
Bila sebut tentang Perak, ramai yang terus terbayang Ipoh atau Taiping. Namun, buat pencinta alam semula jadi dan sejarah, Lenggong adalah sebuah hidden gem yang wajib ada dalam senarai percutian anda.
Terletak di daerah Hulu Perak, Lembah Lenggong bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang menghijau, malah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana penemuan artifak prasejarah penting seperti ‘Perak Man’.
Dari tasik yang tenang hingga ke galeri sejarah, Lenggong menjanjikan pengalaman percutian yang berbeza dan penuh ketenangan.
BACA JUGA: Naik ETS Rentas Tasik Bukit Merah, Laluan Kereta Api Atas Tasik Yang Cukup Cantik Di Perak
Jika anda merancang untuk bercuti ke sini, ini antara tarikan dan tempat penginapan menarik yang boleh anda terokai:
Tempat Menarik Untuk Dilawati
1. Mini Amazon Kampung Beng
Tidak perlu terbang jauh ke Amerika Selatan untuk merasai suasana sungai amazon! Kampung Beng menawarkan pengalaman jelajah sungai (river cruise) yang menelusuri alur sungai dan Tasik Raban yang dikelilingi hutan pokok tebal. Suasana tenang dan pemandangan hijau di sini membuatkan anda seolah-olah berada di dalam dunia yang lain.
2. Aki’s Gallery
Buat peminat seni, barang antik dan kraf tempatan anda boleh singgah ke Aki’s Gallery. Galeri ini menghimpunkan pelbagai koleksi seni serta barangan warisan yang kaya dengan nilai sejarah dan kebudayaan masyarakat tempatan.
3. Pasar Lenggong (Setiap Sabtu)
Pengalaman tempatan anda boleh dimaksimumkan dengan berkunjung ke Pasar Lenggong yang beroperasi setiap hari Sabtu. Di sini, anda boleh merasai pelbagai juadah tempatan yang popular, membeli hasil tani segar daripada penduduk kampung, serta merasai sendiri kehangatan dan kesopanan masyarakat Lembah Lenggong.
Cadangan Tempat Penginapan
Bila sudah penat berjalan, pastikan anda mendapat rehat yang selesa. Berikut adalah pilihan penginapan menarik mengikut cita rasa anda:
1. Lenggong Valley Campsite
Sesuai untuk anda yang menyukai aktiviti luar dan mahu berdekatan dengan alam semula jadi.
Di sini, anda boleh memilih untuk mendirikan khemah di kawasan camping yang disediakan atau menginap di chalet yang lebih selesa.
Suasana malam di sini amat tenang dan sesuai untuk aktiviti barbecue bersama keluarga atau rakan-rakan. Pada waktu pagi pula, tempat ini akan dipenuhi dengan kabus dan embun pagi.
2. D’ Green Chalet Lenggong
Jika anda mencari penginapan berkonsepkan suasan desa yang damai dengan fasiliti yang lengkap, D’ Green Chalet adalah pilihan yang tepat. Dikelilingi kehijauan yang menyegarkan mata, chalet ini amat sesuai untuk percutian santai keluarga.
Rancang perjalanan anda ke Lenggong sekarang dan nikmati keunikan warisan serta alam semula jadi yang sukar didapati di tempat lain.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

sekarang!

