Ads

Kenali 7 Keajaiban Dunia Baharu, Dari Tembok Besar China Hingga Taj Mahal!

Konsep Tujuh Keajaiban Dunia ini memang dari duhulu lagi telah memukau fikiran dan pemandangan kita. 

Tetapi tahukah anda, senarai yang popular sekarang ni adalah senarai baru yang diundi pada tahun 2007 oleh Yayasan New7Wonders selepas kebanyakan keajaiban purbakala hilang ditelan zaman?

Jom kita throwback dan tengok senarai 7 Keajaiban Dunia Baru. Manalah tahu, ada yang anda pernah lawat ataupun dalam bucket list ?

BACA JUGA: Jangan Salah Pilih Dalam Kapal Terbang! Ini Tempat Duduk Terbaik Untuk Penerbangan Lebih Selesa

1. Keajaiban Dunia 1: Tembok Besar China (China) 

Inilah struktur buatan manusia paling besar di dunia! Panjangnya menjangkau lebih 21,000 kilometer merentasi utara China.

Dibina sejak abad ke-7 SM lagi, ia bukanlah satu tembok yang sambung-menyambung tanpa henti, tapi gabungan rangkaian kubu dan dinding pertahanan menentang suku nomad zaman dulu. Memang penat kalau nak habiskan jalan satu tembok ni!

2. Petra (Jordan)

Bandar purba yang terletak tersembunyi di celah pergunungan padang pasir Jordan. Paling gempak, struktur bangunan di sini bukannya dibina guna bata, tapi diukir terus pada tebing batu pasir merah.

Ads

Bangunan paling ikonik di sini ialah Al-Khazneh (The Treasury). Bandar ni pernah ‘ghaib’ beratus-ratus tahun dari pengetahuan dunia Barat sebelum ditemui semula pada tahun 1812.

3. Keajaiban Dunia 3: Christ the Redeemer (Brazil)

Patung Jesus Christ gergasi setinggi 30 meter yang berdiri megah di atas Gunung Corcovado, menghadap bandar Rio de Janeiro.

Dengan tangan yang terbuka luas, patung seberat 635 tan ini melambangkan keramahan rakyat Brazil serta menjadi ikon keamanan dan keagamaan yang mendunia sejak siap pada tahun 1931.

4. Machu Picchu (Peru)

Bandar misteri peninggalan tamadun Inca di atas puncak pergunungan Peru.

Ads

Apa yang membuatkan orang takjub, bandar ini dibina tanpa menggunakan sebarang simen atau mortar. Batu-batunya dipotong begitu rapi hingga tersusun ketat antara satu sama lain. Ia terbiar semasa penaklukan Sepanyol sebelum ‘ditemui’ semula pada 1911.

5. Chichen Itza (Mexico)

Pusat tamadun Maya purba yang terletak di Semenanjung Yucatan. Tarikan utama di sini ialah piramid bertingkat Kuil Kukulkan (El Castillo).

Piramid ni bukan calang-calang, ia adalah keajaiban astronomi! Setiap kali musim bunga dan luruh, bayang-bayang matahari akan membentuk ilusi seperti seekor ular merayap turun di tangga piramid tersebut. Bijak betul orang Maya dulu-dulu!

Ads

6. Keajaiban Dunia 6:Colosseum (Itali)

Amfiteater terbesar binaan Empayar Rom yang terletak di tengah-tengah kota Rom.

Pada zaman kegemilangannya antara tahun 70 hingga 80 M, arena ini mampu menampung sehingga 50,000 penonton untuk menyaksikan pertunjukan gladiator. Walaupun dah banyak yang runtuh akibat gempa bumi dan usia, auranya tetap megah sampai hari ini.

7. Taj Mahal (India)

Simbol cinta abadi yang terletak di Agra, India. Ia adalah sebuah mausoleum marmar putih megah yang dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan untuk isteri tercintanya, Mumtaz Mahal.

Pembinaannya mengambil masa lebih 20 tahun! Paling mantap, warna marmar pada bangunan ni boleh berubah mengikut biasan cahaya matahari dan bulan pada waktu-waktu tertentu. Romantik habis!

Kesimpulannya, daripada tujuh tempat ni, yang mana satu dah ada dalam cop pasport anda atau yang mana satu jadi impian nak pergi lepas ni? 

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Gelongsor Air Sepanjang 1.1 Kilometer! ESCAPE Penang Ada Tarikan Pemegang Rekod...

Kalau korang jenis yang suka aktiviti mencabar dan taman tema air, ada satu destinasi di Pulau Pinang yang memang patut masuk dalam wishlist percutian! Terletak...