Ads

Zoo Negara Buka Tempahan Berkhemah Bersama Ular 2 Hari 1 Malam Menerusi Program Snooze With Snakes

Snooze With Snakes

Bagi anda yang sudah biasa bercuti di hotel mewah atau sekadar berkhemah di tepi sungai, apa kata kali ini cuba sesuatu yang lebih mencabar adrenalin dan luar daripada kebiasaan iaitu program Snooze With Snakes? 

Zoo Negara Malaysia kini membuka peluang keemasan buat pencinta haiwan dan pengembara tegar untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di dalam kawasan zoo menerusi program eksklusif Snooze with Snakes.

Dijadualkan berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 27 November 2026, program pengembaraan malam ini mengajak para peserta untuk tidur di dalam bangunan Rimba Reptilia sambil mendalami dunia haiwan eksotik dengan lebih dekat. 

BACA JUGA: Zoo Negara Masuk Percuma 2 Hari! Mak Ayah Boleh Bawa Anak-Anak Jalan-Jalan 21 & 22 November Ini

Menariknya, program ini terbuka kepada semua lapisan umur, menjadikannya pilihan aktiviti hujung minggu yang cukup unik sama ada untuk anda yang datang secara solo, bersama rakan-rakan, mahupun seisi keluarga.

Pengisian Penuh Aksi & Ilmu Dari Petang Hingga Pagi

Snooze With Snakes

Ads

Bukan sekadar mendirikan khemah dan tidur semata-mata, pihak Zoo Negara telah menyusun jadual aktiviti interaktif dan pendidikan yang padat buat semua peserta. 

Pengembaraan bermula seawal jam 4.30 petang pada hari pertama dengan sesi pendaftaran dan taklimat, sebelum peserta dibawa memanaskan badan menerusi sesi ice breaking (Hatchling Meet-Up), permainan Snake Echo Line, kuiz trivia reptilia (Snake Spin & Win) serta permainan gergasi Giant Snake & Ladder sebelum memasang khemah masing-masing.

Sebaik sahaja malam melabuhkan tirai dan selepas menikmati makan malam, keterujaan diteruskan lagi dengan sesi pertemuan dekat bersama ular di bawah bimbingan penjaga zoo bertauliah (Snake Encounter by the Zoo Keeper) pada jam 8.00 malam. 

Ads

Satu jam kemudian, peserta akan dibawa meneroka habitat katak dalam suasana gelap menerusi aktiviti Frogging After Dark: ‘Hop & Spot’ sebelum menikmati hidangan minum malam (supper) dan masuk tidur.

Pada keesokan paginya pula, menerusi program Snooze With Snakes seawal jam 7.00 pagi peserta akan mengemas khemah dan bersarapan sebelum menyertai aktiviti penyediaan makanan haiwan (Enrichment Experience: ‘Scales & Senses’) yang memfokuskan kepada spesies kura-kura dan cicak. Program ini kemudiannya melabuhkan tirai dengan sesi penutup serta pertunjukan pelbagai haiwan (Multi-animal Show) pada jam 11.00 pagi.

Kelengkapan Disediakan, Anda Hanya Perlu Bawa Diri!

Snooze With Snakes

Ads

Anda tidak perlu risau memikirkan kelengkapan perkhemahan yang rumit kerana pakej penyertaan sudah merangkumi hampir kesemua keperluan utama. 

Sepanjang program berlangsung, pihak penganjur menyediakan tiket masuk ke Zoo Negara, khemah, sleeping bag, serta tiga kali hidangan makanan merangkumi makan malam, minum malam (supper) dan sarapan pagi.

Selain kemudahan asas seperti bilik mandi awam dan bilik solat, setiap peserta juga akan menerima cenderahati (door gift), sijil penyertaan digital (e-certificate) serta dilindungi insurans sepanjang menyertai program ini.

Cara Tempahan Snooze With Snakes

Memandangkan ruang di dalam bangunan Rimba Reptilia adalah terhad demi menjaga keselesaan dan keselamatan semua pihak, anda yang berminat disarankan membuat tempahan seawal mungkin. Tiket dan maklumat lanjut boleh didapati terus menerusi platform Ticket2U atau melalui pautan rasmi di bio Instagram @zoonegara_malaysia.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Jangan Salah Pilih! Ini 8 Tip Bijak Beli Jaket Musim Sejuk...

Jaket musim sejuk yang sesuai tak semestinya mahal. Ketahui 8 tips penting memilih jaket yang selesa, tahan sejuk dan jimat bajet sebelum bercuti.