Terkini AirAsia telah melaksanakan caj daftar masuk melalui kaunter di beberapa buah negara dan bandar terpilih berkuat kuasa serta-merta.

Ia bertujuan untuk menggalakkan penumpang menggunakan kiosk daftar masuk tanpa sentuhan dan aplikasi mudah alih yang telah dikemas kini baru-baru ini menurut satu kenyataan rasmi.

IKLAN
  • Jika anda masih memilih untuk melakukan daftar masuk di kaunter, setiap penumpang akan dikenakan caj sebanyak RM20 untuk penerbangan domestik dan RM30 penerbangan antarabangsa.
  • Anda tidak perlu membayar sebarang caj tersebut jika mendaftar masuk menggunakan laman web AirAsia.com, aplikasi mudah alih atau kiosk di lapangan terbang.

AirAsia Kenakan Caj RM20 Kalau Daftar Masuk Di Kaunter. Baik Korang ‘Check-In’ Awal Di Apps Atau Kiosk Je Lepas Ni

Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan AirAsia. AirAsia telah melihat respons yang amat baik bagi penggunaan perkhidmatan daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang sejak kebelakangan ini. Pelaksanaan caj daftar masuk melalui kaunter adalah cara untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital tersebut yang menelan belanja besar, untuk menyokong dan meningkatkan kecekapan operasi dan kemudahan untuk para tetamu.

IKLAN
IKLAN

AirAsia merupakan antara syarikat penerbangan pertama yang membolehkan laporan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dipaparkan di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia. Penumpang boleh memuat naik laporan PCR mereka atau dokumen perjalanan terpilih dan mendaftar masuk sebelum tiba di lapangan terbang untuk pengalaman perjalanan tanpa sentuhan yang lebih lancar.
AirAsia Kenakan Caj RM20 Kalau Daftar Masuk Di Kaunter. Baik Korang ‘Check-In’ Awal Di Apps Atau Kiosk Je Lepas Ni

image via google | Airasia

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI