Ada sebuah destinasi alam semula jadi yang sedang tular di Sarawak sedang hangat diperkatakan dalam kalangan kaki nature.

Air Terjun Bengoh yang terletak di daerah Padawan di Kuching, Sarawak dikatakan mirip suasana filem haiwan purba ‘Jurassic World’. Air Terjun Bengoh kini menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan. Kawasan ini terletak berdekatan empangan Bengoh dan perlu menggunakan bot untuk sampai ke destinasi.

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak

Anda teruja untuk ke sini? Ini ada tip berguna buat kalian perkongsian daripada saudara Yamin Ismail

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak 16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak 16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak

IKLAN

Tips bagi mereka yang kali pertama ke Banjaran Bengoh, hidden gem umpama Jurassic World di Sarawak

1) Untuk menikmati keindahan kawasan ini, anda perlu menempah bot dan juru pandu kerana kawasan ini terletak di dalam kawasan empangan Bengoh. Untuk sampai ke sini, pemanduan memakan masa satu jam dari bandar Kuching.
2) Di banjaran Bengoh ini terdapat kampung Bidayuh tertua di Sarawak. Ia juga menempatkan sebuah empangan air yang dinamakan Empangan Bengoh yang mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada 2010.

IKLAN

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak 16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak 16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak
3) Setelah mendaftar dan mengambil bacaan suhu badan di pondok pengawal empangan, anda perlu menaiki bot mengharungi tasik empangan selama 20 minit sebelum tiba di tapak/jeti permulaan banjaran.
4) Setelah itu anda akan mula hiking dan akan dipertemukan dengan 3 air terjun pertama yang memukau iaitu Curtain, Koring dan Puba’an (Pe’an) mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam dari tapak permulaan.

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak 16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak
5) Untuk sampai ke air terjun keempat iaitu Shushung (Susung) pula, anda perlu mendaki lagi sejauh 30 minit. Inilah air terjun paling cantik pernah saya temui. Indeed kawasan ini macam Jurassic World. Sungguh memukau.
6) Pendakian ulang alik secara keseluruhan ke 4 air terjun berkenaan mengambil masa sekitar 4 jam. Jadi, anda dinasihatkan untuk membina stamina sebelum mendaki banjaran yang mencabar ini.
7) Semasa hiking ke air terjun, anda akan melalui titi buluh yang kecil dan sempit. Unik, antik sekaligus mencabar. Kena berhati-hati kerana ia boleh dilalui oleh satu orang pada satu masa.
8) Setelah menikmati air terjun yang memukau, anda boleh bergerak ke kampung Sting yang dikenali dengan julukan kampung atas awan. Untuk sampai ke kampung ini, anda perlu naik boat semula dan bila sampai ke tapak/jeti, perlu hike lagi bukit lebih kurang 30 minit.
9) Dari kampung ini anda boleh melihat pemandangan luas kawasan empangan Bengoh yang sungguh mengkagumkan.

IKLAN

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak
10) Kampung ini merupakan kampung Bidayuh tertua di Sarawak dan dipercayai telah wujud sejak 300 tahun yang lalu.
11) Penduduk kampung ini meneruskan tradisi masyarakat Bidayuh seperti menanam padi dan lada hitam sekaligus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan dan juga keperluan sendiri.
12) Di kampung ini ada homestay stail dorm yang boleh memuat 20 orang. Anda perlu buat tempahan dua minggu awal jika ingin bermalam di sini.
13) Sambil menikmati kecantikan pemandangan dan kesejukan udara di kampung ini, anda boleh membeli minuman sejuk dan makanan segera yang dijual oleh penduduk kampung.
14) Total kos untuk trip ini RM50 meliputi bayaran boat dan jurupandu. Bawa makanan dan air secukupnya. Standby juga baju hujan.
15) Trip ini sungguh mengujakan dan kenangan yang tidak dilupakan. Cuma anda kena ada lebih stamina sebab perlu banyak hiking untuk sampai ke setiap lokasi.
16) Untuk keterangan detail trip, sila baca caption gambar.

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak
Sebaiknya tiba di pintu masuk empangan jam 7.30 pagi atau lebih awal. Itupun dah beratur panjang nak melalui pondok pengawal empangan sebab perlu register nama, nombor kenderaan dan diambil suhu badan. Hidden gem ni dah mula femes.
16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak
Tudiaa. Sebaik masuk kawasan empangan, dari tempat letak kereta terus nampak boat dan jurupandu yang sedang menunggu. Kena book dulu ya.
16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak
Inilah kawasan permulaan empangan yang boleh dilihat dari tempat letak kereta. Sinipun dah cantik dah waduh!
16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak
Inilah titi buluh yang dimaksudkan. Kecil dan muat satu orang satu masa. Ada tiga titi buluh macam ni kalau tak silap.

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak
Homestay kampung Sting. Jika berminat kena tempah dua minggu awal.

16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak

Jom cuti-cuti Sarawak~

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI