Ads

Percutian Bersama Ibu Bapa, Ini 5 Destinasi Mesra Warga Emas Yang Menarik Di Malaysia

mesra warga emas

Mengembirakan orang tua tidak semestinya dengan hadiah bernilai ribuan ringgit sahaja. Kadangkala, meluangkan masa bersama dan membawa mereka keluar le destinasi mesra warga emas daripada rutin harian untuk menikmati udara segar sudah cukup membahagiakan.

Walau bagaimanapun, merancang percutian bersama golongan ini berbeza dengan Kembara Solo atau backpacking. 

Aspek aksesibiliti, keadaan fizikal yang cepat penat, keselesaan laluan dan persekitaran yang tenang perlu menjadi keutamaan supaya percutian keluarga tidak bertukar menjadi detik yang melelahkan.

BACA JUGA: ELAEIS GARDENS Selangor, Dari Ladang Kelapa Sawit Ke Destinasi Eko-Pelancongan & Staycation Unik!

Jika anda merancang family trip seterusnya, ini 5 destinasi tempatan pilihan Libur yang mesra warga emas dan dijamin memberi kenangan manis buat sekeluarga.

1. Putrajaya: Staycation Santai Pesisir Tasik & Taman Botani

Bagi anda yang enggan memandu jauh atau meredah kesesakan trafik yang melampau, Putrajaya ialah lokasi staycation terbaik. Landskap bandarnya yang luas, moden serta dikelilingi tasik buatan manusia menawarkan suasana yang sangat damai.

Bawa ibu bapa anda menikmati angin petang dengan menyewa Cruise Tasik Putrajaya tanpa perlu banyak berjalan. Di Taman Botani Putrajaya pula, anda boleh menyewa bugi untuk bersiar-siar mengelilingi taman yang menghijau.

Kawasan pesisiran tasik  mempunyai laluan pejalan kaki yang rata dan mesra kerusi roda. Pilihan hotel seperti DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside juga menyediakan fasiliti mesra warga emas yang lengkap.

Ads

2. Cameron Highlands, Pahang, Percutian Udara Segar & Nyaman

mesra warga emas

Suhu dingin dan dingin tanah tinggi Cameron Highlands sentiasa menjadi kegemaran golongan tua kerana ia menyegarkan badan dan tidak memenatkan berbanding cuaca panas tropika.

Menikmati teh panas bersama scones segar di ladang teh berkonsep terbuka seperti Boh Tea Centre Sungai Palas (akses lif disediakan di pusat pelawat baharu).

Rancang perjalanan pada hari bekerja (weekdays) untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk yang boleh keletihan ibu bapa. Pilih resort berkonsep kolonial santai untuk suasana yang lebih tenang.

3. Melaka Bandaraya Bersejarah, Mengimbau Kenangan Nostalgia dan Mesra Warga Emas

Melaka mempunyai tarikan sentimental tersendiri buat golongan veteren. Keunikan seni bina warisan dan warung makan tradisional menjadikan percutian di sini penuh dengan penceritaan sejarah.

Ads

Menaiki beca berhias lampu pada waktu malam untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Hilir adalah cara terbaik menikmati pemandangan tanpa perlu memaksa ibu bapa berjalan jauh.

Kebanyakan muzium utama sekitar Bangunan Merah kini dilengkapi kemudahan berhawa dingin dan laluan landai. Pilih hotel butik warisan di sekitar bandar yang dilengkapi lif atau bilik di tingkat bawah (ground floor).

4. Georgetown, Pulau Pinang: Sajian Warisan & Jalan-Jalan Santai

Pulau Pinang terkenal sebagai syurga kulinari. Membawa ibu bapa food hunting makanan klasik seperti nasi kandar legenda, laksa Penang, dan kuih-muih tradisional pasti mengukir senyuman di wajah mereka.

Menginap di hotel warisan yang memelihara seni bina klasik tetapi lengkap dengan keselesaan moden. Bersiar-siar menaiki kenderaan mengelilingi kawasan street art George Town dan singgah minum di kopitiam klasik.

Elakkan membawa mereka bersiar-siar di luar pada waktu tengah hari yang panas terik. Jadualkan aktiviti luar pada awal pagi atau lewat petang.

Ads

5. Desaru Coast, Johor Percutian Pantai Eksklusif & Tenang

Sekiranya keluarga anda menggemari suasana laut, Desaru Coast menawarkan pengalaman pantai yang jauh lebih tenang berbanding kawasan pantai yang terlalu padat dengan pengunjung.

Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan kaki berkayu pantai yang rata sambil menikmati bayu laut petang. Anda juga boleh melawat Desaru Fruit Farm yang menyediakan kenderaan khas (tram) untuk mengelilingi dusun buah-buahan.

Resort bertaraf antarabangsa di sekitar Desaru Coast dibina khas dengan reka bentuk moden, laluan rata serta lif yang sangat mesra warga emas dan kanak-kanak.

Yang penting, semasa anda membawa keluarga anda bercuti, pastikan anda rancang dan susun percutian anda sebaiknya. Pilih masa yang sesuai dan pastikan mereka mempunyai waktu tidur yang cukup.

Jika orang tua anda jenis yang bergantung pada ubat-ubatan atau dokumen sokongan, pastikan mereka membawanya sekali supaya tidak berlaku kesukaran di lain hari. 

Akhir sekali, walaupun ibu bapa anda masih boleh berjalan, menyediakan kerusi roda lipat di dalam but kereta sangat membantu apabila melawat kawasan luaran yang luas.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

ELAEIS GARDENS Selangor, Dari Ladang Kelapa Sawit Ke Destinasi Eko-Pelancongan &...

Kalau korang dah bosan dengan percutian di hotel bandar atau resort biasa, apa kata cuba pengalaman menginap di kawasan ladang kelapa sawit pula? Mungkin kedengaran...