Ads

Pesta Cahaya Untuk Semua, 5 Aktiviti Merentas Budaya Yang Wajib Cuba Sempena Deepavali

Deepavali

Kemeriahan musim perayaan di Malaysia sentiasa ada keunikannya yang tersendiri. Setiap kali tiba perayaan, bukan sahaja kaum yang meraikannya berasa teruja, malah seluruh rakyat berbilang bangsa turut merasakan kehangatannya.

​Sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi, apa kata kita manfaatkan cuti perayaan ini dengan meneroka keindahan budaya, makanan dan suasana warna-warni budaya masyarakat kita?

BACA JUGA: Sambutan Deepavali 2026 Di Pavilion KL & Bukit Jalil Meriah! Dekorasi Istana Diraja India, Saree Gergasi & Persembahan Tarian

​Bagi anda yang ingin merasai suasana Pesta Cahaya yang sebenar, ini 5 aktiviti merentas budaya yang korang wajib buat bersama keluarga atau rakan.

​1. Shopping & OOTD Baju Tradisional di Little India Brickfields, KL

Deepavali

​Sebut sahaja Deepavali, sudah pasti fikiran kita terus teringat kawasan Little India di Brickfields. Sepanjang minggu menjelang perayaan, kawasan ini bertukar menjadi sangat meriah dengan alunan muzik Tamil, keharuman bunga melati dan deretan kedai warna-warni.

Jangan segan untuk mencuba pakaian tradisional seperti Kurta untuk lelaki atau Saree atau Anarkali untuk wanita. Peniaga tempatan di sini sangat alu-alukan kehadiran pengunjung berbilang kaum.

Singgah juga di gerai tepi jalan untuk mencuba lukisan inai (henna art). Dengan harga sekitar RM10 hingga RM20, anda boleh dapatkan corak inai yang cantik pada tapak tangan.

Datang sebelah malam untuk menikmati keindahan lampu hiasan dan elakkan cuaca panas. Naik pengangkutan awam ke KL Sentral dan berjalan kaki sekitar 5 minit untuk elak sesak cari tempat letak kereta.

Ads

​2. ‘Food Crawl’ Manisan & Nasi Daun Pisang di Little India Klang

​Buat peminat kulinari, kawasan Jalan Tengku Kelana di Klang merupakan Little India terbesar di Malaysia. Tempat ini ibarat syurga makanan buat sesiapa yang mahu meneroka rasa autentik hidangan tradisional India.

​Singgah ke kedai manisan tradisional dan cuba pelbagai jenis kuih-muih khas Deepavali seperti Laddoo, Jalebi yang manis melekit, Mysore Pak, serta Murukku yang rangup.

Kumpulkan kawan-kawan berbilang bangsa dan nikmati hidangan Nasi Daun Pisang (Banana Leaf Rice) bersulamkan kari kepala ikan, ayam goreng rempah hot-hot dan pelbagai sayur sampingan. Makan guna tangan bersama-sama, barulah terasa seperti rakyat Malaysia.

​3. Cabaran Tangga Pelangi & Senibina Batu Caves

Deepavali

​Batu Caves bukan sahaja tempat ibadat dan lokasi utama perayaan Thaipusam atau Deepavali, tetapi ia merupakan ikon pelancongan negara yang mempertemukan pengunjung dari pelbagai latar belakang dan seluruh dunia.

Ads

Melalui lawatan ini anda dapat mengagumi hasil seni ukiran patung Lord Murugan setinggi 42.7 meter serta mendalami seni bina kuil di dalam gua yang kaya dengan sejarah.

Sambil sightseeing, anda juga boleh jadikan aktiviti memanjat 272 anak tangga warna-warni ini sebagai latihan stamina. Pemandangan dari atas gua memang berbaloi selepas berpeluh menaiki tangga!

Pastikan anda berpakaian sopan (menutupi bahu dan lutut) sebagai tanda menghormati kawasan keagamaan.

​4. Belajar Seni ‘Kolam’ di Pusat Kraf & Shopping Mall

​Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana corak hiasan beras berwarna di atas lantai (Kolam) dihasilkan? Hiasan ini sebenarnya membawa maksud kesejahteraan dan simbolik menyambut kedatangan tetamu dengan kegembiraan.

Sepanjang musim Deepavali, banyak pusat beli-belah utama (seperti Pavilion KL, Suria KLCC) dan pusat kraf tempatan mengadakan bengkel DIY seni Kolam.

Ads

Anda juga boleh bawa anak-anak mencuba sendiri menyusun beras berwarna mengikut corak geometri yang disediakan. Aktiviti seni ini sangat bagus untuk dedahkan generasi muda tentang nilai toleransi dan kepelbagaian budaya secara interaktif.

​5. ‘Staycation’ & Santai Hi-Tea Berkonsepkan Rempah Ratus

Jika anda tidak mahu bersesak di kawasan tumpuan ramai, anda boleh pilih untukshort staycation di hotel-hotel warisan atau hotel boutique sekitar Malaysia.

Kebanyakan hotel utama ada menawarkan pakej Hi-Tea atau buffet makan malam bertemakan Deepavali sepanjang minggu perayaan. Anda boleh menikmati gabungan masakan fusion Barat dan India dalam suasana yang lebih santai.

Selepas kenyang makan, anda boleh berjalan-jalan di kawasan warisan berdekatan untuk menikmati suasana malam kota yang dihiasi lampu-lampu perayaan.

​Pilihlah mana-mana aktiviti yang bersesuaian dilakukan bersama keluarga tersayang anda. Bukan setakat aktiviti itu yang bermakna, tetapi hubungan dan masa yang diluangkan itu adalah lebih bermakna, 

Selamat meneroka dan Selamat Hari Deepavali buat seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya! 

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Sambutan Deepavali 2026 Di Pavilion KL & Bukit Jalil Meriah! Dekorasi...

Sempena sambutan Deepavali 2026, beberapa pusat beli-belah popular di sekitar Kuala Lumpur tampil dengan dekorasi penuh warna-warni yang cukup menarik untuk dikunjungi. Menerusi kempen perayaan...