan para ibu bapa.
Sebuah perkampungan terpencil di Nagoro, Pulau Shikoku Jepun kini didiami lebih beratus patung manusia.
Perkampungan itu kini lebih dikenali sebagai Nagoro Scarecrow Village. Kewujudan patung-patung tersebut adalah dianggap sebagai ‘manusia sebenar’ bagi menggantikan penduduk kampung yang sudah meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain.
Idea membuat anak patung itu timbul apabila Tskukimi Ayana, kembali semula ke kampung halamannya di perkampungan Nagoro beberapa belas tahun lalu dan mendapati kampung itu hampir kosong dan mati.
Orang muda ramai yang sudah berhijrah kerana mengejar peluang pekerjaan, manakala yang berusia ramai yang sudah meninggal dunia. Populasi penduduk yang masih ada di kampung ini dikatakan berjumlah 40 orang sahaja dan mungkin semakin berkurang.
Apabila bapa Ayana meninggal dunia, dia membuat keputusan untuk menghasilkan patung mirip mendiang bapanya. Dia mengatakan apabila menghasilkan patung-patung orang yang sudah meninggal dunia, dia akan teringat kembali saat mereka masih hidup dan sihat. Patung-patung ini umpama keluarga sendiri pada anggapan Ayana.
Patung yang diperbuat daripada barangan terbuang seperti jerami, kain dan pakaian lama diletakkan di dalam kelas-kelas sebuah sekolah yang ditinggalkan, dewan orang ramai, perhentian bas, di tepi jalanraya di sebatang sungai dan sebagainya.
Kadangkala ada satu perasaan seperti menyeramkan, bayangkan dikelilingi patung-patung bersaiz besar yang memandang tepat ke arah anda. Namun patung-patung itu juga telah menjadi tarikan pelancong di dunia yang tertarik ke perkampungan terpencil tersebut. Perkampung ini sangat kecil dan hanya memerlukan sekitar 10 minit untuk habis pusing di keseluruhan pulau dengan menaiki kenderaan.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...