Bukit Kutu by Faroukhatta @ IG.v1

Esok kuta bakal menyambut Hari Malaysia. Jadi mungkin ramai di antara anda yang ingin ambil peluang untuk melawat lokasi-lokasi menarik sama ada tempat makan, peranginan dan juga pelbagai tarikan lain.

Negara kita merupakan sebuah negara berbilang kaum, dan keharmonian dan keamanan yang dikecapi pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap tanggungjawab dan toleransi yang telah lama dipraktikkan oleh semua kaum di Malaysia. LIBUR bawakan perkongsian dari Tourism Selangor yang bawakan jenis-jenis tempat di Negeri Selangor yang digemari seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa bagi meraikan kemuafakatan yang kita miliki!

1) Tempat Pemandangan Cantik

Siapa sahaja yang tidak suka akan pemandangan yang indah dan cantik, bukan? Negeri Selangor juga mempunyai banyak tempat yang menawarkan pemandangan indah untuk anda nikmati. Pemandangan indah ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat penggambaran atau tempat untuk beristirahat bersama keluarga dan kenalan.

Tempat yang mempunyai pemandangan indah di sekitar Negeri Selangor adalah berkonsepkan semula jadi, mahupun buatan manusia. Tempat-tempat yang anda boleh lawati adalah seperti Sky Mirror Kuala Selangor, i-City Shah Alam, Pekan Sekinchan, Sabak Bernam dan juga Ardence Lab Eco Ardence, Setia Alam.

Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Dengan 5 Jenis Lokasi Digemari Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Bangsa
Sky Mirror Kuala Selangor by kennylaw7203 @ IG.v1

2) Tempat Makan

Sudah tentu ketika waktu begini, kita tidak boleh tinggalkan kategori aktiviti yang paling digemari ramai iaitu, makan! Selain daripada bersantai bersama keluarga dan kenalan sambil menikmati makanan yang terhidang, anda juga boleh menyaksikan kemakmuran masyarakat apabila pelanggan yang berbeza kaum dan bangsa duduk bersama di satu meja makan.

Antara tempat makan yang terkenal dalam kalangan semua bangsa adalah Kopitiam seperti Chong Kok Kopitiam dan Ali Ah Hock dan Muthu Kopitiam, serta tempat makan durian seperti Durian SS2 dan Durianity. Anda juga boleh singgah ke SS15, Subang Jaya yang merupakan salah satu syurga makanan di Negeri Selangor yang mempunyai pelbagai pilihan tempat makan seperti Nomms, Jibril dan Gold Chili.

IKLAN
Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Dengan 5 Jenis Lokasi Digemari Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Bangsa
Ali Muthu _ Ah Hock Kopitiam by aisyafrump @ IG.v1

3) Pantai dan Taman

Anda juga boleh menyambut Hari Malaysia bersama keluarga tersayang dengan mengadakan aktiviti perkelahan atau riadah. Taman riadah di Negeri Selangor kebanyakannya dilengkapi dengan pemandangan indah dan kemudahan yang mencukupi.

Selain daripada taman, pantai juga merupakan lokasi yang sesuai yang boleh dilawati oleh semua lapisan masyarakat, dan pada masa yang sama, mengukuhkan semangat perpaduan. Pantai dan taman yang boleh dilawati di Negeri Selangor termasuk Pantai Remis, Pantai Morib, Taman Botani Negara Shah Alam dan Taman Tasik Cyberjaya.

Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Dengan 5 Jenis Lokasi Digemari Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Bangsa
Taman Tasik Cyberjaya by heartshots @ IG.v1

4) Tempat Pendakian

Aktiviti mendaki juga merupakan aktiviti kegemaran rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan kaum. Mendaki merupakan salah satu aktiviti yang mampu membantu anda mendapatkan fizikal dan mental yang sihat kerana aktiviti ini memerlukan kecekalan minda dan badan.

IKLAN

Negeri Selangor juga mempunyai beberapa bukit yang bukan sahaja mempunyai trek mendaki yang agak mencabar malah juga menawarkan pemandangan yang mampu memikat hati anda. Antara bukit yang anda boleh daki termasuk Bukit Broga dan Bukit Kutu. Namun, harus diingatkan, terdapat beberapa lokasi pendakian di Negeri Selangor yang memerlukan anda memohon permit sebelum memulakan aktiviti pendakian.

Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Dengan 5 Jenis Lokasi Digemari Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Bangsa
Bukit Broga by uma.kanapathy @ IG

5) Tempat Bersukan

Selain daripada aktiviti mendaki, ada juga aktiviti lain yang lebih mencabar. Melalui aktiviti sukan, anda bukan sahaja dapat meraikan Hari Malaysia, malah anda juga boleh meningkatkan semangat toleransi dan kerjasama bersama peserta-peserta lain yang datang dari berbilang kaum dan bangsa.

Antara tempat-tempat yang menawarkan aktiviti sukan yang luar biasa adalah penyedia perkhidmatan White Water Rafting di Sungai Selangor, Skytrex Adventure Sg Congkak, dan District21.

IKLAN
Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Dengan 5 Jenis Lokasi Digemari Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Bangsa
District 21 by Timeout.v1

Bukan sahaja menyambut Hari Malaysia, anda juga boleh menambah kenalan dari pelbagai lapisan masyarakat dengan melakukan aktiviti-aktiviti di tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas.Hormat-menghormati dan sikap toleransi adalah amat penting dalam memastikan kemakmuran sebuah negara yang terdiri dari berbilang bangsa dan kaum seperti Malaysia.

Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam senuah kenyataan berkata, “Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-58 kepada semua rakyat Malaysia. Penghasilan artikel khas sempena Hari Malaysia ini merupakan salah satu inisiatif Kempen Hari Kebangsaan – Tourism Selangor Prihatin yang telah bermula dari 13 Ogos lalu sehingga 16 September untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-64, dan seterusnya, Hari Malaysia ke-58”.

“Kempen ini bergerak aktif melalui hantaran atau posting di laman media sosial rasmi Tourism Selangor, di laman Instagram, Facebook, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube. Kempen yang dijalankan ini memfokuskan kepada perkongsian kandungan yang berkaitan dengan tempat-tempat menarik sekitar Negeri Selangor yang kaya dengan nilai sejarah, mahupun yang digemari pelbagai bangsa. Orang awam juga dapat menyaksikan rakyat dari pelbagai latar-belakang meluangkan masa beraktiviti di satu tempat yang sama di Negeri Selangor”, tambah Tuan Azrul Shah.

Namun, harus diingatkan, teruslah mengikuti dan mematuhi langkah keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara untuk terus membendung penularan wabak Covid-19. Ikuti SOP seperti memakai topeng muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mempraktikkan penjarakan sosial di mana sahaja anda berada.

Kredit: Selangor Tourism

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI