
Jepun bukan terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai pemandangan menarik, tetapi juga sebuah detinasi yang sangat fun dan happening.
Terbaru memperkenalkan Theme Park Super Mario. Theme Park Super Mario dibuka pada 4 Feb 2021 lalu.
Dan pastinya ramai yang main video game semasa zaman kanak kanak dahulu cukup sinonim dengan watak Super Mario ini.
Mulai tahun 2021 pelbagai golongan dan generasi peminat Super Mario akan dapat merasai pengalaman baru dengan kewujudan Theme Park Super Mario ini.
Ia merupakan sebahagian daripada theme park Universal Studio Japan. Attraction seperti Bower’s castle pasti akan menggamit memori mereka yang pernah bermain game Super Mario.
Jadi apa lagi, lepas pintu sempadan sudah dibuka nanti, apa kita sama-sama merasai keseronokan Theme Park Super Mario ini.
Kredit: Detektif Kembara
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kilang Arang, Industri Paling Tua Di Kuala Sepetang

Industri paling tua di Kuala Sepetang, penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit, unik dan mencabar. Proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur atau relau dibahagikan kepada tiga peringkat dan memakan masa kira-kira sebulan. Ianya bukan mudah seperti mengambil ranting kayu dan dibakar sehingga menjadi arang sepertimana kita biasa buat untuk membakar ayam dan sebagainya.
Untuk peringkat pertama dan kedua, kedua-duanya bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan.
Di sepanjang tempoh itu, untuk peringkat ketiga iaitu untuk proses penyejukan merupakan masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu.
Memasak arang bukan suatu kerja yang mudah kerana pembakaran perlu dikawal 24 jam sehari bagi memastikan tiada kebocoran pada dinding relau. Jika ada kebocoran yang tidak disedari, kayu yang ada sebanyak 10 tan di dalam relau boleh terbakar sehingga menjadi abu dan boleh mengakibatkan kerugian sehingga lebih RM10,000.
Selain pembakaran di relau yang memakan masa yang panjang, kerja-kerja mengangkut kayu bakau merentasi laut dan sungai dari tapak penebangan ke kilang arang juga merupakan antara tugas yang mencabar.
Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti antara yang terbaik di dunia dan mendapat sambutan tinggi di Jepun, Arab dan Korea. Selain menjadi bahan bakar, arang juga digunakan di dalam industri pembuatan barangan kosmetik, bahan pencuci, baja, ubat nyamuk dan batang cerucuk. Permintaan terhadap arang amat tinggi tetapi pengeluaran arang adalah dikawal oleh Jabatan Perhutanan Perak kerana ada had penebangan hutan bakau. Sumber : Orang Perak
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sri Lanka Tawar Visa Percuma Kepada Pelancong Termasuk Dari Malaysia

Anda pernah melancong ke Sri Lanka? Sekiranya belum, anda perlu melancong ke negara yang mendapat jolokan nama ‘Pearl of the Indian Ocean’ dan ‘Teardrop of India’ itu kerana Sri Lanka menawarkan pelbagai keunikan yang anda tidak akan dapat nikmati di tempat-tempat lain.
Masa sekarang ini adalah masa yang terbaik untuk anda melancong ke sana kerana, Sri Lanka sedang berusaha untuk melonjakkan taraf industri pelancongan negara mereka dan tampil dengan satu inisiatif yang menawarkan visa percuma kepada pelancong dari lebih 30 negara.
Bermula dari 1 Mei, tawaran istimewa ini akan dapat dinikmati oleh pelancong-pelancong dari Malaysia, Singapura, Thailand, South Korea. Malah, pelancong-pelancong dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Eropah juga turut berpeluang untuk menikmati tawaran yang sama.
Rata-rata pelancong Malaysia yang ingin ke Sri Lanka perlu memohon visa dengan harga USD35 ke USD40 setiap seorang. Dengan tawaran visa percuma ini, setiap pelancong dapat menikmati tempoh masa sehingga 6 bulan dan sekiranya inisiatif ini berjaya, Sri Lanka menjangkakan untuk menambah bilangan negara yang dapat menikmati visa percuma ini dan mungkin akan mengekalkan taraf percuma ke beberapa negara.
Untuk tahun 2017 sahaja, Sri Lanka menerima 2.1 juta pelancong dan jumlah tersebut adalah satu peningkatan yang amat memberangsangkan sejak berakhirnya perang dingin di sana pada tahun 2009.
Sumber: USA Today
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jambatan Gantung Situ Gunung Diiktiraf Terpanjang Di Asia Tenggara

Di Malaysia, antara gunung yang popular untuk eko pelancongan termasuklah Gunung Tahan, Gunung Ledang, Gunung Jerai dan banyak lagi. Di negara seberang iaitu Indonesia, Situ Gunung antara kawasan yang menjadi daya tarikan pelancongan selain Gunung Bromo dan lain lagi.
Lebih unik,di Situ Gunung terdapatnya sebuah jambatan gantung yang diiktiraf sebagai jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Terletak di Kadudampit, Sukabumi, Jawa Barat pembinaan jambatan gantung terpanjang ini telah mempopularkan lagi ia sebagai kawasan tumpuan pelancong.
Terletak di Taman Nasional Gede Pangrango (TNGGP), ia menawarkan panorama hutan yang asli dan udara yang sejuk. Dibuka 10 Julai tahun lalu, ia mula menjadi tumpuan warga sekitarnya untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Kalau ke sini, antara aktiviti menarik boleh dilakukan ialah menaiki Jambatan Gantung Situ Gunung ( Situ Gunung Suspension Bridge). Ia sepanjang 243 meter dengan lebar 1.2 meter dan ketinggian 107 meter dari paras tanah. Bila menyusuri jambatan terpanjang ini, pelancong dapat melihat keindahan asli hutan hujan yang dipelihara dengan baik dan tidak diusik. Tidak perlu rasa risau ketika berjalan ke penghujungnya kerana setiap peserta akan dipakaikan tali keselamatan dipinggang yang cukup selesa.
Harga tiket menaiki jambatan ini hanyalah Rp50,000 atau lebih kurang RM15 dan pengunjung dapat melihat air terjun indah iaitu Curug Sawer dari Sungai Cigunung di mana ia hanya memerlukan masa lebih kurang tiga puluh minit perjalanan.
Jadi kalau ada peluang merentas negara, masukkan lokasi ini dalam list perjalanan korang ya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI