pemangku

Seperti yang kita maklum,beberapa negeri telah dilanda banjir dan salah satunya adalah negeri Pahang.

Keadaan banjir di Pahang telah memasuki minggu kedua dan dikatakan antara terburuk dalam beberapa tahun ini.

Prihatin dengen masalah yang dihadapi rakjat jelata, dua anakanda KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Amir Nasser Ibrahim telah mencemar duli turun padang menyertai misi bantuan.

Tunku Azizah Syukur & Bangga Anakanda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Antara Negeri Pelancongan Terjejas Teruk

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baginda menzahirkan kesyukuran dan berbangga dengan rasa tanggungjawab yang terbit dalam sanubari anakandanya itu.

Sebelum itu, KDYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong juga turut sama-sama membantu kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

IKLAN

Sikap prihatin keluarga Diraja ini nyata amat menyentuh hati netizen.

Malah rata-rata memuji keprihatin dua anakanda baginda dalam melakukan tugas berkenaan.

Tunku Azizah Syukur & Bangga Anakanda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Antara Negeri Pelancongan Terjejas Teruk

Banga melihat pengorbanan
rashra7569 Bangganya melihat pengorbanan keluarga Di Raja turun melihat dan membantu rakyat yg ditimpa musibah. Semoga Allah sentiasa memayungi kemuliaan hati keluarga Di Raja ini…

Tunku Azizah Syukur & Bangga Anakanda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Antara Negeri Pelancongan Terjejas Teruk

IKLAN

Penyambung legasi
othmanjrmohdnor anakanda yg hebat, penyambung legasi Almarhum datuknya serta ayahandanya..berjiwa rakyat…Subhanallah…

Tunku Azizah Syukur & Bangga Anakanda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Antara Negeri Pelancongan Terjejas Teruk

Semoga Tuanku sekeluarga dilindungi
sazlindacq Alhamdullilah junjung kasih kpd kedua anakanda Tuanku ke Temerloh. Kehadiran mereka indirectly made peoples in PPS were very happy. Semoga Tuanku sekeluarga dilindungi Allah. Daulat Tuanku

Tunku Azizah Syukur & Bangga Anakanda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Antara Negeri Pelancongan Terjejas Teruk

Permudahkan segala urusan
yatimfaridahgmailcom Alhamdulillah…..semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yg baik pd tuanku dan keluarga, sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan….aamiinnnn

Tunku Azizah Syukur & Bangga Anakanda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Antara Negeri Pelancongan Terjejas Teruk

Kredit: Instagram Tunku Azizah

IKLAN

Artikel Berkaitan:

5 Penginapan Hujung Minggu Di Janda Baik Untuk Penduduk Pahang Ketika PKPB. Nyaman Je..

Tourism Selangor Lancar Kempen ‘Pusing Selangor Dulu’, Cepat Tebus Baucar Pelancongan Di Aplikasi Beli Belah Online

Pokok Boabab & Haiwan Lemur, Dua Mercu Tanda Ini Jadikan Republik Madagascar Unik

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI