Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya pada kadar tiga kelipan sesaat. Dalam ribuan kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya.
Kelip-kelip jantan dikatakan mengeluarkan cahaya yang lebih terang untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. Jangka hayat seekor kelip-kelip pula sekitar ialah 2 hingga 3 bulan sahaja.
Di negara kita terdapat banyak lokasi untuk melihat serangga ini dengan lebih dekat iaitu disekitar kawasan yang mempunyai pokok bakau seperti pokok berembang. Untuk hidup, kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap, persekitaran berpaya serta sumber makanan daripada pokok bakau. Pengunjung terutamanya pelancong ‘mat salleh’ kalau dapat peluang melawat port kelip-kelip ini memang mereka sangat teruja. Antara lokasi tumpuan ramai untuk melihat kelip-kelip adalah di:
Ads
Kelip-kelip Sungai Timun
Habitat kelip-kelip yang ada di Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan antara lokasi menarik yang seharusnya diterokai oleh pencinta alam. Lokasi ini juga sangat dekat jika anda dari Port Dickson.
Untuk melihat kelip-kelip dengan jarak yang dekat pengunjung boleh menyusuri sepanjang sungai Timun sejauh tiga hingga lima kilometer dengan menyewa bot nelayan, di Jeti Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Timun. Apa yang menarik, kelip-kelip kawasan itu seperti sudah biasa dengan bunyi deruman enjin bot. Ia membuatkan serangga itu tidak lari walaupun dengan kehadiran bot yang membawa pengunjung. Namun, kelip-kelip ini kurang ketika bulan terang atau hujan.
Kelip-kelip Kampung Dew
Habitat kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping Perak telah dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan unggul. Pengunjung yang datang dapat menikmati cahaya kelip-kelip di pokok berembang sepanjang 12 kilometer yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelip-Kelip.
Ads
Kelip-kelip Cherating
Kelip-kelip Sungai Cherating memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
Ads
Kelip-Kelip Kg Kuantan
Pengembaraaan kawasan kelip-kelip di Kg Kuantan bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnya dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Kelip-kelip Sungai Nanamun
Kelip-Kelip Sungai Nanamun yang terletak di Kota Belud, Sabah menjadi lokasi ramai tumpuan pengunjung untuk melihat serangga itu dari jarak dekat. Kewujudan lokasi itu menyebabkan lebih ramai pelancong tempatan dan luar berkunjung dan menetap lebih lama di Kota Belud. Pengunjung disarankan untuk datang ke sini pada waktu senja untuk menikmati pemandangan indah sambil ditemani cahaya kelip-kelip.
Sumber Foto: Google image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Palawan kaya dengan alam semula jadi, pantai yang indah, kawasan terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan unik serta keramahan penduduknya. Banyak destinasi menarik boleh dilawati di wilayah Pulau Palawan. Semestinya ini menjadi lokasi percutian yang sempurna dan destinasi ideal untuk anda.
Destinasi wajib dikunjungi jika ke Pulau Palawan adalah:
Puerto Princesa
Honda Bay
Bagi penyelam yang mahu menikmati keindahan dunia laut dan bersantai di tepi pantai, Teluk Honda adalah destinasi pelancongan perdana di Pulau Palawan. Teluk Honda sesuai untuk aktiviti berenang dan menyelam kerana perairannya cetek dan mempunyai banyak kawasan terumbu karang unik yang memukau pandangan.
Pandan Island
Satu daripada tempat menyelam yang terkenal adalah Pulau Pandan yang mempunyai terumbu karang yang cantik dan mudah dilihat kerana air lautnya jernih kebiruan. Selepas penat mengembara di dasar laut, tidak lengkap jika tidak merasai masakan makanan laut di Pulau Pandan yang dimasak oleh penduduk tempatan, termasuk sayur segar dan buah-buahan tempatan.
Cowrie Island
Anda juga boleh berehat sebentar di Pulau Cowrie yang menyediakan restoran dan perkhidmatan urutan badan serta kaki selain aktiviti rekreasi air.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Waahhh.. terpesona tengok keindahan Pantai Penarik ini macam dekat pulau! Orang cakap celup tepung di sini cukup menggoda.
Malah banyak lagi menu best yang boleh korang cuba. Masakan panas, jenis sup pun ada juga tau. Semua sedap!
Tetapi tengoklah suasana sekitarnya, macam di pulau! Korang dah try ke? Apa yang penting tempat dia memang santai kena angin sepoi-sepoi bahasa, tenang sangat.
Sesekali ada live busking juga di sini, layan lah sambil makan dapat dengar orang menyanyi. Yang mana rasa nak tenang-tenang sambil layan tekak menu pantai yang fresh, boleh lah datang.
Restoran NL Celup Tepung Bira Pata,
Menurut sumber, kedai ini di buka dari pukul 10 Pagi hingga 10 malam, tutup hari Selasa. Jadi kalau datang Terengganu, korang boleh try hotel ni, betul-betul tepi pantai!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kolam renang berciri semula jadi, kelab khas untuk kanak-kanak dan aktiviti panjat pokok merupakan antara ciri-ciri unik hotel keluarga kegemaran tetamu sedunia, menurut pakar penginapan Hotels.com™.
Anugerah Kegemaran Tetamu (LovedbyGuests) Hotels.com yang berprestij merupakan anugerah tahunan yang diberikan berdasarkan penilaian tetamu hotel sedunia. Ia meraikan dan mengiktiraf hotel yang mencapai purata terbaik penilaian ulasan tetamu, dengan lebih 25 juta ulasan yang asli dan dipercayai daripada tetamu yang benar-benar menginap di hotel-hotel tersebut.
100 buah hotel di seluruh dunia telah menerima anugerah ‘Terbaik untuk keluarga’* 2017 dan berikut ialah beberapa pilihan daripada hotel-hotel tersebut, setiap satunya dengan ciri kegemaran keluarga yang tersendiri.
Jelajah Malta daripada pangkalan yang sempurna ini dengan perjalanan untuk seluruh keluarga termasuk ke Taman marin, Taman Air Splash and Fun, Taman Hidupan Liar dan Pelayaran persiaran pelabuhan. Menu SuperChefs Eat Well memberi kanak-kanak hidangan berkhasiat yang diperlukan oleh mereka untuk pengembaraan sepanjang percutian supaya mereka boleh bermain air di dua kolam luar, menjadi kreatif di Westin Family Kids Club dan menjelajah suak berpasir yang eksklusif di Reef Club. Lebih menarik lagi, dua orang kanak-kanak boleh menginap secara percuma berasaskan penginapan yang sama apabila berkongsi bilik dengan dua orang dewasa yang membayar. Tarif bilik dari RM837 semalam*.
Denmark terkenal dengan bandar Eropahnya yang penuh bergaya tetapi banyak lagi yang boleh dinikmati oleh seluruh keluarga di sini. Di hotel ini, nikmati alam semula jadi dengan sepenuhnya di Taman Safari Knuthenborg yang berdekatan atau bermain air di Lalandia, iaitu taman air untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Menginap di pangsapuri percutian di sini dan nikmati malam musim panas Scandinavia dengan menghadap laut. Pada siang hari, kanak-kanak boleh menikmati air suam di jeti mandian, pontun terapung dan gelongsor kecil. Untuk tetamu dewasa, jangan lupakan spa, muzium yang berdekatan dan kota Bandholm yang aneh tetapi cantik. Tarif bilik dari RM406 semalam**.
Bersantai di pantai Dubai yang cantik atau penuhkan jadual perjalanan keluarga dengan pusingan golf di padang golf 9 lubang yang dimiliki resort, spa, tiga kelab kanak-kanak, aktiviti menunggang kuda, tenis, yoga dan taman air. Dengan lokasinya yang berhampiran dengan Legoland, Taman Air Legoland, Motion Gate, Bollywood Park dan Riverland, pasti tiada pengakhiran untuk hiburan berdekatan anda. Tarif bilik dari RM452 semalam**.
Wish Resort Golf ialah tempat yang paling sesuai untuk melawat Amerika Selatan yang terletak 20 minit dari Air Terjun Iguaçu di sempadan antara Brazil, Paraguay dan Argentina. Di dalam resort, serlahkan kehebatan anda dengan sukan bola sepak, bola keranjang, bola tampar, panjat tembok dan golf mini. Jika itu tidak mencukupi, pengembara cilik boleh mendaftarkan diri dalam salah satu kelab kanak-kanak terbesar di Brazil dengan kawasan seluas 500m2 yang lengkap dengan bilik permainan, permainan video dan pawagam. Untuk ibu bapa pula, bersantailah di satu daripada 10 kolam di sekeliling resort, menjejak langkah mengikuti denai semula jadi atau menguji kehandalan sukan anda di padang golf 18 lubang. Tarif bilik dari RM368 semalam*
Tiada tempat yang lebih sesuai untuk santaian seisi keluarga kalau bukan di hutan tropika yang seluas 240 ekar yang dikelilingi oleh jalan air yang indah. Terdapat lima kolam renang termasuk kolam bentuk bebas bersaiz 10,000 kaki persegi dan gelongsor air, kolam mainan kanak-kanak dan kolam tepi infiniti untuk orang dewasa sahaja yang menghadap lagun – semua jenis untuk semua orang. Terdapat denai semula jadi, lawatan bot pemandangan indah, sukan air tidak bermotor, tenis untuk penggemar aktiviti manakala Discovery Club menanti kedatangan kanak-kanak dengan pelbagai pengembaraan yang ditawarkan olehnya. Tarif bilik dari RM1,122 semalam*
Dengan kolam renang gaya lagun yang bersebelahan pantai dan pokok hutan hujan yang mencakar langit, resort ini umpama syurga dunia. Terdapat gelongsor air menjunam untuk kanak-kanak dan pengembara berjiwa muda serta bahagian meranduk untuk kanak-kanak bertatih. Dan jika si manja anda inginkan pengembaraan kecil, mereka boleh menyertai Kelab Young Explorer dalam rombongan pendidikan yang berkisar sekitar alam semula jadi dan penjelajahan.Tarif bilik dari RM770 semalam*.
Dengan lokasi di tengah-tengah Yuchi, hotel ini merupakan alam ajaib untuk golongan dewasa dan kanak-kanak dengan teres atas bumbung, kolam renang luar dan dalam, taman air percuma serta kelab kanak-kanak. Untuk ibu bapa, jarak hotel ini hanyalah 20 minit berjalan kaki dari Tokong Xuanzhuang dan Sun Moon Lake Peacock Park atau bersantailah di spa perkhidmatan penuh.Tarif bilik dari RM1,114 semalam*
Dengan lokasi yang betul-betul bersebelahan dengan Universal Studio Japan, hotel ini merangkumi ciri ketenangan tetapi juga dipenuhi keseronokan. Bermalamlah di bilik bertemakan Minion, lawati kedai Universal Studio dan makan di restoran bertema, iaitu Rex Cafe dan Port Dining Ricorico. Sebagai bonus tambahan, kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) boleh menginap secara percuma di bilik ibu bapa atau penjaga menggunakan katil sedia ada. Tarif bilik dari RM569 semalam*
Jelajahi belantara di resort pengembaraan ini sepanjang tahun. Pada musim sejuk, tetamu boleh bermain ski, geluncur tiub salji dan kereta geluncur bermain perahu. Manakala untuk musim panas pula, tetamu boleh bermain terbang kelawar (ziplining), mendaki, menunggang kuda dan berakit di sungai. Dengan lokasi yang berhampiran dengan Taman Olimpik Utah, ujilah kemahiran sukan anda atau cabar diri anda di dalam kawasan resort. Kanak-kanak boleh memburu harta dengan mengambil buku pasport mereka sendiri, melengkapkan hentian, memperoleh cap dan mendapatkan pingat emas selepas mereka melengkapkan kesemua hentian, bersama dengan penginapan satu malam percuma untuk kunjungan anda yang seterusnya. Penjelajah cilik juga boleh berkhemah di dalam bilik anda dengan khemah, mainan moose lembut, lantera bintang National Geographic dan buku panduan. Tarif bilik dari RM1,068 semalam*
Sesuai untuk pencinta pengembaraan, Ninepipes Lodge di Charlo ialah tempat mencari ketenangan muktamad untuk keluarga yang tercari-cari percutian berasaskan aktiviti. Anda akan menikmati pengalaman Montana yang sebenar dengan pemandangan Pergunungan Mission dan Empangan Ninepines yang menakjubkan. Dengan jarak hanya 20 minit dari Tasik Flathead dan sangat dekat dengan Taman Negara Glacier, seluruh keluarga boleh turut menghayati keindahan alam semula jadi, mendaki hutan di sekeliling atau memancing ikan di tasik.Tarif bilik dari RM442 semalam*
Kesemua hotel keluarga yang memenangi anugerah ini, serta beratus-ratus ribu lagi,boleh ditempah dalam talian melalui Hotels.com atau melalui aplikasi mudah alih yang tersedia untuk peranti IOS, Android dan Amazon Kindle, yang pelanggan juga akan mempunyai akses kepada Harga Eksklusif khas*** untuk membantu mereka lebih berjimat untuk penginapan mereka yang akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...