Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang rendah dari Vietnam, Vietjet tampil dengan tawaran luar biasa menerusi promosi terhad yang membuka peluang untuk terbang ke Vietnam dengan harga yang sukar ditolak.
Lebih menarik, promosi ini bukan sekadar potongan biasa. Vietjet menawarkan diskaun sehingga 100% bagi tambang Eco, menjadikan impian untuk menjelajah destinasi eksotik di Vietnam kini lebih mudah direalisasikan, khususnya buat pelancong Malaysia yang gemar percutian last minute atau bajet-friendly.
Tawaran ini hadir menerusi kempen “Double Day” yang berlangsung pada 4 April 2026, dengan tempoh tempahan hanya selama satu hari.
Bagi yang mengutamakan keselesaan, pilihan tambang Deluxe turut ditawarkan dengan diskaun sehingga 15%. Selain harga yang lebih berbaloi, pakej ini hadir dengan pelbagai kelebihan seperti bagasi daftar masuk 20kg, pemilihan tempat duduk percuma serta fleksibiliti untuk menukar jadual penerbangan.
Sesuai untuk mereka yang mahukan perjalanan lebih tenang tanpa perlu risau tentang logistik kecil yang sering menjadi cabaran ketika bercuti.
Vietnam bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah pengalaman yang menggabungkan keindahan alam, budaya dan kehidupan moden dalam satu perjalanan. Bayangkan diri anda menikmati angin laut di Da Nang, menyelam ke dalam kejernihan air di Phu Quoc atau bersantai di pesisir Nha Trang yang terkenal dengan pantai memukau.
Bagi pencinta alam dan pengembaraan, kawasan pergunungan seperti Sapa dan Ha Giang menawarkan panorama hijau yang menenangkan, lengkap dengan budaya etnik tempatan yang masih terpelihara.
Dalam masa yang sama, bandar seperti Hanoi, Hue dan Hoi An membawa pelancong menyusuri sejarah yang kaya, manakala Ho Chi Minh City pula menyajikan ritma kota moden yang sentiasa hidup.
Menariknya, setiap tempahan yang dibuat sebelum 19 Mei 2026 turut melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah “Fly Vietjet Strike Gold”. Bukan sekadar tiket murah, malah peluang membawa pulang emas tulen, e-baucar eksklusif dan pelbagai ganjaran lain turut menanti.
Dengan rangkaian penerbangan yang semakin meluas serta reputasi sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di rantau ini, Vietjet terus membuka lebih banyak peluang kepada pelancong untuk meneroka dunia tanpa perlu berbelanja besar.
Jadi, jika Vietnam sudah lama berada dalam bucket list anda, inilah masanya untuk bertindak. Kadangkala, percutian terbaik bermula dengan satu keputusan spontan—dan mungkin, satu tiket yang hampir percuma.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat masa ini semua aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan, termasukan riadah seperti berkelah atau sebarang perkhemahan.
Walaupun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sehingga Februari depan, tetapi tidak bermakna aktiviti riadah seperti rekreasi tidak boleh dilakukan bersama ahli keluarga.
Bagi Puan Eira Nazira dia menggunakan cara tersendiri untuk bercuti dengan membuat aktiviti camping bersama anak-anak di kawasan rumah.
Menurutnya aktiviti berkhemah ini memang sering dilakukan setiap dua minggu, meskipun bukan dalam tempo PKP ini.
“Saya memang ada barangan camping dan biasanya memang menjadi aktiviti tetap setiap dua minggu sekali.
“Tetapi memandangkan sekarang PKP, kami membuat keputusan untuk bercamping di sekitar rumah saja.
“Antara aktiviti yang dilakukanbersama anak-anak ialah belajar menulis dan memasak yang simple.
“Anak-anak gembira dengan aktiviti yang dilakukan kerana saya akan turutkan apa saja permintaan mereka,” kata ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini.
Tambahnya aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak ini membantu mereka untuk belajár berdikari.
“Belajar merancang, bekerjasama, berfikir mana nak cari barang, skill memotong dan memasak. Manakala aktiviti menulis pula hanya selingan saja.
“Untuk aktivit camping ini, kami menyediakan barangan superti khemah, groundsheet, flysheet, meja dan juga dapur masak. Semuanya memang barangan perkhemahan yang sedia ada di rumah,” katanya lagi.
Menurutnya sebelum ini memang ada slot homeschool sendiri. Memandangkan tidak bekerja di luar sebaliknya hanya bergelar suri rumah yang melakukan bisnes online dropship sahaja.
Ketika ditanya bajet diperuntukkan untuk aktiviti camping bersama, Eira Nazira menjejakkan semua zero cost.
“Sebenarnya bajet bergantung kepada kesediaan barang. Macam kami sebab semua barangan dah ada jadi zero cost.
“Cuma perlukan masa dan kesabaran ibu bapa untuk memantau aktiviti ini dan turut sama melakukannya,” jelasnya lagi yang tinggal di Hulu Langat, Selangor.
Jadi bagi yang mahu melakukan aktiviti perkhemahan, boleh ikut cara dilakukan ini bersama ahli keluarga. Selain lebih selamat dan menjimatkan, juga dapat merapatkan lagi silaturrahim.
Bila Libur study semua cuti umum yang ada dekat negara-negara di rantau asia tenggara dan bila kami sampai ke negara Filipina, kami dapati ada cuti yang dikhususkan untuk sambutan revolusi rakyat.
Em? Revolusi rakyat dijadikan sambutan dan diberikan cuti? Ini menarik kerana jarang benda-benda rebel ni dijadikan sebagai satu benda baik dalam sejarah sesebuah negara, apatah lagi diberikan cuti.
Jadi kami pun selidik la.. Rupanya cuti ini diberikan bagi memperingati usaha rakyat menjatuhkan autokrat korup Ferdinand Marcos pada 1986.
Ferdinand Marcos ini adalah presiden ke-10 Filipina dan terkenal kerana kleptokrasi yang beliau lakukan.
Ohh.. patut la.. Okay bagi mendapatkan sedikit info berkenaan cerita ni, jom kita baca sedikit input yang kami dapat berkenaan hari cuti tersebut.
Ulang Tahun Revolusi Kekuatan Rakyat atau People Power RevolutionAnniversary diadakan pada 25 Februari setiap tahun di Filipina bagi memperingati demonstrasi aman yang berlaku pada tahun 1986 di Epifanio Delos Santos Avenue (EDSA) sehingga membawa kepada penggulingan pemerintah Filipina yang korup iaitu Presiden Ferdinand Marcos.
Nota kaki: Epifanio Delos Santos Avenue atau EDSA adalah jalanraya yang dijadikan tempat berhimpun sewaktu revolusi rakyat Filipina pada tahun 1986.
Sejak 2010, ulang tahun ini dijadikan cuti sekolah dan kedua-dua sekolah awam dan swasta di Filipina akan ditutup, sementara perniagaan tetap dijalankan seperti biasa. Pada tahun-tahun sebelumnya, 25 Februari dijadikan sebagai cuti umum. Sekarang, hari Isnin yang terdekat pada tarikh sambutan hanya dijadikan sebagai hari cuti untuk sekolah sahaja.
Untuk pengetahuan anda, revolusi ini turut dikenali sebagai Yellow Revolution kerana warna baju yang dipakai oleh penunjuk perasaan sewaktu turun berdemo di jalanraya Epifanio Delos Santos Avenue. Sambutan yang disambut hari ini adalah bagi memperingati usaha revolusi yang bermula sejak tahun 1983 dan tercetus apabila berlakunya pembunuhan senator pembangkang, Benigno Aquino Jr. Rakyat Filipina turut mempercayai bahawa pilihanraya presiden tahun itu telah disabotaj bagi mengekalkan Marcos ditampuk kuasa.
Selain itu, demonstrasi 1986 ini dianggap sebagai demonstrasi paling aman di dunia kerana rakyat Filipina berjaya menggulingkan seorang autokrat yang menindas rakyat tanpa pertumpahan darah.
Hari ini, sambutan tersebut turut dirayakan bagi memperingati sistem demokrasi yang berjaya dipulihkan di Filipina dan menjadi ‘revolusi yang mengejutkan dunia’. Nama Marcos sehingga saat ini kekal sinonim dengan rasuah, walaupun ada beberapa usaha dijalankan untuk membuang panggilan tersebut daripada sejarah.
Setiap tahun, orang ramai akan meraikan sambutan tersebut dengan berkumpul di EDSA dan memakai pakaian berwarna kuning. Selain daripada menghadiri konsert, ada di antara mereka akan turun ke gereja yang terletak di sekitar EDSA bagi menjalankan kerja-kerja amal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terletak di Pulau Shodoshima, Wilayah Kagawa, Shodoshima Olive Park terkenal dengan ladang zaitun, pemandangan Laut Pedalaman Seto dan kincir angin putih gaya Greek yang...